Kalimat ta'ala di dalam al-Qur'an
Di sini dipetik daripada Concordance (Kassis) penjelasan mengenai kalimat ta'ala. Pun begitu, ayat-ayat yang diturunkan adalah daripada Bacaan.
TA'ALA
Although this is a regular verb, the perf. form is used, in the Koran, as an
optative with the Name of God, or surrogate pronoun, "He". There is no
negative form for this word, to be high, to be exalted; (impv) come; (ta'ala
Allahu, or ta'ala) High exalted be God, be He exalted (optative);
(peple. act) one who is exalted; All-exalted (Divine attribute)
perf. act. (optative)
6:100. Namun begitu, mereka adakan bagi Allah, sebagai sekutu-sekutu, jin, padahal Dia yang cipta mereka. Mereka andaikan bagi-Nya anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan tanpa sebarang pengetahuan. Dia disanjung! Tingginya (ta'aalaa) Dia di atas apa mereka terangkan.
7:190. Tetapi apabila Dia beri mereka anak yang salih, mereka adakan bagi-Nya sekutu-sekutu, pada apa yang Dia telah beri mereka. Tingginya Allah (ta'aala -llaahu) daripada apa yang mereka sekutukan!
10:18. Mereka sembah, selain daripada Allah, apa yang tidak mudaratkan mereka dan tidak juga manfaatkan mereka, dan mereka berkata, "Mereka ini pengantara-pengantara kami di sisi Allah." Katakanlah, "Adakah kamu beritahu Allah apa yang Dia tidak tahu, sama ada di langit atau di bumi?" Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan.
16:1. Perintah Allah pasti datang; maka janganlah minta disegerakan. Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan.
16:3. Dia cipta langit dan bumi dengan benar; tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan.
17:43. Dia disanjung! Tingginya Dia dengan ketinggian besar daripada apa mereka kata!
20:114. Maka, tingginya Allah (ta'aala -llaahu), Raja yang benar! Dan janganlah bercepat-cepat dengan al-Qur'an, sebelum wahyunya disempurnakan kepada kamu, dan katakan, "Wahai Pemeliharaku, tambahkanlah aku dalam pengetahuan."
23:92. Yang tahu yang ghaib, dan yang nyata; tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan.
23:116. Maka tingginya Allah (ta'aala -llaahu), Raja, Yang Benar! Tidak ada tuhan melainkan Dia, Pemelihara Arasy yang mulia.
27:63. Atau, siapakah yang beri petunjuk kepada kamu dalam kegelapan darat dan laut, dan utus angin, membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya? Adakah tuhan selain Allah? Tingginya Allah (ta'aala -llaahu) daripada apa yang mereka sekutukan.
28:68. Pemelihara kamu cipta apa sahaja Dia hendaki, dan Dia pilih; mereka tidak ada pilihan. Allah disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan!
30:40. Allah ialah Dia yang cipta kamu, kemudian Dia rezekikan kamu, kemudian Dia matikan kamu, kemudian Dia hidupkan kamu; adakah daripada sekutu-sekutu kamu yang buat sesuatu daripada yang demikian itu? Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan!
39:67. Mereka tidak pertimbangkan Allah dengan pertimbangan-Nya yang sebenar. Bumi kesemuanya berada dalam genggaman-Nya pada Hari Kiamat, dan langit digulung di tangan kanan-Nya. Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan!
72:3. Dan bahawasanya tingginya kebesaran Pemelihara kami (ta'aalaa jaddu rabbinaa)! - tidak ambil kepada-Nya sama ada isteri atau anak.
impv. (ta'ala)
3:61. Dan sesiapa debat kamu mengenainya, setelah pengetahuan datang kepada kamu, maka katakanlah, "Marilah, hendaklah kita seru anak-anak kami dan anak-anak kamu, dan isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, dan diri-diri kami dan diri-diri kamu, kemudian hendaklah kita mohon dengan rendah hati dan letakkan laknat Allah ke atas orang-orang yang berdusta."
3:64. Katakanlah, "Wahai ahli Kitab, marilah kepada satu kata yang sama, antara kami dan kamu, bahawa kita tidak sembah melainkan Allah, dan bahawa kita tidak sekutukan sesuatu dengan-Nya, dan janganlah sebahagian kita ambil sebahagian yang lain sebagai pemelihara-pemelihara, selain daripada Allah." Dan jika mereka berpaling, katakanlah, "Saksilah bahawa kami adalah muslim."
3:167. Dan supaya Dia tahu orang-orang munafik apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah berperang di jalan Allah, atau tangkislah." Mereka berkata, "Sekiranya kami tahu bagaimana hendak berperang, tentu kami ikut kamu." Mereka pada hari itu adalah lebih dekat dengan ketidakpercayaan (kekafiran) daripada keimanan mereka, dengan mengatakan dengan mulut mereka apa yang tidak ada di dalam hati mereka; dan Allah sangat-sangat tahu apa yang mereka sembunyikan.
4:61. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah kepada apa yang Allah turunkan, dan Rasul", kemudian kamu lihat orang-orang munafik halangi kamu dengan halangan yang keras.
5:104. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah kepada apa yang Allah turunkan, dan Rasul," mereka berkata, "Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati pada bapa-bapa kami." Apa? Meskipun bapa-bapa mereka tidak tahu sesuatu, dan mereka tidak dapat petunjuk?
6:151. Katakanlah, "Marilah, aku akan bacakan apa yang Pemelihara kamu haramkan kamu: bahawa kamu tidak sekutukan sesuatu dengan-Nya, dan buat baik kepada ibu bapa, dan tidak membunuh anak-anak kamu kerana kemiskinan; Kami beri rezeki kepada kamu, dan kepada mereka; dan bahawa kamu tidak dekati sebarang kesumbangan, yang nampak atau yang tersembunyi, dan bahawa kamu tidak membunuh jiwa yang Allah haramkan, kecuali dengan patut. Itu yang Dia wasiatkan kamu dengannya, supaya kamu faham.
33:28. Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, "Jika kamu hendak kehidupan dunia dan perhiasannya, marilah, aku akan beri peruntukan untuk kamu, dan lepaskan kamu dengan pelepasan yang manis.
63:5. Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Marilah, dan Rasul Allah akan minta ampun untuk kamu”, mereka memaling-malingkan kepala mereka, dan kamu lihat mereka memusingkan muka-muka mereka, dengan sombong.
peple. act (muta'aali)
13:9. Yang Tahu yang ghaib dan yang nyata, Yang Besar, Yang Tinggi.
~ A Concordance of the Qur'an ms 258
Kalimat
Pilihan
Terkini
Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman