Mahkamah Arah Pasangan Berpisah - Respon

 

From: rose
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject:
Mahkamah arah pasangan berpisah secara `farakh' 
Date: Monday, February 20, 2006 3:24 PM

Salamun alaikum,

Tuan, saya sungguh tertarik dengan jawapan tuan kepada soalan yang diajukan oleh "Hani Dew". Pada saya, jawapan yang tuan beri itu cukup jelas dan tepat sekali.

Oleh itu tuan, kalau tiada sebarang halangan saya cadangkan tuan majukan pendapat tuan mengenai issue itu ke Utusan supaya pembaca semua dapat buat penilaian sendiri.sekali gus mendedahkan "hukum2 buatan manusia" yang akhirnya menzalimi pihak2 tertentu.

salam,
rose


Salamun alaikum,

Terima kasih. Satu cadangan yang baik untuk dituruti. Usaha telah pun dibuat. Tapi pendedahan serupa itu dianggap tidak baik bagi sesetengah pihak yang mengutamakan perpaduan rakyat dan ketenteraman awam. Malah, ada daripada golongan agama yang ingin mengtakrifkan orang-orang seperti kami sebagai mengancam keselamatan negara! Atau, sebagai orang-orang yang buat keroskan di bumi.

Antara orang-orang yang sangkal terdapat mereka yang jiwanya percaya dan yakin terhadap kebenaran ayat-ayat Allah. Penyangkalan mereka hanya didorong oleh sifat sombong (ketinggian diri), atau ego, yang disemai di dalam jiwa, lalu tanpa disedar, jadi orang-orang yang sebenarnya buat kerosakan di bumi. Bukan orang-orang seperti kami. Firman Allah,

"Dan mereka menyangkalnya, walaupun jiwa mereka meyakininya, dengan kezaliman dan daripada ketinggian diri. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang buat kerosakan!" (27:14)

Pun begitu, usaha untuk menyebarkan yang benar tetap diteruskan. Kami bertawakal kepada Allah kerana hanya Dia sahaja yang membenarkannya. Firman-Nya lagi,

"Dan supaya Dia membenarkan yang benar, dan membatalkan yang palsu, walaupun orang-orang yang berdosa membencinya." (8:8)

Terima kasih.

1 Mac 2006


Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman