Kalimat ulama di dalam al-Qur'an


Perkataan ulama adalah kata jamak bagi adjektif alim yang bermakna yang tahu, berketahuan, berpengetahuan, berilmu, mahir, arif, terpelajar, bijaksana, atau kesarjanaan, dan al-Alim pula, bermakna Yang Mengetahui.

Daripada sebanyak seratus enam puluh tiga perkataan alim dan ulama di dalam al-Qur'an hanya sepuluh sahaja digunakan sebagai adjektif untuk manusia. Yang lain, dan yang terbanyak, adalah untuk Allah.

Hanya yang diturunkan di sini adalah ayat-ayat yang mengandungi perkataan "alim" atau "ulama" yang berkaitan dengan mansuia sahaja. (Bagi maksud "ulama agama" sila rujuk kalimat habr di halaman lain)

 

7:109. Berkata pembesar-pembesar kaum Firaun, "Sesungguhnya ini seorang ahli sihir yang alim (mahir),

7:112. Untuk datangkan kepada kamu tiap-tiap ahli sihir yang alim."

10:79. Firaun berkata, "Datangkanlah kepadaku tiap-tiap ahli sihir yang alim (mahir)."

12:55. Berkata, "Lantiklah aku kepada perbendaharaan bumi ini; aku adalah penjaga yang alim (berpengetahuan)."

15:53. Mereka berkata, "Jangan takut; sesungguhnya kami beri kamu berita gembira dengan seorang anak lelaki yang alim."

26:34. Berkata kepada pembesar-pembesar di sekelilingnya, "Sesungguhnya ini seorang ahli sihir yang alim (mahir),

26:37. Untuk datangkan kepada kamu tiap-tiap ahli sihir yang alim."

26:197. Tidakkah ia satu ayat (tanda) bagi mereka bahawa ulama Bani Israil mengetahuinya?

35:27. Tidakkah kamu lihat bagaimana Allah turunkan dari langit air, dan dengannya Kami keluarkan buah-buahan yang bermacam-macam warnanya? Dan di gunung-gunung terdapat jalur-jalur putih dan merah, daripada bermacam-macam warna, dan hitam yang pekat. 
35:28. Di antara manusia juga, dan haiwan, dan binatang ternak, bermacam-macam warnanya. Begitulah, hanya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya ialah para ulama (orang-orang yang berpengetahuan); sesungguhnya Allah Perkasa, Pengampun.
(ulama di sini bukanlah ulama agama tetapi ulama sekular)

51:28. Kemudian dia berasa takut terhadap mereka. Mereka berkata, "Jangan takut!" Dan mereka beri kepadanya berita gembira dengan seorang anak lelaki yang alim (bijak).


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman