Respon - Makanan Satu Pendapat

 


From: azahidi
To: Pengurus Laman <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Monday, December 1, 2008 4:37:05 PM
Subject: Respon - Makan Satu Pendapat

Salam

Fail disertakan.


RESPON –
MAKANAN SATU PENDAPAT.

 

Salamun alaikum

 

Ini adalah respon saya kepada tulisan Abumuslim yang di siarkan pada 27 Nov 2008. Ianya satu tulisan dan analisa yang baik dan patut di teruskan. Semoga pembaca memahami dan tidak bergantung kepada syarat halal-haram makanan yang dicipta manusia atau pun sebagai tambahan kepada apa yang Allah telah beri panduan.

 

Walau bagaimanan pun saya ada satu kemusykilan semoga dapat pandangan dari penulis e-bacaan dan pembaca semua.

 

Ianya berkenaan ayat 6:112 yang diterjemahkan sebagai Dan daripada binatang ternak, untuk pengangkutan dan untuk disembelih, makanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu .....” Bahagian kedua ayat tersebut tiada apa-apa masaalah.

 

Merujuk kepada terjemahan-terjemahan lain (berbahasa Inggeris) yang saya rujuk, Sher Ali, Shakir (dan Sdr Othman Ali) menterjemahkan “farshan” sebagai sembelihan. Sila lihat perbandingan enam terjemahan tertera dibawah. 

Some livestock supply you with transportation, as well as bedding materials. Eat from GOD's provisions to you, and do not follow the steps of Satan; he is your most ardent enemy. Khalifa

 

Of the cattle are some for burden and some for meat: eat what God hath provided for you, and follow not the footsteps of Satan: for he is to you and avowed enemy. - Yusuf Ali

 

And of the cattle (He produceth) some for burdens, some for food. Eat of that which Allah hath bestowed upon you, and follow not the footsteps of the devil, for lo! he is an open foe to you. - Pickthal

 

And of cattle (He created) beasts of burden and those which are fit for slaughter only; eat of what Allah has given you and do not follow the footsteps of the Shaitan; surely he is your open enemy. - Shakir

 

And of the cattle HE has created some for burden and some for slaughter. Eat of that which Allah has provided for you, and follow not in the footsteps of Satan. Surely he is to you an open foe. - Sher Ali

 

And from the livestock are those for burden, and also for clothing. Eat from what God has provided you and do not follow the footsteps of the devil; he is to you a clear enemy. - Progressive Muslims

Isu di sini ialah penyembelihan sebagai syarat untuk menjadikan binatang ternakan itu halal dimakan. Dan berbagai-bagai lagi syarat kepada proses penyembelihan yang telah direka dan ditetapkan oleh tradisionalis. Dengan itu tradisionalis telah menghukumkan bahawa burger daging lembu Burger King di Eropah adalah haram dimakan kerana ianya tidak disembelih. Persoalannya yang pokok ialah – perlukan binatang tersebut disembelih.

 

Harap dapat pandangan semua.


Salamun alaikum,

Terima kasih. Respon kepada tulisan abumuslim memang ditunggu.

Pertama, ingin memaklumkan satu kesilapan tidak sengaja telah dilakukan di atas iaitu ayat berkaitan adalah bukan 6:112 tetapi 6:142.

Kedua, mengenai perkataan farshan atau farsh yang terdapat di dalam ayat tersebut. Ia terbit daripada kalimat farasha yang bermaksud to spread forth, atau (n.vb) slaughter, menurut Concordance oleh Kassis. Terdapat hanya dua ayat yang mengandungi kalimat tersebut. Bagi maksud pertama ayatnya berbunyi,

51:48. Dan bumi - Kami bentangkannya; sangat baiknya yang menghamparkan!

Dan maksud kedua terdapat di dalam ayat yang dibincang:

6:142. Dan daripada binatang ternak, untuk pengangkutan dan untuk disembelih, makanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu, dan jangan ikut langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.

Terdapat beberapa orang penterjemah (termasuk Bacaan) menterjemahkan maksud kedua kepada slaughter atau sembelih, mungkin kerana perkataan yang menyusul iaitu eat atau makanlah.

 

Setelah renungkan maksud perkataan-perkataan tadi, pada hemat kami, perkataan disembelih adalah wajar ditukar kepada dihidangkan supaya jadi lebih dekat dengan bentangkannya. Lalu ayat tersebut berbunyi seperti berikut:

6:142. Dan daripada binatang ternak, untuk pengangkutan dan untuk dihidangkan, makanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu, dan jangan ikut langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.

Sebenarnya, itu adalah satu-satunya perkataan sembelih di dalam Bacaan. Bacaan, boleh dikatakan, banyak dipengaruhi oleh terjemahan Arberry yang dijadikan rujukan oleh Kassis.

 

Bagi maksud yang sama (sembelih) kami guna perkataan lain, iaitu korban, seperti terdapat di dalam ayat berikut:

2:67. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Sesungguhnya Allah, Dia perintah kamu, hendaklah kamu korbankan seekor lembu." Mereka berkata, "Adakah kamu ambil kami sebagai buah ejekan?" Dia berkata, "Aku berlindung pada Allah daripada aku jadi antara orang-orang bodoh."

Perkataan mengorbankan di situ diterjemah daripada kalimat dhabaha pula. Ayat-ayat lain yang mengandunginya adalah:

2:71. Dia berkata, "Sesungguhnya Dia berkata, ia lembu yang belum pernah dipakai untuk membajak bumi, atau untuk mengairi tanaman; sesuatu yang teguh, tanpa tanda yang mencacatkan padanya." Mereka berkata, "Sekarang kamu sudah datangkan yang benar." Lalu mereka korbankannya, dan hampir mereka tidak melakukannya.

 

5:3. Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu korbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka jangan takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku sempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku cukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku puas hati Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk maksud buat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

 

27:21. Sungguh, aku (Sulaiman) akan mengazabnya (burung hud-hud) dengan azab yang keras, atau aku mengorbankan ia, atau ia datangkan kepada aku satu kuasa yang nyata." dan,

 

37:102. Dan apabila dia (Ismail) telah sampai umur untuk berusaha bersama dia (Ibrahim), dia berkata, "Wahai anakku, aku lihat dalam tidurku bahawa aku mengorbankan kamu; renungkanlah; apakah pandangan kamu?" Berkata, "Wahai ayahku, buatlah apa yang kamu diperintah; kamu akan dapati aku, jika Allah hendaki, termasuk orang-orang yang sabar."

Maka setelah perkataan disembelih (6:142) dibuang tidak terdapat lagi perkataan tersebut di dalam Bacaan. Lalu masalah sembelih tidak ditimbulkan lagi olehnya.

 

Ketiga, mengenai pertanyaan "perlukan binatang tersebut disembelih". Untuk jawapannya sila rujuk Penyembelihan yang diterbit pada bulan Ogos lalu.

 

Dan akhir sekali, kami ingin menyentuh sedikit mengenai karangan abumuslim pula. Di dalamnya terdapat kenyataan berikut:

"Persoalannya sekarang adakah benda-benda yang tidak disebut selain dari apa yang telah disebut itu, halal dan boleh dimakan ?

Adakah haiwan seperti harimau, singa, anjing, kucing, buaya dll. boleh dimakan ?."

Bagi kami, semua yang disebut itu boleh dan halal dimakan. Kerana tidak termasuk dalam senarai diharamkan Allah.

 

Satu contoh - anjing. Anjing di kutub dibela atau diternak bukan sahaja untuk pengangkutan (menarik kereta luncur salji) malah sebagai makanan manusia juga apabila keadaan memerlukan. Sekiranya orang-orang di kutub ingin masuk Islam al-Qur'an, bolehkah kita mengatakan kepada mereka bahawa daging anjing tidak boleh dimakan? Walhal ia jadi semacam keperluan bagi mereka.

 

Sama dengan haiwan lain, yang liar dan diburu, seperti tupai (difahamkan dagingnya sedap), burung, kancil, dan sebagainya. Ada pula yang liar sudah diternak, contoh rusa, dan di sesetengah tempat didapati sang buaya diternak. Apakah yang tidak baik pada daging mereka?

 

Harus berhati-hati supaya tidak tentukan sesuatu lebih daripada yang hak. Yang haram sudah ditetapkan dengan jelas. Selain daripadanya adalah halal dimakan. Renungkan ayat berikut:

"Mengapakah dengan kamu, bahawa kamu tidak makan daripada apa yang padanya diingatkan nama Allah, padahal Dia telah jelaskan kepada kamu apa yang Dia haramkan kamu, kecuali kamu terpaksa padanya? Tetapi, sesungguhnya ramai orang menyesatkan dengan keinginan mereka tanpa sebarang pengetahuan; Pemelihara kamu, Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang mencabul." (6:119)

Satu lagi kenyataan abumuslim yang ingin dikomen berbunyi,

"makanan yang baik belum tentu ianya halal dan begitulah sebaliknya."

Berlainan dengan pendapat kami - apa yang dihalalkan Allah adalah baik, dan apa yang diharamkan-Nya adalah tidak baik. Babi, yang diharamkan Allah, adalah tidak baik, walaupun orang-orang yang memakannya mengatakan baik. Kami tidak tahu sebab atau sebab-sebab mengapa ia tidak baik yang menyebabkan Allah mengharamkannya.

 

Kami setuju bahawa antara yang halal adalah tidak baik dimakan - bukan kerana yang halal itu tidak baik, tetapi badan yang menerimanya tidak baik, mungkin atas sebab kesihatan, mental, dan lain. Atau yang halal itu jadi tidak baik kerana tidak bersih.

 

Atau haiwan beracun, yang dianggap tidak baik, baginya ada pula orang yang pandai keluarkan racun padanya. Sama dengan ikan buntal yang disebut abumuslim yang  dibuang racunnya sebelum dimakan.

 

Untuk mengkhabarkan hal makanan, hanya ayat-ayat yang menjelaskan jenis-jenis makanan haram dimakan, serta ayat-ayat yang menyuruh makan yang halal dan baik sahaja disebut. Tidak perlu dihuraikan lagi dengan menyenaraikan haiwan seperti anjing, harimau dan lain sebagai tidak baik dimakan. Allah tidak menyebutnya. Lagi pun, kekeliruan akan timbul dengan penjelasan seperti itu.

 

Demikianlah hanya pendapt kami, yang terbuka untuk dibetulkan.

 

Salam.

 

2 Disember 2008

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman