Mengapa Hadap Masjidil Haram

 

Date: Tue, 5 Aug 2008 11:30:21 -0700

From: goontor

To: e_bacaan@yahoo.com

Subject:

 

salamun alaikum

 

saya <dipadam> dari indonesia, terus terang pengetahuan saya mengenai agama islam masih sangat terbatas dan pada awal saat saya membaca artikel yang ada di website ini jujur saya jadi lebih bingung lagi tentang agama islam. kalau boleh saya ingin bertanya tentang mengapa Allah menyuruh kita palingkan muka / wajah kita ke arah masjidil haram? apakah ada sesuatu yang diluar pengetahuan kita (gaib)? mohon maaf kalau pertanyaan ini pertanyaan yang bodoh, tapi saya tahu/yakin kalau bapak tahu jawabannya? kalau diindonesia apakah ada semacam pengkajian semacam ini (alamatnya)?


Salamun alaikum,

Terima kasih. Soalannya agak bagus. Kelihatan sukar dijawab sendiri atau orang lain. Kalau pun sukar mendapatkan sebab mengapa Allah turunkan sesuatu perintah, kepala tidak harus dibiarkan disentuh syaitan hingga jadi bingung, tetapi ditenangkan dengan ungkapan "Kami dengar dan kami taat". Seperti diungkap oleh orang-orang mukmin yang diperintah supaya tidak bezakan para Rasul, di dalam ayat berbunyi,

"Rasul percaya kepada apa diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya, dan orang-orang mukmin, dan tiap-tiap seorang  percaya kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan Rasul-Rasul-Nya. 'Kami tidak beza-bezakan seorang pun antara Rasul-Rasul-Nya.' Mereka berkata, 'Kami dengar dan kami taat. Wahai Pemelihara kami, kurniakanlah kami ampunan-Mu; kepada Engkau kepulangan.'" (2:285)

Mungkin dirasakan tidak cukup dengan hanya mengucap ayat tersebut kerana hati memerlukan bukti, bukan kerana tidak percaya kepada Allah, tetapi ingin menguatkan lagi keimanan.

 

Sekali lagi Allah diingati, lalu al-Qur'an dibuka untuk mencari jawapan melalui ayat-ayat yang mengandungi kalimat Masjidil Haram. Ia tidak begitu sukar, hanya tekan butang search dan taip kalimat tersebut.

 

Terdapat 14 ayat mengandungi kalimat Masjidil Haram. Tiga yang pertama menyebut mengenai suruhan Allah supaya muka dipalingkan ke arahnya, seperti berikut:

"Kami lihat kamu membalik-balikkan wajah (muka) kamu ke langit; sungguh Kami akan palingkan kamu kepada kiblat yang kamu puas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. orang-orang diberi al-Kitab tahu bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka; Allah tidak lalai daripada apa yang mereka kerjakan." (2:144)

 

"Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat." (2:149)

 

"Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya, supaya manusia tidak ada hujah terhadap kamu, kecuali orang-orang buat kezaliman antara mereka; dan janganlah takut pada mereka, tetapi kamu takutilah Aku, dan supaya Aku sempurnakan rahmat-Ku ke atas kamu, dan supaya kamu dapat petunjuk." (2:150)

Perintah Allah supaya muka dipalingkan ke arah Masjidil Haram disebut sebanyak tiga kali. Bermaksud ia adalah suatu yang amat berat. Sesiapa berhujah bertentangan dengannya adalah sama dengan membuat zalim, sementara orang mentaatinya pula dapat petunjuk daripada Allah. Kalau dapat petunjuk dia tidak akan jadi sesat.

 

Masjidil Haram seolah jadi sebuah tempat suci yang dikunjungi manusia kecuali orang-orang yang sekutukan. Mereka tidak dibenarkan mendekatinya kerana mereka najis. Demikianlah perintah Allah seperti tercatat di bawah ini:

"Adakah kamu mengira bahawa pemberian air kepada orang-orang haji, dan pengunjung Masjidil Haram, sama seperti orang yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan berjuang di jalan Allah?" (9:19)

 

"Wahai orang-orang yang percaya, orang-orang yang sekutukan adalah najis (kotor); maka jangan benarkan mereka dekati Masjidil Haram selepas tahun mereka ini." (9:28)

Kesuciannya ditegaskan lagi apabila dilarang memerangi orang-orang tidak percaya di dalamnya, kecuali ke atas mereka yang menyerang. Firman-Nya,

"dan janganlah memerangi mereka di Masjidil Haram sehingga mereka memerangi kamu di dalamnya. Kemudian, jika mereka memerangi kamu, bunuhlah mereka. Itu balasan ke atas orang-orang tidak percaya." (2:191)

Walaupun suci, ia tidak terlepas daripada serangan orang-orang tidak percaya (kepada Allah dan Kitab-Nya). Selain daripada itu, pengunjung tidak harus dihalang daripada masukinya. Mereka yang menghalang akan diazab. Firman-Nya,

"Tetapi, apakah yang mereka ada, bahawa Allah tidak akan azab mereka, apabila mereka menghalangi daripada Masjidil Haram, padahal mereka bukanlah wali-walinya (pelindung-pelindungnya)? Pelindungnya hanyalah orang-orang bertakwa tetapi kebanyakan mereka tidak tahu." (8:34)

Pelindung Masjidil Haram adalah hanya orang-orang bertakwa (takut kepada Tuhan), yang berhak menghalang seperti orang-orang sekutukan Allah daripada masukinya.

 

Ia merupakan sebuah tempat aman. Di dalamnya manusia bertekun untuk Allah. Orang-orang yang tidak menghormatinya akan menerima azab yang pedih. Firman-Nya lagi,

"Orang-orang tidak percaya, dan halangi jalan Allah dan Masjidil Haram, yang Kami buatkan sama kepada manusia, yang bertekun di dalamnya dan yang berkhemah, dan sesiapa yang tidak hendak hormatinya dengan kezaliman, Kami akan rasakan kepadanya azab yang pedih." (22:25)

Kerana kepentingan atau kesuciannya, masukMasjidil Haram telah jadi visi Rasul Allah yang kemudian ditunaikan-Nya, dengan syarat kepala dicukur atau rambut dipotong pendek. Firman Tuhan,

"Sesungguhnya Allah jadikan benar visi Rasul-Nya, dengan benar: 'Kamu akan masukMasjidil Haram, jika Allah hendaki, dengan aman, kepala kamu tercukur, rambut kamu dipotong pendek, tanpa rasa takut.' Dia tahu apa yang kamu tidak tahu, dan buatkan sebelum itu, satu kemenangan yang dekat." (48:27)

Begitu sucinya Masjidil Haram! Dengan mentaati perintah Allah supaya muka menghadap ke arahnya, iaitu satu-satunya arah di jalan yang benar, dan dapat petunjuk kerananya, hati orang-orang Islam dapat disatukan, lantas memenangkan agama di atas semua agama lain, serta mereka jadi khalifah di bumi. Dan selamat pula di akhirat. Segalanya dengan izin Allah.
 

 

10 Ogos 2008

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman