250,000 murtad di Malaysia - Respon
From: noraliza
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: 250,000 murtad di Malaysia
Date: Monday, February 27, 2006 9:27 PMSalam,
DGN NAMA ALLAH YANG PENGASIH & PENYAYANG.
Setelah saya membaca artikel bertajuk di atas dan membaca Bacaan terjemahan Al-Quran serta Bible maka saya bersama suami berpendapat bahawa mereka yg murtad dari Islam kerana mereka ini tidak faham & confused terhadap Islam.
Ini kerana mereka dilahirkan oleh keluarga Islam dan memahami Islam dari mulut ibubapa/uztaz serta ceramah2 ugama yang kebanyakannya berpandukan hadis yg agak memberatkan dan tidak mengkaji sendiri Al-Quran serta faham isinya. Begitu juga dengan kami sebelum ini.. (Syukur pada ALLAH MAHA ESA kerana menemukan kami pada laman web ini dan adanya seorang Melayu seperti saudara yang dapat membuka mata orang2 Melayu seperti kami yang celik tapi buta dalam Islam sebenarnya.. SYABAS!)
Maka, bagi mereka ini, ugama Kristian lebih mudah dan lebih fleksible dan rasa sesuai dengan jiwa untuk diikuti kerana mengikut paderi2 Kristian ugamanya lebih up-to-date dan bersesuaian dengan zaman, sedangkan ugama Islam banyak pantang larangnya dan agak ketinggalan zaman. Tetapi hakikat sebenarnya, jika mengkaji bible, kami rasa ianya amatlah memberatkan, ketinggalan zaman dan lagi banyak pantang larang serta sanggup menghina nabi2. Tetapi, dalam berdakwah, paderi2 Kristian sembunyikan hakikat ini sebaliknya ceritakan keindahannya sahaja sambil menyanyi2 memuji Tuhan. Bagi mereka yang ingin mendekatkan diri pada agama, mencari2 highway untuk ke jalan ketuhanan.. mungkin akan rasa lebih senang dan tenang mendekatkan diri dengan paderi2 Kristian daripada Uztaz/Uztazah. Paderi2 ini berpakaian biasa (sesetengahnya ada profession sendiri), bila duduk bersembang bersama rasa mesra spt kawan2.. boleh kesana kemari bersama2.. bila dah rasa selesa, mudahlah terpengaruh.
Fenomena ini sebenarnya dah lama, seingat saya waktu saya di sekolah menengah iaitu dalam tahun 80an lagi dan saya juga pernah berkawan dengan kelumpuk2 ini. Tapi, Alhamdulillah.. tidaklah sampai terpengaruh. Mungkin sebab sikap saya yang lebih terbuka dgn memandang semua manusia adalah sama walau apa agamanya sekali pun. Yang baik perangai kita kawan, yang jahat kita jauhkan!
Mungkin kini tibalah masanya pendakwah2 Islam kena ubah cara berdakwah. Pakai Al-Quran sahaja iaitu kata2 dari TUHAN yang satu. Yang direct dan tidak menyulitkan. Tak payah guna kitab hadis (bukan tak percaya) tapi gunakan satu buku tex sahaja iaitu Al-Quran. InsyaAllah, segala keraguan2 terhadap agama Islam akan terjawab.
Saya sebagai seorang perempuan, jika baca bab2 hukum dalam kitab hadis, banyak yang memihak pada kaum lelaki spt. poligami, tentunya kami wanita akan rasa tak adil.. tapi TERPAKSA meredhakan sebab itu adalah ketetapan ALLAH.. dapat payung emas di syurga nanti!! Tapi tak ada pulak dinyatakan dalam Al-Quran. Jadi siapa pulak nak bagi payung emas tu? Tapi, apabila memahami Al-Quran, barulah saya faham, di sisi ALLAH, lelaki & wanita adalah sama di pentas dunia dan yang beriman pada ALLAH tentu ada balasan baik di akhirat.
Sebenarnya, banyak lagi yang hendak di nyatakan tapi dah lari dari topik pulak. Akhir kata, Uztaz/Uztazah sekarang ni patut ubah cara berdakwah... Boleh baca cerita wali songo berdakwah di nusantara waktu dahulu. Very humble..
InsyaAllah, itu lain cerita pulak ye.
Kami sentiasa support pihak tuan.
Salamun Alaikum
Salamun alaikum,
Terima kasih kerana sudi menulis kepada kami, kerana beri pandangan, dan kerana menyokong usaha kami yang tidak sepertinya.
Orang-orang Melayu sudah berubah. Mereka sudah pandai menggunakan hak untuk memilih agama atau kepercayaan, seperti yang diberi Allah. Orang-orang yang cuba menyekat hak itu tentu akan gagal.
1 Mac 2006
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman