Komen Tentang Pengkritik
From: ramlan
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Komen Tentang Pengkritik
Date: Monday, February 28, 2005 2:07 PM
Sallamun alaikum
Semoga diri saudara dalam rahmat Allah.
Mula-mula saya tak nak menulis. Tetapi hari ini apabila terbaca komen Gramoz Salliu tentang Laman yang saya sayang ini, hati ini bagai dironta-ronta untuk menulis kepadanya. Saya harap komen saya ini akan dapat juga dibaca olehnya kerana saya percaya Gramoz tetap akan mengintai-intai laman ini dari masa ke masa.
Komen Gramoz terhadap Laman ini saling tak tumpah seperti sang ayah yang menegur kesilapan sang anak tanpa mengusul periksa apakah perkara sebenar yang dilakukan oleh anaknya. Sang ayah terus dengan kejahilannya manakala si anak tetap dengan pendiriannya yang benar yang pada akhirnya nanti si ayah akan tersipu-sipu malu tentang perbuatan jahilnya itu apabila si anak akan bertanya tentang perkara yang sebenarnya.
Bagi saya Gramoz adalah seorang yang telah ketinggalan zaman dalam mencari kebenaran yang hakiki. Dia cuba menutup kitab AL Quran yang hebat ini lalu membuka kitab yang dicipta oleh manusia. Dia akan cuba mencari hujjah-hujjah ciptaan manusia yang penuh dengan imaginasi yang bukan-bukan untuk memuaskan hatinya bagi menghukum manusia yang lain mengikut imaginasinya sendiri. Saya telah berhadapan dengan manusia jenis ini, dan mereka tidak akan mahu kalah kerana mereka ada gurunya yang muktabar dan mereka yakin tempat mereka adalah disyurga yang telah dijanjikan oleh Tuhan. Orang yang tidak mahu mengikut ajaran guru mereka, mereka anggap sebagai telah keluar parti.
Orang seperti ini kalau kita hujjahkan juga tidak akan dapat beri kesan kepada mereka kerana mereka telah jadikan kitab-kitab lain sebagai panduan yang mutlak dan hakiki. Cuma kita doakan semoga pintu minda dan hatinya di buka oleh Allah untuk menerima kembali Al Quran sebaik-baiknya.
Sekian terima kasih.
RH
Salamun alaikum saudara Ramlan,
Terima kasih. Semoga saudara dan seisi keluarga berada dalam rahmat Allah jua.
Pandangan saudara, pada hemat kami, amat tepat dan waras sekali. Perasaan yang saudara lahirkan laksana petunjuk daripada Allah. Kerana Dia telah berfirman, berbunyi:
"tetapi Allah jadikan cinta pada keimanan kepada kamu, nampakkannya indah di dalam hati kamu, dan Dia jadikan kamu benci pada ketidakpercayaan (kekafiran), dan kefasiqan, dan keingkaran. Mereka itu, merekalah yang berfikiran waras." (49:7)
Surat saudara disambut seperti suatu pemberian daripada Allah, dan pertolongan yang tidak diduga, yang amat besar ertinya. Pertolongan itu pasti lahir daripada petunjuk-Nya yang sudah diabadikan di dalam hati. Firman-Nya,
"Tolong-menolonglah kamu dalam ketaatan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam buat dosa, dan permusuhan. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam balasan-Nya." (5:2)
Sekali lagi,
terima kasih.
Salam.
28 Feb 2005
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman