Rambut Wanita itu Cantik?
Salamun alaikum,
Isu tudung kepala bagi kaum wanita Islam belum selesai lagi bagi sesetengah pihak. Beberapa pucuk e-mel telah diterima daripada para pembaca. Hanya dua sahaja dipilih untuk terbitan kali ini. Yang pertama adalah seperti berikut:
From: "ruvia"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: soalan
Date: Monday, November 28, 2005 11:15 AMAssalammualaikum..
Saya ada baca artikel berkenaan tudung kepala utk kaum wanita..
Saya agak keliru memandangkan kita semua telah di ajar sejak kecil lagi bahawa rambut adalah aurat.
Saya telahpun membaca al-quran surah an-nur dan memang ternyata tidak tertulis di situ bahawa rambut adalah aurat dan kita perlu menutup dada kita.
Adakah ini bermakna kaum hawa tidak diwajibkan memakai tudung kepala? Berdosa kah kami sebagai kaum hawa jika tidak menutup rambut?
Saya agak keliru dengan keadaan ini. Di harap saudara dapat menerangkan lagi lebih lanjut.
Sekian, terima kasih
Pertanyaan mengenai berdosa atau tidak bagi kaum perempuan tidak menutup rambut mungkin terbit daripada ajaran ASWJ yang berselisih dengan ajaran Allah di dalam al-Qur'an.
Pengaruh ajaran ASWJ, yang diajar sejak kecil lagi, didapati begitu mendalam sehingga setelah mengetahui al-Qur'an tidak menyuruh kaum perempuan menutup rambut dengan tudung kepada, namun, soalan sama ada berdosa atau tidak masih menghantui minda.
Sekiranya hati yakin bahawa, jika Allah tidak menyuruh buat sesuatu maka amalannya jadi tidak wajib dan tidak berdosa jika tidak lakukannya, maka keyakinan itu dapat hilangkan segala kekeliruan yang menghantui minda.
Hanya Allah yang berhak menetapkan hukum untuk agama. Segala kehukuman-Nya ditetapkan di dalam Kitab yang diturunkan (al-Qur'an). Jika ada manusia yang ingin ikut hukum yang selain daripada-Nya, seperti hukum yang menurut keinginan sesetengah manusia, maka bagi dia tidak ada sesuatu yang menghalang daripada ditimpa azab Allah. Demikianlah difahamkan daripada ayat berikut (perkataan-perkataan di dalam kurungan adalah daripada penulis untuk menjelaskan maksud):
"Begitulah Kami turunkan (al-Qur'an) sebagai satu kehukuman dalam bahasa Arab. Dan jika kamu ikut keinginan mereka (yang adakan hukum lain), setelah pengetahuan yang datang kepada kamu, maka kamu tidak ada wali (pelindung) terhadap Allah, dan tidak ada yang mempertahankan (daripada azab-Nya)." (13:37)
Justeru, ambillah hanya al-Qur'an sebagai sebuah kitab yang menetapkan hukum agama.
Beralih kepada e-mel kedua pula. Pengirimnya juga keliru, terutama dengan tulisan-tulisan di sini mengenai tudung kepala dan aurat. Kerana perkara-perkara tersebut sudah dijawab di beberapa halaman laman web ini maka kandungan e-mel yang berkaitan dipadam untuk tinggalkan bahagian akhir yang agak menarik. Sila lihat di bawah ini:
From: zailasidek82
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: bahagian aurat wanita dan lelaki
Date: Tuesday, November 22, 2005 12:20 PMassalamualaikum...
<dipadam> .... walaupun dalam Al-Quran tidak menyatakan tentang tudung kepala... tetapi bukankah kita boleh berfikir sendiri yg rambut itu adalah salah satu hiasan keindahan seorang wanita.... dan ianya perlu disembunyikan oleh pandgn mata umum terutama yg bukan muhrim... kenyataan dari pihak tuan amat mengelirukan saya...
sekian wassalam...
Sama seperti penulis e-mail yang pertama, iaitu mengetahui bahawa al-Qur'an, atau ajaran Allah, tidak menyatakan perempuan wajib memakai tudung kepala.
Akan tetapi penulis e-mel ini pula didapati agak berlainan. Dia cuba mengesahkan ajaran wajib memakai tudung kepala dengan menggunakan fikiran. Pada fikirannya (yang dipercayai telah dipengaruh oleh sesetengah pihak) rambut wanita itu "cantik" lalu perlu disembunyikan daripada pandangan mata umum terutama yang bukan muhrim.
Demikianlah menurut fikirannya. Tapi, menurut fikiran orang lain yang normal, bahagian-bahagian anggota lain di kepala seperti mata, hidung, bibir dan kulit wanita adalah lebih "cantik" daripada rambut. Mengapa pula bahagian-bahagian tersebut tidak disuruh supaya disembunyikan?
Tuhan tidak menyuruh sembunyikan bahagian yang cantik. Dia hanya menyuruh sembunyikan bahagian-bahagian anggota badan wanita yang mampu menimbulkan keinginan seks (24:31), yang lazimnya tidak cantik apabila dipandang. Bahagian-bahagian itu juga dipanggil bahagian-bahagian aib (7:26).
Dengan jawapan ringkas itu adalah diharapkan agar kekeliruan tidak lagi timbul, dan fikiran atau minda dapat ditenteramkan dengan ajaran Allah yang terkandung di dalam al-Qur'an.
Terima kasih.
20 Disember 2005
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman