Tudung Kepala Mengundang Mudarat

 



TheStar, Jumaat 5 August 2005, halaman 37

 

Terjemahan berita di atas:

Orang Islam digesa tinggalkan hijab


LONDON: Perempuan Islam telah digesa, pada hari Rabu, oleh seorang pemimpin agama yang terkemuka supaya berhenti memakai tudung kepala yang boleh menyebabkan mereka diserang atau dilemparkan kata-kata makian.

Dr Zaki Badawi, ketua Kolej Islam di sini dan pengerusi Jemaah Masjid-Masjid dan Imam-Imam, menasihati mereka supaya tinggalkan pakaian tradisi hijab sebab bimbangkan tindak balas terhadap masyarakat Islam selepas berlaku letupan-letupan bom di London.

Campur tangan beliau tiba semasa debat politik jadi bertambah hebat atas satu seruan daripada David Davis, setiausaha dalam negeri bayangan (parti) Konservatif, di Daily Telegraph pada hari Rabu, supaya orang-orang Islam berintegrasi dengan aliran utama masyarakat Inggeris.

Dr Zaki, yang dianggap suara terkemuka dalam kesederhanaan (fahaman agama), berkata: "Dalam suasana tegang hari ini, dengan serangan ke atas orang Islam semakin meningkat, kita menasihati perempuan Islam yang takut diserang secara fizikal atau lisan untuk menanggalkan tudung kepala mereka supaya tidak dikenali oleh mereka yang bersikap bermusuhan terhadap orang-orang Islam.

"Seseorang perempuan yang memakai tudung kepala dalam keadaan sekarang boleh mengalami padah keganasan daripada anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab. Oleh yang demikian, dia tidak seharusnya memakainya.

"Pakaian adalah untuk melindungi daripada mudarat bukan untuk mengundanginya."

Dr Zaki mengatakan bahawa pemeliharaan nyawa adalah jauh lebih tinggi dalam keutamaan daripada rupa, dan Quran beri justifikasi untuk tinggalkan hijab dalam keadaan sekarang. - Telegraph Group Ltd, London.

Ulasan

Pemakaian tudung kepala bagi kaum perempuan tidak disuruh di dalam Kitab Allah, al-Qur'an. Oleh kerana itu tidak terdapat sebarang keistimewaan padanya.

Sebaliknya pula didapati bahawa tudung kepala mengundang mudarat. Orang-orang yang tidak salah pun boleh diserang secara fizikal atau lisan apabila memakainya. Lantas, kaum perempuan digesa meninggalkannya.

Ia merupakan satu lagi amalan daripada ajaran "sunnah" yang akan ditinggalkan. Sebelumnya ialah pemakaian sarban dan jubah bagi kaum lelaki yang telah ditimpa nasib yang sama. Tidak dilupakan juga ialah pemakaian janggut. Kesemuanya tidak disuruh menjadi pakaian agama dalam ajaran al-Qur'an.

Demikianlah adalah antara ajaran-ajaran palsu dalam Islam yang didedahkan oleh Allah sejak kebelankangan ini. Pendedahan turut berlaku ke atas agama lain, seperti yang dilakukan oleh buku The da Vinci Code. Antara kandungannya yang menarik ialah hasil kajian yang mengatakan bahawa Jesus bukan seorang bujang tetapi telah berkahwin - selaras dengan yang dinyatakan oleh al-Qur'an.

Berikutan kejadian-kejadian tersebut, mungkin boleh bertanya apakah hikmah di sebalik pendedahan-pendedahan yang Tuhan lakukan ke atas dua agama yang terbesar di dunia ini?


9 Ogos 2005

Keratan Akhbar
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Kalimat Pilihan
  Penemuan
Soalan Lazim  Sudut Pelajar 
English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman