Pada Hari Kiamat

 

From: sky 5ire
To: Pengurus Laman <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Thursday, October 4, 2007 10:14:46 AM
Subject: Pade Hari Kiamat

Salamun Alaikum

semoga saudara berade didalam sejahterah hendaknya
saya telah membaca artikel megenai;
Neraka di dalam al-Qur'an dan Hari Kiamat

ape yg ingin saya tahu ialah,
ape kah benar jika seseorang suami atau bapa yg hendak masok kedalam syurga akan ditarik oleh isteri dan anak dia disebab sesuatu perkara yg menyebabkan si isteri dan anak dicampakkan ke neraka ?
kerana hal seperti itu senantiasa kita dengar dan sering dibacakan pade kita.

"Setiap seorang daripada mereka datang kepada-Nya pada Hari Kiamat bersendirian." (19:95)
ayat itu beritahu yg kita akan datang mengadap kepada-Nya bersendirian, maka ape pula pendapat tuan tentang ape yg sering diberitahu kepade kita yg segala perbuatan kita akan diperlihatankan kepade kita dan semua manusia pade ketika itu juga melihatnya,apekah manusia turut melihat ape yg telah kita kerjakan semasa kita sedang diperhitungkan?
kerana

"dan Kami keluarkan untuknya (manusia), pada Hari Kiamat, sebuah kitab yang dia temuinya terbuka. 'Bacalah kitab kamu! Cukuplah dengan jiwa kamu sendiri pada hari ini sebagai penghitung terhadap kamu.'" (17:13-14)
kita akan membaca ape yg telah kita lakukan jadi, dan tidak pulak lihatkan ape yg kita lakukan

semoga kita semua dapat penjelasan yg lebih jelas dari al-quran kerana selama ini penjelasan yg kita dapat adelah dari ulama dan pade penjelasan mereka itu terdapat kegaruan keraguan yg mane kita sendiri teragak-agak untuk menerimanya


Salamun alaikum,

Terima kasih kerana sudi menulis lagi, dan maaf atas kelewatan menjawab dua soalan tersebut.

Saudara sudah pun menjawab soalan pertama dengan ayat yang saudara turunkan, iaitu ayat 19:95. Justeru, cerita daripada sesetengah golongan manusia mengenai "seseorang suami atau bapa yg hendak masok kedalam syurga akan ditarik oleh isteri dan anak ...", pada hemat kami, hanyalah omong-omong kosong belaka.

Bagi menjawab pertanyaan kedua pula, diturunkan di bawah ini dua ayat mengenai amalan manusia yang akan diperlihatkan kepada mereka pada Hari Kiamat. Ayat-ayat berbunyi,

"Dan orang-orang yang ikut berkata, 'Sekiranya bagi kami dapat kembali lagi, kami berlepas diri daripada mereka, sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami.' Begitulah Allah akan lihatkan kepada mereka amalan-amalan mereka; aduhai kesalnya mereka! Mereka tidak akan keluar dari Api." (2:167)

"Pada hari itu, manusia keluar secara berasingan untuk melihat amalan-amalan (perbuatan) mereka," (99:6)

Tambahan lagi, ada jugak yang digantung pada leher. Firman-Nya,

"Tetapi orang-orang yang kikir dengan pemberian yang Allah telah beri mereka, janganlah mereka sangka itu lebih baik bagi mereka; tidak, ia adalah lebih buruk bagi mereka. Apa yang mereka kikir dengannya akan digantung pada leher-leher mereka pada Hari Kiamat; dan kepunyaan Allah warisan langit dan bumi; dan Allah sedar apa kamu buat." (3:180)

Maka amalan kita bukan sahaja dapat dibaca malah dapat juga dilihat pada Hari Kiamat. Takut kan!

Selamat meneruskan puasa Ramadan.
Terima kasih.
 

7 Oktober 2007

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman