Biadab II - Respon

 

From: "ramlan"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Hazrat Azami
Date: Friday, May 13, 2005 8:33 AM

Salamunalaikum saudara,
Semoga Allah beri kita kesabaran dan ketenangan.

Tuan,

Hati saya panas apabila membaca frasa yg diungkapkan oleh manusia yang bergelar Hazrat Azami ini. Semoga tuan dan rakan-rakan yang lain beri fokus kepada memperkembangkan ayat2 Allah ini. 

Bagi saya Si Hazrat ni tiada kerja sebenarnya, tapi yang baiknya tu, sesekali dia baca juga tulisan saudara, tapi oleh kerana petunjuk belum sampai, jadilah dia seperti sekarang ini. 

Nak mengaku mungkin dia dah malu, egonya mungkin terlampau tinggi, masa kecil dulu dia ni mungkin tidak dapat kasih sayang yang sejati dari ibu dan bapa serta ahli keluarga yang lain. Sebab itulah bahasa yang digunakan tidak menggambarkan dia seorang yang dapat asuhan dari Al Quran mahupun dari asuhan akhlak nabi sendiri.

Macam manalah Rumsfeld nak hormatkan islam, kalau orang macam Hazrat ni nak berdakwah kepada Rumsfeld. Sebab orang macam inilah org bukan muslim jauhkan diri dari orang islam malah mereka bermusuhan pulak dengan islam. Sebab itulah juga Rumsfeld dan Bush titik habis2 orang Islam kerana mereka yakin bahawa orang islam ini biadab, tidak bertamadun. 

Semoga Allah akan lembutkan hatinya dan hati kita semua untuk menerima yang terbaik yang ada di dalam Al Quran.

Terima Kasih.


Salamun alaikum,

Terima kasih kepada saudara Ramlan yang tidak jemu mengunjungi laman web kami, mendoakan kesejahteraan bagi semua, dan beri sokongan serta pendapat yang jitu. Kami amat menghargai sumbangan beliau.

Itu bukan kali kedua atau ketiga si Hasrat, yang menggelar dirinya "Pejuang Islam", membalingkan kebiadabannya kepada kami. Angka sebenar tidak ingat tetapi lebih daripada sedozen kali. Setiap kali dia menulis, kami block e-mailnya, tetapi si ingkar itu terus menayangkan kesalahasuhan yang diterima, yang kini jadi basahannya pula, dengan ID baru.

Ketika menerima e-mailnya yang lalu, kami tidak rasa apa-apa, dan ingin melupakan sahaja. Tetapi setelah memikirkan dia boleh jadi satu spesimen yang harus dikaji dan diawasi, bagi orang-orang baru dalam penghayatan al-Qur'an misalnya, maka kami buat keputusan untuk bertindak lalu memikirkan pendekatan yang paling baik untuk melaksanakannya supaya berkesan.

Sumber ilham adalah daripada ayat-ayat al-Qur'an. Dalam hal ini, kami telah bercadang untuk pakai dua ayat, terutamanya, seperti di bawah:

".... rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras terhadap orang-orang tidak percaya; mereka berjuang di jalan Allah, dan tidak takut akan celaan mana-mana pencela." (5:54)

"Mereka itulah orang-orang yang Allah tahu apa yang di dalam hati mereka. Berpalinglah kamu daripada mereka dan tegurkanlah mereka, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang menusuk jiwa mereka." (4:63)

Kerana itu kami buat apa yang kami telah buat, kata apa yang kami telah kata, kepadanya. Turut dijadikan pedoman ialah ayat berikut:

"Allah tidak suka kelantangan ucapan yang jahat, kecuali orang yang dizalimi; Allah Mendengar, Mengetahui." (4:148)

Hanya Allah yang tahu apa yang tersemat di dalam hati Hasrat. Pun begitu, Dia mengingatkan pula tentang mulutnya yang jahat, dengan ayat berbunyi,

"Wahai orang-orang yang percaya (kepada ayat-ayat Allah), janganlah ambil sebagai sahabat karib kamu daripada selain kamu. Mereka tidak berhenti-henti hendak hancurkan kamu; mereka ingin untuk deritakan kamu. Kebencian telah nyata daripada mulut mereka, dan apa yang dada mereka sembunyikan adalah lebih besar. Maka Kami jelaskan kepada kamu ayat-ayat, jika kamu faham." (3:118)

Semoga ayat itu juga jadi pelajaran bagi orang-orang yang mahu ambil pelajaran daripada al-Qur'an.

Terima kasih.

14 Mei 2005


Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman