Sejarah Azan

 

From: farhan
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Sejarah azan
Date: Monday, June 06, 2005 5:10 PM

Salamun'alaykum

Saya dapati laman ini dari seorang teman saya, dan saya tertarik.

Sudah banyak artikel yang saya baca dan saya mencoba lakukan komparasi dengan fahaman yang saya anut selama ini. Untuk semua informasi di laman ini, saya hanya bisa sampaikan terimakasih dan semoga seterusnya dapat pahala dari ALLAH.

Pertanyaannya : Adakah Azan wujud dalam AlQuran, dan dari "hadist" yang saya baca, azan itu didapat dari mimpi sahabat nabi, bolehkan kita berhukum dengan hasil mimpi sahabat???

Demikianlah disampaikan, semoga ada jawabannya.

salam

.....farhan


Salamun alaikum,

Kepada saudara pengirim surat kami sampaikan ucap ribuan terima kasih bukan sahaja atas kesudian beliau menulis kepada kami tetapi juga maklumat yang berguna mengenai sejarah Azan yang disertakannya.

Sejarahnya mengandungi beberapa faktor yang menyebabkan keraguan atas amalan azan. Pertama, ia menunjukkan bahawa azan bukan wahyu daripada Allah atau suruhan-Nya. Kerana wahyu Allah yang diguna pakai sebagai petunjuk dalam agama Islam tidak diturunkan melalui mana-mana sahabat Nabi. Mereka diturunkan melalui Nabi sahaja.

Tambahan lagi, para sahabat Nabi tidak pernah diterangkan sebagai Rasul Allah. Lantas, mereka tidak seharusnya ditaati. Yang disuruh ditaati hanya Allah dan Rasul-Nya.

Seterusnya, wahyu Allah yang jadi petunjuk bagi manusia, seperti yang terkandung di dalam al-Qur'an, tidak diterima melalui mimpi. Tidak ada catatan di dalam al-Qur'an yang ceritakan bahawa Nabi telah menerimanya dalam mimpi. Maka mimpi bukanlah cara yang diguna oleh Allah untuk sampaikan suruhan-Nya.

Lantaran itu, apa yang dikatakan mimpi sahabat Nabi mengenai azan, menurut cerita "hadis" yang disebut di dalam surat di atas, harus dicurigai bukan dipercayai. Kepalsuannya menyerlah lagi apabila al-Qur'an tidak menyebut satu pun ayat mengenai azan seperti yang dilaungkan hari ini. Allah tidak mensyariatkan amalan azan. Begitu juga Nabi, turut tidak mensyariatkannya.

7 Jun 2005

Bacaan lanjut:
Sejarah Azan - Respon
 

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman