Tudung Kepala Dihentam Menteri Agama
 

 

 

Menteri hentam penggunaan tudung kepala


TUNIS: 
Menteri hal-ehwal agama Tunisia telah mengkritik amalan pemakaian tudung kepala oleh perempuan Islam, dengan berkata ia tidak sesuai dengan budaya warisan negara di Utara Afrika itu.
       
Aboubaker Akhzouri, dalam temu bual dengan sebuah akhbar, berkata kerajaan negara itu yang majoriti penduduknya Islam turut menolak tunik orang Islam iaitu seperti yang dipakai di negeri-negeri Teluk Parsi, dan amalan kaum lelaki memakai janggut panjang serupa yang lazim dikait dengan sesetengah orang militant dalam Islam. - AP


TheStar, 30 Disember 2005, muka 36

 

Lain pula berita yang dibaca di negara kita. Seorang bekas menteri yang sama tugas, dalam wawancara dengan sebuah akhbar Melayu tempatan beberapa tahun lalu, ketika ditanya tentang kejayaannya yang paling besar semasa beliau memegang jawatan, telah menyebut hal pemakaian tudung kepala di kalangan kaum wanita Islam sebagai satu daripadanya.

Itu membuktikan bahawa kuasa politik mampu mempengaruhi fahaman agama rakyat untuk menuju ke jalan kebaikan mahupun kerosakan.

Ia juga mampu menukar budaya atau adat bangsa kepada budaya bangsa lain, misalnya budaya negeri-negeri Teluk Parsi dari segi pakaian, dan lain-lain.

Namun, kami tidak bermaksud bangsa harus menolaknya semata-mata untuk menuruti budaya Barat, terutamanya U.S, yang pada pandangan kami turut mengandungi nilai-nilai yang tidak sihat, seperti biadab (yang dilihat sedang diamal oleh sesetengah orang Islam di negara kita melalui kiriman e-mel mereka kepada kami), dan sumbang serta lucah.

Akan tetapi, kami hanya ingin mengingatkan pada ungkapan keramat warisan bangsa yang dirasakan tidak dipakai lagi hari ini, berbunyi "Biar mati anak, jangan mati adat", di mana adat sebenarnya bermaksud hukum-hukum kitab al-Qur'an.

Mungkin ungkapan tersebut jadi azam yang paling baik untuk dilafaz dan dikotakan sempena menyambut tahun baru 2006.

Salamun alaikum!
 

1 Januari 2006

Keratan Akhbar
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Kalimat Pilihan
  Penemuan
Soalan Lazim  Sudut Pelajar 
English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman