Kalimat ujian di dalam
al-Qur'an
(termasuk cubaan,
fitnah, goda, aniaya)
"Uji" dan kata terbitannya diterjemah daripada kalimat
(i)
bala dan (ii) ibtala (daripada akar yang sama), (iii) imtahana,
(iv)
fitnah dan (v) fatana. Fitnah dan
fatana adalah daripada akar lain. Namun, kesemua kalimat
tersebut tidak dapat diterjemahkan kepada uji atau ujian pada sesetengah ayat
kerana mengandungi maksud yang berlainan.
(i) Bala dan (ii) Ibtala - (Concordance ms 323):
Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat bala atau ibtala yang diterjemah kepada uji atau ujian, dan ada satu kepada ditunjukkan adalah:
2:49. Dan apabila Kami selamatkan kamu daripada keluarga Firaun; mereka kenakan kamu azab yang jahat, mereka korbankan anak-anak lelaki kamu, dan biarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.
2:124. Dan apabila Pemeliharanya menguji Ibrahim dengan kata-kata tertentu, dan dia tunaikannya. Dia berkata, "Sesungguhnya Aku buat kamu seorang imam (ketua) bagi manusia." Berkatalah dia, "Dan daripada keturunanku?" Dia berkata, "Perjanjian-Ku tidak mencapai orang-orang zalim."
2:155. Sungguh, Kami akan uji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan kamu beri berita gembira kepada orang-orang yang sabar,
2:249. Dan apabila Thalut berangkat dengan tentera, dia berkata, "Allah uji kamu dengan sebuah sungai; sesiapa minum daripadanya adalah bukan daripada aku, dan sesiapa yang tidak rasainya, dia adalah daripada aku, kecuali orang yang ceduk seceduk dengan tangannya." Tetapi mereka minum daripadanya, kecuali sedikit antara mereka; dan apabila dia menyeberanginya, dan orang-orang yang percaya bersamanya, mereka berkata, "Kami tidak ada kekuatan pada hari ini terhadap Jalut dan tenteranya." Berkata orang-orang yang sangka akan temui Allah, "Berapa kalikah satu golongan yang sedikit telah kalahkan satu golongan yang banyak, dengan izin Allah? Dan Allah berserta orang-orang yang sabar."
3:152. Allah telah benar dalam janji-Nya kepada kamu, ketika kamu hancurkan mereka dengan izin-Nya; sehingga kamu berkecut hati, dan berbalah dalam urusan, dan mengingkari, setelah Dia perlihatkan kepada kamu apa yang kamu sukai. Antara kamu ada yang hendak dunia, dan antara kamu ada yang hendak akhirat. Kemudian Dia palingkan kamu daripada mereka, supaya Dia uji kamu; dan sesungguhnya Dia maafkan kamu; dan Allah mempunyai pemberian kepada orang-orang mukmin (yang percayai).
3:154. Kemudian Dia turunkan kepada kamu, sesudah kesedihan, ketenteraman. Tidur nyenyak meliputi segolongan daripada kamu, dan segolongan, diri-diri mereka membimbangkan mereka dengan menyangka terhadap Allah yang tidak benar seperti orang-orang jahiliah sangka, dengan berkata, "Adakah bagi kami sesuatu dalam urusan ini?" Katakanlah, "Urusan adalah kepunyaan Allah seluruhnya." Mereka sembunyikan di dalam diri-diri mereka apa yang mereka tidak nampakkan kepada kamu, dengan berkata, "Sekiranya ada sesuatu bagi kami dalam urusan ini, tidaklah kami akan dibunuh di sini." Katakanlah, "Sekiranya kamu berada di dalam rumah-rumah kamu, orang-orang yang kepadanya pembunuhan telah dituliskan, akan pergi juga sampai di tempat tidur mereka yang terakhir"; dan supaya Allah uji apa yang di dalam dada kamu, dan supaya Dia buktikan apa yang di dalam hati kamu; dan Allah tahu apa yang di dalam dada.
3:186. Sungguh, kamu akan diuji dalam harta kamu dan diri-diri kamu, dan kamu akan dengar daripada orang-orang diberi Kitab sebelum kamu, dan daripada orang-orang yang sekutukan, gangguan yang banyak; tetapi, jika kamu sabar, dan bertakwa - sesungguhnya itulah urusan yang patut ditekadkan.
4:6. Ujilah anak-anak yatim sehingga mereka sampai umur perkahwinan; kemudian, jika kamu lihat mereka berfikiran waras, serahkanlah kepada mereka harta mereka, dan jangan kamu memakannya dengan membazir, dan tergesa-gesa bahawa mereka sudah dewasa. Jika sesiapa kaya, maka hendaklah dia menahan diri; jika fakir, biarkanlah dia makan dengan baik. Apabila kamu serah kepada mereka harta mereka, adakanlah saksi-saksi ke atas mereka; cukuplah Allah jadi penghitung.
5:48. Dan Kami turunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkan antara mereka menurut apa yang Allah turunkan, dan jangan ikut keinginan mereka untuk abaikan yang benar yang datang kepada kamu. Bagi setiap kamu, Kami tentukan satu peraturan, dan satu jalan yang terbuka. Sekiranya Allah hendak, tentu Dia buat kamu satu umat; tetapi supaya Dia uji kamu dalam apa Dia beri kamu. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebajikan; kepada Allah kamu kembali, kesemuanya; dan Dia beritahu kamu apa yang padanya kamu selisihkan.
5:94. Wahai orang-orang yang percaya, sungguh, Allah uji kamu dengan sesuatu daripada binatang buruan yang tangan-tangan kamu, dan tombak-tombak kamu capai, supaya Allah tahu siapa yang takut kepada-Nya yang dalam keadaan ghaib. Sesiapa yang mencabuli sesudah itu, baginya azab yang pedih.
6:165. Dia yang melantik kamu khalifah-khalifah (pengganti-pengganti) di bumi, dan naikkan sebahagian kamu dalam darjat di atas sebahagian yang lain, supaya Dia uji kamu pada apa yang Dia beri kamu. Sesungguhnya, Pemelihara kamu cepat dalam balasan-Nya; dan sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.
7:141. Dan apabila Kami selamatkan kamu daripada keluarga Firaun yang mengenakan kamu azab yang jahat, dengan membunuh anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.
7:163. Dan tanyalah mereka mengenai bandaraya yang di tepi laut, apabila mereka mencabuli Sabat, apabila ikan-ikan mereka datang kepada mereka pada hari Sabat mereka dengan berenang ke pantai, tetapi pada hari yang mereka tidak menjaga Sabat, mereka tidak datang kepada mereka. Begitulah Kami uji mereka kerana kefasiqan mereka.
7:168. Dan Kami potong mereka kepada umat-umat di bumi, antara mereka adalah salih (baik), dan antara mereka, tidak sedemikian; dan Kami uji mereka dengan benda-benda yang baik, dan yang buruk, supaya mereka kembali.
8:17. Kamu tidak bunuh mereka tetapi Allah yang membunuh mereka; dan apabila kamu membaling, bukanlah kamu yang membaling tetapi Allah yang membaling, supaya Dia uji orang-orang mukmin dengan ujian yang baik; sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui.
10:30. Di sana tiap-tiap jiwa akan tunjukkan apa yang telah didahulukan; dan mereka dikembalikan kepada Allah, Pelindung mereka Yang Benar, dan sesatlah (hilanglah) daripada mereka apa yang mereka ada-adakan.
11:7. Dia yang cipta langit dan bumi dalam enam hari, dan Arasy-Nya di atas air, kerana Dia hendak uji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik dalam amalannya. Dan jika kamu berkata, "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan setelah kematian kamu", orang-orang tidak percaya berkata, "Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata."
14:6. Dan ketika Musa berkata kepada kaumnya, "Ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila Dia selamatkan kamu daripada keluarga Firaun yang mengenakan kamu azab yang jahat, dengan mengorbankan anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.
16:92. Dan janganlah jadi seperti perempuan yang memutuskan benangnya, setelah ia ditenun dengan kuat, kepada serabut, dengan mengambil sumpah-sumpah kamu sebagai hanya tipu muslihat antara satu sama lain, kerana kamu umat yang lebih ramai daripada umat yang lain. Allah hanya menguji kamu dengannya; dan sungguh Dia akan menjelaskan kepada kamu pada Hari Kiamat apa yang kamu padanya kamu selisihkan.
18:7. Kami buatkan segala yang di bumi untuk perhiasan baginya, dan supaya Kami uji siapa antara mereka yang paling baik dalam amalan.
21:35. Tiap-tiap jiwa akan rasa kematian; dan Kami uji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai cubaan, kemudian kepada Kami kamu dikembalikan.
23:30. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat, dan sesungguhnya Kami uji.
27:40. Berkata yang mempunyai pengetahuan al-Kitab, "Saya akan datangkannya kepada kamu sebelum gerlingan mata kamu kembali kepada kamu." Kemudian apabila dia melihatnya menetap di hadapannya, dia berkata, "Ini adalah daripada pemberian Pemeliharaku untuk menguji aku, sama ada aku bersyukur (berterima kasih), atau aku tidak berterima kasih (kafir). Sesiapa berterima kasih hanyalah berterima kasih untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak berterima kasih - sesungguhnya Pemeliharaku Kaya, Mulia."
33:11. Di sana orang-orang yang mukmin diuji, dan digoncangkan dengan goncangan yang keras.
37:106. Ini benar-benar ujian yang nyata."
44:33. Dan beri mereka ayat-ayat yang di dalamnya ujian yang nyata.
47:4. Apabila kamu bertemu orang-orang tidak percaya, pukullah leher mereka, kemudian apabila kamu telah bunuh beramai-ramai di kalangan mereka, kuatkanlah ikatan; kemudian bebaskan mereka, sama ada dengan budi baik atau tebusan, sehingga perang meletakkan bebannya. Demikianlah, dan jika Allah hendaki, tentu Dia Sendiri akan tolong mereka; tetapi supaya Dia uji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah, Dia tidak akan sesatkan amalan-amalan mereka.
47:31. Dan sungguh, Kami akan uji kamu sehingga Kami tahu orang-orang antara kamu yang berjuang dan yang sabar, dan Kami akan uji berita kamu.
67:2. Yang mencipta kematian dan kehidupan, supaya Dia uji kamu, siapa antara kamu yang paling baik dalam amalan; dan Dia Yang Perkasa, Yang Pengampun,
68:17. Sesungguhnya Kami uji mereka sebagaimana Kami uji pemilik-pemilik kebun apabila mereka bersumpah bahawa mereka akan memetik pada waktu pagi,
76:2. Kami cipta manusia daripada setitis mani, satu percampuran, mengujinya; dan Kami buatkan dia mendengar, melihat.
86:9. Pada hari apabila rahsia-rahsia diuji,
89:15. Adapun manusia, apabila Pemeliharanya mengujinya, dan muliakannya, dan rahmatinya, maka dia berkata, "Pemeliharaku muliakan aku."
89:16. Tetapi apabila Dia mengujinya, dan sempitkan rezekinya baginya, maka dia berkata, "Pemeliharaku hina aku."
(iii) Imtahana - (Concordance ms 759):
Dua ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat imtahana adalah:
49:3. Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suara mereka di sisi Rasul Allah, mereka itulah orang-orang yang hatinya Allah uji untuk takwa (takut kepada Tuhan); bagi mereka, ampunan dan upah yang besar.
60:10. Wahai orang-orang yang percaya, apabila perempuan-perempuan mukmin datang kepada kamu sebagai penghijrah, ujilah mereka. Allah sangat-sangat tahu keimanan mereka. Kemudian, jika kamu tahu bahawa mereka adalah perempuan-perempuan mukmin, janganlah kembalikan mereka kepada orang-orang tidak percaya. Mereka adalah tidak halal bagi orang-orang tidak percaya, dan tidak juga orang-orang tidak percaya halal bagi mereka. Berikan orang-orang tidak percaya apa yang mereka telah nafkahkan (belanjakan); dan tiada kesalahan ke atas kamu untuk kahwini mereka, apabila kamu beri mereka upah mereka. Janganlah kamu berpegang pada ikatan dengan perempuan-perempuan tidak percaya, dan mintalah apa yang kamu sudah nafkahkan, dan biarlah mereka minta apa yang mereka telah nafkahkan. Itu putusan Allah; Dia hakimkan antara kamu; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
(iv) Fitnah - (Concordance ms 449):
Terjemahan bagi kalimat "fitnah" berbeza menurut konteks ayat ia digunakan, iaitu cubaan, penganiayaan, dan pertikaian.
2:102. Dan mereka ikut apa yang syaitan-syaitan bacakan semasa kerajaan Sulaiman. Sulaiman bukan tidak percaya (kafir) tetapi syaitan-syaitanlah yang tidak percaya, dengan mengajar manusia sihir, dan apa diturunkan kepada dua malaikat Babil, Harut dan Marut; mereka tidak ajar seseorang tanpa mereka berkata, "Kami hanya cubaan, jangan kamu tidak percaya (kafir)." Daripada mereka, mereka belajar bagaimana mereka boleh pecahkan seorang lelaki dan isterinya, tetapi mereka tidak dapat mudaratkan seseorang dengannya, melainkan dengan izin Allah. Dan mereka pelajari apa yang mudaratkan mereka, dan tidak manfaatkan mereka, dengan mengetahui benar bahawa sesiapa membelinya, dia tidak ada bahagian di akhirat; buruknya apa yang mereka jual diri-diri mereka dengannya, jika mereka tahu.
2:191. Dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu jumpa mereka, dan usirlah mereka dari mana sahaja mereka mengusir kamu; penganiayaan (fitnah) adalah lebih besar daripada pembunuhan, dan janganlah memerangi mereka di Masjidil Haram sehingga mereka memerangi kamu di dalamnya. Kemudian, jika mereka memerangi kamu, bunuhlah mereka. Itu balasan ke atas orang-orang tidak percaya.
2:193. Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penganiayaan, dan agama adalah untuk Allah; kemudian jika mereka berhenti, maka tidak ada permusuhan kecuali kepada orang-orang zalim.
2:217. Mereka tanya kamu mengenai bulan haram dan berperang padanya. Katakanlah, "Berperang padanya adalah sesuatu yang berat, tetapi untuk menghalangi jalan Allah, dan tidak percaya kepada-Nya, dan Masjidil Haram, dan mengusir penduduknya daripadanya, adalah lebih berat pada pandangan Allah; dan penganiayaan (fitnah) adalah lebih berat daripada pembunuhan." Mereka tidak akan berhenti memerangi kamu hingga mereka palingkan kamu daripada agama kamu, jika mereka boleh. Dan sesiapa daripada kamu berpaling (murtad) daripada agamanya, dan mati sedang tidak percaya, amalan mereka menjadi sia-sia, di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni-penghuni Api; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.
3:7. Dia yang turunkan kepada kamu al-Kitab, di dalamnya ayat-ayat
muhkamat (yang menentukan). Itu ibu al-Kitab, dan yang lain mutasyabihat
(yang serupa). Bagi orang-orang di dalam hati mereka menyimpang, mereka
ikut yang mutasyabihat daripadanya untuk inginkan pertikaian,
dan inginkan interpretasinya. Tiada yang
tahu
interpretasinya kecuali
Allah. Dan orang-orang yang dalam dalam pengetahuan berkata, "Kami percaya
kepadanya; semuanya daripada Pemelihara kami"; dan tiada yang ingat,
kecuali orang-orang empunya minda.
4:91. Kamu akan dapati yang lain, yang hendakkan aman daripada kamu, dan aman daripada kaum mereka. Setiap kali mereka dikembalikan kepada pertikaian, mereka digulingkan di dalamnya. Jika mereka tidak berundur daripada kamu, dan tidak lemparkan perdamaian kepada kamu, dan tidak menahan tangan-tangan mereka, maka ambillah mereka, dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu jumpa mereka; terhadap mereka, kami beri kamu satu kuasa yang nyata.
5:41. Wahai Rasul, janganlah mereka sedihkan kamu, yang bersegera dalam ketidakpercayaan, daripada orang-orang yang berkata dengan mulut mereka, "Kami percaya", tetapi hati mereka tidak percayai, dan daripada orang-orang Yahudi, yang mendengar yang dusta, yang dengar kaum lain, yang tidak datang kepada kamu, dengan kelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan berkata, "Jika kamu diberi yang ini, ambillah ia, dan jika kamu tidak diberi, maka berhati-hatilah kamu." Sesiapa yang Allah hendak mencubanya, kamu tidak berkuasa untuk menolongnya sedikit pun terhadap Allah. Mereka itulah orang-orang yang hati mereka Allah tidak hendak bersihkan; bagi mereka kerendahan di dunia, dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar,
5:70. Dan Kami telah ambil perjanjian Bani Israil, dan Kami utus Rasul-Rasul
kepada mereka. Setiap kali datang kepada mereka seorang Rasul, dengan apa
yang jiwa mereka tidak inginkan, segolongan mereka dustakan, dan segolongan
lain mereka bunuh.
5:71. Dan mereka sangka tidak akan jadi cubaan;
mereka jadi buta, dan jadi pekak. Kemudian Allah terima taubat mereka;
kemudian mereka jadi buta lagi, kebanyakan daripada mereka jadi pekak;
dan Allah lihat apa mereka buat.
6:22. Dan pada hari Kami kumpul mereka kesemuanya, kemudian Kami
berkata kepada orang-orang yang sekutukan, "Di manakah sekutu-sekutu kamu
yang kamu dakwakan?"
6:23. Kemudian tiadalah pertikaian mereka, melainkan mereka
berkata, "Demi Allah, Pemelihara kami, bukanlah kami orang-orang yang sekutukan."
7:155. Dan Musa pilih daripada kaumnya tujuh puluh orang lelaki untuk
waktu Kami yang ditetapkan; dan apabila gempa bumi ambil mereka, dia
berkata, "Wahai Pemeliharaku, sekiranya Engkau hendak, tentu Engkau
musnahkan mereka sebelum ini, dan aku. Adakah Engkau akan musnahkan kami
kerana apa yang orang-orang bodoh antara kami buat? Ia hanyalah cubaan
Engkau, dengannya Engkau sesatkan siapa yang Engkau hendaki, dan
beri petunjuk siapa yang Engkau hendaki. Engkau Wali (Pelindung) kami;
maka ampunkanlah kami, dan kasihanilah kami, dan Engkau yang terbaik daripada yang mengampunkan.
8:25. Dan takutilah satu cubaan yang tidak akan timpa hanya orang-orang buat kezaliman antara kamu; dan ketahuilah bahawa Allah keras dalam balasan-Nya.
8:28. Dan ketahuilah bahawa harta kamu dan anak-anak kamu adalah cubaan, dan sesungguhnya Allah, di sisi-Nya adalah upah yang besar.
8:39. Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penganiayaan, dan agama semuanya untuk Allah; kemudian jika mereka berhenti, maka sesungguhnya Allah lihat apa mereka buat.
8:73. Bagi orang-orang tidak percaya, mereka adalah wali-wali satu sama lain. Jika kamu tidak buat ini, akan jadilah penganiayaan di bumi, dan kerosakan yang besar.
9:47. Sekiranya mereka keluar bersama kamu, tentu mereka hanya
menambahkan kamu dalam kerusuhan, dan berlari berulang-alik antara kamu, dengan
mencari-cari untuk membangkitkan pertikaian antara kamu; dan antara kamu
ada yang akan mendengarkan mereka; dan Allah tahu orang-orang zalim.
9:48. Mereka telah pun mencari-cari akan pertikaian sebelumnya, dan mereka terbalikkan urusan-urusan untuk kamu, sehingga datang yang benar, dan tampil perintah Allah, walaupun mereka tidak menyukainya.
9:49. Antara mereka ada orang yang berkata, "Izinkanlah aku, dan jangan goda aku." Tidakkah mereka sudah jatuh ke dalam penganiayaan? Dan sesungguhnya Jahanam meliputi orang-orang tidak percaya.
10:85. Mereka berkata, "Kepada Allah kami mempercayakan. Pemelihara kami,
janganlah Engkau buat kami satu cubaan bagi kaum yang
zalim,
17:60. Dan apabila Kami berkata kepada kamu, "Sesungguhnya Pemelihara kamu meliputi manusia", dan Kami buatkan visi yang Kami lihatkan kepada kamu, dan pokok yang laknat di dalam al-Qur'an, untuk menjadi hanya satu cubaan bagi manusia; dan Kami menakut-nakutkan mereka, tetapi ia hanya menambahkan mereka dalam kelampauan batas yang besar.
21:35. Tiap-tiap jiwa akan rasa kematian; dan Kami uji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai cubaan, kemudian kepada Kami kamu dikembalikan.
21:111. Aku tidak tahu, boleh jadi ia adalah cubaan bagi kamu, dan satu kesenangan untuk satu waktu."
22:11. Dan antara manusia ada orang yang menyembah Allah di atas pinggir. Jika kebaikan menimpanya, dia tenteram padanya, tetapi jika penganiayaan menimpanya, dia balik di atas mukanya (sepenuhnya); dia rugi dunia dan akhirat; itu sebenarnya kerugian yang nyata.
22:53. Supaya Dia buatkan, apa yang syaitan lemparkan, satu cubaan bagi orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang yang hati mereka keras; dan sesungguhnya orang-orang zalim adalah dalam perpecahan yang jauh.
24:63. Jangan buat seruan Rasul di kalangan kamu sendiri seperti
seruan kamu antara satu sama lain. Allah tahu orang-orang antara kamu yang
pergi meninggalkan dengan diam-diam; maka hendaklah orang-orang yang menentang
perintah-Nya takut akan penganiayaan yang akan menimpa mereka, atau
menimpa mereka azab yang pedih.
25:20. Dan Kami tidak utus sebelum kamu para utusan melainkan mereka memakan makanan, dan berjalan-jalan di pasar-pasar; dan Kami buatkan sebahagian kamu jadi satu cubaan bagi sebahagian yang lain, "Mahukah kamu sabar?" Pemelihara kamu melihat.
29:10. Antara manusia, ada yang berkata, "Kami percaya kepada Allah", tetapi apabila dia disakiti kerana Allah, dia buatkan penganiayaan manusia seperti ia azab Allah; kemudian jika pertolongan datang daripada Pemelihara kamu, mereka berkata, "Kami berserta kamu." Apa, tidakkah Allah sangat-sangat tahu apa yang di dalam dada semua alam?
33:14. Dan jika kemasukan dikenakan terhadap mereka dari segenap penjuru, dan kemudian, jika mereka diminta untuk buat penganiayaan, tentu mereka lakukannya, dan tidak tinggal di dalamnya melainkan sebentar.
37:62. Adakah itu lebih baik sebagai satu sajian atau pokok zaqum?
37:63. Kami membuatnya sebagai satu
penganiayaan
bagi orang-orang zalim.
39:49. Apabila
mudarat
sentuh
manusia, dia seru Kami;
kemudian, apabila Kami kurniakan kepadanya satu rahmat daripada Kami, dia
berkata, "Aku diberi hanya kerana satu pengetahuan." Tidak, ia adalah satu
cubaan, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.
51:13. Pada hari mereka
diuji di atas Api,
51:14. "Rasalah penganiayaan kamu ini! Inilah apa yang kamu minta
disegerakan."
54:27. Kami utus unta betina sebagai satu cubaan bagi mereka;
maka berjaga-jagalah kamu terhadap mereka, dan sabarlah.
60:5. Wahai Pemelihara kami, janganlah buat kami satu cubaan bagi orang-orang tidak percaya; dan ampunkanlah kami. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.”
64:15. Harta kamu dan anak-anak kamu hanyalah cubaan; dan Allah, di sisi-Nya upah yang besar.
74:31. Kami lantik hanya malaikat-malaikat untuk menjadi penjaga-penjaga Api, dan bilangan mereka Kami buatkan hanya sebagai satu cubaan bagi orang-orang tidak percaya, supaya orang-orang diberi Kitab meyakini, dan supaya orang-orang yang percaya bertambah dalam keimanan, dan supaya orang-orang diberi Kitab dan orang-orang mukmin tidak ragu-ragu, dan supaya orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang tidak percaya berkata, “Apakah yang Allah hendak dengan ini sebagai satu persamaan?” Maka Allah sesatkan sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki; dan tiada yang tahu tentera Pemelihara kamu kecuali Dia. Dan tiadalah ia, melainkan peringatan bagi manusia.
(v) Fatana - (Concordance ms 448):
Kalimat fatana juga mempunyai makna yang bukan sahaja uji atau ujian, seperti aniaya, goda, dan perdaya:
4:101. Dan apabila kamu berpergian di bumi, tidak salah ke atas kamu untuk pendekkan solat, jika kamu takut orang-orang tidak percaya akan aniaya kamu; orang-orang tidak percaya adalah musuh yang nyata bagi kamu.
5:49. Dan hakimkan antara mereka menurut apa yang Allah turunkan, dan jangan ikut keinginan mereka, dan berhati-hatilah terhadap mereka, supaya mereka tidak goda kamu daripada sebarang apa yang Allah turunkan kepada kamu. Tetapi jika mereka berpaling, maka ketahuilah bahawa Allah hanya hendak timpakan kepada mereka kerana sebahagian daripada kesalahan mereka; sesungguhnya kebanyakan manusia fasiq.
6:53. Begitulah Kami uji sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain supaya mereka berkata, "Inikah orang-orang yang Allah berbudi baik kepada mereka antara kita?" Bukankah Allah sangat-sangat tahu orang-orang berterima kasih?
7:27. Wahai Bani Adam, janganlah syaitan goda kamu sebagaimana ia keluarkan ibu bapa kamu dari Taman, dengan melucutkan daripada mereka pakaian mereka, untuk perlihatkan kepada mereka bahagian-bahagian aib mereka. Sesungguhnya ia melihat kamu, ia dan sukunya, dari mana kamu tidak melihat mereka. Kami buatkan syaitan-syaitan wali-wali bagi orang-orang tidak percayai.
9:49. Antara mereka ada orang yang berkata, "Izinkanlah aku, dan jangan goda aku." Tidakkah mereka sudah jatuh ke dalam penganiayaan? Dan sesungguhnya Jahanam meliputi orang-orang tidak percaya.
9:126. Tidakkah mereka lihat bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun? Namun begitu, mereka masih tidak bertaubat, dan tidak juga mereka mengingati.
10:83. Maka tiada yang percaya kepada Musa, kecuali satu keturunan daripada kaumnya, kerana takut pada Firaun dan pembesar-pembesar mereka, bahawa mereka akan aniaya mereka; dan Firaun tinggi di bumi, dan dia termasuk orang-orang yang membazir (berlebihan).
16:110. Kemudian, sesungguhnya Pemelihara kamu, bagi orang-orang yang hijrah setelah dianiaya, kemudian berjuang dan sabar, sesungguhnya Pemelihara kamu setelah itu, Pengampun, Pengasih.
17:73. Sungguh, mereka hampir-hampir goda kamu daripada apa yang Kami wahyukan kamu, supaya kamu mengada-adakan terhadap Kami yang selain daripadanya, dan kemudian tentu mereka akan ambil kamu sebagai sahabat.
20:40. Apabila saudara perempuan kamu pergi berjalan, dan berkata, 'Bolehkah aku tunjukkan kepada kamu orang yang akan menjaganya?' Maka Kami kembalikan kamu kepada ibumu, supaya dia gembira, dan tidak sedih. Kemudian kamu bunuh satu jiwa, dan Kami selamatkan kamu daripada kesedihan, dan Kami uji kamu dengan banyak ujian. Kamu telah tinggal beberapa tahun di kalangan penduduk Madyan, kemudian kamu datang, wahai Musa, menurut satu ketetapan.
20:85. Berkatalah Dia, "Sungguh, Kami uji kaum kamu sepeninggalan kamu, dan Samiri sesatkan mereka."
20:90. Namun begitu, Harun sebelumnya telah berkata kepada mereka, "Wahai kaumku, kamu hanyalah diuji dengannya; sesungguhnya Pemelihara kamu ialah Yang Pemurah; maka ikutlah aku, dan taatlah kepada perintahku."
20:131. Janganlah kamu panjangkan mata-mata kamu kepada apa yang kami beri kesenangan pasangan-pasangan antara mereka, dengan bunga kehidupan dunia, supaya Kami uji mereka dengannya; dan rezeki Pemelihara kamu adalah lebih baik, dan lebih kekal.
27:47. Mereka berkata, "Kami meramalkan yang buruk daripada kamu, dan orang-orang yang bersama kamu." Berkata, "Ramalan kamu adalah di sisi Allah; tidak, tetapi kamu adalah kaum yang diuji."
29:2. Adakah manusia sangka mereka akan dibiarkan untuk berkata, "Kami percaya", dan tidak akan diuji?
29:3. Sesungguhnya Kami telah uji orang-orang sebelum mereka, dan sungguh, Allah tahu orang-orang yang berkata benar, dan sungguh, Dia tahu pendusta-pendusta.
37:162. Tidaklah kamu perdayakan sesuatu terhadap-Nya,
38:24. Berkata, "Sesungguhnya dia menzalimi kamu dengan meminta biri-biri betina kamu untuk menambahkan biri-biri betinanya; dan sesungguhnya, kebanyakan orang yang bercampur (berkongsi) menyalahi satu sama lain, kecuali orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik - dan mereka adalah sedikit!" Dan Daud sangka Kami mengujinya; lalu dia minta ampun kepada Pemeliharanya dan dia jatuh, tunduk, dan dia berkesesalan.
38:34. Sesungguhnya Kami telah uji Sulaiman, dan Kami lemparkan di atas takhtanya satu jasad; kemudian dia berkesesalan.
44:17. Kami telah pun sebelum mereka uji kaum Firaun, dan seorang Rasul yang mulia telah datang kepada mereka,
51:13. Pada hari mereka diuji di atas Api,
57:14. Mereka memanggil mereka, "Tidakkah kami bersama kamu?" Mereka berkata, "Ia, benar; tetapi kamu aniayai diri-diri kamu sendiri, dan kamu menunggu-nunggu, dan kamu ragu-ragu, dan khayalan telah menipu kamu sehingga perintah Allah datang, dan penipu telah menipu kamu terhadap Allah.
68:6. Siapa antara kamu yang diuji.
72:17. Supaya Kami uji mereka dengannya. Dan sesiapa yang berpaling daripada Peringatan Pemeliharanya, Dia mengasakkannya kepada azab yang keras.
85:10. Orang-orang yang aniayai orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan, dan kemudian tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahanam, dan bagi mereka, azab yang membakar.
Kalimat
Pilihan
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman