Bukan Puasa di 66:5
From: "dokm kent"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: PUASA
Date: Saturday, January 07, 2006 10:07 AMSALAM HORMAT,
MAAF SAYA BERTANYA; DALAM AYAT DI BAWAH INI TERDAPAT PERKATAAN BERPUASA. ADA KAH SAMA DENGAN BERPUASA DI 2:183 - 2:187 HARAP DAPAT PENJELASAN.66:5. Mungkin, jika dia ceraikan kamu, Pemeliharanya akan tukarkan dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang muslim, yang mukmin, yang patuh, yang bertaubat, yang menyembah, yang berpuasa (SAA-IHAATIN), yang janda, dan yang dara.
Salamun alaikum,
Jutaan terima kasih kepada saudara yang menyedarkan kami tentang satu kesilapan terjemahan bagi satu kalimat al-Qur'an. Kalimat yang dimaksudkan ialah SAHA atau terbitannya, SIH dan SA'IH.
Kebanyakan penterjemah al-Qur'an juga didapati buat kesilapan yang sama, iaitu menterjemahkan kalimat tersebut kepada berpuasa, fast atau given to fast dalam bahasa Inggeris. Kecuali beberapa orang sahaja seperti Abdullah Yusuf Ali yang menterjemahkannya kepada who travel (for Faith), dan yang lain, tetapi tidak tepat, kepada devoted atau serving as social workers.
Menurut kamus Hans Wehr kalimat itu bermakna to travel, rove, roam about, dan apabila diguna dengan perkataan tertentu jadi courtyard, open square; (open) space; arena dan sebagainya. Sementara untuk orang ia bermakna traveler, tourist, dan lain-lain.
Apapun, kamus tersebut tidak menyebut satu pun perkataan puasa mahupun apa yang berkaitan dengannya.
Terdapat tiga ayat al-Qur'an yang mengandungi kata terbitan daripada SAHA iaitu:
"Berpergianlah di bumi selama empat bulan, dan ketahuilah bahawa kamu tidak dapat kandaskan Allah, dan sesungguhnya Allah mengaibkan orang-orang tidak percaya." (9:2)
"Orang-orang yang bertaubat, orang-orang yang menyembah, orang-orang yang memuji, orang-orang yang berpergian, orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud, orang-orang yang menyuruh pada yang baik dan melarang daripada yang mungkar, dan orang-orang yang menjaga had-had (hudud) Allah - dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin." (9:112)
Dan ketiga, iaitu 66:5 seperti dicatat di dalam e-mel di atas (yang merakamkan perkataan berpuasa).
Adalah jelas bahawa terjemahan itu tidak betul, dan harus diganti dengan perkataan yang berpergian seperti diturunkan di bawah:
"Mungkin, jika dia menceraikan kamu, Pemeliharanya akan tukarkan dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang muslim, yang mukmin, yang patuh, yang bertaubat, yang menyembah, yang berpergian, yang janda, dan yang dara." (66:5)
Malah, maksud ayat jadi lebih jelas dengan peggantian itu kerana mereka yang muslim, yang mukmin, yang patuh dan sebagainya tentu akan kerjakan amalan berpuasa. Selain makna dapat diseragamkan di dalam ayat-ayat yang mengandungi kalimat tersebut.
Syukur kepada Allah yang telah
datangkan seorang hamba-Nya yang celik untuk membetulkan kesilapan
yang kian lama tidak dikesan. Alhamdulillah.
9 Januari 2006
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman