Rokok dan Arak
From: sipekan
To: "Pengurus Laman" <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Ayat 66:5 ...
Date: Monday, January 09, 2006 4:50 PMSalam,
Terima kasih saya ucapkan kepada saudara dokm kent kerana bertanyakan dan membawa pemerhatian saudara penulis Bacaan kepada ayat 66:5.
Beberapa bulan yg lalu semasa saya membaca Bacaan iaitu ayat 66:5 saya fikirkan apa yg saudara maksudkan dengan "yang berpuasa" tetapi akibat sibuk dgn pekerjaan hingga terlupa sehinggalah sekarang. Nasib baiklah ada saudara pembaca seperti dokm kent yg bertanyakan ttg ayat tersebut.
Di kesempatan yg ini, ingin saya membawa saudara dan pembaca kepada satu persoalan ttg (1) rokok, dan (2) bekerja di tempat yg melibatkan penjualan arak.
1) Rokok
- Apakah ketetapan Al-Quran ttg perokok atau penjual rokok. Seperti mana yg saudara semua maklum, ASWJ terbahagi kpd pelbagai pendapat iaitu makruh, haram dsbgnya.2) Bekerja di tempat yg melibatkan penjualan arak
- Bagaimana pendirian yg sepatutnya di ambil oleh seseorang yg hanya mengikut Al-Quran semata-mataSaya ingin sekali mendapatkan pandangan saudara penulis dan pembaca e-bacaan semua.
Terima kasih kerana sudi berkongsi. Salam.
Salamun alaikum,
Terima kasih kerana sudi menulis kepada kami. Pandangan kami terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan itu adalah hanya peribadi dan tidak bertujuan merendahkan pandangan orang lain.
Rokok tidak seperti arak kerana tidak disebut di dalam al-Qur'an secara khusus. Ia, bagi kami, adalah sejenis makanan kerana kandungannya, seperti nikotin, akan menetap dan mempengaruhi sistem di dalam badan.
Kerana tidak disebut di dalam al-Qur'an dan kerana ia sejenis makanan maka orang-orang yang berpengetahuan mengenai makanan dan kesihatan harus dirujuk. Mereka adalah ulil amri, dan yang terdekat dengan kita adalah para doktor.
Para saintis sedunia sepakat mengatakan merokok memudaratkan kesihatan. Maka amalannya tidak harus dimulakan, mahupun diteruskan. Kerana Allah ada beri nasihat supaya makan makanan yang baik. Firman-Nya,
"Wahai manusia, makanlah apa yang di bumi, yang halal dan baik, dan jangan ikut langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu. mereka zalimkan." (2:168)
Namun, terdapat juga antara perokok yang jantung dan kesihatan mereka berada dalam keadaan baik, walaupun banyak merokok dan sudah lama merokok, yang dinasihatkan oleh doktor supaya tidak berhenti merokok sama sekali tetapi mengurangkan bilangan rokok yang dihisap setiap hari. Demi kesihatannya jua.
Oleh itu kebijaksaan sangat diperlukan dalam memutuskan soal amalan merokok.
Seperti itu juga diperlukan dalam penjualan rokok. Orang-orang yang terlibat tidak seharusnya terburu-buru tinggalkan pekerjaan mereka. Takut nanti ramai pula tanggungan jadi lapar.
Demikianlah juga dengan penjualan arak. Akan tetapi, usaha untuk tinggalkan segala pekerjaan yang berkait dengannya harus dilaksanakan dengan lebih gigih. Supaya tidak jadi sumbang kerana di sebelah tangan memegang al-Qur'an serta menyuruh orang lain berhenti dan jauhkan diri daripada arak, sementara di sebelah satu lagi terlibat pula dengan penjualan dan pengedarannya.
Ayat-ayat buat rujukan bagi arak adalah:
"Mereka tanya kamu mengenai arak dan judi. Katakanlah, 'Pada keduanya dosa besar, dan beberapa manfaat kepada manusia, tetapi dosanya adalah lebih besar daripada manfaatnya.'" (2:219)
"Wahai orang-orang yang percaya, arak, judi, berhala-berhala dan ramalan anak-anak panah, adalah kotoran, sebahagian daripada amalan syaitan; maka jauhilah ia agar kamu beruntung" (5:90).
"Syaitan hanya hendak sebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi, dan untuk halangi kamu daripada Peringatan Allah, dan daripada solat. Mahukah kamu berhenti?" (5:91).
Apapun, bila rasa bersalah, mohonlah ampun kepada Tuhan sebagaimana orang yang terpaksa makan daging babi (yang sangat nyata pengharamannya) memohon ampun demi mengelakkan diri daripada kebuluran. Firman Tuhan,
"Hanyalah benda-benda ini yang Dia haramkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak menginginkan dan tidak menderhakai, maka tidaklah berdosa kepadanya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih." (2:173)
Terima kasih.
15 Januari 2006
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman