Mengapa Taubat tiada Bismillah
From: abumuslim
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Friday, July 25, 2008 9:17:39 AM
Subject: Surah TaubatMengapakah surah Taubat tidak dimulakan dengan bacaan Bismillah ?
Salamun alaikum,
Terima kasih. Terlupa pulak beri salam! Mungkin kerana tak sabar nak bertanya!! Pun begitu, soalan saudara diterima dengan baik dan akan dijawab.
Jawapan penulis - "Saya tidak tahu!" Tidak tahu mengapa surah Taubat tidak dimulakan dengan Bismillah macam surah-surah lain.
Akan tetapi, beberapa pendapat orang-orang yang memikirkannya telah lama dibaca. Paling menarik ialah berkaitan Kod 19.
Penulis syak soalan tersebut ada hubungan dengan Kod 19. Jika benar, penulis suka meneruskan bicara mengenainya. Ingin ditegaskan di sini iaitu penulis tidak menolak mahu pun menyokong penuh fahaman Kod 19 atas ketiadaan Bismillah pada surah Taubat. Kerana musykil.
Adalah didapati ayat Bismillah yang diberi angka bilangan hanya satu sahaja, iaitu di surah al-Fatihah. Angka bilangannya 1 (satu). Manakala 112 surah al-Qur'an lain tidak. Bermaksud tidak dimasukkan ke dalam pengiraan jumlah ayat bagi surah-surah tersebut. Tidak seperti surah al-Fatihah, jumlah ayatnya 7, termasuk Bismillah.
Kod 19 jumlahkan ayat Bismillah di dalam al-Qur'an sebanyak 114 (boleh dibahagi dengan angka 19). Yang tiada di surah Taubah (bermakna kurang satu kerana jumlah surah ialah 114) diganti atau digenapkan dengan Bismillah pada sebuah ayat lain, berbunyi,
"Ia daripada Sulaiman, dan ia adalah 'Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih." (27:30)
Kesemua ayat Bismillah di dalam al-Qur'an, termasuk pada ayat di atas, berjumlah 114. Bermakna, pengiraan membabitkan 112 ayat Bismillah yang tanpa angka bilangan.
Setelah jelas, meloncat pula kepada pengiraan lain dalam Kod 19. Contoh, Surah 2 yang bermula dengan huruf Alif Lam Mim. Jumlah huruf-huruf tersebut di dalam surah berkenaan dikatakan dapat dibahagi 19.
Penulis ingin bertanya - Adakah penghitungan itu masukkan huruf-huruf Alif Lam Mim yang terdapat pada ayat Bismillah di permulaan surah?
Jika tidak, mengapa? Walhal dalam kes yang pertama tadi ayat itu dikira walaupun tiada angka bilangan.
Tetapi, kalau sudah diambil kira maka gugurlah soalan penulis (dan maaf kerana tidak tahu, sebab penulis baca Kod 19 dua puluh tahun lalu).
Taubat tiada Bismillah oleh sebab telah dicemari dua ayat manusia, menurut Kod 19. Ayat-ayat tersebut, yang berada di akhir surah, didakwa bukan ayat-ayat Allah. Kerana ia kelihatan terlalu memuliakan Nabi Muhammad, dan antara kandungannya pula dikatakan tidak memenuhi Kod 19. Lalu ayat-ayat berkenaan, 9:128 dan 9:129, dibuang.
Setelah dibuang, dan surah Taubah jadi suci semula, penulis dapati Bismillah tidak juga diletak di permulaan surah tersebut. (Sila lihat tafsiran al-Qur'an Rashad Khalifa edisi ke-2.)
Pembuangan dua ayat tersebut sukar ditelan kerana timbul pula soalan lain. Misalan, adakah selama ini, setelah lebih 1400 tahun diturunkan, Tuhan tidak memelihara al-Kitab bagai janji-Nya?
Kembali kepada jawapan penulis di atas. Penulis tidak tahu mengapa surah Taubat tiada Bismillah sebab al-Qur'an tidak jelaskannya. Andaikata sebabnya ada terselit sebagai ayat mutasyabihat maka penulis tidak begitu berminat untuk menyelaminya, takut nanti hati jadi condong kepada kesesatan. Tambahan pula, soalan tersebut dirasai tidak ditanya di akhirat kelak.
Namun begitu, penulis tidak menolak mana-mana pihak yang ingin mencari jawapan kepada perkara-perkara mutasyabihat kerana melalui usaha baik mereka dunia ilmu pengetahuan jadi semakin luas, dan kekusutan akhirnya dapat dihuraikan, dengan izin Allah.
Sila lihat
Kod
19.
30 Julai 2008
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel
Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis
English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman