Kalimat taubat di dalam al-Qur'an
Taubat lahir daripada akar ta wau ba, yang daripadanya terbit tiga
kalimat iaitu taba, matab, dan tawwab. Diturunkan di sini semua ayat yang mengandungi kalimat-kalimat
tersebut:
2:37. Lalu Adam terima kata-kata tertentu daripada Pemeliharanya, dan
Dia terima taubatnya; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat,
Yang Pengasih.
2:54. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, kamu telah menzalimi diri-diri kamu sendiri dengan ambilan Anak Lembu kamu, maka bertaubatlah kepada Pencipta kamu, dan bunuhlah diri-diri kamu sendiri (sesama sendiri). Itu lebih baik bagi kamu di sisi Pencipta kamu, dan Dia akan terima taubat kamu; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih."
2:128. Wahai Pemelihara kami, buatlah kami muslim (tunduk patuh) kepada Engkau, dan daripada keturunan kami, umat yang muslim kepada Engkau; dan perlihatkan kepada kami peribadatan kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.
2:159. Orang-orang yang sembunyikan bukti-bukti yang jelas, dan
petunjuk yang Kami turunkan, setelah Kami jelaskan kepada manusia di
dalam al-Kitab, mereka dilaknati Allah, dan mereka dilaknati para
pelaknat,
2:160. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan membetulkan,
dan menunjukkan dengan jelas. Terhadap mereka, Aku akan terima taubat;
Aku Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.
2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah tahu bahawa kamu khianati diri-diri kamu sendiri, dan terima taubat kamu, dan maafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah tuliskan (tetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan jangan campuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itu had-had (hudud) Allah; jangan keluar daripadanya. Begitulah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.
2:222. Mereka tanya kamu mengenai haid. Katakanlah, "Ia adalah gangguan; maka hendaklah kamu jauhkan daripada perempuan-perempuan semasa dalam haid, dan jangan dekati mereka sehingga mereka bersih. Apabila mereka sudah bersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka sebagaimana Allah perintahkan kamu ." Sesungguhnya Allah suka orang-orang yang bertaubat, dan Dia suka orang-orang yang bersihkan diri mereka.
2:279. Tetapi jika kamu tidak buat, maka
ketahuilah pernyataan bahawa Allah akan berperang dengan kamu, dan Rasul-Nya;
namun begitu, jika kamu bertaubat, kamu akan dapat harta kamu dengan
tidak menzalimi, dan tidak dizalimi.
(mengenai
riba)
3:89. Tetapi orang-orang yang bertaubat sesudah itu, dan membetulkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
3:90. Sesungguhnya orang-orang tidak percaya sesudah keimanan mereka, dan kemudian bertambah dalam ketidakpercayaan
(kekafiran), maka taubat mereka tidak akan diterima; mereka itulah
orang-orang yang sesat.
(taubat tidak diterima)
3:128. Tidak ada daripada urusan itu bagi
kamu, sama ada Dia terima taubat mereka, atau azab mereka; kerana
mereka adalah orang-orang zalim.
(bukan urusan
Nabi)
4:16. Dan apabila dua orang antara kamu
(lelaki) melakukannya (kesumbangan), maka hukumlah keduanya; tetapi jika mereka
bertaubat, dan membetulkan, maka berpalinglah daripada keduanya.
Sesungguhnya Allah Yang Menerima Taubat, Pengasih.
(homoseksual bertaubat)
4:17. Allah hanya terima taubat
orang-orang yang buat jahat dalam kejahilan, kemudian dengan segera
bertaubat; Allah akan terima taubat mereka, dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
(taubat hanya diterima daripada
orang yang buat jahat dalam kejahilan)
4:18. Tetapi tidak diterima taubat
orang-orang yang lakukan kejahatan sehingga, apabila salah seorang antara
mereka didatangi kematian, dia berkata, "Sesungguhnya sekarang saya
bertaubat", dan tidak juga bagi orang-orang yang mati dengan tidak
percaya (kafir); bagi mereka, Kami sediakan azab yang pedih.
(taubat tidak diterima)
4:26. Allah hendak jelaskan kepada kamu, dan untuk beri petunjuk kepada kamu pada sunnah (resam) orang-orang sebelum kamu, dan untuk terima taubat kamu; Allah Mengetahui, Bijaksana.
4:27. Dan Allah hendak terima taubat kamu, tetapi orang-orang yang ikut hawa nafsu (syahwat), mereka hendak supaya kamu menyimpang dengan penyimpangan yang besar.
4:64. Kami tidak utus seseorang Rasul melainkan dia patut ditaati, dengan izin Allah. Jika, apabila mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri, mereka datang kepada kamu, dan minta ampun kepada Allah, dan Rasul minta ampun untuk mereka, tentu mereka dapati Allah, Menerima Taubat, Pengasih.
4:92. Tiadalah bagi seorang mukmin untuk membunuh seorang mukmin melainkan dengan silap, dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan silap, maka hendaklah dia merdekakan seorang hamba yang mukmin, dan ganti rugi dibayar kepada keluarganya, kecuali mereka sedekahkannya. Jika dia daripada kaum yang bermusuhan dengan kamu, dan dia seorang mukmin, maka pembunuh hendaklah merdekakan seorang hamba yang mukmin, dan jika dia daripada kaum yang berhubungan dengan kamu dengan perjanjian, maka ganti rugi dibayar kepada keluarganya, dan pembunuh akan merdekakan seorang hamba yang mukmin; jika dia tidak dapatkan, hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut - taubat Allah; Allah Mengetahui, Bijaksana.
4:145. Sesungguhnya orang-orang munafik
berada di dalam bahagian yang paling bawah di Api, dan kamu tidak dapati bagi
mereka sebarang penolong.
4:146. Kecuali orang-orang yang bertaubat,
dan membetulkan, dan berpegang teguh kepada Allah, dan menuluskan agama untuk
Allah. Mereka itu adalah berserta orang-orang mukmin, dan Allah pasti akan
beri orang-orang mukmin upah yang besar.
(orang
munafik)
5:33. Sesungguhnya balasan ke atas orang-orang yang memerangi Allah dan
Rasul-Nya, dan yang berusaha di bumi untuk buat kerosakan - mereka dibunuh,
atau disalib, atau tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka dipotong
berselang-seli, atau mereka dibuang daripada bumi. Itu suatu kerendahan bagi
mereka di dunia; dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar.
5:34. Kecuali
orang-orang yang bertaubat sebelum kamu menguasai mereka. Maka ketahuilah
bahawa Allah Pengampun, Pengasih.
5:39. Sesiapa bertaubat sesudah
kezalimannya, dan dia membetulkan, Allah akan terima taubatnya;
sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
(ayat 5:38
mengenai pencuri)
5:70. Dan Kami telah ambil perjanjian Bani Israil, dan Kami utus Rasul-Rasul kepada mereka.
Setiap kali datang kepada mereka seorang Rasul, dengan apa yang jiwa mereka
tidak inginkan, segolongan mereka
dustakan, dan segolongan lain mereka
bunuh.
5:71. Dan mereka sangka tidak akan jadi cubaan; mereka
jadi buta, dan jadi pekak. Kemudian Allah terima taubat mereka;
kemudian mereka jadi buta lagi, kebanyakan daripada mereka jadi pekak;
dan Allah lihat apa mereka buat.
5:73. Orang-orang tidak percayalah yang berkata, "Allah ialah yang
ketiga daripada yang Tiga." Tidak ada tuhan selain Tuhan Yang Satu. Jika mereka
tidak berhenti daripada apa mereka kata, tentu akan sentuh
orang-orang antara mereka yang tidak percaya, azab yang pedih.
5:74. Tidakkah
mereka bertaubat kepada Allah, dan minta ampunan-Nya? Allah Pengampun,
Pengasih.
6:54. Dan apabila orang-orang yang
percayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu, katakanlah, "Salamun alaikum
(Sejahtera ke atas kamu)." Pemelihara kamu tuliskan (tetapkan) untuk
diri-Nya pengasihan, bahawa sesiapa antara kamu buat jahat dalam
kejahilan, dan sesudah itu bertaubat, dan membetulkan, maka sesungguhnya
Dia Pengampun, Pengasih.
(salamun alaikum)
7:143. Dan apabila Musa datang pada waktu yang Kami tetapkan, dan Pemeliharanya berkata-kata dengannya, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, perlihatkan kepadaku, supaya aku dapat lihat Engkau." Berkatalah Dia, "Kamu tidak akan melihat Aku; tetapi perhatikanlah gunung itu - jika ia tetap di tempatnya, maka kamu akan lihat Aku." Dan apabila Pemeliharanya nampakkan-Nya kepada gunung, Dia membuatnya hancur menjadi debu, dan Musa jatuh pengsan. Setelah dia terjaga, dia berkata, "Engkau disanjung! Aku bertaubat kepada Engkau; aku yang pertama antara orang-orang mukmin."
7:153. Dan orang-orang yang kerjakan kejahatan, kemudian bertaubat sesudah itu, dan percaya, sesungguhnya Pemelihara kamu sesudahnya, Pengampun, Pengasih.
9:3. Satu pengisytiharan daripada Allah dan Rasul-Nya kepada manusia pada hari Haji Besar, "Allah berlepas diri, dan Rasul-Nya, daripada orang-orang yang sekutukan. Maka jika kamu bertaubat, itu lebih baik bagi kamu; tetapi jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa kamu tidak dapat kandaskan Allah." Dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang tidak percaya dengan azab yang pedih,
9:5. Kemudian, apabila bulan-bulan haram sudah pergi, bunuhlah orang-orang yang sekutukan di mana sahaja kamu dapati mereka, dan ambillah mereka, dan tahanlah mereka, dan tunggulah mereka di tiap-tiap tempat untuk memerangkap mereka. Tetapi jika mereka bertaubat, dan jika mereka lakukan solat, dan beri zakat, maka biarkanlah mereka pergi jalan mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
9:11. Namun demikian, jika mereka bertaubat, dan lakukan solat, dan beri zakat, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama; dan Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang tahu.
9:15. Dan Dia hilangkan kemarahan di dalam hati mereka; dan Allah menerima taubat sesiapa Dia hendaki; Allah Mengetahui, Bijaksana.
9:27. Kemudian Allah sesudah itu menerima taubat siapa Dia hendaki; Allah Pengampun, Pengasih.
9:74. Mereka bersumpah dengan Allah bahawa mereka tidak mengatakan, tetapi sesungguhnya mereka mengatakan kata ketidakpercayaan, dan mereka tidak percaya (kafir) setelah mereka islam. Mereka bermaksudkan apa yang mereka tidak akan capai, dan mereka mendendami hanya setelah Allah mencukupkan mereka, dan Rasul-Nya, daripada pemberian-Nya. Maka jika mereka bertaubat, ia adalah lebih baik bagi mereka; jika mereka berpaling, Allah akan azab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat; di bumi mereka tidak ada wali (pelindung), dan tidak juga ada penolong.
9:102. Dan yang lain mengakui kesalahan-kesalahan mereka; mereka telah campuradukkan amalan yang baik dengan yang lain, yang jahat. Mudah-mudahan Allah akan terima taubat mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
9:104. Adakah mereka tahu bahawa Allah Dialah yang terima taubat daripada hamba-hamba-Nya, dan Dia ambil sedekah, dan bahawa Allah, Dia Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih?
9:106. Dan yang lain ditangguhkan hingga perintah Allah, sama ada Dia azab mereka, atau terima taubat mereka; Allah Mengetahui, Bijaksana.
9:112. Orang-orang yang bertaubat,
orang-orang yang menyembah, orang-orang yang memuji, orang-orang yang
berpergian, orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud, orang-orang yang
menyuruh pada yang baik dan melarang daripada yang mungkar, dan orang-orang yang
menjaga had-had (hudud) Allah - dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang
mukmin.
(orang mukmin)
9:117. Allah terima taubat Nabi, dan penghijrah-penghijrah, dan penolong-penolong, yang mengikutinya dalam saat kesukaran, setelah hati segolongan daripada mereka hampir-hampir menyimpang; kemudian Dia terima taubat mereka; sesungguhnya Dia Lembut kepada mereka, Pengasih.
9:118. Dan kepada tiga orang yang ditinggalkan, sehingga apabila bumi terasa sempit bagi mereka, dengan segala keluasannya, dan jiwa mereka terasa sempit bagi mereka, dan mereka sangka tidak ada tempat perlindungan daripada Allah kecuali kepada-Nya, kemudian Dia terima taubat mereka supaya mereka juga bertaubat; sesungguhnya Allah, Dia Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.
9:126. Tidakkah mereka lihat bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun? Namun begitu, mereka masih tidak bertaubat, dan tidak juga mereka mengingati.
11:3. Dan, "Hendaklah kamu minta ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubat kepada-Nya, dan Dia akan beri kesenangan yang baik kepada kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan, dan Dia beri daripada pemberian-Nya kepada setiap orang empunya kelebihan. Tetapi jika kamu berpaling, aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar.
11:52. Dan, wahai kaumku, mintalah ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubat kepada-Nya, dan Dia akan utus langit dengan hujan lebat kepada kamu, dan Dia akan tambahkan kamu dalam kekuatan ke dalam kekuatan kamu; dan janganlah kamu berpaling sebagai orang-orang yang berdosa."
11:61. Dan kepada Tsamud, saudara mereka Salleh; dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah. Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia. Dialah yang tumbuhkan kamu daripada bumi dan tetapkan kamu di dalamnya; maka mintalah ampun kepada-Nya, kemudian bertaubat kepada-Nya. Sesungguhnya Pemeliharaku dekat, dan menyahuti."
11:90. Dan mintalah ampun kepada Pemelihara kamu, kemudian bertaubat kepada-Nya; sesungguhnya Pemeliharaku Pengasih, Penyayang."
11:112. Maka hendaklah kamu berlaku lurus, sebagaimana kamu diperintah, dan sesiapa yang bertaubat bersama kamu; dan janganlah kamu melampaui batas; sesungguhnya Dia lihat apa kamu buat.
13:30. Demikianlah Kami utus kamu kepada satu umat yang sebelumnya beberapa umat telah berlalu untuk bacakan mereka apa yang Kami wahyukan kamu; namun begitu, mereka tidak percaya kepada Yang Pemurah. Katakanlah, "Dia Pemelihara aku; tidak ada tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya aku tawakal, dan kepada-Nya aku bertaubat."
16:119. Kemudian, sesungguhnya Pemelihara kamu - bagi orang-orang yang buat jahat dalam kejahilan, kemudian bertaubat sesudah itu, dan membetulkan - sesungguhnya Pemelihara kamu sesudah itu, Pengampun, Pengasih.
19:59. Kemudian menggantilah selepas mereka pengganti-pengganti yang
sia-siakan solat, dan mengikuti hawa nafsu (syahwat); maka mereka akan temui kesalahan,
19:60. Kecuali orang yang bertaubat, dan percaya,
dan buat kerja-kerja baik ; mereka itu, mereka akan masuk Taman (Jannah), dan
mereka tidak akan dizalimi sedikit pun,
20:82. Sesungguhnya Aku, Yang Pengampun kepada orang yang bertaubat, dan percaya, dan buat kerja-kerja baik , dan akhirnya dapat petunjuk."
20:122. Setelah itu Pemeliharanya memilihnya, dan terima taubatnya, dan Dia memberinya petunjuk.
24:4. Dan orang-orang yang membaling kepada wanita-wanita yang
berkahwin, dan kemudian tidak datangkan empat saksi, maka sebatlah mereka
lapan puluh sebatan, dan janganlah terima sebarang kesaksian mereka
selama-lamanya; mereka itu, merekalah orang-orang fasiq (tidak mempedulikan
perintah Tuhan).
24:5. Kecuali orang-orang yang bertaubat selepas itu,
dan membetulkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
24:10. Tetapi kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, dan bahawa Allah Menerima Taubat, Bijaksana!
24:31. dan katakan kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka tundukkan pandangan mereka, dan jaga kemaluan mereka, dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka letak penudung mereka pada dada mereka, dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka miliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka hentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.
25:68. Yang tidak menyeru tuhan yang lain bersama Allah, dan tidak
membunuh jiwa yang Allah haramkan kecuali dengan patut, dan tidak juga
berzina, kerana sesiapa yang buat demikian itu akan temui harga
dosa.
25:69. Akan dilipatgandakkan azab untuknya pada Hari Kiamat, dan dia
tinggal di dalamnya, terhina selama-lamanya.
25:70. Kecuali orang yang
bertaubat, dan percaya, dan buat amalan (kerja-kerja) yang baik; bagi mereka
itu, Allah akan tukar kejahatan-kejahatan mereka dengan yang baik, dan
Allah Pengampun, Pengasih.
25:71. Dan sesiapa bertaubat, dan buat kerja-kerja baik , dia benar-benar bertaubat kepada Allah dalam taubat.
28:67. Tetapi bagi orang yang bertaubat, dan percaya, dan buat kerja-kerja baik , mudah-mudahan dia termasuk orang-orang beruntung.
33:24. Supaya Allah balas orang-orang yang benar kerana kebenaran mereka, dan azab orang-orang munafik, jika Dia hendaki, atau terima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
33:73. Supaya Allah azab orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang lelaki yang sekutukan dan orang-orang perempuan yang sekutukan; dan supaya Allah terima taubat orang-orang mukmin lelaki, dan orang-orang mukmin perempuan. Allah Pengampun, Pengasih.
40:3. Pengampun kesalahan, Penerima taubat, Keras dalam balasan-Nya, Yang Mewah; tidak ada tuhan melainkan Dia, dan kepada-Nya kepulangan.
40:7. Mereka yang membawa Arasy, dan mereka
di sekelilingnya menyanjung dengan memuji Pemelihara mereka, dan percayai-Nya, dan
mereka minta ampun untuk orang-orang yang percaya, "Wahai Pemelihara kami,
Engkau merangkumi segala sesuatu dalam pengasihan dan pengetahuan; maka
ampunkanlah orang-orang yang bertaubat, dan ikut jalan Engkau, dan
lindungilah mereka daripada azab Jahim.
(doa
malaikat)
42:25. Dia yang terima taubat daripada hamba-hamba-Nya, dan maafkan kejahatan-kejahatan; Dia tahu apa kamu buat.
46:15. Kami wasiatkan manusia, bahawa dia
buat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan
melahirkannya dengan susah payah; pengandungannya dan penyusuannya tiga puluh
bulan. Sehingga, apabila dia sampai dewasa, dan sampai empat puluh tahun, dia
berkata, "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas
rahmat Engkau, yang dengannya Engkau rahmati aku dan bapa dan ibuku, dan
supaya aku buat kerja-kerja baik yang memuaskan hati Engkau, dan
betulkanlah aku, dan juga pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat
kepada Engkau, dan aku termasuk orang-orang yang muslim (tunduk
patuh)."
(doa umur 40 tahun)
49:11. Wahai orang-orang yang percaya,
janganlah sesuatu kaum mengejek kaum yang lain, yang mungkin lebih baik daripada
mereka; dan jangan juga perempuan-perempuan memperolok-olokkan
perempuan-perempuan yang mungkin lebih baik daripada mereka. Dan jangan mencari
kesilapan diri-diri (sesama) kamu, dan jangan juga menghina satu sama lain dengan
nama-nama gelaran. Satu nama yang buruk ialah fasiq setelah iman. Dan sesiapa
tidak bertaubat, maka mereka itu, merekalah orang-orang zalim.
(jangan mengejek)
49:12. Wahai orang-orang yang percaya, jauhilah kebanyakan sangkaan; sebahagian sangkaan adalah dosa. Dan janganlah mengintip, dan jangan juga mengumpat satu sama lain; adakah salah seorang antara kamu suka makan daging saudaranya yang sudah mati? Kamu membencinya! Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah Menerima Taubat, Pengasih.
58:13. Adakah kamu takut, sebelum
bicara rahsia kamu, untuk mendahulukan sedekah? Jika kamu tidak
kerjakan, dan Allah terima taubat kamu, maka lakukan solat, dan
berikan
zakat, dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah sedar apa kamu buat.
(bicara rahsia dengan Nabi)
66:4. Jika kamu berdua (isteri Nabi) bertaubat kepada Allah, hati kamu pasti condong, tetapi jika kamu bantu-membantu terhadap dia, maka Allah, Dia Pelindungnya, dan Jibril, dan yang salih di kalangan orang-orang mukmin; dan sesudah itu, malaikat-malaikat adalah penyokong-penyokongnya.
66:5. Mungkin, jika dia (Nabi) ceraikan kamu, Pemeliharanya akan tukarkan dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang muslim, yang mukmin, yang patuh, yang bertaubat, yang menyembah, yang berpergian, yang janda, dan yang dara.
66:8. Wahai orang-orang yang percaya,
bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang tulus hati; mungkin
Pemelihara kamu akan lepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan
masukkan kamu ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Pada
hari apabila Allah tidak aibkan Nabi dan orang-orang yang percaya bersama
dia, cahaya mereka mengalir di hadapan mereka, dan di sebelah kanan mereka; dan
mereka berkata, “Wahai Pemelihara kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami,
dan ampunkanlah kami; sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.”
(taubat yang tulus hati)
73:20. Pemelihara kamu tahu bahawa kamu berjaga-jaga hampir dua per tiga malam, atau separuhnya, atau satu per tiganya, dan segolongan daripada orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah tentukan malam dan siang. Dia tahu bahawa kamu tidak akan jumlahkannya, dan Dia terima taubat kamu. Maka bacalah daripada Al-Qur’an semudah yang dapat. Dia tahu bahawa antara kamu ada yang sakit, dan yang lain antara kamu berpergian di bumi, mencari pemberian Allah, dan yang lain berperang di jalan Allah. Maka bacalah daripadanya semudah yang dapat. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan pinjamkanlah kepada Allah satu pinjaman yang baik. Apa sahaja kebaikan yang kamu dahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan dapatinya di sisi Allah yang lebih baik, dan upah yang lebih besar. Dan mintalah ampunan Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
85:10. Orang-orang yang aniayai
orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan, dan kemudian tidak
bertaubat, maka bagi mereka azab Jahanam, dan bagi mereka, azab yang
membakar.
(jangan menganiayai mukmin lelaki dan
perempuan)
110:3. Maka sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu, dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dialah yang menerima taubat.
Kalimat
Pilihan
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman