Kalimat Tuhan di dalam al-Qur'an
From: "Misykat Institute"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Masukan untuk halaman "kalimat"
Date: Friday, March 18, 2005 6:04 PM
Assalamu'alaikum.
Saya sangat terbantu dengan adanya halaman "kalimat" pada website e-bacaan saudara. Kalau boleh saya minta tolong dimasukkan entri "ilah" pada halaman itu. Kebetulan saya sedang mengkaji pemahaman yang orisinil tentang "ilah" ini. Terimakasih.
Salam,
Sakti. Indonesia.
Salamun alaikum (mengikut ajaran Tuhan). Terima kasih kerana sudi menulis kepada kami.
Kalimat ilah kami terjemah kepada Tuhan atau tuhan. Bagi kalimat lain, yang sesetengah orang terjemah kepada Tuhan, seperti 'Allah' dan 'Rab', masing-masing kami terjemah kepada 'Allah' dan 'Pemelihara'.
Ayat-ayat al-Qur'an mengandungi kalimat 'ilah' adalah seperti berikut:
2:133. Kenapa,
adakah kamu saksi-saksi apabila kematian datang kepada Yaakub? Apabila dia
berkata kepada anak-anaknya, "Apakah yang kamu akan sembah
sesudahku?" Mereka berkata, "Kami akan sembah Tuhanmu dan
Tuhan bapa-bapamu, Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, Tuhan
Yang Satu; kepada-Nya kami muslim."
2:163. Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Satu; tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
2:255. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Hidup, Yang Kekal. Mengantuk tidak mengambil-Nya, dan tidak juga tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di dalam langit dan apa yang di dalam bumi. Siapakah dia yang akan mengantara di sisi-Nya, kecuali dengan izin-Nya? Dia tahu apa yang sebelum mereka, dan apa yang sesudah mereka, dan mereka tidak tahu sesuatu daripada pengetahuannya, kecuali apa yang Dia hendaki. Takhta-Nya merangkumi langit dan bumi, dan Dia tidak rasa tertekan menjaga keduanya; Dia Yang Tinggi, Yang Agung.
3:2. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Hidup, Yang Kekal.
3:6. Dia yang bentuk kamu di dalam rahim seperti yang Dia hendaki. Tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
3:18. Allah saksikan bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia, dan para malaikat, dan orang-orang yang berpengetahuan, yang tegakkan keadilan; tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
3:62. Ini cerita benar. Tidak ada tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya Allah, Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
4:87. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia pasti akan kumpulkan kamu pada Hari Kiamat, yang tidak ada keraguan padanya. Dan siapakah lebih benar hadisnya daripada Allah?
4:171. Wahai ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan dalam agama kamu, dan jangan kamu kata terhadap Allah kecuali yang benar. Al-Masih, Isa putera Mariam, hanyalah Rasul Allah, dan Kata-Nya yang Dia lemparkan kepada Mariam, dan Roh daripada-Nya. Maka percayalah kepada Allah, dan Rasul-Rasul-Nya, dan janganlah kata, "Tiga." Hentikanlah; itu lebih baik bagi kamu. Allah hanyalah Tuhan Yang Satu. Dia disanjung - bahawa Dia mempunyai seorang anak! Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi; cukuplah Allah sebagai wakil.
5:73. Orang-orang tidak percayalah yang berkata, "Allah ialah yang ketiga daripada yang Tiga." Tidak ada tuhan selain Tuhan Yang Satu. Jika mereka tidak berhenti daripada apa mereka kata, tentu akan sentuh orang-orang antara mereka yang tidak percaya, azab yang pedih.
5:116. Dan apabila Allah berkata, "Wahai Isa putera Mariam, adakah kamu kata kepada manusia, 'Ambillah aku dan ibuku sebagai tuhan-tuhan selain daripada Allah'?" Dia berkata, "Kepada Engkau sanjungan! Tiadalah bagiku untukku kata apa yang aku tiada hak dengannya. Jika aku katakannya, Engkau ketahuinya, dengan ketahui apa yang di dalam jiwaku, dan aku tidak ketahui apa yang di dalam jiwa Engkau; sesungguhnya Engkaulah yang mengetahui yang ghaib.
6:19. Katakanlah, "Perkara apakah paling besar dalam kesaksian?" Katakanlah, "Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku beri amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai. Adakah kamu benar-benar saksikan bahawa ada tuhan-tuhan lain selain Allah?" Katakanlah, "Aku tidak saksikan." Katakanlah, "Dia hanyalah Tuhan Yang Satu, dan aku berlepas diri daripada apa kamu sekutukan."
6:46. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika Allah ambil pendengaran kamu, dan penglihatan kamu, dan letak penutup pada hati kamu, siapakah ia tuhan selain daripada Allah yang datangkannya kembali kepada kamu?" Perhatikan bagaimana Kami ulang-ulangi ayat-ayat! Namun demikian, setelah itu mereka berpaling.
6:74. Dan apabila Ibrahim berkata kepada bapanya, Azar, "Adakah kamu ambil patung-patung untuk tuhan-tuhan? Aku lihat kamu dan kaum kamu dalam kesesatan yang nyata."
6:102. Demikianlah itulah Allah, Pemelihara kamu; tidak ada tuhan melainkan Dia, Pencipta segala sesuatu. Maka sembahlah Dia, dan Dia Wakil atas segala sesuatu.
6:106. Ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Pemelihara kamu; tidak ada tuhan melainkan Dia, dan berpalinglah kamu daripada orang-orang yang sekutukan.
7:59. Dan Kami utus Nuh kepada kaumnya, dan dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya, aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar."
7:65. Dan kepada Ad, saudara mereka Hud. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; tidakkah kamu bertakwa?"
7:73. Dan kepada Tsamud, saudara mereka Salleh. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu. Ini ialah unta betina Allah untuk jadi satu ayat bagi kamu. Tinggalkanlah ia, supaya ia boleh makan di bumi Allah, dan jangan sentuh ia dengan kejahatan supaya kamu tidak diambil oleh azab yang pedih.
7:85. Dan kepada Madyan, saudara mereka Shuaib. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu. Maka tepatilah sukatan dan timbangan, dan jangan kurangkan sesuatu bagi manusia, dan jangan kamu buat kerosakan di bumi setelah ia dibetulkan; itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin.
7:127. Kemudian berkata pembesar-pembesar kaum Firaun, "Adakah kamu akan tinggalkan Musa dan kaumnya untuk buat kerosakan di bumi, dan tinggalkan kamu dan tuhan-tuhan kamu?" Berkata, "Kita akan bunuh anak-anak lelaki mereka, dan biarkan hidup perempuan-perempuan mereka; sesungguhnya kitalah yang menakluki mereka!"
7:138. Dan Kami bawa Bani Israil menyeberangi laut, dan mereka datang kepada satu kaum yang bertekun pada patung-patung yang mereka ada. Berkata, "Wahai Musa, buatkan untuk kami satu tuhan seperti tuhan-tuhan yang mereka ada." Berkatalah dia, "Sesungguhnya kamu adalah kaum yang bodoh.
7:140. Berkata, "Apa, adakah aku akan cari satu tuhan untuk kamu selain daripada Allah, Dia yang lebihkan kamu di atas semua alam?"
7:158. Katakanlah, "Wahai manusia, aku adalah Rasul Allah kepada kamu semua, yang bagi-Nya kerajaan langit dan bumi. Tidak ada tuhan melainkan Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka percayalah kepada Allah, dan Rasul-Nya, Nabi yang ummiy, yang percayai Allah dan kata-kata-Nya, dan ikutlah dia supaya kamu dapat petunjuk."
9:31. Mereka ambil habr (ulama agama) mereka, dan rahib-rahib mereka, sebagai pemelihara-pemelihara selain daripada Allah, dan al-Masih putera Mariam; dan mereka diperintah untuk sembah hanya Tuhan Yang Satu; tidak ada tuhan melainkan Dia; Dia disanjung, di atas apa mereka sekutukan.
9:129. Maka jika mereka berpaling, katakanlah, "Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya aku tawakal. Dia Pemelihara Arasy yang besar."
10:90. Dan Kami bawa Bani Israil menyeberangi laut; dan Firaun dan tenteranya mengikuti mereka dengan angkuh dan pantas, sehingga apabila penenggelaman mengatasinya, dia berkata, "Aku percaya bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia, yang Bani Israil percaya; aku adalah antara orang-orang yang muslim."
11:14. Kemudian, jika mereka tidak sahut kamu, ketahuilah bahawa ia diturunkan dengan pengetahuan Allah, dan bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia. Maka sudahkah kamu muslim?
11:50. Dan kepada Ad, saudara mereka Hud. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah. Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; kamu, tidak lain, hanyalah mengada-adakan.
11:53. Mereka berkata, "Wahai Hud, kamu tidak datangkan kepada kami satu bukti yang jelas, dan kami tidak akan tinggalkan tuhan-tuhan kami kerana apa yang kamu ucapkan; kami bukanlah orang-orang mukmin pada kamu.
11:54. Tiadalah kami kata melainkan bahawa satu daripada tuhan-tuhan kami telah menimpa kamu dengan kejahatan." Berkata, "Aku bersaksikan Allah, dan saksilah kamu bahawa aku berlepas diri daripada apa kamu sekutukan,
11:61. Dan kepada Tsamud, saudara mereka Salleh; dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah. Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia. Dialah yang tumbuhkan kamu daripada bumi dan tetapkan kamu di dalamnya; maka mintalah ampun kepada-Nya, kemudian bertaubat kepada-Nya. Sesungguhnya Pemeliharaku dekat, dan menyahuti."
11:84. Dan kepada Madyan, saudara mereka Shuaib; dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah. Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia. Dan jangan kurangkan sukatan dan timbangan. Aku lihat kamu baik (makmur); dan aku takut untuk kamu akan azab hari yang meliputi.
11:101. Dan Kami tidak menzalimi mereka, tetapi mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri. Tuhan-tuhan mereka tidak berguna bagi mereka, yang mereka seru selain daripada Allah, sedikit pun, apabila perintah Pemelihara kamu datang; dan mereka tidak menambah bagi mereka, kecuali dalam kebinasaan.
13:30. Demikianlah Kami utus kamu kepada satu umat yang sebelumnya beberapa umat telah berlalu untuk bacakan mereka apa yang Kami wahyukan kamu; namun begitu, mereka tidak percaya kepada Yang Pemurah. Katakanlah, "Dia Pemelihara aku; tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya aku tawakal, dan kepada-Nya aku bertaubat."
14:52. Ini ialah satu penyampaian bagi manusia supaya mereka diberi amaran dengannya, dan supaya mereka tahu bahawa Dia Tuhan Yang Satu, dan supaya semua yang empunya minda mengingati.
15:96. Orang-orang yang adakan berserta Allah tuhan yang lain. Sungguh mereka akan tahu.
16:2. Dia turunkan malaikat-malaikat dengan Roh daripada perintah-Nya kepada sesiapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya, "Berilah kamu amaran, bahawa tidak ada tuhan melainkan Aku; maka kamu takutilah Aku!"
16:22. Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Satu. Dan orang-orang tidak percayai akhirat, hati mereka menafikan, dan mereka sombong.
16:51. Allah berkata, "Janganlah ambil untuk kamu dua tuhan. Dia hanyalah Tuhan Yang Satu; maka kepada-Ku-lah kamu berasa gerun."
17:22. Janganlah adakan berserta Allah tuhan yang lain, atau kamu duduk terkutuk, diabaikan.
17:39. Itu adalah daripada Kebijaksanaan (Hikmah) yang Pemelihara kamu wahyukan kamu; janganlah adakan berserta Allah tuhan yang lain, atau kamu dilempar ke dalam Jahanam, tercela, terbuang.
17:42. Katakanlah, "Sekiranya ada tuhan-tuhan lain bersama Dia, sebagaimana mereka kata, tentu mereka mencari jalan kepada Yang mempunyai Arasy."
18:14. Dan Kami kuatkan hati mereka apabila mereka berdiri dan berkata, "Pemelihara kami ialah Pemelihara langit dan bumi; kami tidak seru sebarang tuhan selain daripada Dia, atau kami, jika demikian, telah mengatakan yang keterlaluan.
18:15. Mereka ini, kaum kami, mengambil untuk mereka tuhan-tuhan lain, selain daripada Dia. Sekiranya mereka datangkan kuasa yang jelas mengenai mereka! Tetapi siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah?"
18:110. Katakanlah, "Aku hanyalah seorang manusia yang serupa dengan kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu. Maka hendaklah dia yang harapkan pertemuan dengan Pemeliharanya buat amalan (kerja-kerja) kebaikan, dan dia tidak sekutukan dalam penyembahan kepada Pemeliharanya dengan sesiapa pun."
19:46. Berkatalah dia, "Apa, adakah kamu undurkan diri daripada tuhanku, wahai Ibrahim? Sungguh, jika kamu tidak berhenti, aku akan rejam kamu; maka tinggalkanlah aku untuk beberapa waktu."
19:81. Dan mereka ambil untuk mereka tuhan-tuhan lain, selain daripada Allah, supaya mereka dapatkan bagi mereka kekuatan.
20:8. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepunyaan-Nya nama-nama paling baik.
20:14. Sesungguhnya Akulah Allah; tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku, dan lakukan solat untuk mengingati Aku.
20:88. Kemudian dia keluarkan bagi mereka Anak Lembu yang hanya berjasad, berbunyi seperti lembu; dan mereka berkata, "Inilah tuhan kamu, dan tuhan Musa, yang dia lupa."
20:97. Berkata, "Pergilah! Bagi kamu dalam seluruh kehidupan dunia ini adalah untuk berkata, 'Jangan sentuh aku!', dan selepas itu ada janji temu bagi kamu yang kamu tidak mungkir. Lihatlah pada tuhan kamu, yang kamu tetap bertekun padanya! Sungguh, kami akan membakarnya dan taburkan abunya ke dalam laut, bertaburan.
20:98. Tuhan kamu hanyalah Allah; tidak ada tuhan, melainkan Dia sahaja, yang dalam pengetahuan-Nya merangkumi segala sesuatu."
21:21. Atau, adakah mereka ambil tuhan-tuhan daripada bumi yang dapat menghidupkan?
21:22. Sekiranya ada tuhan-tuhan di bumi dan langit, selain daripada Allah, tentu mereka rosak binasa; maka Allah disanjung, Pemelihara Arasy, di atas apa yang mereka terangkan!
21:24. Atau, adakah mereka ambil tuhan-tuhan selain daripada-Nya? Katakanlah, "Kemukakan buktimu! Inilah Peringatan bagi orang-orang yang bersamaku, dan Peringatan orang-orang yang sebelumku." Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu yang benar, lalu mereka berpaling.
21:25. Dan Kami tidak utus seorang Rasul sebelum kamu melainkan bahawa Kami wahyukannya, "Tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku."
21:29. Jika sesiapa antara mereka berkata, "Aku tuhan, selain daripada Dia", maka dialah yang Kami balas dengan Jahanam; begitulah Kami balas orang-orang zalim.
21:36. Apabila orang-orang tidak percaya melihat kamu, mereka hanya ambil kamu untuk ejekan, "Inikah orang yang menyebut-nyebut tuhan-tuhan kamu?", sedang mereka, kepada Peringatan Yang Pemurah adalah orang-orang tidak percaya.
21:43. Atau, adakah bagi mereka tuhan-tuhan yang akan pertahankan mereka, selain daripada Kami? Mereka tidak boleh tolong diri-diri mereka sendiri, dan tidak juga mereka dijaga daripada Kami.
21:59. Mereka berkata, "Siapakah yang lakukan ini terhadap tuhan-tuhan kita? Sesungguhnya dia termasuk orang-orang zalim."
21:62. Mereka berkata, "Adakah kamu yang lakukan ini kepada tuhan-tuhan kami, wahai Ibrahim?"
21:68. Mereka berkata, "Bakarlah dia, dan tolonglah tuhan-tuhan kamu, jika kamu hendak lakukan."
21:87. Dan Zul-Nun, apabila dia pergi dalam keadaan marah, dan sangka Kami tidak berkuasa terhadapnya, kemudian dia panggil dalam kegelapan, "Tidak ada tuhan melainkan Engkau. Engkau disanjung! Sesungguhnya akulah termasuk orang-orang zalim."
21:99. Sekiranya mereka itu tuhan-tuhan, tentu mereka tidak turun kepadanya; dan tiap-tiap seorang, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
21:108. Katakanlah, "Diwahyukan kepadaku hanyalah bahawa Tuhan kamu Tuhan Yang Satu; maka adakah kamu muslim?"
22:34. Kami tentukan bagi tiap-tiap umat satu peribadatan supaya mereka mengingati nama Allah pada haiwan ternakan yang Dia rezekikan mereka. Tuhan kamu Tuhan Yang Satu, maka kepada-Nya tunduk patuhlah. Dan kamu beri berita gembira kepada orang-orang yang merendah diri,
23:23. Dan Kami utus Nuh kepada kaumnya, dan dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan melainkan Dia. Tidakkah kamu bertakwa?"
23:32. Dan Kami utus di kalangan mereka seorang Rasul daripada mereka sendiri, "Sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia. Tidakkah kamu bertakwa?"
23:91. Allah tidak ambil kepada-Nya sebarang anak, dan tidak juga ada tuhan bersama-Nya; jika demikian, tentulah tiap-tiap tuhan pergi dengan apa yang ia cipta, dan sebahagian mereka tentulah meninggi terhadap sebahagian yang lain; Allah disanjung, di atas apa mereka terangkan.
23:116. Maka tingginya Allah, Raja, Yang Benar! Tidak ada tuhan melainkan Dia, Pemelihara Arasy yang mulia.
23:117. Dan sesiapa menyeru tuhan yang lain bersama Allah, yang dengannya dia tidak ada bukti, hitungannya adalah dengan Pemeliharanya; sesungguhnya orang-orang tidak percaya tidak beruntung.
25:3. Namun begitu, mereka ambil untuk mereka tuhan-tuhan, selain daripada-Nya, yang tidak cipta sesuatu sedang mereka sendiri diciptakan; dan mereka tidak berkuasa atas mudarat atau manfaat kepada diri-diri mereka sendiri; dan mereka tidak berkuasa atas kematian, dan tidak juga kehidupan, dan tidak juga kebangkitan.
25:42. Sesungguhnya dia hampir-hampir sesatkan kita daripada tuhan-tuhan kita, tetapi kita sabar pada mereka." Kelak mereka akan tahu, apabila mereka melihat azab, siapa yang lebih jauh sesat daripada jalan.
25:43. Sudahkah kamu lihat orang yang mengambil keinginannya menjadi tuhannya? Adakah kamu jadi wakil kepada mereka?
25:68. Yang tidak menyeru tuhan yang lain bersama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang Allah haramkan kecuali dengan patut, dan tidak juga berzina, kerana sesiapa yang buat demikian itu akan temui harga dosa.
26:29. Berkata, "Jika kamu ambil tuhan selain aku, pasti aku akan buat kamu antara orang-orang yang dipenjarakan."
26:213. Maka jangan kamu seru tuhan yang lain berserta Allah, supaya kamu tidak termasuk orang-orang yang diazab.
27:26. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Pemelihara Arasy yang besar."
27:60. Atau, siapakah yang cipta langit dan bumi, dan turunkan untuk kamu dari langit, air; dan Kami tumbuhkan dengannya taman-taman yang dipenuhi keindahan, yang pohon-pohonnya kamu tidak dapat tumbuhkan? Adakah tuhan selain Allah? Tidak, tetapi mereka adalah kaum yang setarakan-Nya.
27:61. Atau, siapakah yang buatkan bumi sebuah tempat yang tetap, dan letak sungai-sungai di celah-celahnya, dan adakan untuknya gunung-gunung, dan letak satu pemisah di antara dua laut? Adakah tuhan selain Allah? Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.
27:62. Atau, siapakah yang sahut orang yang dalam kesulitan apabila dia seru kepada-Nya, dan hilangkan kejahatan, dan lantik kamu jadi pengganti-pengganti (khalifah) di bumi? Adakah tuhan selain Allah? Amat sedikit kamu mengingati.
27:63. Atau, siapakah yang beri petunjuk kepada kamu dalam kegelapan darat dan laut, dan utus angin, membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya? Adakah tuhan selain Allah? Tingginya Allah daripada apa yang mereka sekutukan.
27:64. Atau, siapakah yang mulakan ciptaan, kemudian kembalikannya semula, dan beri rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah tuhan selain Allah? Katakanlah, "Kemukakanlah bukti kamu, jika kamu berkata benar?"
28:38. Dan Firaun berkata, "Wahai pembesar-pembesar, aku tidak tahu bahawa kamu ada tuhan selain daripada aku! Nyalakan api untukku, wahai Haman, pada tanah liat, dan buatkan untukku sebuah menara yang tinggi, supaya aku dapat lihat Tuhan Musa, kerana aku sangka dia termasuk pendusta-pendusta."
28:70. Dan Dia, Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Bagi-Nya segala pujian pada permulaan dan akhir, dan bagi-Nya juga Putusan, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.
28:71. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika Allah buatkan malam berterusan kepada kamu sampai Hari Kiamat? Apakah tuhan, selain daripada Allah, yang datangkan sinaran kepada kamu? Tidakkah kamu dengar?"
28:72. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika Allah buatkan siang berterusan kepada kamu sampai Hari Kiamat? Apakah tuhan, selain daripada Allah, yang datangkan kepada kamu malam untuk berehat padanya? Tidakkah kamu lihat?
28:88. Dan jangan seru tuhan yang lain berserta Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Segala benda akan binasa, kecuali Wajah-Nya. Bagi-Nya Putusan, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.
29:46. Janganlah berdebat dengan ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali bagi orang-orang antara mereka yang buat zalim; dan katakan, "Kami percaya kepada apa diturunkan kepada kami, dan apa diturunkan kepada kamu; Tuhan kami dan Tuhan kamu Satu, dan kepada-Nya kami muslim."
35:3. Wahai manusia, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu; adakah pencipta, selain daripada Allah, yang beri rezeki untuk kamu dari langit dan bumi? Tidak ada tuhan melainkan Dia; maka bagaimanakah kamu boleh berpaling?
36:23. Apa, adakah aku akan ambil selain daripada Dia, tuhan-tuhan yang pengantaraannya, jika Yang Pemurah hendak mudarat untukku, tidak berguna bagiku sedikit pun, dan yang tidak selamatkan aku?
36:74. Namun begitu, mereka ambil selain daripada Allah tuhan-tuhan supaya mereka ditolong.
37:4. Sesungguhnya Tuhan kamu Satu,
37:35. Kerana apabila dikatakan kepada mereka, "Tidak ada tuhan melainkan Allah", mereka menyombong.
37:36. Dan mereka berkata, "Apa, adakah kami akan tinggalkan tuhan-tuhan kami kerana seorang penyair yang dirasuk?"
37:86. Adakah yang fitnah, tuhan-tuhan selain daripada Allah, yang kamu hendak?
37:91. Kemudian dia beralih kepada tuhan-tuhan mereka, dan berkata, "Apakah yang kamu makan?
38:5. Apa, adakah dia jadikan tuhan-tuhan Satu Tuhan? Sesungguhnya ini sesuatu yang aneh."
38:6. Dan pembesar-pembesar mereka bertolak, "Jalanlah! sabarlah pada tuhan-tuhan kamu; ini sesuatu yang dihendaki.
38:65. Katakanlah, "Aku hanyalah seorang pemberi amaran. Tidak ada sesuatu tuhan melainkan Allah, Yang Satu, Yang Menakluki,
39:6. Dia cipta kamu daripada jiwa yang satu, kemudian daripadanya Dia buatkan pasangannya; dan Dia turunkan kepada kamu, daripada binatang ternak, lapan pasangan. Dia cipta kamu di dalam rahim ibu-ibu kamu, ciptaan demi ciptaan, dalam tiga kegelapan. Demikianlah itulah Allah, Pemelihara kamu; bagi-Nya kepunyaan kerajaan; tidak ada tuhan melainkan Dia; maka bagimanakah kamu dipalingkan?
40:3. Pengampun kesalahan, Penerima taubat, Keras dalam balasan-Nya, Yang Mewah; tidak ada tuhan melainkan Dia, dan kepada-Nya kepulangan.
40:37. Tali-tali langit, dan lihat Tuhan Musa; kerana aku sangka dia seorang pendusta." Maka kejahatan daripada amalan-amalannya dinampakkan indah bagi Firaun, dan dia dihalang daripada jalan, dan muslihat Firaun hanyalah dalam kebinasaan.
40:62. Demikianlah itulah Allah, Pemelihara kamu, Pencipta segala sesuatu; tidak ada tuhan melainkan Dia. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan?
40:65. Dia Yang Hidup; tidak ada tuhan melainkan Dia. Maka serulah Dia, dengan menuluskan agama untuk-Nya. Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam.
41:6. Katakanlah, "Aku hanyalah seorang manusia yang serupa dengan kamu. Kepadaku diwahyukan bahawa Tuhan kamu Tuhan Yang Satu; maka berlakuluruslah kepada-Nya, dan mintalah ampun kepada-Nya, dan kecelakaanlah bagi orang-orang yang sekutukan,
43:45. Tanyalah orang-orang daripada Rasul-Rasul Kami yang Kami utus sebelum kamu: adakah Kami buatkan, selain daripada Yang Pemurah, tuhan-tuhan untuk disembah?
43:58. Dan berkata, "Apa, adakah tuhan-tuhan kami yang lebih baik, atau dia?" Mereka tidak menyebutnya kepada kamu, kecuali untuk membantah; tidak, tetapi mereka adalah kaum yang suka bertengkar.
43:84. Dan Dia yang di langit Tuhan, dan di bumi Tuhan; Dia Yang Bijaksana, Yang Mengetahui.
44:8. Tidak ada tuhan melainkan Dia; Dia menghidupkan dan mematikan; Pemelihara kamu dan Pemelihara bapa-bapa kamu yang dahulu.
45:23. Sudahkah kamu lihat orang yang mengambil keinginannya untuk menjadi tuhannya, dan Allah sesatkan dia atas satu pengetahuan, dan letak satu penutup pada pendengarannya, dan hatinya, dan letak satu penudung pada penglihatannya? Siapakah yang akan beri petunjuk kepadanya selepas Allah? Apa, tidakkah kamu mengingati?
46:22. Mereka berkata, "Adakah kamu datang untuk palingkan kami daripada tuhan-tuhan kami? Maka datangkanlah kepada kami apa yang kamu janjikan kami, jika sungguh kamu berkata benar."
46:28. Maka mengapa mereka tidak tolong mereka, yang mereka ambil untuk mereka sebagai qurban (pengantara), tuhan-tuhan selain daripada Allah? Tidak, tetapi mereka sudah sesat (hilang) daripada mereka, dan itulah fitnah mereka, dan apa yang mereka ada-adakan.
47:19. Maka ketahuilah kamu bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah, dan mintalah ampun untuk kesalahan kamu, dan untuk orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan. Allah tahu ulang-alik kamu, dan tempat tinggal kamu.
50:26. Yang adakan berserta Allah tuhan yang lain; maka kamu berdua, lemparlah dia ke dalam azab yang keras."
51:51. Dan janganlah adakan berserta Allah tuhan yang lain; aku adalah seorang pemberi amaran yang jelas daripada-Nya kepada kamu.
52:43. Atau, adakah bagi mereka satu tuhan, selain daripada Allah? Allah disanjung, di atas apa mereka sekutukan!
59:22. Dia Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia yang tahu yang ghaib dan yang nyata; Dia Yang Pemurah, Yang Pengasih.
59:23. Dia Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia Raja, Yang Suci, Yang Sejahtera, Yang Setia (Mukmin), Yang Mengawal, Yang Perkasa, Yang Mempunyai Kuasa, Yang miliki Segala Kebesaran. Allah disanjung, di atas apa mereka sekutukan!
64:13. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia. Dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin tawakal.
71:23. Dan mereka berkata, ‘Janganlah tinggalkan tuhan-tuhan kamu, dan jangan tinggalkan Wadd, dan jangan juga Suwaa, Yaghut, Yakuq, dan jangan juga Nasr.’
73:9. Pemelihara Timur dan Barat; tidak ada tuhan melainkan Dia; maka ambillah Dia sebagai Wakil.
114:3.
Tuhan manusia,
Kalimat
Pilihan
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman