Al-Qur'an - dari pelepah, batu ke PDA
From: notootaksub
To: pengurus laman <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Tuesday, September 23, 2008 5:05:13 PM
Subject: al QuranSalamualaikum,
Mohon pandangan saudara mengenai fikiran berikut:
Sejarah menyatakan al-Quran diturunkan secara berperingkat di Mekah dan Madinah selama 23 tahun dengan ayat pertama 96:1. Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta dan terakhir dipercayai surah ini 5:3. Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu korbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka jangan takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku sempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku cukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku puas hati Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk maksud buat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
Pada masa itu, ayat-ayat tersebut dihafal, ada yang dicatat di pelepah pohon tamar dan batu sehinggalah ia disusun dalam bentuk buku dizaman saidina Usman Ibn Affan. Buku itu atau Kitab Al quran yang kita kenali sekarang ini lah yang dijadikan kitab yang dibaca, disimpan di dalam almari, rak buku dan ada juga dibawah bantal. Kitab tersebut dijaga dengan rapi, kadang-kadang dibalut dengan kain, dijunjung, dicium pun ada dan perlu berwuduk ketika memegangnya atau membacanya untuk menjaga kesuciannya.
Sewaktu zaman Rasulullah dulu iaitu kira-kira 1400 tahun yang lalu, kenderaan yang digunakan adalah unta, keldai dan kuda. Senjata mereka mungkin parang panjang, pedang dan perisai. Zaman bertukar zaman, diatas kurniaan Tuhan, manusia yang dicipta dengan akalnya telah cipta pelbagai kemudahan…. pada hari ini kita dapat lihat motosikal, kereta dan kapal terbang digunakkan untuk perjalanan. Unta-unta dan kuda yang ada berkurangan digunakan untuk tujuan ini. Malah kita dapat melihat unta-unta ini di zoo dan kadang-kadang kuda-kuda ini digunakan dalam perlumbaan. Senjata pula adalah yang canggih, berpeluru malah sudah ketahap bom nuclear.
Pada waktu ini, kita akan dapat lihat Al Quran dalam pelbagai bentuk. Ada didalam bentuk CD, PDA, didalam handphone, didalam lap top dan internet. Kandungan ayatnya tidak berubah sedikit pun. Persoalan nya, apakah kita mesti lakukan perkara seperti diatas untuk menjaga kesuciannya? Contohnya; Sebelum membuka Laptop untuk tujuan membaca al quran kita mestilah ambil wuduk dahulu, kemudian hendaklah disimpan dengan rapi. Jauh sekali melangkahnya. Boleh atau tidak seseorang itu membawa PDA atau handphone yang mengandungi al quran didalam nya ke makam untuk tujuan membaca Yassin atau tujuan keagamaan lain seperti kenduri, doa selamat dan lain-lain. (Suka diingatkan, apa yang dibaca didalam laptop atau computer tersebut, kandungannya, bacaanya sama saja dengan yang terdapat didalam kitab al quran)
Tepuk dada tanya selera kepada yang ingin berfikir. Minda yang dikurniakan itu lah yang jadikan manusia begitu istimewa berbeza dengan haiwan.
Kesimpulan nya, apa yang penting adalah penghayatan kandungan al quran itu, maksudnya dan mengambi iktibar dari nya untuk kita jadikan panduan di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal abadi.
Ini adalah pandangan sahaja, mungkin betul dan mungkin tidak, sama seperti pandangan ulama, mungkin betul, mungkin tidak. KepadaNya kita berserah untuk petunjuk. Mohon ampun dari Pemeliharaku sekira pandanganku tersilap dan kepada pembaca harap maaf. Wallahualam.
Salamun alaikum,
Terima kasih kerana sudi menulis lagi setelah kian lama, dan atas ingatan terhadap (sedikit) sejarah al-Qur'an di samping bagaimana ia dilayan oleh pihak tertentu.
Kami cuma ingin menambah sedikit tentang apa yang dikata mengenai al-Qur'an yang dicatat di pelepah pohon tamar dan batu.
Saiz pelepah sudah maklum tetapi batu harus besar sebab batu yang kecil sukar ditulis padanya. Bayangkan orang-orang pergi ke hulu ke hilir membawa pelepah-pelepah dan batu-batu besar supaya ayat-ayat al-Qur'an dapat dibaca untuk diri sendiri atau orang-orang lain! Ini tidak masuk akal.
Sejarah mengatakan pada zaman itu karya-karya sastera yang baik digantung di Kaaba. Pelepah-pelepah dan batu-batu besar digantung untuk bacaan umum! Juga tidak masuk akal.
Tambahan pula, dari awal al-Qur'an, Tuhan menyatakan ia sebuah kitab (buku). Himpunan pelepah atau batu tidak dipanggil kitab atau buku.
Kertas mula dicipta pada kira-kira tahun 3000SM, sementara kertas (bukan papyrus) pada TM105 di negeri Cina. Mungkinkah selepas 3600 tahun atau 500 tahun dicipta ia tidak sampai di Mekah? Walhal Mekah adalah tempat kunjungan penting terutama bagi para pedagang pada masa al-Qur'an diturunkan.
Tidak, kertas sudah digunakan semasa al-Qur'an diturunkan. Buktinya terdapat pada al-Qur'an sendiri di dalam ayat-ayat berikut:
"Sekiranya Kami turunkan kepada kamu sebuah Kitab di kertas, lalu mereka sentuh ia dengan tangan-tangan mereka, tentu orang-orang tidak percaya akan berkata, 'Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.'" (6:7)
"Mereka tidak pertimbangkan Allah dengan pertimbangan-Nya yang sebenar ketika mereka berkata, 'Allah tidak turunkan sesuatu kepada mana-mana manusia.' Katakanlah, 'Siapakah yang turunkan Kitab yang Musa datangkan sebagai satu cahaya dan satu petunjuk bagi manusia? Kamu letakkannya di kertas-kertas, dengan menampakkannya, dan sembunyikan kebanyakannya; dan kamu diajar apa yang kamu tidak tahu, kamu dan bapa-bapa kamu.' Katakanlah, 'Allah.' Kemudian tinggalkanlah mereka bersendiri bermain-main permainan terjunan mereka." (6:91)
"Dan sebuah Kitab yang tertulis,
Dalam kertas kulit bergulung yang terbuka," (52:2-3)
Di situ dinyatakan bahawa Kitab Nabi Musa pun sudah ditulis pada kertas oleh manusia.
Mungkinkah Nabi telah mengizinkan ayat-ayat al-Qur'an yang suci ditulis pada pelepah dan batu? Nabi yang bertanggungjawab tidak mungkin buat demikian.
Mengapa cerita penulisan ayat-ayat al-Qur'an di pelepah dan batu direka dan dimasukkan ke dalam sejarah Islam? Kami tidak nampak sebab lain kecuali supaya manusia ragu-ragu terhadap kandungan al-Qur'an. Keraguan juga telah ditunjukkan oleh orang-orang yang mengaku Islam. Satu contoh dapat dibaca daripada Al-Qur'an - soalan, keraguan & benci kerana tidak kenal.
Bagi kandungan e-mel yang lain, kami tidak buat sebarang catatan di sini melainkan memetik kata penulisnya, iaitu tepuk dada tanya selera. Sekali lagi kami ucap terima kasih kepadanya.
25.9.08
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman