Pengalaman Muslimah III

 

From: Sari Nande
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Thursday, October 16, 2008 2:05:59 AM
Subject: Pengalaman Muslimah III

Salamun alaikum,

Sdr semoga bahagia sentiasa. Coretan saya kali ni dipendekkan tajuknya. Saya sangat berharap tulisan saya dapat komen/feedback drp sdr dan juga pambaca2 lain.

Dalam proses pembelajaran kita (saya) tidak lari drp buat kesilapan. Iktibar drp itulah yg  mendewasakan kita.

Terima kasih.


Pengalaman Muslimah III


Salamun alaikum,

Saudara,

Setelah membaca kembali coretan Abdman bertajuk Selamat Tingal Syeikh, saya merasakan seakan2 saya yg telah menulis artikel tersebut. Saya juga ingin berkongsi pengalaman saya semasa majzub (terpilih) jadi pengikut Syeikh untuk dijadikan sempadan ”bagi orang2 yang empunya minda”.

Pertemuan saya dgn salah seorang ahli jemaah adalah secara kebetulan. Kerana penyakit aneh yg saya deritai sejak tujuh bulan, dan wanita itu datang menjemput ke rumah buat saya terikut. Saya dibawa ke suatu kawasan pedalaman yg terdapat  beberapa buah pondok kecil dan sebuah surau khas untuk ahli2. Di sana kami diajar berzikir dan ilmu tariqat (perjalanan) bagi mendalami tentang hakikat (kebenaran) menuju makrifat (mengenal). ”Syariat pada umumnya hanyalah kulit/luaran (superficial), sedangkan hakikat adalah intipati ajaran Islam sebenar.” Kami banyak berzikir, kiamulail, dan suluk. Pada pandangan mata kasar memang tidak bercanggah dgn amalan2 syariat Islam yg umum. Cuma kami lebihkan berzikir, solat2 sunat, dan mempelajari kitab2 lama.

Lama-kelamaan saya mula bertanya. Jawapan yg diberikan tidak memuaskan sifat inquisitif dan logik saya. Sebagai contoh, mencium tangan Syeikh tidak batal wuduk. Saya yg dulu bermazhab Syafie tidak dpt menerima, tetapi akur. Kedua rabithah, iaitu membayangkan muka Syeikh ketika solat. (Diakah yg aku sembah?) Jika gagal bermakna hati masih kotor. Hendaklah dibersihkan dengan zikir yg berlipat ganda. Kami juga sering melawat maqam (kubur) orang2 alim atau wali untuk berzikir dan berdoa. Dan beberapa lagi amalan yg sukar diterima akal.

Bayangkanlah betapa taksubnya kami. Suatu hari kami melawat  sebuah ’maqam wali’(?) yg terletak di dlm bangunan kecil di kawasan kampung. Kami tiga orang agak terlewat sampai. Apabila zikir telah bermula pintu tidak akan dibuka, walau di surau sekali pun. Jadi kami terpaksa berzikir di luar sambil duduk dan menggerak2kan kepala. Kadang2 apabila lupa diri jeritan kami agak kuat menyamai mereka di dalam. J

Suluk pula biasanya dilakukan pada bulan Ramadan. Mengambil masa seminggu hingga sebulan, mengikut availability seseorang itu. Tempatnya tak tentu, dari pondok hinggalah ke Gunung Ledang, Pulau Besar, Indonesia atau India. Perbelanjaan Syeikh semua ditanggung termasuk keluarga besarnya yg tinggal. Selama itulah jemaah berkampung. Sebelum kuliah pagi, setiap ahli jemaah akan mengadap Syeikh untuk ceritakan pengalaman atau mimpi mereka. Berdasarkan itu mereka akan dinaikkan maqam, dan cara dan ucapan zikir pun berubah, atau perlu bekerja keras lagi di takuk lama. Tafsiran mimpi atau pengalaman itu tidak pernah diberitahu walaupun bertanya. Saya banyak mengalami perkara pelik. Atau adakah ia kebetulan? Dalam masa dua tahun saya mencapai peringkat yg membolehkan saya duduk di barisan hadapan dalam majlis.

Antara pantang larang dalam suluk ialah makanan berdarah, termasuk telur dan susu, dan mandi. Sebahagian doa wajib, minta dikekalkan dalam perjalanan tersebut. Saya menokok doa, ”...jika ini jalan yg benar. Jika tidak keluarkanlah aku.Ya Allah, Ya Rahmaan, Ya Rahiim, berilah aku petunjuk.” Saya ditegur oleh ahli2 jemaah senior yg lain, kerana menunjukkan ketidakyakinan. 6:112. ... musuh, syaitan2 daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah2 kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu hendak, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada2kan.

Kami dilarang daripada ramai guru (bertanya atau bercerita kepada orang lain). ”Kerana ini ilmu dzauk (rasa) hanya mereka yg duduk (tetap beramal dan yakin dengan cara yg diajar) di situ yg tahu. Orang yg tidak yakin tidak akan sampai (makrifatullah).” Pesan Syeikh, siapa mengikut dia akan terselamat. Darjat (maqam) pengikut adalah di atas orang awam. Jika darjat alim ulama (bukan ahli tariqat) dikira berada di peringkat teratas, maka kami yg paling rendah maqamnya berada di atas mereka. Bukankah ketaqwaan seseorang yg bezakan? (6:32. Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan satu permainan, dan satu hiburan; sungguh, tempat kediaman akhir adalah lebih baik bagi orang2 yang bertakwa. Apa, tidakkah kamu faham?)

Kerana itulah ramai ahli jemaah tidak solat Jumaat kerana berimamkan orang yg rendah maqamnya. Saya pernah bertemu seseorang dari kumpulan lain yg tidak menjawab salam orang awam. Jawapannya saya tidak diberi tahu. Mungkin kerana maqam saya rendah.

Setiap malam Jumaat, kami adakan zikir jahal (kuat) diiringi paluan gendang. Diikuti kemudian zikir nafas (senyap). Acara dalam gelap ini memakan masa lebih kurang tiga jam. Yg tertidur akan dipukul dengan sejadah atau tasbeh yg bijinya sebesar guli.

Setiap kesilapan yg dilakukan oleh Syeikh, yg saya empunya bukti, apabila diajukan kepada senior kata mereka itulah af’al. Iaitu sesuatu perbuatan yg dianggap salah/haram oleh murid adalah ujian untuk menguatkan keyakinan mereka terhadap guru tersebut. Lama-kelamaan kerana terlalu banyak ujian, kepercayaan saya mulai sirna.

Sementelah pula saya ambil alih mengurus bapa mertua yang uzur. Saya tidak terfikir ketika itu mengapa saya dan tidak enam anaknya yg lain dipilih untuk menjaganya. Dalam kesibukan memandi, membersih, menyiap, menyuap, dan menemannya itu saya mula tercicir menghadiri kuliah beberapa kali. Akhirnya saya telah disingkir. Walaupun 17 tahun telah berlalu, namun masih segar di ingatan cara saya dihalau. ”Ente...,” katanya, mata kami bertentang. Dia mengalih mukanya ke arah lain sambil tangannya menguis2 mengusir saya. Saya tersentak, seakan nak pitam. Saya gagahkan juga menemui Syeikh seminggu kemudian untuk kembali diterima sebagai muridnya. Tetapi setelah lebih sejam menunggu saya disuruh balik.

Mungkin itulah hikmah daripada menjaga mertua saya. Beliau meninggal tiga bulan kemudian. Tiada ahli jemaah yang datang kecuali seorang. 4:49. Tidakkah kamu renungkan orang2 yang menyucikan diri2 mereka? Tidak, hanya Allah sucikan siapa Dia hendaki, dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.

Alhamdulillah, ya Rabbi, kerana selamatkan saya daripada terus tersungkur.

6:43. Kalaulah, apabila bencana Kami datang kepada mereka, mereka rendahkan diri! Tetapi hati mereka keras, dan syaitan menampakkan indah bagi mereka apa mereka buat.

5:16. Allah beri petunjuk kepada siapa ikuti kepuasan hati-Nya pada jalan2 kesejahteraan, dan keluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya dengan izin-Nya; dan Dia beri petunjuk kepada mereka pada jalan lurus.

4:99. Mudah2an bagi mereka, Allah akan maafkan; Allah Pemaaf, Pengampun.


Nukilan Putri Nande


Salamun alaikum,

Terima kasih kerana sudi berkongsi lagi pengalaman lalu yang wajar dijadikan iktibar. Yang lalu jadi asas, yang kini jadi bahan, dan yang akan datang jadi matlamat dan kemuncak kita - seperti kata seorang yang kami lupa namanya.

Sehubungan pengalaman gelap dengan Syeikh tersebut teringat sebuah ayat (lebih tepat, sebahagian daripadanya) yang telah buatkan kami selalu termenung, berbunyi,

"Kamu di pinggir lubang Api, dan Dia selamatkan kamu daripadanya." (3:103)

Berterimakasihlah kepada-Nya selalu.

Salam.
 

18.10.08

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman