Dilema Hubungan Jenis
 

> DILEMA HUBUNGAN JENIS: Fatwa daripada seorang ulama Mesir yang menimbulkan perbalahan, iaitu mendakwa bahawa kebogelan semasa lakukan hubungan jenis akan mentaksahkan perkahwinan, telah menyebabkan perselisihan di kalangan cendekiawan Islam. Menurut hukum agama tersebut yang dikeluarkan oleh Rashad Hassan Khalil, bekas dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar, "berada dalam keadaan telanjang bulat semasa sanggama memansuhkan ikatan perkahwinan". - AFP


TheStar, 11 Januari 2006, muka 38

 

Berita mengenai hukum Islam yang sumbang itu sudah dipapar di muka dunia. Sangat memalukan kerana lahir daripada minda seorang sarjana, atau ulama, dari sebuah universiti Islam tertua lagi terkemuka di dunia.

Hukum tentang kebogelan dan pemansuhan perkahwinan tersebut tidak datang dari sisi Allah, tidak disuratkan di dalam al-Qur'an. Maka ia adalah hanya rekaan manusia yang ingin jadi seperti Tuhan.

Mungkin sarjana Syariah yang keluarkan fatwa tersebut memikirkan Tuhan mempunyai sifat seperti manusia. Kerana hubungan kelamin yang dilakukan oleh pasangan suami isteri tidak harus disaksikan oleh sesiapa jua, kecuali Allah. (Daripada-Nya tiada satu pun yang tersembunyi.) Lantas, jika pasangan tersebut memakai baju, jubah, atau berselimut dengan selimut besi pun, ketika lakukan hubungan tersebut, Allah tetap akan mengetahui tiap-tiap inci tubuh badan mereka.

Selanjutnya, keadaan tanpa pakaian, yang tidak disebut sebagai larangan oleh Allah, dan yang mampu mengaruskan suami isteri mencapai kesempurnaan dalam cinta dan kasih sayang, demi kebahagiaan hidup berpasangan, dijadikan sebab untuk memisahkan mereka pula!

Macam syaitan yang satu daripada kegiatannya ialah menceraikan pasangan suami isteri.

Namun, sesetengah orang Islam akan taatinya jua. Lantaran itu, mereka tidak akan dapat nikmat dunia, dan tidak juga dapat nikmat akhirat. Demikianlah misal kerugian akibat menuruti hukum agama ciptaan para sarjana, atau ulama, dengan membabi buta.


14 Januari 2006

Keratan Akhbar
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Kalimat Pilihan
  Penemuan
Soalan Lazim  Sudut Pelajar 
English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman