Kalimat tulis di dalam al-Qur'an


Tulis diterjemah daripada beberapa kalimat yang berbeza akar.
 

KHATTA vb. (I)-to inscribe, to write  ~ A Concordance of the Qur'an ms 716

29:48. Tidak sebelum ini kamu baca sebarang Kitab, atau menulisnya dengan tangan kanan kamu; jika demikian, tentu orang-orang yang ikut yang palsu menjadi ragu-ragu.


RAQAMA vb. (I)-(pcple. pass.) inscribed, written  ~ A Concordance of the Qur'an ms 1022

83:8. Dan tahukah kamu apakah ia Sijjin?
83:9. Kitab yang tertulis.

83:19. Dan tahukah kamu apakah ia Illiyyin?
83:20. Kitab yang tertulis,


Dua kalimat berikut seakar:
 

SATARA vb. (I)-to write; to inscribe. (pcple. pass.) written; inscribed  ~ A Concordance of the Qur'an ms 1106
 

17:58. Tiada sesebuah bandaraya, melainkan Kami musnahkannya sebelum Hari Kiamat, atau Kami mengazabnya dengan azab yang keras; itu adalah di dalam Kitab yang tertulis.

33:6. Nabi adalah lebih dekat dengan orang-orang mukmin daripada diri-diri mereka sendiri; isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. Mereka yang mempunyai pertalian darah adalah lebih dekat dengan satu sama lain, di dalam Kitab Allah, daripada orang-orang mukmin, dan penghijrah-penghijrah; sekalipun begitu, kamu patut buat baik kepada wali-wali (sahabat-sahabat) kamu; demikian itu tertulis di dalam Kitab.

52:2. Dan sebuah Kitab yang tertulis,
52:3. Dalam kertas kulit bergulung yang terbuka,

68:1. Nun. Demi pena, dan apa yang mereka tulis.

 

ISTATARA vb. (VII)-(pcple. pass.) inscribed, written  ~ A Concordance of the Qur'an ms 1107

54:53. Dan segala sesuatu, besar atau kecil, adalah ditulis.

 

Dan lagi, dua kalimat sama akar; akar turut menerbitkan kalimat Kitab (tidak disenarai di sini):


IKTATABA
vb. (VIII)-to write down, cause to be written down  ~ A Concordance of the Qur'an ms 668

25:5. Mereka berkata, "Dongeng orang-orang dahulu kala, yang dia tulis, diimlakkan kepadanya pada waktu awal pagi dan petang."


Dan kalimat terbanyak ayat, serta terakhir di sini:
 

KATABA vb. (1)-to write; (with prep. li or 'ala) to prescribe (pcple. act.) a writer, a scribe. (pcple. pass.) that which is written  ~ A Concordance of the Qur'an ms 661

~ maksud tersebut termasuk bagi terbitannya iaitu yaktubu, uktub, kutiba, yuktabu (satu ayat sahaja, 43:19), katib dan maktub (satu ayat sahaja, 7:157).


2:79. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan-tangan mereka, kemudian mereka berkata, "Ini daripada Allah," supaya mereka menjualnya untuk harga yang sedikit; kecelakaanlah bagi mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka tulis, dan kecelakaanlah bagi mereka kerana usaha-usaha mereka.

2:178. Wahai orang-orang yang percaya, dituliskan (ditetapkan) bagi kamu ialah pembalasan (qisas), mengenai orang yang dibunuh - orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan; tetapi, jika sesuatu dimaafkan kepadanya oleh saudaranya, maka hendaklah mengikutinya dengan baik, dan hendaklah bayarannya dibuat dengan baik. Itu adalah satu keringanan bagi kamu daripada Pemelihara kamu, dan satu pengasihan, dan sesiapa mencabuli sesudah itu, baginya azab yang pedih.

2:180. Dituliskan bagi kamu, apabila seseorang antara kamu didatangi kematian, dan dia tinggalkan kebaikan (harta), supaya buat wasiat memihak kepada ibu bapanya, dan sanak saudara dengan baik - suatu kewajipan kepada orang-orang bertakwa.

2:183. Wahai orang-orang yang percaya, dituliskan bagi kamu berpuasa sebagaimana dituliskan bagi orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa.

2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah tahu bahawa kamu khianati diri-diri kamu sendiri, dan terima taubat kamu, dan maafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah tuliskan (tetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan jangan campuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itu had-had (hudud) Allah; jangan keluar daripadanya. Begitulah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.

2:216. Dituliskan (ditetapkan) bagi kamu berperang, walaupun ia adalah kebencian bagi kamu, dan mungkin kamu benci sesuatu yang lebih baik bagi kamu, dan mungkin kamu suka sesuatu yang lebih buruk bagi kamu; Allah tahu, dan kamu tidak tahu.

2:246. Tidakkah kamu renungkan pembesar-pembesar Bani Israil selepas Musa ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka, "bangkitkan untuk kami seorang raja dan kami akan berperang di jalan Allah." Dia berkata, "Mungkin sekali, bahawa jika perang dituliskan (ditetapkan) bagi kamu, kamu tidak akan berperang?" Mereka berkata, "Mengapa kami tidak mahu berperang di  jalan Allah, yang telah diusir daripada tempat tinggal kami, dan anak-anak kami?" Maka, apabila perang dituliskan bagi mereka, mereka berpaling kecuali sedikit antara mereka; dan Allah tahu orang-orang zalim.

2:282. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berkontrak secara hutang dengan satu sama lain, sampai satu tempoh yang dinyatakan, hendaklah kamu menulisnya, dan hendaklah seorang penulis menulisnya antara kamu dengan adil, dan seseorang penulis tidak boleh enggan untuk menulis sebagaimana Allah mengajarnya. Maka hendaklah dia tulis, dan hendaklah orang yang berhak (penghutang) mengimlakkan, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya, dan jangan kurangkan sesuatu daripadanya. Jika penghutang itu bodoh, atau lemah, atau tidak boleh imlakkan, maka hendaklah walinya (penjaganya) imlakkan dengan adil, dan serulah untuk menyaksikan, dua orang saksi, lelaki-lelaki; atau jika kedua-duanya bukan lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan, saksi-saksi yang kamu puas hati, bahawa jika salah seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan ingatkannya. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil, dan jangan kamu tidak suka menulisnya, kecil atau besar, dengan tempohnya; itu adalah lebih adil pada pandangan Allah, lebih tegak untuk kesaksian, dan lebih sesuai supaya kamu tidak ragu-ragu, kecuali ia perdagangan hadir (tunai), yang kamu jalankan di antara kamu; maka tidak salah ke atas kamu jika kamu tidak menulisnya. Dan adakan saksi-saksi apabila kamu berjual beli sesama kamu. Dan jangan, sama ada penulis atau saksi, ditekan; atau jika kamu lakukan, itu adalah kefasiqan pada kamu. Dan takutilah Allah; Allah mengajar kamu, dan Allah tahu segala sesuatu.

2:283. Dan jika kamu dalam perjalanan, dan kamu tidak dapati seorang penulis, maka adakan satu cagaran yang dipegang. Tetapi jika sebahagian kamu percayai sebahagian lain, hendaklah orang yang dipercayai tunaikan amanatnya, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya. Dan jangan sembunyikan kesaksian, dan sesiapa sembunyikannya, maka hatinya berdosa; dan Allah tahu apa kamu buat.

3:53. Wahai Pemelihara kami, kami percaya kepada apa yang Engkau turunkan, dan kami ikut Rasul, maka tuliskanlah kami bersama orang-orang yang saksikan."

3:154. Kemudian Dia turunkan kepada kamu, sesudah kesedihan, ketenteraman. Tidur nyenyak meliputi segolongan daripada kamu, dan segolongan, diri-diri mereka membimbangkan mereka dengan menyangka terhadap Allah yang tidak benar seperti orang-orang jahiliah sangka, dengan berkata, "Adakah bagi kami sesuatu dalam urusan ini?" Katakanlah, "Urusan adalah kepunyaan Allah seluruhnya." Mereka sembunyikan di dalam diri-diri mereka apa yang mereka tidak nampakkan kepada kamu, dengan berkata, "Sekiranya ada sesuatu bagi kami dalam urusan ini, tidaklah kami akan dibunuh di sini." Katakanlah, "Sekiranya kamu berada di dalam rumah-rumah kamu, orang-orang yang kepadanya pembunuhan telah dituliskan, akan pergi juga sampai di tempat tidur mereka yang terakhir"; dan supaya Allah uji apa yang di dalam dada kamu, dan supaya Dia buktikan apa yang di dalam hati kamu; dan Allah tahu apa yang di dalam dada.

3:181. Sesungguhnya Allah dengar ucapan orang-orang yang berkata, "Sesungguhnya Allah fakir (memerlukan), dan kami kaya." Kami akan tulis apa mereka kata, dan pembunuhan mereka pada Nabi-Nabi tanpa patut, dan Kami berkata, "Rasalah azab yang membakar."

4:66. Tetapi, sekiranya Kami tuliskan (tetapkan) untuk mereka, "Bunuhlah diri-diri kamu", atau "Keluarlah dari tempat-tempat tinggal kamu", tentu mereka tidak akan lakukannya, kecuali sedikit daripada mereka; dan jika mereka lakukan seperti apa yang mereka ditegur, tentu itu lebih baik bagi mereka, dan lebih kuat untuk teguhkan mereka.

4:77. Tidakkah kamu renungkan orang-orang yang dikatakan kepada mereka, "Tahanlah tangan-tangan kamu, dan lakukan solat, dan berikan zakat"? Kemudian sejurus setelah perang dituliskan bagi mereka, ada segolongan daripada mereka takut pada manusia seperti mereka akan takut kepada Allah, atau lebih takut, dan mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, mengapa Engkau tuliskan perang untuk kami? Mengapa tidak Engkau tangguhkan kami ke suatu tempoh yang dekat?" Katakanlah, "Kesenangan dunia ini sedikit, dan akhirat adalah lebih baik bagi orang bertakwa, dan kamu tidak akan dizalimi sedikit pun."

4:81. Mereka berkata, "Ketaatan"; tetapi apabila mereka pergi dari sisi kamu, segolongan daripada mereka memikirkan pada malam hari dengan yang selain kamu kata. Dan Allah tulis apa yang mereka fikirkan; maka berpalinglah daripada mereka, dan tawakallah kepada Allah; dan cukuplah Allah sebagai wakil.

4:127. Mereka minta satu keputusan kepada kamu mengenai perempuan. Katakanlah, "Allah putuskan kepada kamu mengenai mereka, dan apa yang dibacakan kepada kamu di dalam Kitab mengenai anak-anak yatim perempuan, yang kepadanya kamu tidak beri apa yang dituliskan (ditetapkan) untuk mereka, tetapi kamu ingin kahwini mereka, dan kanak-kanak yang ditindas, dan supaya kamu tegakkan keadilan untuk anak-anak yatim. Apa sahaja kebaikan kamu buat, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

5:21. Wahai kaumku, masuklah Bumi Suci yang Allah tuliskan (tetapkan) untuk kamu, dan jangan kembali (murtad) ke belakang kamu, untuk balik sebagai orang-orang yang rugi."

5:32. Oleh kerana itu, Kami tuliskan (tetapkan) untuk Bani Israil bahawa sesiapa bunuh satu jiwa, bukan untuk membalas atas satu jiwa yang dibunuh, dan bukan juga kerana kerosakan yang dilakukan di bumi, adalah seakan-akan dia membunuh manusia kesemuanya; dan sesiapa menghidupkannya, seakan-akan dia hidupkan manusia kesemuanya. Rasul-Rasul Kami telah pun datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, kemudian ramai antara mereka sesudah itu adalah orang-orang yang membazir (berlebihan) di bumi.

5:45. Dan di dalamnya Kami tuliskan (tetapkan) untuk mereka bahawa jiwa untuk jiwa, dan mata untuk mata, dan hidung untuk hidung, dan telinga untuk telinga, dan gigi untuk gigi, dan untuk luka ada pembalasan (qisas), tetapi sesiapa bersedekah dengannya, maka ia adalah baginya satu tebusan. Dan sesiapa tidak hakimkan menurut apa yang Allah turunkan, maka mereka itu orang-orang zalim.

5:83. Dan apabila mereka dengar apa diturunkan kepada Rasul, kamu lihat mata-mata mereka mencucurkan air mata kerana mereka kenali yang benar. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, kami percaya, maka tuliskanlah kami antara para saksi.

6:12. Katakanlah, "Kepunyaan siapakah segala yang ada di langit dan bumi?" Katakanlah, "Kepunyaan Allah. Dia telah tuliskan (tetapkan) ke atas diri-Nya pengasihan. Dia kumpul kamu pada Hari Kiamat yang tidak ada keraguan terhadapnya. Orang-orang yang rugikan jiwa-jiwa mereka, mereka tidak percayai."

6:54. Dan apabila orang-orang yang percayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu, katakanlah, "Salamun alaikum (Sejahtera ke atas kamu)." Pemelihara kamu tuliskan (tetapkan) untuk diri-Nya pengasihan, bahawa sesiapa antara kamu buat jahat dalam kejahilan, dan sesudah itu bertaubat, dan membetulkan, maka sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.

7:145. Dan Kami tuliskan untuknya pada Papan-Papan segala sesuatu teguran, dan satu penjelasan bagi segala sesuatu, "Ambillah ia dengan kekuatan, dan suruhlah kaum kamu ambil yang paling baik daripadanya. Aku akan lihatkan kepada kamu tempat tinggal orang-orang fasiq.

7:156. Dan tuliskanlah (tetapkanlah) untuk kami dalam kehidupan dunia ini yang baik, dan di akhirat; kami bertaubat kepada Engkau." Berkatalah Dia, "Azab-Ku, Aku timpakan dengannya siapa yang Aku hendaki, dan pengasihan-Ku, merangkumi segala sesuatu, dan Aku akan tuliskannya untuk orang-orang bertakwa, dan mereka memberi zakat, dan orang-orang yang benar-benar percayai ayat-ayat Kami.”

7:157. Orang-orang yang ikut Rasul, Nabi yang ummiy, mereka dapati tertulis dengan mereka di dalam Taurat dan Injil, yang menyuruh mereka pada yang baik, dan melarang mereka daripada yang mungkar, dan menghalalkan bagi mereka benda-benda yang baik, dan mengharamkan mereka yang keji, dan membebaskan mereka daripada beban-beban mereka, dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang percaya kepadanya, dan meneguhkannya, dan menolongnya, dan ikut cahaya yang diturunkan bersamanya, merekalah orang-orang beruntung.

9:51. Katakanlah, "Tiada yang akan menimpa kami melainkan apa yang Allah telah tuliskan bagi kami; Dia Pelindung kami, dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin tawakal."

9:120. Tiada bagi penduduk Kota, dan bagi orang-orang Arab di sekitar mereka, untuk tinggal di belakang Rasul Allah, dan untuk lebih suka diri mereka daripada diri dia; itu kerana mereka tidak ditimpa kehausan, dan tidak juga keletihan, dan tidak juga kekosongan di jalan Allah, dan tidak juga mereka pijak sebarang pijakan yang menimbulkan kemarahan orang-orang tidak percaya, dan mereka tidak juga peroleh sesuatu perolehan daripada sebarang musuh, melainkan ditulis bagi mereka sebagai amalan yang salih; sesungguhnya Allah tidak sia-siakan upah orang-orang buat baik.

9:121. Dan tidak juga mereka nafkahkan sesuatu nafkah, kecil atau besar, dan tidak juga mereka melalui sesuatu lembah, melainkan ia dituliskan bagi mereka, supaya Allah balas mereka dengan yang terbaik daripada apa mereka buat.

10:21. Apabila Kami merasakan kepada manusia pengasihan, setelah kesusahan sentuh mereka, tiba-tiba mereka ada suatu tipu daya terhadap ayat-ayat Kami. Katakanlah, "Allah lebih cepat dalam tipu daya; sesungguhnya Rasul-Rasul Kami tulis apa yang kamu perdayakan."

19:79. Tidak sekali-kali! Kami akan tulis apa mereka kata, dan Kami akan panjangkan baginya azab, dengan panjang.

21:94. Dan sesiapa buat kerja-kerja baik , sedang dia seorang mukmin, maka tiada ketiadaan terima kasih bagi usahanya; Kami Sendiri yang menulis untuknya.

21:105. Sesungguhnya Kami telah tuliskan di dalam Zabur, sesudah Peringatan, "Bumi akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang salih."

22:4. Kepadanya dituliskan bahawa sesiapa yang mengambilnya sebagai sahabat, dialah yang ia sesatkan, dan ia memberinya petunjuk pada azab yang Menyala.

36:12. Sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan orang yang mati, dan tulis apa yang mereka dahulukan, dan apa yang mereka tinggalkan; segala sesuatu Kami jumlahkan di dalam imam (rekod) yang nyata.

43:19. Dan mereka buatkan malaikat-malaikat, mereka itu sendiri hamba-hamba Yang Pemurah, perempuan. Apa, adakah mereka saksikan ciptaan mereka? Kesaksian mereka akan ditulis, dan mereka akan ditanya.

43:80. Atau, adakah mereka sangka Kami tidak dengar rahsia mereka, dan bicara rahsia mereka? Ia, Rasul-Rasul Kami ada di sisi mereka untuk menuliskannya.

52:41. Atau, adakah yang ghaib di sisi mereka, lalu mereka menulisnya?

57:27. Kemudian Kami utus, menyusuli jejak-jejak mereka, Rasul-Rasul Kami, dan Kami utus untuk menyusuli mereka, Isa putera Mariam, dan Kami beri kepadanya Injil. Dan Kami buatkan di dalam hati orang-orang yang mengikutinya kelembutan, dan pengasihan. Dan rahbaniyah (sistem berahib) yang mereka reka - Kami tidak tuliskan (tetapkan) untuk mereka - hanya untuk menginginkan kepuasan hati Allah; tetapi mereka tidak awasinya sebagaimana ia patut diawasi. Maka Kami beri orang-orang antara mereka yang percaya upah mereka; dan kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang fasiq.

58:21. Allah telah tuliskan (tetapkan), "Aku pasti akan kalahkan, Aku dan Rasul-Rasul-Ku." Sesungguhnya Allah Kuat, Perkasa.

58:22. Kamu tidak dapat sesuatu kaum yang percayai Allah dan Hari Akhir menyayangi sesiapa yang menentang Allah dan Rasul-Nya, walaupun mereka bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, atau kerabat mereka. Mereka itu, Dia tuliskan (tetapkan) keimanan di dalam hati mereka, dan Dia kukuhkan mereka dengan Roh daripada Dia Sendiri; dan Dia masukkan mereka ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, sedang Allah sangat puas hati terhadap mereka, dan mereka sangat puas hati terhadap-Nya. Mereka itu golongan Allah; sesungguhnya golongan Allah, merekalah orang-orang beruntung.

59:3. Jika tidak kerana Allah tuliskan (tetapkan) penyuraian bagi mereka, tentu Dia akan azab mereka di dunia; dan bagi mereka di akhirat, azab Api.

68:47. Atau, adakah yang ghaib di sisi mereka, lalu mereka menulisnya?

82:10. Sesungguhnya kepada kamu ada penjaga-penjaga,
82:11. Yang mulia, yang menulis,
82:12. Yang tahu apa kamu buat.

Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar 
English Articles
Tulis
kepada Pengurus Laman