Muslim & Refleksi Diri

 

 

From: "ramlan"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Refleksi Diri
Date: Friday, May 13, 2005 10:49 PM

 

 

Salamunalaikum sekali lagi saudaraku yang dihormati.

 

Kali ini bukan nak bercakap tentang Hazrat, tetapi nak buat sikit refleksi tentang apa yang saya lalui sebentar tadi. Friday the Thirteen, 2005.

 

Hari ini entah mengapa, saya memegang buku Sahih Muslim (Terjemahan hadith Jilid 1,2,3 dan 4. Penerbit. Klang Book centre) Entah mengapa hati saya tergerak untuk membacanya.

 

Saya mula membaca dari muka surat 1 -  7.  Namun saya tidak berdaya untuk meneruskannya kerana terlalu banyak percanggahan antara riwayat-riwayat walaupun saya hanya membaca 7 muka surat yang pertama yang mengandungi 3 riwayat yang ditulis oleh Imam Muslim (semoga Rohnya dicucuri Rahmat Allah).  

 

Saya fikirkan bagaimanakah ulama kita menyusun hadith ini sehingga ia jadi hukum kehidupan kebanyakan manusia di dunia ini termasuklah diri saya sendiri.  Saya tidak pernah berhajat untuk tidak mengikut apa-apa hukum yang telah disepakati dan yang sudah ditentukan.  Tetapi apabila ia bercanggah dengan naluri insan dan bercanggah dengan sumber utama (AL Quran) maka ia memerlukan saya fikirkan semula apa yang telah saya lakukan selama ini.

 

Untuk meringkaskan riwayat-riwayat tersebut,  saya buatkannya dalam bentuk dialog, namun isi penting saya tidak buang.  (Cerita berkaitan perselisihan tentang konsep qadar saya ketepikan kerana hendak beri fokus kepada konsep islam, iman dan ikhsan yang jadi perkara pokok di dalam 3 riwayat ini.)  Bab 1 di dalam buku Sahih Muslim ini ceritakan tentang konsep Iman.

 

Riwayat 1 (MS 1)

 

Dari Yahya bin Amar

 

Jibrail   : Ya Nabi Muhammad! Terangkanlah kepadaku tentang Islam.

Nabi     : Islam ialah;

1.   Mengakui tidak ada tuhan selain Allah dan                 Muhammad Rasulullah

2.   Mendirikan Solat

3.   bayar zakat

4.   Puasa Ramadhan

5.   Haji ke Baitullah jika engkau sanggup.

 

Jibrail   : Engkau benar.  Terangkan pula kepadaku tentang iman.

Nabi     : Iman ialah:

1.       Iman dengan Allah

2.       Iman dengan para malaikat

3.       Iman dengan kitab-kitab-Nya

4.       Iman dengan Para Rasul-Nya

5.       Iman dengan qadar baik mahupun buruk

 

Jibrail   : Engkau benar. Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan.

Nabi     : Ihsan ialah:

1.   Menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya.  Sekalipun engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihat kamu.

 

Jibrail   : Terangkan kepadaku tentang kiamat.

Nabi     : Orang yang ditanya tidak lebih tahu dari orang yang menanya.

 

Jibrail   : Terangkanlah kepadaku tentang tanda2nya.

Nabi     : 1. Apabila hamba sahaya perempuan telah melahirkan              majikannya, dan

  2. apabila orang-orang dusun yang melarat telah bermewah-mewah di gedung-gedung nan indah.

(Kemudian Jibril pergi, tidak berapa lama selepas itu nabi bertanya kepada Saiyidina Umar)

             Tahukah engkau, siapakah yang bertanya itu?

S.Umar : Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih tahu.

Nabi     : Dia adalah jibril.  Dia datang kepadamu mengajarkan agamamu.

 

Riwayat 2: (MS 3)

 

Dari Abu Hurairah ra.

 

Jibrail   : Apa yang dikatakan iman? (Di dalam riwayat pertama Jibrail bertanya ttg Islam dulu)

Nabi     :           1.   Iman dengan Allah

                        2.   Iman dengan para malaikat

3.   Iman dengan kitab-kitabnya

4.   Iman akan menemuiNya (Tiada di dalam riwayat  pertama)

5.   Iman dengan Para rasulNya

6.   Iman dengan berbangkit di akhirat (Tiada di dalam  riwayat pertama)

(Tiada ttg beriman kepada qada dan qadar pula dalam Riwayat ini)

 

Jibrail   : Apakah yang dikatakan islam?

Nabi     : Islam ialah :

1.   Menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan yang lain-lain ( Dalam Riwayat 1 ditambah Muhammad Rasulullah )

2.   Menegakkan salat fardhu (Dalam Riwayat 1 hanya solat sahaja)

3.   bayar zakat wajib

4.   Puasa Ramadhan

(Di dalam Riwayat 1 ada pergi haji, riwayat ini tiada pergi haji)

 

Jibrail   : Ya Rasulullah! Apakah yang dikatakan Ihsan?

Nabi     : Menyembah Allah seolah-olah engkau melihatnya.  Sekalipun engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

 

Jibrail   : Bilakah terjadi hari kiamat? (Dalam Riwayat 1 Jibrail hanya meminta nabi menerangkan sahaja ttg kiamat)

Nabi     : Orang yang ditanya tidak lebih tahu dari orang yang menanya.  Tetapi akanku terangkan kepadamu tentang tanda-tandanya. (Dialog ini tidak ada di dalam Riwayat 1)

1. Apabila hamba sahaya perempuan  telah melahirkan majikannya.

2. Apabila orang miskin yang hina dina telah jadi pemimpin, (tidak ada di dalam riwayat 1)

3. Apabila gembala ternak yang hina, telah bermewah2 di gedung nan indah.

Nabi     : (Nabi membacakan surah Lukman : 34) (Kemudian orang itu pergi.  Kemudian nabi menyuruh sahabat memanggil orang tadi, tetapi mereka tidak dapat melihatnya)

Itu Jibril.  Dia datang mengajarkan agama kepada orang banyak. (Dalam riwayat 1 nabi bercakap kepada Umar tetapi di dalam Riwayat 2 nabi bercakap kepada sahabat2, mungkin juga Sd Umar hadir di situ)

 

Riwayat 3

 

Abu Hurairah meriwayatkan;

 

Nabi     : Bertanyalah kepadaku. (Para sahabat berebut-rebut nak bertanya.  Tetapi tiba-tiba muncul seorang lelaki   lalu dia duduk dekat lutut Rasulullah dan bertanya). (Frasa ‘ bertanyalah kepadaku’ tidak ada di dalam Riwayat 1 dan 2)

Jibrail   : Apakah yang dikatakan Islam?

Nabi    : 1. Jangan menyekutukan Allah dengan sesuatu. (Tidak ada perkataan menyembah berbeza dari Riwayat 2 dan tidak ada Muhammad Rasulullah berbeza dari Riwayat 1)

            2. Tegakkan solat.

            3. Bayarkan zakat

            4. Puasa Bulan Ramadhan

            (Tiada dinyatakan tentang Haji)

 

Jibrail   : Engkau benar. Ya Rasulullah! Apakah yang dikatakan iman.

Nabi     :           1. Iman dengan Allah.

                        2. Iman dengan para malaikatnya

                        3. Iman dengan kitab-kitabNya

                        4. Iman hendak bertemu denganNya

                        5. Iman dengan para RasulNya

                        6. Iman dengan berbangkit

                        7. Iman dengan kadar semua-Nya

                        (5 dalam riwayat 1 dan 6 dalam riwayat 2, 7 dalam riwayat ini)

 

Jibrail   : Engkau benar.  Ya Rasulullah! Apakah yang dikatakan Ihsan? (Jibrail masih menjawab benar walaupun terdapat perbezaan dari riwayat 1 dan 2)

Nabi     : Hendaklah engkau takut kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekalipun engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihatmu.  (Telah berubah dari menyembah kepada takut)

 

Jibrail   : Engkau benar. Ya Rasulullah! Bila terjadinya kiamat?

Nabi     : Orang yang ditanya tentang hal itu tidak lebih tahu dari orang yang menanya.  Tetapi akanku terangkan kepadamu tanda-tandanya.

1.   Apabila engkau melihat budak perempuan melahirkan majikannya

2.   Apabila engkau melihat orang2 bodoh miskin menjadi raja di bumi

3.   Apabila engkau melihat gembala-gembala ternak telah bermewah2 di gedung2 nan indah.

Kemudian ada lima perkara ghaib yang tidak dapat diketahui orang selain Allah.  (Lalu nabi membaca surah Lukman : 34).

Panggillah orang itu kembali. (Para sahabat berusaha mencarinya tetapi tidak berjaya)

Itu jibril.  Dia sengaja datang hendak mengajarkan agama kepada anda sekalian, kerana anda tidak bertanyakannya. (Frasa ‘kerana anda tidak bertanyakannya” tiada di dalam Riwayat 1 dan 2)

 

Ayat atau perkataan yang dimerahkan itu merupakan perbezaan di antara tiga riwayat; dua diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan satu diriwayatkan oleh Yahya bin Yamar. Riwayat ini terdapat di muka surat 1-7 kitab terjemahan Sahih Muslim.

 

Apabila saya membaca dan mencatat perbezaan perkara pokok tentang Islam, Iman dan Ihsan ini maka terus terlintas di fikiran saya bahawa Sahih Muslim ini adalah merupakan satu buku pengkisahan atau suatu hipotesis berkaitan dengan kepercayaan.  Bagaimana kita percayai dan apa yang harus kita percayai berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai, maklumat-maklumat dan data-data yang dapat dikumpulakan mungkin melalui pemerhatian dan juga pendapat orang-orang yang pakar dalam bidangnya.

 

Saya rasa buku ini tidak lebih dari itu dan saya percaya buku ini merupakan sumber ilmu yang baik namun ia akan luntur ditelan oleh zaman apabila manusia dan persekitarannya menuntut perubahan.  Buku ini tidak mampu beri fleksibiliti kepada peredaran dan perubahan zaman.  Sama juga dengan buku ilmiah yang lain, teori dicipta berdasarkan kepada kepercayaan terhadap sesuatu hipotesis dan akhirnya cipta satu kaedah untuk melaksanakannya.

 

Berbeza dengan Al Quran di mana sumbernya adalah wahyu yang tertinggi, tidak mungkin manusia boleh berhipotesis untuk mewujudkan satu-satu hukum yang telah termaktub di dalamnya.  Contohnya puasa bulan Ramadan wajib.  Tidak ada orang yang boleh mengubahnya.  Hanya pelaksanaannya sangat bergantung kepada factor di mana seseorang itu tinggal dan bagaimana dia boleh mengamalkannya.  Sebab itulah Al Quran tidak memperincikan bagaimana untuk melakukannya.

 

Nah di sinilah kita digalakkan berteori, berbahas dan mencari satu jalan yang paling, mudah dan indah  untuk mencari satu kaedah yang sesuai bagaimana untuk kita mengamalkan ibadah tersebut berdasarkan tempat, suasana dan persekitaran.

 

Tak perlulah kita berperang, mengkafirkan, mengharamkan, menghukum, memusuhi pendapat yang berlainan.  Tidak perlulah kita cipta satu hukum yang tetap lagi keras kerana Al Quran beri kita ruang untuk laksanakannya dengan secara berhikmah.

 

Yang paling akhir menghukum ialah Allah juga, Dialah yang Maha Adil dan Maha Bijaksana.  Mengapa kita sebagai manusia cuba menunjukkan bahawa kita lebih keras dan lebih adil dari Allah.  Mengapa kita tidak percaya kepada keadilan neraca Allah sehingga kita sanggup mengintai-intai dan mencari-cari kesalahan orang semata-mata kerana kita mahu menghukumnya??  Mengapakah manusia mudah mencari kesilapan dan mudah menghukum dari mencari kebaikan dan seterusnya berdamai.

 

Sebab itulah sekarang ini kita dapati masyarakat kita telah tidak jadi ‘islamic’ kerana kayu ukur yang kita letakan itu terlalu tinggi.  Kita terlalu keras sehinggakan akal fikiran kita sendiri kita ketepikan untuk mencari jalan yang lebih mudah dan indah.

 

Dalam buku Sahih Muslim ini pada 3 riwayat yang pertama telah terdapat perbezaan2 yang besar  terhadap konsep Islam, dan Iman maka saya khuatir terlalu banyak perbezaan yang besar yang lain yang terdapat di dalamnya akan buatkan kita lebih berpecah belah dan tidak dapat berpegang kepada satu pegangan.

 

Oleh itu biarlah saya menganggap bahawa buku ini adalah khazanah ilmu di dalam islam yang menteorikan banyak perkara dalam kita beribadah. Sudah tentulah buku teori dan buku ilmu ini tidak dijadikan sandaran hukum tetapi biarlah ia dijadikan sebagai sumber ilmu yang kalau baik boleh diikuti dan kalau bersalahan dengan sumber asal atau fitrah manusia sendiri maka eloklah ia dijadikan hanya sebagai perbandingan dan rujukan.

 

Saya bercakap ini, hanyalah pada diri saya sendiri, saya tidak mahu ia mempengaruhi orang lain yang lebih tinggi ilmunya dan lebih bijaksana lagi.  Saya hanyalah orang biasa yang cuba ingin menggunakan sedikit fikiran yang dianugerahkan oleh Allah untuk berfikir apa yang baik untuk saya dan kawan-kawan yang sehalaun dengan saya.  Bagi yang tidak bersetuju mungkin hujah kalian dapat membetulkan kesilapan saya, jika saya tersilap di dalam memikirkan tentang bagaimana seharusnya saya menghambakan diri kepada Allah yang ciptakan diri saya ini.

 

Mudah-mudahan dengan kita berbincang dengan secara terbuka ini, pintu hati saya yang hitam dan tertutup rapat ini boleh terbuka dan boleh membawa kebahagiaan kepada saya dan juga rakan-rakan yang lain.

Semoga saudara saya yang mengurus laman yang indah ini dapat beri teguran kepada saya jika saya terpesong dalam berfikir.  Jika fikiran saya ini selari dan lurus jalannya, sama-samalah kita mohon kepada Allah semoga apa yang baik itu dikekalkan sehingga kita dikumpulkan bersama di Surga Allah yang kita semua inginkan itu. Sebenarnya diri ini terlalu kerdil untuk bernaung di dalam Jannah itu, tetapi harapan untuk bernaung di dalamnya akan kekal sehingga akhir hayat saya.

 

Sekian dulu buat kali.  Terima kasih.

 

Salamun alaikum,

 

Lagi kita diperkayakan dengan pengetahuan, kali ini mengenai Sahih Muslim pulak, daripada saudara Ramlan. Terima kasih.

 

Terlihat di situ sebab-sebab cukup jelas untuk meragui kitab tulisan Muslim (dengan maaf). Sebab ia mengelirukan. Kekeliruan dalam "teorinya" boleh dianggap berat, jauh lebih berat daripada kelemahan teori ilmu sains misalnya.

 

Kekeliruan berpunca daripada perselisihan dalam ajaran agama yang didapati sungguh ketara. Kekalutannya mampu dijadikan bukti ke atas dakwaan bahawa penulis kitab tersebut tidak langsung merujuk kepada sumber utama ilmu Islam, kitab al-Qur'an, bagi sesetengah perkara dalam agama.

 

Mungkin jari boleh menuding kepada pelapor-pelapor yang cerita mereka disahihkan oleh Muslim. Walhal, pada pandangan kami, cerita mereka telah dihiasi dengan sedikit sebanyak kepalsuan. 

 

Antaranya adalah mengenai Jibril. Sebenarnya, dia tidak ajar Nabi. Dia hanya turunkan apa yang Allah wahyukan kepada baginda. Allahlah yang mengajar Nabi. Dia mengajarnya al-Qur'an, bukan yang lain. Sila lihat ayat-ayat berikut yang jadi bukti ke atas dakwaan kami:

 

"Katakanlah, 'Sesiapa yang jadi musuh kepada Jibril, maka dialah yang turunkannya ke dalam hati kamu, dengan izin Allah, mengesahkan apa yang sebelumnya, dan petunjuk, dan berita gembira bagi orang-orang mukmin.'" (2:97)

 

"Yang Pemurah, ajar al-Qur'an." (55:1-2)

Oleh yang demikian, kami dapati sukar untuk menerima kenyataan bahawa Jibril telah ajar Nabi. Dengan begitu rupa pulak!

 

Pada hemat kami, sekiranya kita mahu ajar anak-anak agama, maka aktiviti yang pertama sekali ialah mengenali golongan-golongan manusia di sisi Allah. Iaitu manusia terbahagi kepada tiga golongan, seperti berikut:

Konsep tiga golongan itu adalah dengan mengambil iktibar daripada pengajaran Allah yang terdapat pada awal surah al-Baqarah (ayat 2 hingga 8).

 

Golongan yang percaya atau beriman kepada semua ayat-ayat Allah (di dalam al-Qur'an) serta tunduk patuh kepada-Nya dipanggil Islam. Sementara golongan kedua dipanggil Kafir dan ketiga, Munafik.

 

Pada hemat kami lagi, itu adalah teras yang seharusnya diajar dalam pendidikan agama. Bukan jawapan kepada soalan itu apa, atau itu berapa, atau itu bila, dan sebagainya, yang pendekatannya didapati tidak berkesan untuk menjadi seorang muslim yang sebenar.

 

Selepas matlamat-matlamat bagi yang tiga itu tercapai barulah berpindah kepada tajuk-tajuk lain seperti amalan-amalan suruhan Tuhan, termasuk kebajikan atau sedekah, larangan-larangan-Nya, syurga dan neraka, sekutu-sekutu, dan seterusnyalah.

 

Pun begitu, itu hanya pendapat kami yang mungkin berselisih dengan cerdik pandai dalam pengajaran-pembelajaran agama.

 

Benar seperti kata saudara pengirim surat di atas, iaitu manusia akan berselisih pendapat dalam hal agama. Ia sudah jadi lumrah. Sebaliknya pula, perbezaan pendapat memang digalakkan dalam Islam.

 

Namun, perbezaan pendapat di antara dua orang, yang seorang berdasarkan kitab al-Qur'an dan lagi satu, kitab selain daripada al-Qur'an, akan jadi sangat ketara, sebab perbezaan itu adalah laksana langit dengan bumi, atau Islam dengan yang bukan Islam.

 

Kembali kepada kitab yang disebut di dalam surat di atas. Pendekatan dengan cara bercerita untuk sampaikan ajaran agama adalah baik. Manusia memang suka dengar cerita. Akan tetapi, cerita yang menyebut nama Nabi dan Jibril, dengan tidak betul, adalah amat dikesali.

 

Dan, kerana terdapat perselisihan yang ketara di dalamnya dan dengan Kitab Allah, maka kami ingin bertanya dua soalan, untuk menutup hujah di sini, iaitu:

Terima kasih.

 

18 Mei 2005

 

Bacaan lanjut:

Malam al-Qur'an diturunkan

Baca dan Membacakan al-Qur'an

 


Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman