Kalimat ternakan di dalam al-Qur'an
Kalimat na'am (jamak
an'am) diterjemah kepada binatang ternak atau
ternakan dalam Bacaan.
Terdapat pula kalimat bahimah yang diterjemahkan kepada haiwan. Kalimat ini berjumlah tiga dan kesemuanya bergabung dengan kalimat an'am tadi untuk menjadi bahiimatu -l an'aami, atau haiwan (binatang) ternak, atau haiwan ternakan seperti diterjemah di dalam Bacaan. Frasa tersebut didapati dalam tiga (juga) ayat, dan kesemuanya menunjukkan kepada binatang yang dikorbankan dalam Haji. Ayat-ayat tersebut disenaraikan di bahagian hujung halaman ini.
1. Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan binatang ternakan adalah seperti berikut:
3:14. Dinampakkan indah bagi manusia ialah kecintaan hawa nafsu (syahwat) daripada perempuan-perempuan, dan anak-anak, dan menimbunkan timbunan emas dan perak, dan kuda-kuda yang ditanda, dan binatang ternak, dan tanaman. Itu kesenangan kehidupan dunia; tetapi Allah, di sisi-Nya tempat kembali yang terbaik.
4:119. Dan sungguh, aku akan sesatkan mereka, dan penuhi mereka dengan khayalan, dan aku akan suruh mereka dan mereka akan potong telinga binatang ternak; aku akan suruh mereka dan mereka akan ubah ciptaan Allah." Sesiapa yang ambil syaitan untuknya sebagai wali (pelindung), menggantikan Allah, dia menderita satu kerugian yang nyata, serugi-ruginya.
5:95. Wahai orang-orang yang percaya, jangan bunuh binatang buruan sedang kamu dalam haram (ihram); sesiapa antara kamu yang bunuh dengan sengaja, akan ada balasannya dengan yang serupa apa yang dia telah bunuh, daripada binatang ternak, yang dihakimkan dua orang yang adil antara kamu, sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah; atau penebus - memberi makan orang-orang miskin, atau yang sama dengan itu dalam puasa, supaya dia rasai keburukan daripada pekerjaannya. Allah maafkan apa yang telah lalu, tetapi sesiapa ulanginya, Allah akan lepaskan dendam kepadanya; Allah Perkasa, Pendendam.
6:136. Mereka tentukan bagi Allah sebahagian daripada tanaman dan binatang ternak yang Dia cipta, dengan berkata, "Ini untuk Allah" - demikian mereka dakwa - "dan ini untuk sekutu-sekutu kami." Maka apa yang untuk sekutu-sekutu mereka tidak sampai kepada Allah, dan apa yang untuk Allah sampai kepada sekutu-sekutu mereka. Adalah jahat apa yang mereka putuskan!
6:138. Mereka berkata, "Binatang ternak dan tanaman ini adalah larangan; tiada yang akan makan kecuali siapa yang kami hendaki" - demikian mereka dakwa - "Dan binatang ternak yang punggungnya diharamkan, dan binatang ternak yang mereka tidak mengingati (menyebut) nama Allah padanya"; untuk mengada-adakan terhadap-Nya. Kelak Dia akan balas mereka atas apa yang mereka ada-adakan.
6:139. Dan mereka berkata, "Apa yang di dalam perut binatang ternak ini adalah khas untuk lelaki kami, dan diharamkan kepada isteri-isteri kami; tetapi jika ia mati, maka mereka semua bersekutu padanya." Sungguh, Dia akan balas mereka atas keterangan mereka; sesungguhnya Dia Bijaksana, Mengetahui.
6:142. Dan daripada binatang ternak, untuk pengangkutan dan untuk dihidangkan, makanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu, dan jangan ikut langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.
7:179. Kami ciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai.
10:24. Persamaan kehidupan dunia ini adalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, dan tumbuhan bumi bercampur dengannya, daripadanya manusia dan binatang ternak makan, sehingga, apabila bumi telah mengambil gemerlapannya, dan menampakkannya indah, dan penduduknya sangka mereka sudah menguasainya, perintah Kami datang kepadanya, malam atau siang, dan Kami membuatnya tanaman yang tertinggal sesudah dituai, seakan-akan ia tidak tumbuh kelmarinnya. Begitulah Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.
16:5. Dan binatang ternak, Dia ciptakan untuk kamu; padanya kehangatan, dan pelbagai manfaat, dan daripadanya kamu makan.
16:66. Dan sesungguhnya pada binatang ternak ada pelajaran bagi kamu; Kami memberi minum kepada kamu daripada apa yang di dalam perut mereka, antara kotoran dan darah, susu yang tulen, enak bagi peminum-peminum.
16:80. Dan Allah buatkan satu tempat rehat bagi kamu daripada rumah-rumah kamu, dan buatkan untuk kamu, daripada kulit-kulit binatang ternak, rumah-rumah, yang kamu dapati ringan pada hari perjalanan kamu dan pada hari kamu menetap, dan daripada bulu-bulu mereka (biri-biri), dan bulu-bulu mereka (unta), dan daripada rambut mereka (kambing), perkakas rumah tangga dan kesenangan untuk satu waktu.
20:54. Makanlah kamu, dan biarkanlah binatang ternak kamu makan! Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang empunya pengertian.
22:30. Demikianlah, dan sesiapa muliakan hal-hal Allah yang suci, maka ia yang lebih baik baginya di sisi Pemeliharanya. Dan dihalalkan bagi kamu adalah binatang ternak, kecuali apa yang dibacakan kepada kamu. Dan jauhilah kotoran berhala-berhala, dan jauhilah ucapan dusta,
23:21. Dan sesungguhnya pada binatang ternak ada pelajaran bagi kamu; Kami memberi minum kepada kamu daripada apa yang di dalam perut mereka, dan banyak manfaat pada mereka kepada kamu, dan daripadanya kamu makan,
25:44. Atau, kamu sangka kebanyakan daripada mereka mendengar atau memahami? Mereka, tidak lain, adalah seperti binatang ternak; tidak, mereka lebih jauh sesat daripada jalan.
25:49. Supaya Kami hidupkan tanah yang mati, dan memberi minum daripadanya, daripada apa yang Kami ciptakan, binatang ternak dan manusia yang ramai.
26:133. Bantu kamu dengan binatang ternak dan anak-anak,
32:27. Tidakkah mereka lihat bagaimana Kami halau air ke bumi yang tandus, dan keluarkan tanaman dengannya, yang binatang ternak mereka dan diri-diri mereka sendiri makan? Apa, tidakkah mereka lihat?
35:28. Antara manusia juga, dan haiwan, dan binatang ternak, bermacam-macam warnanya. Begitulah, hanya yang takut kepada Allah antara hamba-hamba-Nya ialah para ulama (orang-orang yang berpengetahuan); sesungguhnya Allah Perkasa, Pengampun.
36:71. Tidakkah mereka lihat bagaimana Kami ciptakan untuk mereka daripada apa yang tangan Kami buat, binatang ternak yang mereka miliki?
39:6. Dia cipta kamu daripada jiwa yang satu, kemudian daripadanya Dia buatkan pasangannya; dan Dia turunkan kepada kamu, daripada binatang ternak, lapan pasangan. Dia cipta kamu di dalam rahim ibu-ibu kamu, ciptaan demi ciptaan, dalam tiga kegelapan. Demikianlah itulah Allah, Pemelihara kamu; bagi-Nya kepunyaan kerajaan; tidak ada tuhan melainkan Dia; maka bagimanakah kamu dipalingkan?
40:79. Allah yang buatkan untuk kamu binatang ternak, sebahagian mereka untuk ditunggangi, dan daripada sebahagiannya, kamu makan.
42:11. Pemula langit dan bumi; Dia buatkan untuk kamu, daripada diri-diri kamu, pasangan-pasangan, dan pasangan-pasangan daripada binatang ternak, di dalamnya jadikan kamu berkembang. Tidak ada yang serupa dengan-Nya; Dia Yang Mendengar, Yang Melihat.
43:12. Dan yang mencipta pasangan-pasangan, kesemuanya, dan buatkan untuk kamu, kapal dan binatang ternak, seperti yang kamu tunggang,
47:12. Sesungguhnya Allah akan masukkan orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Bagi orang-orang tidak percaya, mereka bergembira dan makan sebagaimana binatang ternak makan; dan Api akan jadi tempat tinggal mereka.
79:33. Suatu kesenangan bagi kamu dan binatang ternak kamu.
80:32. Suatu kesenangan bagi kamu, dan binatang ternak kamu.
2. haiwan ternakan:
Frasa tersebut hanya terdapat pada tiga ayat al-Qur'an, kesemuanya menunjukkan kepada binatang korban dalam Haji. Ayat-ayat yang dimaksudkan adalah:
5:1. Wahai orang-orang yang percaya, tepatilah perjanjian kamu. Dihalalkan bagi kamu ialah haiwan ternakan, kecuali apa yang dibacakan kepada kamu, supaya kamu tidak anggap binatang buruan dibolehkan untuk diburu sedang kamu dalam haram (ihram). Sesungguhnya Allah tetapkan hukum apa sahaja Dia hendaki.
22:28. Supaya mereka saksikan pelbagai manfaat kepada manusia, dan mengingati (menyebut) nama Allah pada hari-hari yang diketahui pada haiwan ternakan yang Dia rezekikan mereka, "Maka makanlah daripadanya, dan berilah makan orang-orang fakir yang sengsara."
22:34. Kami tentukan bagi tiap-tiap umat satu peribadatan supaya mereka mengingati nama Allah pada haiwan ternakan yang Dia rezekikan mereka. Tuhan kamu Tuhan Yang Satu, maka kepada-Nya tunduk patuhlah. Dan kamu beri berita gembira kepada orang-orang yang merendah diri,
Kalimat
Pilihan
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman