Buta Qur'an
From: eena nadia <dearch_rose87@yahoo.com>
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Monday, October 13, 2008 4:12:59 PM
Subject: salam..saya ingin menyuarakan suatu kemusykilan.
anad banyak menyuarakan bahawa banyak hadis yang tidak betul terutama hadis bukhari. tetapi anda tidak mahu digelar anti hadis. oleh itu, cuba anda terangkan hadis mana lagi yang benar atau anda ikut?
saya keliru dengan firman Allah yang anda kemukakan itu. dari mana anda dapatnya? jikalau daripada Al-Quran, kenapa nombornya tidak merujuk pada mana2 surah? contohnya:
"sesiapa antara kamu yang berpaling (murtad) daripada agamanya, maka Allah akan datangkan satu kaum yang Dia cintai, dan mereka mencintai-Nya." (5:54).
boleh anda terangkan daripada mana anda dapatnya? adakah ia dari surah-surah dalam al-Quran? kenapa harus menggunakan nombor sebegitu? kenapa tidak disebutkan saja surahnya?
kod-kod begitu seolah-olah kod-kod yang terdapat dalam kitab bible. boleh anda terangkan kenapa?
Salamun alaikum,
Terima kasih kerana sudi menulis untuk meluahkan beberapa keraguan terhadap kami dan apa yang kami tulis.
Kami syak e-mel ditulis selepas dapati Bukhari dicubit di dalam artikel Bunuh di dalam al-Qur'an yang baru diterbitkan.
Kelihatan anda lebih mengenali Bukhari daripada Allah. Dan lebih menyayanginya daripada Dia. Sekiranya keadaan begini berleluasa di kalangan masyarakat maka janji Allah, iaitu diganti dengan kaum lain, akan berlaku lebih awal daripada dijangka.
Menggelar atau mengejek orang lain dengan nama buruk, seperti anti hadis, dilarang Allah. Firman-Nya,
"Wahai orang-orang yang percaya, janganlah sesuatu kaum mengejek kaum yang lain, yang mungkin lebih baik daripada mereka; ...... dan jangan juga menghina satu sama lain dengan nama-nama gelaran. Satu nama yang buruk ialah fasiq setelah iman. Dan sesiapa tidak bertaubat, maka mereka itu, merekalah orang-orang zalim." (49:11)
Oleh kerana itu kami tidak menggelar orang-orang seperti anda dengan nama buruk, misalan, anti Qur'an, ingkar Qur'an, buta Qur'an atau orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).
Tidak percaya kepada hadis karya Bukhari dan penulis lain tidak bermaksud meng-anti-nya. Sama dengan tidak percaya kepada fahaman Kristian atau agama lain, yang tidak langsung bermakna kami anti Kristian atau anti agama lain. Perkataan anti pada pegangan kami tidak berbau harum atau sedap.
Bagaimana pemikirian anda boleh jadi begitu sempit adalah suatu yang harus anda fikirkan.
Kami tidak anti mana-mana fahaman agama kerana menuruti firman Tuhan seperti Dia beri petunjuk kepada siapa Dia hendaki, dan tidak beri petunjuk kepada siapa Dia hendaki. Atau, firman yang menyatakan bahawa tidak ada paksaan dalam agama.
Apa yang anda katakan kod (seperti 5:54) itu sebenarnya diguna seluruh dunia, termasuk Rektor UIA. Sila rujuk buku Qur'an and Hadith: The Final Debate di mana anda dapati Rektor (universiti Islam bukan Kristian) tersebut menggunakannya dengan agak banyak.
Kod 5:54 bermaksud surah 5 ayat 54. Dengan kod itu mana-mana ayat di dalam al-Qur'an mudah dicari dan disemak kandungannya. Orang Kristian pula menulis, contoh Ezra 7:1, mirip kepada apa yang anda suka.
Cara menulis rujukan ayat yang anda suka, iaitu mencatat nama surah dan ayat, kadang-kala didapati mengelirukan kerana sesetengah surah dikenali dengan nama yang berbeza. Lagipun, cara itu tidak begitu pantas untuk mencari sesebuah ayat berbanding cara yang diguna seluruh dunia.
Anda telah menunjukkan tidak tahu kandungan al-Qur'an (salahkan didikan anda yang tidak sampai ke tahap mengenali ayat-ayat Allah dan takut kepada-Nya) dan juga tidak tahu bagaimana rujukan kepada ayat al-Qur'an ditulis dalam penulisan. Walaupun didapati dua kali tidak tahu mengenai al-Qur'an, kami tidak bercadang menggelar anda dengan nama Buta Qur'an.
Anda tergolong dalam golongan orang-orang tidak tahu. Mudah-mudahan anda tidak jadi seperti orang-orang disebut di dalam ayat berikut, iaitu hati ditutup oleh Allah kerana tidak percaya kepada-Nya dan ayat-ayat-Nya, lalu jadi antara orang-orang tidak tahu:
"dan jika kamu datangkan kepada mereka satu ayat, orang-orang tidak percaya pasti akan berkata, 'Tiadalah kamu, melainkan orang-orang yang buat kepalsuan.' Begitulah Allah tutup hati orang-orang yang tidak tahu." (30:58-59)
Maaf jika tersinggung. Salam.
16.10.08
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman