Suka dengar yang bohong
From: "hawauri terawis"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Mengenai Jin
Date: Monday, October 25, 2004 8:33 AM
Saudara,
Dalam Al-Quran ada disebut lebih kurang "..Tidak aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk mengabdikan diri pada Ku.."
Makhluk jin pun turut perlu memahami Al-Quran tetapi kenapakah ayat-ayat Al-Quran ada dimulai dengan ayat-ayat berikut: "Wahai manusia.....". Wahai orang-orang yang beriman..."- tiada disebut 'Jin'
Mohon penjelasan
Terima kasih kerana menulis lagi kepada kami.
Anda didapati sungguh pantas untuk beri nasihat seperti yang telah dibuat sejurus selepas sepucuk emel mengenai Tudung Kepala bagi perempuan diterbitkan pada bulan lepas.
Cerita dalam nasihat itu, yang anda dengar dan kutip daripada mulut orang lain, diterima dengan senang hati, tanpa soal jawab. Malangnya ia, seperti yang telah dibuktikan, didapati tidak berasas, hanya sangkaan semata-mata, atau bohong.
Sebaliknya pula, anda kelihatan berat untuk mengambil hanya satu langkah supaya dapat pergi kepada al-Qur'an yang tentu sudah tersimpan di rumah anda. Tambahan pula, anda mengaku percaya kepada Tuhan dan Kitab-Nya.
Sebab dikatakan begitu setelah melihat apa yang anda tulis. Anda telah menulis sebagai kenyataan pertama seperti di bawah:
Dalam Al-Quran ada disebut lebih kurang "..Tidak aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk mengabdikan diri pada Ku.."
Frasa lebih kurang menunjukkan anda tidak bersungguh-sungguh dengan ayat-ayat Tuhan. Mungkin tahu ayat berkenaan daripada mulut orang lain sahaja. Walhal, nasihat yang anda beri terlebih dahulu, dan lagi panjang, nampak seperti dihafal, perkataan demi perkataan, walaupun dipungut daripada orang lain juga.
Sementara kenyataan anda yang kedua buktikan anda tidak mempedulikan langsung ayat-ayat Tuhan lalu tidak mengetahuinya, berbunyi:
Makhluk jin pun turut perlu memahami Al-Quran tetapi kenapakah ayat-ayat Al-Quran ada dimulai dengan ayat-ayat berikut: "Wahai manusia.....". Wahai orang-orang yang beriman..."- tiada disebut 'Jin'
Maafkan kami kerana telah mengasarkan dua perkataan di situ. Tujuannya hanya untuk menjelaskan.
Kalaulah anda bertanya seperti "Ada tak ayat al-Qur'an yang bermula dengan, atau mengandungi, frasa Wahai jin?" tentu anda telah menunjukkan mempunyai sedikit minat terhadap ayat-ayat Tuhan, atau mempunyai sangkaan yang baik terhadap ayat-ayat-Nya yang dikatakan-Nya pula sebagai sempurna.
Sangkaan serong anda serupa itu mungkin juga dipengaruhi oleh orang lain yang lalai terhadap al-Qur'an tetapi disangka alim.
Sekiranya anda benar-benar berminat dengan ayat-ayat Tuhan tentu anda telah melayari ruangan Kalimat Pilihan di laman web ini, dan mencari kalimat "Jin" yang sudah lama diterbit. Di halaman kalimat tersebut anda akan jumpa ayat-ayat yang mengandungi frasa "Wahai golongan jin ..." dan "Wahai golongan jin dan manusia ...". Justeru, sangkaan anda itu tidak berasas dan berbau fitnahan.
Lantaran itu, kami ingin sampaikan dua nasihat sebagai penutup, andaikata kami boleh beri nasihat di sini. Pertama, janganlah jadi seperti orang-orang Yahudi yang tinggal sezaman dengan Nabi, yang suka mendengar yang bohong/dusta (5:41).
Kedua, pada bulan ini yang al-Qur'an diturunkan, bacalah ia dengan memahaminya sekali supaya dapat mengenali yang bohong apabila mendengarnya, dan tidak menyebarkan yang bohong itu kepada orang lain pula. Seperti satu kisah yang dikirim kepada kami tidak berapa lama dahulu daripada seorang pengirim lain, berbunyi,
"ada penceramah ..... bercerita didalam sebuah masjid di Lembah Kelang yg kurang lebih ceritakan tentang sebenarnya Nabi Adam dan Hawa dicampakkan dibumi kerana mereka nak melepas/berak selepas makan buah yang dilarang oleh Allah. Bila nak berak tuhan kata tak boleh berak disini sebab syurga, jadi terpaksalah turun ke bumi, betulke cerita itu?"
Selamat meneruskan puasa.
27 Oktober 2004
Ramadan 1425
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman