DEGIL
Tergerak untuk menulis apabila melihat telatah kanak-kanak yang degil. Terfikir juga tentang sesuatu penemuan atau kebaikan yang dihasilkan oleh orang bersifat degil. Sesungguhnya ada kebaikan pada sifat itu apabila unsur tabah atau ketabahan jadi maksudnya.
Namun begitu secara ringkas, degil bermaksud enggan mengubah fikiran, iaitu suatu sifat dianggap buruk kerana mampu mengheret kepada kebinasaan. Seperti itu sifat degil yang diperingatkan di dalam al-Qur'an, iaitu buruk, yang membawa padah yang buruk jua.
Terdapat tiga kalimat al-Qur'an diterjemah kepada degil. Pertama kali diguna-Nya pada ayat bermaksud,
"Dan antara manusia, ada yang ucapannya terhadap kehidupan dunia menarik hati kamu, dan dia bersaksikan Allah atas apa yang di dalam hatinya, padahal dialah yang paling degil dalam pertengkaran.
Dan apabila dia berpaling, dia berusaha di bumi untuk buat kerosakan padanya, dan untuk musnahkan tanaman, dan anak-anak pokok; dan Allah tidak suka kerosakan.
Dan apabila dikatakan kepadanya, 'Takutilah Allah', kemuliaan mengambilnya dalam dosanya. Maka cukuplah untuk dia Jahanam - betapa buruknya buaian!" (2:204-206)
Frasa paling degil diterjemah daripada kalimat aladd, diguna sebanyak dua kali di dalam al-Qur'an. Kali kedua diguna di dalam ayat berikut:
"Sesungguhnya Kami mudahkannya dengan lisan kamu supaya kamu beri berita gembira dengannya kepada orang-orang bertakwa, dan beri amaran kepada kaum paling degil." (19:97)
Daripada ayat pertama dapat dikenali orang paling degil, iaitu dalam pertengkaran. Lazimnya pertengkaran berlaku selepas berbincang dengan cara baik. Mungkin orang itu kaki bertengkar! Selanjutnya dia didapati:
pandai bercakap tentang kehidupan dunia sehingga dapat menarik hati orang lain,
bersaksikan Allah atas apa yang terbuku di dalam hatinya,
buat kerosakan di bumi (bermaksud luas, sila lihat Kerosakan di Bumi), termasuk musnahkan tanaman dan anak-anak pokok (mungkin untuk dapat keuntungan besar di dunia), dan
seorang yang sombong, tidak takut kepada Allah.
Kemudian pada ayat kedua disebut mengenai,
kaum paling degil terhadap ajaran al-Qur'an yang telah dimudahkan Allah, dan melalui ayat-ayat lain, Dia beritahu bahawa bahasa Kitab-Nya jelas dan dapat difahamkan. Bermaksud, tidak susah.
Orang dan kaum yang dijadikan peringatan, tentu berada di kalangan masyarakat dewasa ini. Kalau tidak, tidak mungkin Allah beritahu mengenai mereka kepada kita.
Menurut kronologi, ayat kedua mengandungi kalimat bermaksud degil terletak tujuh puluh ayat selepas yang pertama, yang bermaksud,
"Allah hapuskan riba, tetapi sedekah, Dia besarkan. Allah tidak suka setiap orang yang berdegil dalam ketidakpercayaan, yang berdosa." (2:276)
Frasa berdegil dalam ketidakpercayaan diterjemah daripada kalimat kaffar. Sedikit penjelasan mengenai kalimat ini - ia seakar dengan kafara (atau kafir atau tidak percaya). Antara para penterjemah al-Qur'an ada yang menterjemahkannya kepada a froward unbeliever, seperti dipakai penulis. Ayat-ayat lain yang mengandunginya diturunkan di bawah ini:
"Dan Dia beri kamu segala yang kamu minta kepada-Nya. Jika kamu hitung rahmat Allah, kamu tidak dapat jumlahkannya; sesungguhnya manusia sangat aniaya, berdegil dalam ketidakpercayaan." (14:34) - dikatakan sangat aniaya juga kerana tidak "lakukan solat, dan nafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka," (14:31).
"Tidakkah kepunyaan Allah agama yang tulus? Dan orang-orang yang mengambil wali-wali (pelindung-pelindung) selain daripada Dia - 'Kami hanya sembah mereka supaya mereka dekatkan kami dalam kedekatan dengan Allah' - sesungguhnya Allah akan hakimkan antara mereka mengenai apa yang padanya mereka selisihkan. Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada pendusta, yang berdegil dalam ketidakpercayaan." (39:3)
"Dan Nuh berkata, 'Wahai Pemeliharaku, janganlah tinggalkan di atas bumi orang-orang tidak percaya, walaupun seorang.
Sesungguhnya jika Engkau tinggalkan mereka, mereka akan sesatkan hamba-hamba-Mu, dan mereka tidak beranakkan, kecuali kejahatan yang berdegil dalam ketidakpercayaan.
Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku, dan ibu bapaku, dan sesiapa yang masuk rumahku sebagai seorang mukmin, dan orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan; dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang zalim, kecuali dalam kebinasaan!'" (71:26-28)
Justeru, orang yang diterangkan sebagai berdegil dalam ketidakpercayaan, yang sekali gus dikatakan sangat aniaya, jahat dan berdosa, adalah:
yang memakan riba, walaupun telah dihapuskan Allah,
yang diberi Allah segala diminta tapi tidak bersolat dan tidak menafkah daripada rezeki diterima, secara rahsia dan terbuka,
yang mengambil wali atau pelindung (daripada orang difikirkan alim) untuk mendekatkan diri dengan Allah - dengan buat demikian dia dikatakan berdusta, dan
yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah.
Orang seperti itu juga tentu sedang hidup bersama manusia lain pada hari ini.
Ayat ketiga, menurut kronologi di dalam al-Qur'an, yang mengandungi perkataan degil (diterjemah daripada kalimat 'anid) berbunyi,
"Itu Ad; mereka sangkal ayat-ayat Pemelihara mereka, dan mengingkari Rasul-Rasul-Nya, dan mereka ikut perintah tiap-tiap penguasa yang degil." (11:59)
Terdapat tiga lagi ayat yang mengandungi kalimat tersebut, dengan satu daripadanya mengandungi kalimat kaffa yang baru dibincang. Ayat-ayatnya adalah:
"Dan sungguh Kami akan tempatkan kamu di bumi selepas mereka; itu adalah bagi orang yang takut akan medan-Ku, dan takut akan ancaman-Ku."
Mereka mohon satu putusan; kemudian kecewalah semua penguasa yang degil.
Di belakangnya Jahanam, dan dia diberi minum air nanah," (14:14-16)
"Dan trompet ditiup; itulah Hari Ancaman.
Dan tiap-tiap jiwa datang, bersamanya satu pemandu, dan satu saksi.
'Kamu adalah dalam kelalaian daripada yang ini; maka Kami hilangkan daripada kamu penudung kamu, lalu penglihatan kamu pada hari ini jadi tajam.'
Dan teman yang dipercayainya akan berkata, 'Inilah apa yang aku ada, tersedia.'
'Lemparlah, kamu berdua, ke dalam Jahanam tiap-tiap orang yang berdegil dalam ketidakpercayaan, yang degil,
Tiap-tiap penghalang kebaikan, pencabul, yang ragu-ragu,
Yang adakan berserta Allah tuhan yang lain; maka kamu berdua, lemparlah dia ke dalam azab yang keras.'" (50:20-26)
Dan ayat degil terakhir di dalam al-Qur'an berbunyi,
"Tinggalkanlah Aku dengan orang yang Aku telah cipta sendirian,
Dan buatkan baginya harta yang banyak,
Dan anak-anak yang berdiri di hadapannya,
Dan buatkan segalanya licin baginya, selicin-licinnya.
Kemudian dia inginkan supaya Aku menambahkan.
Tidak sekali-kali! Dia berdegil terhadap ayat-ayat Kami,
Dan Aku akan memaksa dia kepada satu pendakian yang sukar." (74:11-17)
Daripada empat ayat yang akhir diturunkan, dapat dikenali lagi orang bersifat degil, yang terdiri daripada:
penguasa (termasuk penguasa dalam urusan agama) yang seperti pengikutnya, sangkal ayat-ayat Allah, yang dibawa Rasul,
penguasa, yang tidak takut ancaman-Nya,
orang lalai daripada Hari Ancaman, menghalang kebaikan, mencabul, ragu-ragu (terhadap ayat-ayat-Nya), adakan Tuhan lain (contoh ikut ajaran agama tulisan manusia, yang selain daripada ajaran-Nya) - dia juga dikatakan berdegil dalam ketidakpercayaan, dan
berdegil terhadap ayat-ayat Allah, walaupun diberi harta yang banyak, anak-anak yang dibanggakan, dan segala urusannya dilicinkan Allah, namun dia ingin supaya Allah menambahkan lagi dalam pemberian-Nya.
Juga seperti sudah diperingatkan, orang yang baru disebut tentu sedang berada di kalangan masyarakat dengan berulang-alik ke sana sini.
Secara am, orang dikatakan degil di dalam al-Qur'an berdegil terhadap ayat-ayat Allah. Dia enggan mengubah fikiran kerana enggan mencari atau menerima nasihat orang lain. Terhadap orang sebegini rupa, dipetik dan diterjemah kata-kata Kahlil Gibran (1883-1931) bermaksud "Dia yang tidak mencari nasihat adalah seorang bodoh. Kebodohannya buat dia buta terhadap yang Benar, lalu jadikan dia jahat, degil, dan bahaya kepada manusia bersamanya."
Penulis Bacaan
15 April 2010
Halaman Utama
Terkini
Perpustakaan Bacaan
E-Mail Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan
Akhbar Penemuan
Soalan Lazim
Sudut
Pelajar
Tulis kepada Pengurus Laman