Pengirim e-mail BIADAB

 

Seorang hamba Allah yang menggelar dirinya "Hasrat Azami" telah menulis kepada Pengurus Laman web ini. Dia difahamkan pernah buat demikian, sebelum laman web ini wujud, kepada orang yang berpegang pada al-Qur'an.

Tujuan dia menulis adalah untuk mempersenda atau memperbodohkan "orang al-Qur'an". Namun, tiada yang dipersendakan, atau diperbodohkannya, melainkan ayat-ayat Allah semata-mata. Lagaknya persis seorang samseng yang ganas, yang berbohong, biadab serta buat provokasi.

Empat pucuk surat jadi petunjuk ke atas apa yang baru dikatakan terhadapnya. Kesemua suratnya disalin (copy & paste) di sini. Surat yang pertama ditulis dengan bertudungkan sifat kesopanan untuk menyorok niatnya yang jahat. Sesungguhnya, niatnya jahat.

Surat "Hasrat Azami" #1:

From: "Hasrat Azami" <hasrata@yahoo.com.au
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: daging kucing
Date: Monday, August 19, 2002 5:33 PM


Hi!

Apakah hukumnya memakan daging kucing? Apakah daging kuciang itu halal atau haram?

Hasrat

Ia dibalas oleh Pengurus Laman dengan nada yang baik dan benar (tetapi tertinggal salamnya pula!) walaupun sedari siapa orangnya. Beginilah bunyi jawapan Pengurus:

kebetulan pula perkara itu baru ditulis. 
tunggulah update akan datang. 

Update atau kemaskini yang dimaksudkan ialah pada 31 Ogos 2002 (hari ini). Antara item baru yang dipaparkan adalah sebuah karangan berjudul Rezeki daripada Allah di mana "perkara itu" disentuh, dan sebuah halaman baru, Pengirim e-mail BIADAB ini.

Hasrat Azami menjawab dengan cepat. Dia mengirim dua pucuk surat dalam tempoh kira-kira dua jam, dari pukul 11:22 AM ke pukul 1:31 PM pada hari yang sama. Surat yang pertama disulamkan dengan keangkuhan dan berwarna kebiadaban muda. Beginilah rupa suratnya:

Surat "Hasrat Azami" #2:

From: "Hasrat Azami" <hasrata@yahoo.com.au
To: "Pengurus Laman" <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Re: daging kucing
Date: Tuesday, August 20, 2002 11:22 AM


Berapa lama saya nak tunggu jawaban dari awak?

Tentulah tidak manis kata-kata demikian dikeluarkan kepada orang yang tidak dikenali. Mungkin dia jauh lebih tua dan menganggap sifat samseng, angkuh dan biadab sebagai sumbang dan jijik.

Hati Hasrat Azami belum lagi puas setelah keluarkan kata-kata kesat tadi. Dia ingin menambah, lalu kira-kira dua jam kemudian dia menulis lagi. Kali ini untuk menunjukkan dirinya sebagai seorang penipu pula. Itu antara yang didedahkan oleh surat Hasrat Azami yang kedua pada hari yang sama, dan ketiga dalam siri persuratannya dengan Pengurus Laman ini.

Didedahkan juga ialah sifat keluarbiasaannya. Dia menulis isi surat di ruangan sempit khas untuk "Subject" atau "perkara" dan bukan di ruangan besar yang disediakan di bawah kepala surat. Di situlah dia menulis, menipu dan menyuruh pula Pengurus Laman membacanya sebelum membuka surat. Setelah membukanya, didapati bahagian badan surat itu kosong tanpa sebarang isi.

Surat "Hasrat Azami" #3:

From: "Hasrat Azami" <hasrata@yahoo.com.au>
To: <e_bacaan@yahoo.com>; <hasrata@yahoo.com.au>
Subject:
Eh, kenapa lama sangat. Saya ni ahlul qur'an, nak pegi makan ke rumah orang vietnam, kawan saya cakap orang vietnam to masak daging kucing, tolonglah bagi tau saya, boleh saya makan daging kucing tu atau tidak?

Date: Tuesday, August 20, 2002 1:31 PM

Kata-katanya hanya dusta belaka. Kalau dia benar-benar berpegang kepada al-Qur'an tentu dia tidak menggelar dirinya "ahlul qur'an" kerana, pada hemat kami, tiada seorang pun daripada "orang-orang al-Qur'an" di sini yang menggelar dirinya dengan gelaran itu.

Dan, kalau dia benar-benar orang al-Qur'an tentu dia menggunakan salam hormat yang diajar Tuhannya (sekiranya dia ambil Allah sebagai Tuhannya), bukan "Hi!" seperti yang ditulis di surat #1 tadi.

Dan akhirnya, kalau dia benar-benar telah menuruti ajaran al-Qur'an, tentu dia tidak bertanya hukum makan daging kucing. Soalan seperti itu kelihatan seperti mempersendakan ayat-ayat Allah pada pandangan orang yang berpegang kepada al-Qur'an.

Lantaran, kedua-dua suratnya dijawab tetapi dengan sepucuk surat sahaja. Mesejnya pendek untuk mengingatkannya supaya tidak meneruskan niatnya yang bengkok. Kata-kata yang dibalas adalah setimpal, berbunyi,

go to hell

dan selanjutnya pula, alamatnya di-block, dengan harapan dia tidak mengganggu lagi kerja-kerja kemaskini laman web ini.

Kalau pun ingin mempersendakan orang-orang yang berpegang kepada al-Qur'an pergilah layari laman web berkaitan yang difahamkan sudah banyak diterbit. Join mereka. Kami tidak ganggu.

Atau ingin berdebat, maka pergilah ke e-group atau discussion group yang sediakan gelanggang untuk bertikam lidah, sindir-menyindir dan ada kalanya caci-mencaci, dan sebagainya.

(Sekiranya ada pelayar yang melanggani mana-mana e-group seperti yang disebut silalah menjemput "Hasrat Azami" <hasrata@yahoo.com.au> untuk menganggotainya. Atas kerjasama tuan/puan didahulukan ucapan ribuan terima kasih. Atau, dia sudah melanggani grup-grup tersebut?)

Pun, setelah diberitahu dari awal lagi, iaitu di halaman pertama laman web e-bacaan.com ini, supaya jangan masuk kalau berasa tidak senang hati dengan ayat-ayat al-Qur'an (memang ada orang seperti itu disebut di dalam al-Qur'an), dan jangan bertindak untuk menyakiti hati orang lain, namun Hasrat Azami masih berdegil. Rancangannya yang jahat diutamakan.

Kedegilan dan kebiadabannya ditonjolkan lagi walaupun setelah alamatnya di-block. Dia dijangka akan menulis lagi, lalu pihak kami ambil keputusan untuk menerbitkan surat-suratnya apabila dia buat demikian.

Seperti yang dijangka, dia kembali menulis seminggu kemudian. E-mailnya beralamat baru tetapi nama gelaran dikekalkan. Tujuan adalah untuk memperlihatkan kebengisan putik bagi buah teroris melalui bau provokasi.

Surat "Hasrat Azami" #4:

From: "Hasrat Azami" <nafsu67@yahoo.com
To: "Pengurus Laman" <e_bacaan@yahoo.com>
Date: Tuesday, August 27, 2002 5:26 PM

Kau takot ya? Pengecot ya?

Provokasinya nyata. Dan sebelumnya, penipuan. Kedua-dua amalan tersebut adalah tiada lain, melainkan datang dari syaitan. Syaitan, seperti yang sudah dipelajari daripada Allah, terdiri daripada dua jenis sahaja, iaitu jin dan manusia.

Syaitan jenis manusia wujud sepanjang zaman untuk menjadi satu daripada beberapa golongan yang memusuhi orang-orang yang percaya. (Sila rujuk Musuh orang percaya.)

Selain itu, "Hasrat Azami" kelihatan seperti tidak memahami sesuatu. Dan, kalau dia faham pun, dia terus berdegil dan berpaling juga. Contoh, apa yang dilakukannya setelah dia membaca dan memahami peringatan di halaman utama laman web ini, atau ayat-ayat al-Qur'an yang dihidangkan di sini, atau tindakan yang telah diambil ke atasnya, namun dia tetap berpaling untuk "jihad" kononnya. Atau, ada agenda lain?

Sehubungan dengannya adalah dua buah ayat al-Qur'an yang beri persamaan bagi orang seperti itu, iaitu yang, setelah dibuatkan memahami sesuatu, namun, tetap berdegil atau berpaling juga daripadanya. Ayat-ayat yang dimaksudkan berbunyi,

"Sesungguhnya seburuk-buruk haiwan pada pandangan Allah ialah orang-orang yang pekak, dan bisu, dan tidak faham. Jika Allah hendak sebarang kebaikan pada mereka, tentu Dia jadikan mereka mendengar; dan jika Dia jadikan mereka mendengar, tentu mereka berpaling, dan mereka palingkan" (8:22-23).

Seharusnya, kita tidak bertindak seperti haiwan. Atau teroris. Kita ada cara untuk menyelesaikan masalah seperti ini. Caranya mudah. Tetapi hukumannya berat kerana ia datang dari Allah. Apabila ia datang tidak ada maaf lagi. Caranya diajar oleh Allah sendiri, Tuhan kita, atau Tuhan kami dan Tuhan anda. Firman-Nya:

"Dan sesiapa debat kamu mengenainya, setelah pengetahuan datang kepada kamu, maka katakanlah, 'Marilah, hendaklah kita seru anak-anak kami dan anak-anak kamu, dan isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, dan diri-diri kami dan diri-diri kamu, kemudian hendaklah kita mohon dengan rendah hati dan letakkan laknat Allah ke atas orang-orang yang berdusta'" (3:61).

dengan mengambil iktibar daripada ayat baru disebut maka panggillah anak-anak kamu, isteri-isteri kamu dan diri-diri kamu semua, dan berkumpul, untuk memohon dengan rendah hati kepada Allah agar Allah laknatkan orang-orang yang berdusta (antara kita). Dan kami akan lakukan yang sama.

Akan tetapi, ia diharap tidak sampai ke tahap itu. Amat buruk padahnya. Cubalah berfikiran terbuka dahulu. Ingatlah bahawa Allah sesatkan siapa Dia hendaki, dan Dia juga yang beri petunjuk kepada siapa Dia hendaki, daripada hamba-hamba-Nya.

Dengan mengingatinya, hati mungkin dapat dibuka untuk menerima ajaran Allah selanjutnya, iaitu bahawa tidak ada paksaan dalam agama. 

Sebenarnya, anda tidak boleh buat kami beriman seperti anda beriman. Kami, sebaliknya pula, tidak boleh buat anda beriman kepada ayat-ayat-Nya selagi Dia tidak mengizinkannya. Kami hanya sampaikan. Begitulah pula hendaknya dengan anda. Dan kita sepakat tidak memaksa satu sama lain, dan tidak juga serang, kerana cara itu tidak mampu untuk mengubah pendirian seseorang.

Jangan lupa, di laman web ini boleh didapati banyak contoh untuk mengenali siapa yang menyerang dan siapa yang kena serang. Lantas, terdapat kata-kata yang tidak menyenangkan hati pihak yang menyerang. Namun begitu, ayat Allah di bawah ini mengizinkannya:

"Allah tidak suka kelantangan ucapan yang jahat, kecuali orang yang dizalimi" (4:148).

Maka, jangan menzalimi orang lain. Dia tentu akan membalas.

Surat Hasrat Azami yang terakhir yang mengandungi provokasi tidak dibalas tetapi di-block sahaja. Mungkin dengan tindakan demikian dia merasakan dirinya sudah menang. Itu hasratnya. Azamnya. Nafsunya. (ambil sempena nama-nama gelaran pada dua alamat e-mailnya). Tidak mengapa, kita lihat dan tunggu saja, seperti ditunjukkan Allah di dalam sebuah firman-Nya bermaksud,

"dan katakan kepada orang-orang tidak percayai, 'Beramallah kamu menurut tempat kamu; kami sedang beramal. Dan lihat dan tunggulah; kami juga melihat dan menunggu'" (11:121-122).

Begitulah jua kata kami yang terakhir kepada seorang hamba Allah yang samseng, angkuh, biadab, menceroboh, menipu dan buat provokasi, yang menggelar dirinya "Hasrat Azami". 

Salamun alaikum.

 


Merdeka!
31 Ogos 2002


Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman