Hadis Syaitan
From: Mohamad Hashim <mumumimi_1@yahoo.com>
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Sunday, September 28, 2008 2:40:30 PM
Subject: SEJARAH SEBENAR PEMBEBASAN CONSTANTINOPLEHADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul ) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
< dipadam >
Salamun alaikum,
Terima kasih atas kiriman hadis di atas, walaupun diketahui kami tidak menyukainya.
Imam Ahmad (TM780-855) adalah pengasas mazhab Hanbali. Adalah difahamkan beliau telah juga menulis sebuah hadis yang mengisahkan (dengan rinkas) bahawa Zaid bin Thaabit, penulis wahyu yang terkenal, juga setiausaha Nabi, beritahu bahawa Nabi telah beri arahan kepadanya dan orang lain supaya tidak menulis apa-apa daripada baginda selain al-Qur'an.
Kelihatan seperti Imam tersebut tidak membaca apa yang ditulisnya, atau beliau sengaja menunjukkan keingkaran terhadap arahan Nabi, atau bukan beliau yang menulis hadis tentang pembebasan tersebut.
Hadis mengandungi dua ramalan, iaitu Constantinople akan jatuh ke tangan orang Islam, dan raja orang Islam ketika itu adalah sebaik-sebaik raja.
Constantinople telah jatuh ke tangan tentera Islam pada hari Selasa 29 Mei 1453. Dan raja mereka pula dikatakan digelar "sebaik-sebaik raja"!!
Selanjutnya, ayat pertama daripada bahagian e-mel yang dipadam berbunyi,
"Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut."
Dijanjikan Allah di dalam Hadis tersebut!
Izinkan kami bertanya pula. Adakah Nabi seorang tukang tilik? Adakah Nabi tahu yang ghaib? Adakah hadis itu benar? Benarkah Allah telah berjanji?
Dengan berlandaskan kata-kata Allah yang sebenar, kami jawab semua soalan itu dengan kata keras "Tidak!"
Kata-kata Allah yang dimaksudkan berbunyi,
"Maka ingatkanlah! Dengan rahmat Pemelihara kamu, kamu (Muhammad) bukanlah seorang tukang tilik," (52:29).
Oleh kerana Nabi bukan seorang tukang tilik, seorang yang meramalkan sesuatu, maka dia tidak tahu Constantinople akan jatuh ke tangan orang Islam. Ayat 69:42 juga mengatakan Nabi bukan seorang ahli tilik.
Bunyi kata-kata-Nya lagi,
"Katakanlah (Muhammad), 'Aku tidak kata kepada kamu, 'Aku mempunyai perbendaharaan Allah'. Aku tidak tahu yang ghaib, dan aku tidak kata kepada kamu, 'Aku seorang malaikat'; aku hanya ikut apa yang diwahyukan kepadaku." Katakanlah, "Adakah orang yang buta dengan orang yang melihat sama? Tidakkah kamu fikirkan?'" (6:50)
Atas sebab dia sendiri mengatakan (kerana disuruh Allah) bahawa dia tidak tahu yang ghaib maka Nabi tidak tahu tentang kejatuhan Constantinople di tangan orang Islam, yang berlaku 800 tahun kemudian. Ayat 7:188 dan 11:31 turut mengatakan Nabi tidak tahu yang ghaib.
Lagi bunyi kata-kata-Nya,
"dan Allah tidak akan beritahu kamu (Muhammad) yang ghaib;" (3:179)
Ketegasan Allah mengatakan Dia tidak beritahu Nabi tentang yang ghaib menunjukkan dengan amat jelas iaitu Nabi tidak tahu kejatuhan Constantinople di tangan tentera Islam.
Mungkin sedikit penjelasan mengenai perkataan ghaib diperlukan di sini. Di dalam al-Qur'an, ia termasuk perkara-perkara yang sudah (lama) berlaku dan yang akan berlaku (masa depan). Contoh ayat bagi yang pertama ialah:
"Itu (cerita Nabi Nuh) adalah daripada berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kamu; kamu tidak mengetahuinya, dan tidak juga kaum kamu sebelum ini." (11:49)
Sementara contoh bagi perkara yang akan berlaku berbunyi,
"Adakah kamu lihat orang tidak percaya kepada ayat-ayat Kami, dan berkata, 'Sungguh, aku akan diberi harta dan anak-anak'?
Apa, adakah dia melihat yang ghaib, atau adakah dia telah ambil perjanjian dengan Yang Pemurah?" (19:77-78)
Justeru, menurut kata-kata Allah, Nabi bukan seorang tukang tilik, Nabi tidak tahu yang ghaib, dan Allah tidak beritahu Nabi yang ghaib.
Kami ingin bertanya lagi. Siapa yang telah menipu umat tentang ramalan Nabi ke atas kejatuhan Constantinople (siapa saja yang menulis hadis tersebut)? Siapa pula yang telah menipu dengan mengatakan kejatuhan itu telah dijanjikan Allah di dalam hadis tersebut?
Sekali lagi kami jawab sendiri soalan-soalan kami. Jawapan kami ialah "Syaitan" dan "Syaitan".
Lantas, itu bukan Hadis Nabi tetapi Hadis Syaitan. Dan orang yang mengatakan kejatuhan itu janji Allah juga syaitan. Kedua-duanya syaitan jenis manusia.
"Selamat Hari Raya" bagi orang-orang yang meraikannya! Maaf Zahir dan Batin.
1.10.08
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman