Bulan Ramadan diragui
From: santi_sbj
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: bulan Ramadhan
Date: Sunday, September 11, 2005 10:04 PMSalamun'alaikum
Seperti halnya penafsiran yang kurang tepat mengenai adanya ritual salat 'Jum'at' pada hari Jum'at, padahal Allah tidak beri nama-nama spesifik untuk hari dalam seminggu, saya ingin bertanya mengenai penentuan nama bulan Ramadhan. Apakah pelaksanaan saum (puasa) yang selama ini biasa dilakukan memang waktunya tepat, artinya apakah yang disebut bulan Ramadhan itu memang akan datang kira-kira satu bulan lagi dari sekarang?
Terima kasih atas perhatiannya.
Salam.
Salamun alaikum,
Keraguan mengenai bulan Ramadan, yang kami sudah dengar agak lama di sini, akhirnya sampai ke pangkuan saudari dan keluarga di seberang sana pula.
Sebelum membincangkannya kami ingin menyentuh mengenai kenyataan berbunyi "Allah tidak beri nama-nama spesifik untuk hari dalam seminggu". Kami dapati ia kurang tepat.
Nama hari adalah menurut angka dalam bahasa Arab (dan al-Qur'an juga), seperti Ahad itu satu, Isnin dua, Selasa tiga, dan seterusnya, hingga ketujuh iaitu Sabat, yang didapati disebut di dalam al-Qur'an satu-satunya. Sabat jadi Sabtu dalam bahasa Melayu.
Kecuali, hari keenam yang tidak bernama Sittah tetapi Jumaat. (Sila rujuk Al Juma'ah and Al Sittah). Pertukaran itu mungkin dimulakan setelah sesetengah pihak buat keputusan untuk mendahului hari "suci" orang-orang Yahudi (Sabat) dan Kristian (Ahad).
Mengenai bulan Ramadan pula kami dapati namanya sudah diguna sejak sebelum al-Qur'an diturunkan lagi. Dalam pada itu juga amalan menundakan sesetengah bulan telah dilakukan oleh orang-orang jahiliah. Al-Qur'an ada menyebutnya (9:37). Tentu sekali kekeliruan yang diterbitkan itu telah dibetul setelah ayat tadi diketahui. Pembetulan tersebut difahamkan daripada suatu catatan sejarah yang dapat dibaca di sini.
Bulan Ramadan adalah ayat Allah. Ia merupakan satu-satunya nama bulan yang disebut di dalam al-Qur'an kerana padanya al-Qur'an diturunkan. Mungkinkah Dia hanya mampu memelihara namanya sahaja, tidak pada kedudukannya di kalendar?
Pihak yang menimbulkan keraguan terhadap bulan Ramadan tidak beri sebarang penyelesaian sehingga terdapat antara mereka tidak berpuasa lagi pada bulan tersebut (dan pada bulan-bulan lain juga).
Bermula dengan keraguan terhadap bulan Ramadan, kemudian mendustakannya, dan seterusnya tinggalkan amalan puasa yang terkandung di dalamnya.
Mungkin ayat-ayat berikut ada kaitan dengan apa yang telah berlaku:
"Dan orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, Kami akan tarik mereka sedikit demi sedikit dari arah mereka tidak tahu. Dan Aku tangguhkan mereka; sesungguhnya muslihat-Ku teguh." (7:182-183)
Keraguan sesetengah pihak tidak berhenti pada Ramadan. Malah, kota Mekah turut diragukan di samping Kaabah, Masjidil Haram dan beberapa yang lain. Kesemuanya juga merupakan ayat-ayat Allah yang nyata dan jelas.
Maaf kerana bertanya. Bagaimana pula dengan nama Sabtu (Sabat)? Adakah mereka terima bahawa ia adalah hari yang ketujuh dalam seminggu? Atau nama khas lain seperti Mesir, Rom dan Gunung Sinai yang turut disebut di dalam al-Qur'an, yang masih diguna pada hari ini? Mengapa pula nama-nama itu tidak diragukan?
Kami bertanya lagi. Mengapa sesetengah ayat yang jelas diragui sementara yang lain, yang turut jelas, tidak diragui? Adakah ia disebabkan mereka tidak mahu menyembah atau menghambakan diri kepada Allah yang mencipta mereka?
"Atau, adakah intelek mereka yang menyuruh mereka buat yang ini? Atau, adakah mereka kaum yang melampaui batas?" (52:32)
Dengan pertanyaan daripada Allah itu kami undurkan diri dengan perasaan amat ralat atas perkara di atas, di samping percayai bahawa ada kebebasan untuk percaya atau tidak percaya kepada ayat-ayat Allah.
13 September 2005
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman