Segala Puji Bagi Allah Pemelihara Semua Alam
From: abdman
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Syabas dan Syukur
Date: Tuesday, July 05, 2005 4:38 PMSalamun alaikum
Salam sejahtera untuk Saudara serta Keluarga dan juga kepada semua yang SOKONG, SAYANG dan YAKIN dengan BACAAN.
Saya menyeru dengan penuh harapan pada semua yang SOKONG, SAYANG dan YAKIN dengan BACAAN, agar se tiap hari buka lah laman BACAAN. Baca dan fahami lah semua yang di tulis dalam Artikel, Kalimah Pilihan, Terkini dll, agar keyakinan kita pada AL QURAN bertambah setiap detik. Yakin lah 100000000000000000% bahawa Hanya Allah sahaja yang dapat beri petunjuk dan laluan yang lurus pada kita melalui Al Quran. Baca lah Al Quran ( dalam bahasa Melayu terjemahan BACAAN ) selalu , terutama sekali setiap / selepas Solat Fajar.
Saya bangga dan kagum kerana Saudara Pengurus begitu tabah menghadapi segala tomahan dan tuduhan dari tahun 1995 hingga hari ini. Saya senantisa berdoa pada Allah SWT semoga Saudara se keluarga senantisa dapat perlindungan Dari Nya.
Pada semua yang SOKONG, SAYANG dan YAKIN dengan BACAAN, mari lah kita bersama sama menambahkan pengetahuan kita dalam Al Quran, dan berdoa lah selalu "Wahai PemeliharaKu, menambahkan lah aku dengan Pengetahuan", semoga satu hari nanti, kita ( terutama saperti saya yang baru celek ni ) dapat bersama BACAAN menentang mereka yang masih terus menerus mengkritik Al Quran, baik dari yang bukan Islam atau dari mereka yang "Islam" TAPI jauh dari Al Quran kerana masih berpegang dengan hadith, Syeikh dan Ustaz.
Kepada Saudara Pengurus, SHABAS saya ucapkan terutama sekali pada jawapan Saudara pada 1/7/2005 " Kandungan jawapan yang di perbaiki pada 1.7.05 " atas tajuk - kritik bukan Islam terhadap Al Quran.
Kerana Bantuan dari Saudara Pengurus untuk menghadapi Kritikan dari bukan Islam terhadap Al Quran sangat sangat di perlukan dan di harapkan.
Salam
JABDRahman
Salamun alaikum,
Terima kasih. Semoga semua sentiasa berada dalam kebahagiaan, limpah kurnia daripada Allah. Atas segala kurniaan-Nya kita bersama melafazkan,
"Segala Puji Bagi Allah Pemelihara Semua Alam." (1:2)
Dulu, semasa bercakap dengan orang lain mengenai al-Qur'an, kami selalu berkata, "You don't have to believe in my words, but for heaven's sake, please believe in God's Words!"
Dengan kata-kata itu kami mengisyaratkan bahawa tujuan kami adalah bukan untuk menentang mana-mana pihak tetapi hanya untuk sampaikan Kata-Kata Allah yang harus disampaikan oleh sesiapa jua yang ketahuinya.
Pada mulanya kami sangka orang ramai akan menyambut baik penyampaian yang diusahakan. Sebaliknya kami dapati mereka menentang dengan keras, dan menggunakan kuasa yang ada pada sesetengah pihak di antara mereka, dalam penentangan tersebut. Lalu kami menerima tekanan dan ancaman yang jauh lebih hebat daripada yang diterima lapan tahun kemudian, iaitu pada tahun 1995 seperti yang disebut di dalam e-mail di atas.
Itu yang lepas. Yang lepas adalah asas kita, yang sekarang ini adalah bahan kita, dan yang masa depan adalah matlamat dan kemuncak kita. Demikianlah kata seorang pujangga.
Diakhiri dengan sebuah pesanan daripada Allah berbunyi,
"Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah. Hendaklah tiap-tiap jiwa renungkan apa yang ia dahulukan untuk esok. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat." (59:18)
Terima kasih.
6 Julai 2005
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman