Adam dicipta dewasa
dan jadi Nabi? - Respon 2
From: notootaksub
To: "Pengurus Laman" <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Re: Adam
Date: Wednesday, August 17, 2005 4:16 PMSalamun alaikum,
Saya harus ucapkan syabas kepada saudara kerana telah beri hujah secara berhati-hati dan berlandaskan Al-Quran dan minda dan bukan mengikut perasaan.
Sesetengah pengkritik hanya mengkritik tanpa mampu keluarkan bukti atau asas yang kukuh, sebagaimana yang kita ketahui Al Quran itu adalah bukti segala-galanya.
29:35. Dan sesungguhnya Kami tinggalkan daripadanya satu ayat, bukti yang jelas, bagi kaum yang faham
Misalnya mengenai perbincangan Adam. Sudah pasti ia sukar dibuktikan kecuali apa yang terdapat didalam Al quran.Kejadian tersebut yang mungkin berlaku ratusan tahun atau mungkin jutaan tahun sudah pasti impossible untuk dibuktikan didalam buku atau tulisan atau artifak dan sebagainya kecuali Al-QURAN.
Apabila ini berlaku, maka ada soalan atau jawapan yang mengelirukan dan boleh menjuruskan kepada kesesatan. Seharusnya persoalan samada Adam itu dicipta dewasa atau bayi tidak timbul kerana jauh diluar pengetahuan kita. Syukur kepadaNya tuan dapat juga menjawab dengan hanya berlandaskan Al-Quran.
Sememangnya inilah yang dihendaki oleh syaitan.Syaitan sentiasa ingin meneglirukan kita dan sesatkan kita.Bukankah syaitan itu telah berjanji?:
7:16. Berkata, "Oleh kerana Engkau telah menyalahkan aku, maka sungguh, aku akan duduk kepada mereka di jalan Engkau yang lurus,
7:17. Kemudian aku datang kepada mereka, dari hadapan mereka, dan dari belakang mereka, dan dari kanan mereka, dan dari kiri mereka; Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka berterima kasih."
Sebagai kasih tuhan kepada hambaNya, Dia telah mengingatkan kita supaya jagan sampai terpedaya:
35:6. Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu; maka ambillah ia sebagai musuh. Ia menyeru golongannya hanya supaya mereka jadi di kalangan penghuni-penghuni Menyala
Pandangan saya, pilihan tuan beri jawapan dengan merujuk kepada al-quran yang berdasarkan kajian dan pengetahuan tuan, minda yang dikurniakan serta petunjuk dariNya adalah tepat:
3:66. Inilah kamu, kamu berdebat mengenai pengetahuan yang ada pada kamu; mengapa pula kamu berdebat mengenai apa yang kamu tiada pengetahuan padanya? Allah tahu, dan kamu tidak tahu.
11:46. Berkatalah Dia, "Wahai Nuh, dia bukan daripada keluarga kamu; dia adalah amalan yang tidak salih, maka jangan kamu tanya Aku apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya. Aku tegurkan kamu supaya kamu jangan jadi antara orang-orang bodoh."
17:36. Dan jangan ikut apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya.
Sekian. Terima kasih.
Salamun alaikum,
Terima kasih, terutamanya atas peringatan yang hiasi halaman ini. Semoga kita semua dimanfaatkan dengannya.
Kepada Allah kita bersyukur.
18 Ogos 2005
Sila lihat:
Adam dicipta dewasa dan jadi Nabi?
Adam dicipta dewasa dan jadi Nabi? - Respon
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman