Kalimat amaran & nazar di dalam al-Qur'an


Empat daripada lima kalimat yang terbit daripada akar nun dza ra diterjemah kepada amaran atau yang berkaitan. Kalimat yang tidak diterjemah kepada amaran ialah nadzara, diterjemah kepada nazar, dan ayat-ayatnya yang lima turut disenaraikan, tetapi di hujung halaman ini.


Kalimat-kalimat yang diterjemah kepada amaran atau yang bersabit dengannya ialah:


i.
nadzir ~ a warner


2:119. Kami utus kamu dengan yang benar,
pembawa berita gembira, dan pemberi amaran. Kamu tidak akan ditanya mengenai penghuni-penghuni Jahim.

5:19. Wahai ahli Kitab, sungguh telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan kepada kamu pada satu masa jeda antara Rasul-Rasul, supaya kamu tidak kata, "Telah tidak datang kepada kami sebarang pembawa berita gembira, dan tidak juga sebarang pemberi amaran." Sungguh, telah datang kepada kamu pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; Allah berkuasa atas segala sesuatu.

7:184. Tidakkah mereka berfikir, tiada kegilaan pada teman mereka; dia tidak lain hanya seorang pemberi amaran yang jelas.

7:188. Katakanlah, "Aku tidak ada kuasa untuk manfaatkan diriku atau mudaratkan, kecuali seperti yang Allah hendaki. Sekiranya aku tahu yang ghaib, tentu aku ambil banyak kebaikan, dan keburukan tidak akan sentuh aku. Aku hanya seorang pemberi amaran dan pembawa berita gembira bagi kaum yang percayai."

11:1. Alif Lam Ra. Sebuah Kitab yang ayat-ayatnya menentukan, dan kemudian dijelaskan, daripada yang Bijaksana, Menyedari.
11:2. "Jangan kamu sembah siapa pun melainkan Allah. Aku, kepada kamu, adalah seorang pemberi amaran daripada-Nya, dan seorang
pembawa berita gembira.

11:12. Boleh jadi kamu tinggalkan sebahagian daripada apa yang diwahyukan kepada kamu, dan dada kamu jadi sempit dengannya, kerana mereka berkata, "Mengapa harta simpanan tidak diturunkan kepadanya, atau malaikat tidak datang bersama dia?" Kamu hanyalah seorang pemberi amaran; dan Allah Wakil atas segala sesuatu.

11:25. Dan Kami utus Nuh kepada kaumnya, "Aku, bagi kamu, adalah seorang pemberi amaran yang jelas.

15:89. dan katakan, "Sesungguhnya aku ialah pemberi amaran yang jelas."

17:105. Dengan yang benar Kami turunkannya, dan dengan yang benar ia turun; dan Kami tidak utus kamu melainkan sebagai pemberi berita gembira, dan pemberi amaran,

22:49. Katakanlah, "Wahai manusia, aku bagi kamu hanya seorang pemberi amaran yang jelas."

25:1. Berkatnya Dia yang turunkan Pembeza kepada hamba-Nya agar dia menjadi seorang pemberi amaran bagi semua alam.

25:7. Dan mereka berkata, "Apakah yang kena dengan Rasul ini, bahawa dia makan makanan, dan berjalan-jalan di pasar-pasar? Mengapa seorang malaikat tidak diturunkan kepadanya untuk menjadi pemberi amaran bersamanya?

25:51. Sekiranya Kami hendak, tentu Kami bangkitkan di tiap-tiap bandaraya, seorang pemberi amaran.

25:56. Dan Kami tidak utus kamu, melainkan sebagai pemberi berita gembira, dan pemberi amaran.

26:115. Aku (Nuh), tidak lain, hanya seorang pemberi amaran yang jelas."

28:46. Kamu tidak berada di tepi Gunung ketika Kami panggil; tetapi kerana satu pengasihan daripada Pemelihara kamu, supaya kamu beri amaran kepada kaum yang kepadanya tiada pemberi amaran telah datang sebelum kamu supaya mereka mengingati.

29:50. Mereka berkata, "Mengapa ayat-ayat (mukjizat) tidak diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya?" Katakanlah, "Ayat-ayat hanyalah di sisi Allah, dan aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas."

32:3. Atau, adakah mereka berkata, "Dia mengada-adakannya"? Tidak, ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, supaya kamu beri amaran kepada kaum yang kepadanya tiada seorang pemberi amaran telah datang sebelum kamu supaya mereka dapat petunjuk.

33:45. Wahai Nabi, Kami utus kamu sebagai seorang saksi, dan pemberi berita gembira, dan pemberi amaran,

34:28. Kami tidak utus kamu melainkan kepada seluruh manusia sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

34:34. Kami tidak utus seorang pemberi amaran ke sesebuah bandaraya melainkan orang-orangnya yang hidup mewah berkata, "Kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya."

34:44. Kami telah tidak beri mereka Kitab-Kitab untuk dipelajari, dan tidak juga Kami utus kepada mereka sebelum kamu seseorang pemberi amaran.

34:46. Katakanlah, "aku beri kamu hanya satu teguran, bahawa kamu berdiri kepada Allah berdua-dua, dan satu lepas satu, dan kemudian fikirkanlah; tidaklah ada kegilaan pada teman kamu. Dia tidak lain melainkan seorang pemberi amaran kepada kamu, sebelum azab yang keras."

35:23. Kamu, tidak lain, hanyalah seorang pemberi amaran.

35:24. Sesungguhnya Kami utus kamu dengan yang benar, pembawa berita gembira dan pemberi amaran, dan tiada sesuatu umat melainkan telah berlalu di dalamnya seorang pemberi amaran.

35:37. Di dalamnya mereka menjerit, "Wahai Pemelihara kami, keluarkanlah kami, dan kami akan buat kerja-kerja baik , selain daripada apa yang kami telah buat." "Apa, tidakkah Kami beri umur yang panjang kepada kamu untuk mengingatkan padanya orang yang akan ingat? Kepada kamu pemberi amaran telah datang; maka rasalah sekarang! Bagi orang-orang zalim, tidak ada penolong."

35:42. Mereka bersumpah dengan Allah dengan sumpah segenap hati bahawa jika seorang pemberi amaran datang kepada mereka, tentu mereka lebih dapat petunjuk daripada mana-mana satu umat; tetapi apabila seorang pemberi amaran datang kepada mereka, ia hanya menambahkan mereka dalam pelarian,

38:70. Hanya ini diwahyukan kepadaku, bahawa aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas."

41:3. Sebuah Kitab yang ayat-ayatnya dijelaskan sebagai sebuah Qur'an bahasa Arab bagi kaum yang tahu,
41:4.
Pembawa berita gembira, dan pemberi amaran, tetapi kebanyakan mereka berpaling, dan tidak dengar.

43:23. Begitulah, Kami tidak utus sebelum kamu seseorang pemberi amaran ke sesebuah bandaraya, melainkan bahawa orang-orangnya yang hidup mewah berkata, "Sesungguhnya kami dapati bapa-bapa kami atas satu umat, dan kami atas bekas-bekas mereka."

46:9. Katakanlah, "Aku bukan yang baru antara Rasul-Rasul, dan aku tidak tahu apa yang akan diperbuatkan terhadapku, atau terhadap kamu. Aku hanya ikut apa yang diwahyukan kepadaku; aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas."

48:8. Sesungguhnya Kami utus kamu sebagai seorang saksi, dan pemberi berita gembira, dan pemberi amaran,

51:50. Maka larilah kepada Allah! Aku seorang pemberi amaran yang jelas daripada-Nya kepada kamu.

51:51. Dan jangan adakan berserta Allah tuhan lain; aku adalah seorang pemberi amaran yang jelas daripada-Nya kepada kamu.

53:56. Ini seorang pemberi amaran, antara pemberi-pemberi amaran yang terdahulu.

67:8. Dan hampir-hampir terpecah dengan kemarahan. Setiap kali sekumpulan dilemparkan ke dalamnya, penjaga-penjaganya tanya mereka, “Tidakkah datang pemberi amaran kepada kamu?”

67:9. Mereka berkata, “Ia, benar; seorang pemberi amaran telah datang kepada kami; tetapi kami dustakan, dengan berkata, ‘Allah tidak turunkan sesuatu; kamu hanya dalam kesesatan yang besar.’”

67:17. Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan utus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu, kemudian kamu akan tahu bagaimanakah dengan amaran-Ku?

67:26. Katakanlah, “Pengetahuannya hanya di sisi Allah; aku hanyalah seorang pemberi amaran yang jelas.”

71:2. Dia (Nuh) berkata, “Wahai kaumku, aku kepada kamu adalah seorang pemberi amaran yang jelas,

74:36. Sebagai satu pemberi amaran bagi manusia,

 


ii.
nudzran ~ a warning


77:5. Dan yang melemparkan Peringatan,
77:6. Alasan atau amaran,
77:7. Sesungguhnya apa yang kamu dijanjikan hampir jatuh!

 


iii.
nudzur ~ warning(s), (plural of nadzir) warners


10:101. Katakanlah, "Perhatikan apa yang ada di langit dan di bumi!" Tetapi tidaklah ayat-ayat, dan tidak juga amaran-amaran berguna kepada kaum yang tidak percayai.

46:21. Dan ingatlah saudara kepada Ad, apabila dia beri amaran kepada kaumnya di tepi bukit pasir - dan sesungguhnya pemberi-pemberi amaran telah berlalu di hadapannya dan belakangnya -"Jangan kamu menyembah siapa pun melainkan Allah! Sesungguhnya aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar."

53:56. Ini seorang pemberi amaran, antara pemberi-pemberi amaran yang terdahulu.

54:5. Suatu Kebijaksanaan yang dalam maksudnya; namun begitu, amaran-amaran tidak berguna.

54:16. Bagaimanakah pula dengan azab-Ku, dan amaran-amaran-Ku?

54:18. Ad dustakan. Bagaimanakah pula dengan azab-Ku, dan amaran-amaran-Ku?

54:21. Bagaimanakah pula dengan azab-Ku, dan amaran-amaran-Ku?

54:23. Tsamud dustakan amaran-amaran,

54:30. Bagaimanakah pula dengan azab-Ku, dan amaran-amaran-Ku?

54:33. Kaum Lut dustakan amaran-amaran.

54:36. Dia telah beri amaran kepada mereka mengenai serangan Kami, tetapi mereka meragui amaran-amaran.

54:37. Dan sesungguhnya, tetamunya mereka goda; maka Kami hapuskan mata-mata mereka, "Maka rasalah azab-Ku, dan amaran-amaran-Ku!"

54:39. "Maka rasalah azab-Ku, dan amaran-amaran-Ku!"

54:41. Amaran-amaran telah datang kepada keluarga Firaun.



iv.
andzar ~ to warn, a warner, one who is warned


2:6. Sesungguhnya orang-orang tidak percaya, sama sahaja bagi mereka, sama ada kamu beri amaran kepada mereka, atau tidak beri amaran kepada mereka, mereka tidak percayai.

2:213. Manusia adalah umat yang satu, kemudian Allah bangkitkan Nabi-Nabi sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran, dan Dia turunkan bersama mereka Kitab dengan yang benar untuk Dia hakimkan antara manusia mengenai apa yang mereka selisihkan. Hanya orang-orang yang diberinya berselisih, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka, kerana angkuh antara mereka; kemudian Allah beri petunjuk kepada orang-orang yang percaya pada yang benar mengenai apa yang dalamnya mereka selisihkan, dengan izin-Nya; dan Allah beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki pada jalan lurus.

4:165. Rasul-Rasul sebagai pemberi berita gembira, dan pemberi amaran supaya manusia tidak ada hujah terhadap Allah selepas Rasul-Rasul; Allah Perkasa, Bijaksana.

6:19. Katakanlah, "Perkara apakah paling besar dalam kesaksian?" Katakanlah, "Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku beri amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai. Adakah kamu benar-benar saksikan bahawa ada tuhan-tuhan lain selain Allah?" Katakanlah, "Aku tidak saksikan." Katakanlah, "Dia hanyalah Tuhan Yang Satu, dan aku berlepas diri daripada apa kamu sekutukan."

6:48. Kami tidak utus para utusan kecuali untuk beri berita gembira, dan beri amaran. Maka sesiapa yang percaya, dan membetulkan - tiada ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

6:51. Dan berilah amaran dengannya kepada orang-orang yang takut bahawa mereka akan dikumpulkan kepada Pemelihara mereka; tidak ada bagi mereka, selain daripada Allah, seorang wali (pelindung) dan tiada juga seorang pengantara, supaya mereka bertakwa.

6:92. Inilah sebuah Kitab yang Kami turunkan, diberkati, dan mengesahkan apa yang sebelumnya, dan supaya kamu beri amaran kepada ibu bandaraya-bandaraya, dan orang-orang di sekitarnya; dan orang-orang yang percayai akhirat percayainya, dan mereka yang pelihara solat mereka.

6:130. "Wahai golongan jin dan manusia, tidakkah Rasul-Rasul datang daripada kamu sendiri yang ceritakan kepada kamu ayat-ayat-Ku, dan beri amaran kepada kamu mengenai pertemuan hari kamu ini?" Mereka berkata, "Kami saksikan terhadap diri-diri kami sendiri." Mereka ditipu kehidupan dunia, dan mereka saksikan terhadap diri-diri mereka sendiri bahawa mereka adalah orang-orang tidak percaya.

7:2. Sebuah Kitab diturunkan kepada kamu, maka jangan ada kesempitan di dalam dada kamu daripadanya, untuk beri amaran dengannya, dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang mukmin.

7:63. Adakah kamu hairan bahawa Peringatan daripada Pemelihara kamu datang kepada kamu melalui seorang lelaki antara kamu, supaya dia beri amaran kepada kamu, dan kamu jadi bertakwa supaya dikasihani."

7:69. Apa, adakah kamu hairan bahawa Peringatan daripada Pemelihara kamu sudah datang kepada kamu melalui seorang lelaki antara kamu supaya dia beri amaran kepada kamu; dan ingatlah apabila Dia lantik kamu sebagai pengganti selepas kaum Nuh, dan tambahkan kamu dengan luas dalam ciptaan kamu; ingatlah kamu akan pemberian Allah agar kamu beruntung."

9:122. Tidak patut bagi orang-orang mukmin pergi kesemuanya; tetapi mengapa sekumpulan daripada tiap-tiap golongan antara mereka tidak pergi jadi arif dalam agama, dan untuk beri amaran kepada kaum mereka apabila mereka kembali kepada mereka, supaya mereka berawas-awas?

10:2. Adakah ia satu kehairanan bagi manusia bahawa Kami wahyukan seorang lelaki antara mereka, "Berilah amaran kepada manusia, dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang yang percaya bahawa bagi mereka satu tempat berpijak (kedudukan) yang sebenar di sisi Pemelihara mereka"? Orang-orang tidak percaya berkata, "Ini seorang ahli sihir yang nyata."

10:73. Tetapi mereka dustakannya; maka Kami selamatkan dia dan orang-orang bersama dia di dalam kapal, dan Kami lantik mereka sebagai pengganti-pengganti, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami; kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang diberi amaran.

13:7. Orang-orang tidak percaya berkata, "Mengapa satu ayat (mukjizat) tidak diturunkan kepadanya daripada Pemeliharanya?" Kamu hanyalah seorang pemberi amaran, dan seorang pemberi petunjuk bagi tiap-tiap kaum.

14:44. Dan berilah amaran kepada manusia akan hari apabila azab datang kepada mereka, dan orang-orang buat kezaliman berkata, "Wahai Pemelihara kami, tangguhkan kami hingga satu tempoh yang dekat, dan kami akan sahut seruan Engkau, dan ikut Rasul-Rasul." "Tidakkah kamu telah bersumpah dahulu bahawa tidak ada peralihan untuk kamu?

14:48. Pada hari bumi ditukar kepada selain daripada bumi dan langit, dan mereka pergi kepada Allah, Yang Satu, Yang Menakluki.
14:49. Dan kamu lihat orang-orang yang berdosa pada hari itu diikat bersama dalam belenggu.
14:50. Daripada gala-gala adalah baju-baju mereka, muka (wajah) mereka ditutupi oleh Api.
14:51. Kerana Allah akan balas tiap-tiap jiwa atas usahanya; sesungguhnya Allah cepat buat hitungan.
14:52. Ini ialah satu penyampaian bagi manusia supaya mereka diberi amaran dengannya, dan supaya mereka tahu bahawa Dia Tuhan Yang Satu, dan supaya semua yang empunya minda mengingati.

16:2. Dia turunkan malaikat-malaikat dengan Roh daripada perintah-Nya kepada sesiapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya, "Berilah kamu amaran, bahawa tidak ada tuhan melainkan Aku; maka kamu takutilah Aku!"

18:2. Yang betul, untuk beri amaran akan bencana yang keras daripada-Nya, dan untuk beri berita gembira kepada orang-orang mukmin yang buat kerja-kerja baik, bahawa bagi mereka upah yang baik,

18:4. Dan untuk beri amaran kepada orang-orang yang berkata, "Allah ambil kepada-Nya seorang anak."

18:56. Dan Kami tidak utus para utusan melainkan sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran. Namun begitu, orang-orang tidak percaya membantah dengan yang palsu supaya mereka sangkal yang benar dengannya. Mereka ambil ayat-ayat-Ku dan apa yang mereka diamarankan sebagai olok-olokan.

19:39. Berilah mereka amaran dengan Hari Penyesalan apabila perkara diputuskan, sedang mereka dalam kelalaian, dan tidak percayai.

19:97. Sesungguhnya Kami mudahkannya dengan lisan kamu supaya kamu beri berita gembira dengannya kepada orang-orang bertakwa, dan beri amaran kepada kaum paling degil.

21:45. Katakanlah, "Aku hanya beri amaran kepada kamu dengan wahyu" tetapi orang-orang yang pekak tidak mendengar seruan apabila mereka diberi amaran.

26:173. Dan Kami hujani mereka (kaum Lut) dengan suatu hujan; dan adalah buruk hujan orang-orang diberi amaran.

26:192. Sesungguhnya ia adalah satu penurunan Pemelihara semua alam,
26:193. Dibawa turun oleh Roh Amin (yang dipercayai),
26:194. Ke dalam hati kamu supaya kamu jadi antara orang-orang yang beri amaran,
26:195. Dengan lidah (bahasa) Arab yang jelas.

26:208. Tiada sebuah bandaraya yang Kami musnahkan, melainkan ia ada orang-orang yang beri amaran,

26:214. Dan berilah amaran kepada kerabat kamu, sanak saudara yang terdekat.

27:58. Dan Kami hujani mereka (kaum Lut) dengan suatu hujan; dan buruknya hujan orang-orang diberi amaran.

27:92. Dan untuk baca al-Qur'an. Maka sesiapa dapat petunjuk, hanya dapat petunjuk bagi dirinya sendiri; dan sesiapa sesat, katakanlah, "Aku hanya seorang pemberi amaran."

28:46. Kamu tidak berada di tepi Gunung ketika Kami panggil; tetapi kerana satu pengasihan daripada Pemelihara kamu, supaya kamu beri amaran kepada kaum yang kepadanya tiada pemberi amaran telah datang sebelum kamu supaya mereka mengingati.

32:3. Atau, adakah mereka berkata, "Dia mengada-adakannya"? Tidak, ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, supaya kamu beri amaran kepada kaum yang kepadanya tiada seorang pemberi amaran telah datang sebelum kamu supaya mereka dapat petunjuk.

35:18. Orang yang memikul beban tidak akan pikul beban, beban orang lain; dan jika orang yang bebannya berat menyeru supaya dipikul, tiadalah dipikul sesuatu daripadanya, walaupun dia sanak saudara yang dekat. Kamu hanya beri amaran kepada orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka dalam keadaan ghaib, dan lakukan solat; dan sesiapa yang menyucikan dirinya, hanya menyucikan untuk jiwanya sendiri. Kepada Allah kepulangan.

36:6. Supaya kamu beri amaran kepada kaum yang bapa-bapa mereka tidak diberi amaran, lalu mereka lalai.

36:10. Sama sahaja bagi mereka, sama ada kamu beri amaran kepada mereka atau kamu tidak beri amaran kepada mereka, mereka tidak percayai.

36:11. Kamu hanya beri amaran kepada orang yang ikut Peringatan, dan yang takut kepada Yang Pemurah dalam keadaan ghaib; maka berilah dia berita gembira dengan ampunan dan upah yang mulia.

36:70. Supaya dia beri amaran kepada sesiapa yang hidup, dan supaya Ucapan jadi wajar ke atas orang-orang tidak percaya.

37:69. Mereka dapati bapa-bapa mereka sesat,
37:70. Dan mereka berlari di atas jejak-jejak mereka.
37:71. Sebelum mereka sudah sesat kebanyakan daripada orang-orang dahulu,
37:72. Dan Kami telah utus di kalangan mereka pemberi-pemberi amaran,
37:73. Dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang diberi amaran,
37:74. Kecuali hamba-hamba Allah yang tulus.

37:177. Apabila ia turun di halaman rumah mereka (orang-orang tidak percaya kepada Peringatan), betapa buruknya pagi bagi orang-orang diberi amaran!

38:4. Dan mereka hairan bahawa seorang pemberi amaran telah datang kepada mereka daripada kalangan mereka; dan orang-orang tidak percaya berkata, "Ini seorang ahli sihir yang berdusta.

38:65. Katakanlah, "Aku hanya seorang pemberi amaran. Tidak ada sesuatu tuhan melainkan Allah, Yang Satu, Yang Menakluki,

39:71. Kemudian orang-orang tidak percaya dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Jahanam, sehingga apabila mereka datang kepadanya, pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, "Tidakkah Rasul-Rasul datang kepada kamu daripada kalangan kamu sendiri, dengan membacakan kamu ayat-ayat Pemelihara kamu, dan beri amaran kepada kamu terhadap pertemuan hari kamu ini?" Mereka berkata, "Ia, benar” tetapi kata azab telah wajar ke atas orang-orang tidak percaya.

40:15. Yang naikkan darjat, Yang mempunyai Arasy, lemparkan Roh daripada perintah-Nya kepada sesiapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya, supaya dia beri amaran kepada mereka mengenai Hari Pertemuan,

40:18. Dan berilah mereka amaran mengenai Hari Yang Dekat, apabila, tercekik dengan penderitaan, hati-hati berada di kerongkongan, dan orang-orang zalim tidak ada seorang sahabat setia, dan tidak ada pengantara untuk ditaati.

41:13. Tetapi jika mereka berpaling, maka katakanlah, "Aku beri amaran kepada kamu dengan halilintar yang serupa halilintar Ad dan Tsamud."

42:7. Dan demikian Kami wahyukan kamu sebuah Qur'an bahasa Arab, supaya kamu beri amaran kepada ibu bandaraya-bandaraya, dan orang-orang di sekitarnya, dan supaya kamu beri amaran mengenai Hari Berkumpul, yang tiada keraguan padanya - segolongan di dalam Taman (Jannah), dan segolongan di dalam yang Menyala.

44:3. Kami turunkannya pada satu malam yang diberkati; Kami selamanya memberi amaran,

46:3. Kami tidak cipta langit dan bumi, dan apa di antara keduanya melainkan dengan yang benar, dan satu tempoh yang dinyatakan; tetapi orang-orang tidak percaya berpaling daripada amaran yang mereka diberi.

46:12. Dan sebelumnya Kitab Musa, untuk satu imam, dan satu pengasihan; dan ini sebuah Kitab yang mengesahkan, dalam lidah (bahasa) Arab, untuk beri amaran kepada orang-orang buat kezaliman , dan berita gembira kepada orang-orang buat baik.

46:29. Dan apabila Kami palingkan kepada kamu sekumpulan jin untuk mendengarkan al-Qur'an; dan apabila mereka menghadirinya, mereka berkata, "Diamlah!" Kemudian, apabila ia telah selesai, mereka berpaling kepada kaum mereka, memberi amaran.

46:21. Dan ingatlah saudara kepada Ad, apabila dia beri amaran kepada kaumnya di tepi bukit pasir - dan sesungguhnya pemberi-pemberi amaran telah berlalu di hadapannya dan belakangnya -"Jangan kamu menyembah siapa pun melainkan Allah! Sesungguhnya aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar."

50:2. Tidak, tetapi mereka hairan bahawa seorang pemberi amaran datang kepada mereka daripada kalangan mereka; dan orang-orang tidak percaya berkata, "Ini adalah sesuatu yang sangat aneh!

54:36. Dia (Lut) telah beri amaran kepada mereka mengenai serangan Kami, tetapi mereka meragui amaran-amaran.

71:1. Kami utus Nuh kepada kaumnya: “Berilah amaran kepada kaum kamu sebelum datang kepada mereka azab yang pedih.”

74:1. Wahai kamu yang berselubung,
74:2. Bangun, dan berilah amaran!
74:3. Dan Pemelihara kamu, agungkanlah,

78:40. Sesungguhnya Kami beri amaran kepada kamu mengenai satu azab yang dekat, pada hari apabila seseorang akan lihat apa yang tangan-tangannya telah dahulukan, dan orang tidak percaya akan berkata, “Alangkah baiknya jika aku adalah tanah!”

79:45. Kamu hanya pemberi amaran kepada orang yang takut padanya.

92:14. Maka Aku beri amaran kepada kamu dengan Api yang menyala-nyala,

 

Dan kalimat yang tidak bermaksud amaran ialah:

nadzara
- to vow (in dedication or consecration)


2:270. Dan apa sahaja nafkah kamu nafkahkan, atau apa sahaja nazar kamu nazarkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya; dan tidak ada penolong bagi orang-orang zalim.

3:35. Apabila isteri Imran berkata, "Pemeliharaku, aku bernazar kepada Engkau, untuk kebaikan, apa yang di dalam perutku. Terimalah Engkau yang ini daripadaku; sesungguhnya Engkaulah Yang Mendengar, Yang Mengetahui."

19:26. Maka makan dan minumlah, dan gembiralah (berdingin mata); dan jika kamu lihat seseorang manusia, katakanlah, 'Aku telah bernazar kepada Yang Pemurah untuk berpuasa, dan pada hari ini, aku tidak akan berkata-kata kepada seseorang manusia pun.'"

22:29. Kemudian hendaklah mereka hilangkan kecuaian mereka dan hendaklah mereka menepati nazar mereka, dan bertawaf di Rumah Tua.

76:7. Mereka tepati nazar mereka, dan takut akan suatu hari yang kejahatannya merata ke mana-mana.


- A Concordance of the Qur'an ms 814
 

Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar 
English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman