Hutang dan orang Melayu

 

Seorang pembaca telah beri komen terhadap tajuk "Hutang Piutang dan Riba mengikut al-Qur'an" yang baru diterbitkan pada 31 Ogos yang lalu. Kata-kata beliau yang bernas adalah seperti berikut:

 

From: "aziz"
Subject: ARTIKEL BARU 
Date: Thursday, September 04, 2003 5:02 PM

Salamun'alaikum.

Saya sudah baca artikel tentang Pengurusan Hutang Piutang mengikut ajaran Quran. Saya sangat puas membacanya. Sangat detail dan tidak banyak huraian sebaliknya penjelasan secara langsung dari ayat-ayat Al-Quran. 

Saya penuh yakin, ia sebenarnya satu disiplin yang sangat murni yang boleh meningkatkan persaudaraan, ketakwaan dan bukan perpecahan, dan permusuhan. Disiplin ini sering diabaikan sehinggalah ia menyebabkan ekonomi orang-orang Islam jadi lemah. Saya melihat hubungan ini dalam kontek economic's machanism dalam konteks pembangunan sebuah masyarakat yang benar-benar civilized dalam erti sebenar.

Sebuah buku Dr. M's " The Way Forward" Publised in London 2001, mengupas dengan sangat detail kerenah orang Melayu dalam masalah berhutang dan hubungan siberhutang-sipiutang sehingga beri kesan negatif terhadap kemajuan orang Melayu dan keyakinan pihak bank terhadap orang melayu untuk berniaga. Tulisan Dr. M merumuskan tentang value system in the malay society tanpa jalan keluar kepada sistem nilai yang negatif ini. Kelangsungan hubungan Siberhutang-Sipiutang yang rosak telah melemahkan keupayaan ekonomi orang melayu, sehingga jadikan mereka bangsa yang lemah, mundur dan tertindas hingga kini. 

Oleh kerana masalah ini jarang dibincangkan di mana-mana secara serious, maka saya lihat artikel ini sangat bermakna.

Sorry ...... saya komen panjang.

Salam

Aziz

 

Salamun alaikum, saudara yang budiman. Tiada lain yang kami boleh rakamkan di sini melainkan ucapan ribuan terima kasih yang tulus ikhlas. Kami percaya apa yang saudara suratkan itu akan jadi satu renungan serius bagi kita semua demi kemajuan dan kemakmuran bangsa kita yang tercinta. Dan, Islam yang dinobatkan.

Kami terharu. Terima kasih.


Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman