Kalimat syaitan di dalam al-Qur'an


Ayat-ayat al-Qur'an mengandungi perkataan "syaitan" (menurut kronologi) adalah:

 

2:14. Apabila mereka berjumpa dengan orang-orang yang percaya, mereka berkata, "Kami percaya", tetapi apabila mereka menyendiri kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata, "Kami bersama kamu; kami hanyalah orang-orang yang berolok-olok."

2:36. Kemudian syaitan gelincirkan mereka daripadanya, dan keluarkan mereka dari dalam apa mereka berada, dan Kami berkata, "Turunlah kamu, sebahagian kamu jadi musuh bagi sebahagian yang lain, dan di bumi sebuah tempat menginap bagi kamu, dan kesenangan untuk suatu waktu."
(kisah Adam dan isteri digelincirkan syaitan)

2:102. Dan mereka ikut apa yang syaitan-syaitan bacakan semasa kerajaan Sulaiman. Sulaiman bukan tidak percaya (kafir) tetapi syaitan-syaitanlah yang tidak percaya, dengan mengajar manusia sihir, dan apa diturunkan kepada dua malaikat Babil, Harut dan Marut; mereka tidak ajar seseorang tanpa mereka berkata, "Kami hanya cubaan, jangan kamu tidak percaya (kafir)." Daripada mereka, mereka belajar bagaimana mereka boleh pecahkan seorang lelaki dan isterinya, tetapi mereka tidak dapat mudaratkan seseorang dengannya, melainkan dengan izin Allah. Dan mereka pelajari apa yang mudaratkan mereka, dan tidak manfaatkan mereka, dengan mengetahui benar bahawa sesiapa membelinya, dia tidak ada bahagian di akhirat; buruknya apa yang mereka jual diri-diri mereka dengannya, jika mereka tahu.
(syaitan ajar sihir, memecahkan pasangan, apa yang tidak bermanfaat; tiada bahagian di akhirat)

2:168. Wahai manusia, makanlah apa yang di bumi, yang halal dan baik, dan jangan ikut langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.

2:208. Wahai orang-orang yang percaya, masuklah ke dalam kesejahteraan kesemua kamu, dan jangan ikut langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.

2:268. Syaitan janjikan kamu kemiskinan dan suruh kamu pada kesumbangan, tetapi Allah janjikan kamu ampunan-Nya dan pemberian-Nya; dan Allah Merangkumi, Mengetahui.
(syaitan larang beri nafkah yang Tuhan janjikan ampunan dan pemberian-Nya; ia juga menyuruh buat kesumbangan)

2:275. Orang-orang yang makan riba tidak akan berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia ditundukkan dengan sentuhan syaitan; itu ialah kerana mereka kata, "Jual beli adalah serupa dengan riba." Allah halalkan jual beli, dan haramkan riba. Sesiapa yang didatangkan kepadanya satu teguran daripada Pemeliharanya, dan dia berhenti, maka baginya apa yang telah lalu, dan urusannya kepada Allah; tetapi sesiapa ulanginya, mereka itulah penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
(syaitan dan riba)

3:36. Dan apabila dia melahirkannya, dia berkata, "Pemeliharaku, aku telah melahirkannya, seorang perempuan." Allah sangat tahu apa yang dia lahirkan, dan bukanlah anak lelaki seperti perempuan, "Dan aku namakan dia Mariam, dan melindungkannya kepada Engkau dengan keturunannya, daripada syaitan yang direjam."
(doa setelah melahirkan anak, mohon diperlindungkan daripada syaitan)

3:155. Orang-orang antara kamu yang berpaling pada hari dua kumpulan bertemu, syaitan gelincirkan mereka kerana sebahagian apa yang mereka usahakan, tetapi Allah maafkan mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Penyantun.
(berpaling dalam peperangan)

3:175. Itu adalah syaitan yang menakut-nakutkan wali-walinya (sahabat-sahabatnya), maka jangan takut pada mereka, tetapi kamu takutilah Aku, jika kamu orang-orang mukmin.
(syaitan menakut-nakutkan)

4:38. Orang-orang yang nafkahkan harta mereka untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan mereka tidak percayai Allah dan Hari Akhir. Sesiapa yang mempunyai syaitan untuk teman yang dipercayai, maka ia adalah teman dipercayai yang jahat.
(nafkah untuk menunjuk-nunjuk)

4:60. Tidakkah kamu renungkan orang-orang yang dakwa bahawa mereka percaya kepada apa diturunkan kepada kamu, dan apa diturunkan sebelum kamu, hendak berhakim kepada Thagut dalam perselisihan mereka, dan sungguh, mereka diperintah supaya tidak percayainya, tetapi syaitan hendak sesatkan mereka dalam kesesatan yang jauh.
(syaitan sesatkan dengan berhakimkan kepada selain al-Quran)

4:76. Orang-orang yang percaya berperang di jalan Allah, dan orang-orang tidak percaya berperang di jalan Thagut. Maka perangilah wali-wali (sahabat-sahabat) syaitan; sesungguhnya muslihat syaitan lemah.

4:83. Apabila datang kepada mereka suatu urusan, sama ada daripada keamanan atau ketakutan, mereka siarkannya; tetapi jika mereka kembalikannya kepada Rasul, dan kepada orang-orang yang dalam urusan mereka, orang-orang antara mereka yang ditugaskan untuk selidikinya, tentu akan ketahuinya. Dan sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, tentu kamu akan ikut syaitan, kecuali sedikit.
(ikut penyelidik atau syaitan)

4:117. Tiadalah yang mereka seru selain daripada Dia melainkan perempuan; dan tiadalah mereka seru melainkan syaitan yang derhaka,

4:119. Dan sungguh, aku akan sesatkan mereka, dan penuhi mereka dengan khayalan, dan aku akan suruh mereka dan mereka akan potong telinga binatang ternak; aku akan suruh mereka dan mereka akan ubah ciptaan Allah." Sesiapa yang ambil syaitan untuknya sebagai wali (pelindung), menggantikan Allah, dia menderita satu kerugian yang nyata, serugi-ruginya.

4:120. Ia janjikan mereka, dan penuhi mereka dengan khayalan, tetapi tiadalah yang syaitan janjikan mereka melainkan tipuan.

5:90. Wahai orang-orang yang percaya, arak, judi, berhala-berhala dan ramalan anak-anak panah, adalah kotoran, sebahagian daripada amalan syaitan; maka jauhilah ia agar kamu beruntung.
5:91. Syaitan hanya hendak sebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi, dan untuk halangi kamu daripada Peringatan Allah, dan daripada solat. Mahukah kamu berhenti?
(sebahagian daripada amalan syaitan)

6:43. Kalaulah, apabila bencana Kami datang kepada mereka, mereka rendahkan diri! Tetapi hati mereka keras, dan syaitan menampakkan indah bagi mereka apa mereka buat.

6:68. Apabila kamu lihat orang-orang yang terjun pada ayat-ayat Kami, berpalinglah daripada mereka sehingga mereka terjun pada hadis (bicara) yang lain; dan, jika syaitan jadikan kamu lupa, janganlah duduk setelah mengingatkan bersama kaum yang zalim.
(jadikan lupa)

6:71. Katakanlah, "Adakah kita akan seru, selain daripada Allah, sesuatu yang tidak bermanfaat, dan tidak juga mudaratkan kita, dan adakah kita akan dikembalikan di atas tumit-tumit kita setelah Allah beri petunjuk kepada kita? Seperti orang yang digoda hingga kebingungan di bumi oleh syaitan-syaitan, walaupun dia mempunyai teman-teman yang menyerunya kepada petunjuk, 'Datanglah kepada kami!'" Katakanlah, "Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar, dan kita diperintah supaya tunduk patuh kepada Pemelihara semua alam,
(menggoda hingga membingungkan daripada petunjuk Allah)

6:112. Begitulah Kami adakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu hendak, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.
(2 jenis syaitan - jin dan manusia; ucapan indah; mengadakan dalam agama)

6:121. Dan janganlah makan apa yang padanya nama Allah tidak disebut; ia adalah kefasiqan. Syaitan-syaitan mewahyukan wali-wali (sahabat-sahabat) mereka untuk membantah kamu, dan jika kamu taati mereka, kamulah orang-orang yang sekutukan.

6:142. Dan daripada binatang ternak, untuk pengangkutan dan untuk disembelih, makanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu, dan jangan ikut langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.

7:20. Kemudian syaitan bisik kepada mereka, untuk menampakkan kepada mereka apa yang disembunyikan daripada mereka, bahagian-bahagian aib mereka. Berkata, "Pemelihara kamu larang kamu daripada pokok ini hanya supaya kamu jadi malaikat-malaikat, atau kamu jadi makhluk-makhluk yang hidup selama-lamanya."
(kisah Adam dan isteri)

7:22. Maka ia membujuk mereka dengan tipuan; dan apabila mereka merasakan pokok itu, bahagian-bahagian aib mereka jadi nyata kepada mereka, lalu mereka mulai menjahit pada mereka daun-daun Taman. Dan Pemelihara mereka panggil mereka, "Tidakkah Aku telah larang kamu berdua daripada pokok ini, dan berkata kepada kamu, 'Sesungguhnya syaitan bagi kamu adalah musuh yang nyata'?"

7:27. Wahai Bani Adam, janganlah syaitan goda kamu sebagaimana ia keluarkan ibu bapa kamu dari Taman, dengan melucutkan daripada mereka pakaian mereka, untuk perlihatkan kepada mereka bahagian-bahagian aib mereka. Sesungguhnya ia melihat kamu, ia dan sukunya, dari mana kamu tidak melihat mereka. Kami buatkan syaitan-syaitan wali-wali bagi orang-orang tidak percayai.

7:30. Segolongan Dia beri petunjuk, dan segolongan wajar dengan kesesatan; mereka ambil syaitan-syaitan sebagai wali-wali (sahabat-sahabat), selain daripada Allah, dan mereka sangka mereka dapat petunjuk."
(syaitan sebabagi sahabat; sangka dapat petunjuk)

7:175. Dan bacakan kepada mereka berita orang yang kepadanya Kami beri ayat-ayat Kami, tetapi dia mencampakkannya, dan syaitan mengikutinya, dan dia jadi antara orang-orang yang bersalah.
(syaitan ikut orang yang mencampakkan ayat-ayat Allah)

7:200. Jika suatu provokasi daripada syaitan memprovokasikan kamu, berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dia Mendengar, Mengetahui.
(syaitan dan provokasi)

7:201. orang-orang bertakwa, apabila kunjungan syaitan sentuh mereka, mereka ingat, dan kemudian melihat.

8:11. Apabila menjadikan tidur nyenyak menutupi kamu sebagai keamanan daripada-Nya, dan turunkan kepada kamu air dari langit untuk bersihkan kamu dengannya, dan untuk hilangkan daripada kamu kecemaran syaitan, dan untuk kuatkan hati kamu, dan untuk teguhkan kaki kamu dengannya.

8:48. Dan apabila syaitan nampakkan amalan-amalan mereka indah bagi mereka, dan berkata, "Pada hari ini, tiada manusia akan menang terhadap kamu kerana aku jiran kamu." Tetapi apabila kedua-dua pasukan berlihat-lihatan, ia berundur di atas tumit-tumitnya, dengan berkata, "Aku berlepas diri daripada kamu, kerana aku lihat apa yang kamu tidak lihat. Aku takut kepada Allah; dan Allah keras dalam balasan-Nya."

12:5. Dia berkata, "Wahai anakku, janganlah ceritakan mimpi kamu kepada saudara-saudara kamu supaya mereka tidak buat muslihat terhadap kamu dengan tipu muslihat. Sesungguhnya syaitan, kepada manusia, adalah musuh yang nyata.
(kisah Nabi Yusuf)

12:42. Kemudian dia (Nabi Yusuf) berkata kepada orang yang dia sangka akan diselamatkan antara keduanya, "Sebutlah aku kepada pemelihara kamu." Tetapi syaitan jadikan dia lupa untuk menyebutnya kepada pemeliharanya, supaya dia tetap di dalam penjara selama beberapa tahun.

12:100. Dan dia (Nabi Yusuf) naikkan kedua ibu bapanya ke atas arasy (singgahsana); dan yang lain, jatuh bersujud kepadanya. Berkata, "Ayah, inilah interpretasi mimpi saya yang dahulu; Pemelihara saya telah membuatnya benar. Dia telah berbudi baik kepada saya apabila Dia keluarkan saya dari penjara, dan Dia datangkan kamu dari gurun setelah syaitan selisihkan antara saya dan saudara saya. Pemelihara saya halus terhadap apa Dia hendaki; sesungguhnya Dialah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana.

14:22. Dan syaitan berkata, apabila perkara telah diputuskan, "Sesungguhnya Allah telah janjikan kamu satu janji yang benar; dan aku janjikan kamu, kemudian aku mungkiri kamu, kerana aku tidak ada kuasa terhadap kamu, melainkan aku seru kamu, dan kamu sahuti aku. Maka jangan kamu cela aku, tetapi celalah diri kamu sendiri; aku tidak dapat tolong kamu, dan tidak juga kamu dapat tolong aku. Aku tidak percaya kepada persekutuan aku dengan Allah daripada kamu dari dahulu." Bagi orang-orang zalim, bagi mereka, azab yang pedih.
(syaitan jenis manusia dipersekutukan di dunia)

15:17. Dan jaga mereka daripada tiap-tiap syaitan yang direjam.
('mereka' - gugusan bintang)

16:63. Demi Allah, sesungguhnya Kami telah utus kepada umat-umat sebelum kamu, tetapi syaitan menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka; ia adalah wali (pelindung) mereka pada hari ini, dan bagi mereka, azab yang pedih.

16:98. Apabila kamu membaca Al-Qur'an, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam.
(mohon perlindungan daripada syaitan)

17:27. Orang-orang yang boros adalah saudara syaitan, dan syaitan tidak berterima kasih (kafir) kepada Pemeliharanya.
(boros teman syaitan)

17:53. Dan katakan kepada hamba-hamba-Ku, bahawa mereka berkata perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya syaitan buat provokasi antara mereka, dan syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.
(ucapan buruk; provokasi)

17:64. Dan kejutlah sesiapa antara mereka yang kamu boleh dengan suara kamu, dan kumpulkanlah terhadap mereka pasukan berkuda kamu dan pasukan kamu yang berjalan kaki, dan bersekutulah dengan mereka dalam harta mereka dan anak-anak mereka, dan janjikanlah mereka!" Tetapi syaitan tidak janjikan mereka kecuali tipuan.

18:63. Berkata, "Apa pendapat kamu? Tatkala kita ambil perlindungan di batu, lalu aku lupakan ikan; dan hanya syaitanlah yang buat aku lupakannya, supaya aku tidak ingatkannya; dan ia ambil jalannya ke laut dengan cara menakjubkan."

19:44. Ayah, jangan sembah syaitan; sesungguhnya syaitan adalah penentang Yang Pemurah.

19:45. Ayah, aku takut bahawa sebahagian azab daripada Yang Pemurah akan sentuh kamu supaya kamu jadi wali (sahabat) syaitan."

19:68. Demi Pemelihara kamu, sungguh Kami akan kumpulkan mereka, dan syaitan-syaitan, kemudian Kami arakkan mereka di sekeliling Jahanam dengan melutut.
(syaitan turut berarak)

19:83. Tidakkah kamu lihat bagaimana Kami utus syaitan-syaitan terhadap orang-orang tidak percaya untuk menyucuk mereka, dengan cucukan?
(dihantar kepada orang tidak percaya)

20:120. Kemudian syaitan bisik kepadanya, dengan berkata, "Wahai Adam, bolehkah aku tunjukkan kepada kamu Pokok Yang Kekal, dan sebuah kerajaan yang tidak binasa?"

21:82. Dan daripada syaitan-syaitan, sebahagian menyelam untuknya dan buat amalan yang lain di samping itu; dan Kamilah yang jaga mereka.
(syaitan zaman Nabi Sulaiman - penyelam)

22:3. Dan antara manusia ada orang yang membantah mengenai Allah tanpa pengetahuan, dan ikut setiap syaitan yang derhaka.
(membantah mengenai Allah tanpa pengetahuan)

22:52. Kami tidak utus seseorang Rasul, dan tidak juga seseorang Nabi sebelum kamu, melainkan bahawa apabila dia berkhayal, syaitan lemparkan ke dalam khayalannya; tetapi Allah hapuskan apa yang dilempar syaitan, kemudian Allah tentukan ayat-ayat-Nya; Allah Mengetahui, Bijaksana.
(Rasul, nabi dengan khayalan daripada syaitan)

22:53. Supaya Dia buatkan, apa yang syaitan lemparkan, satu cubaan bagi orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang yang hati mereka keras; dan sesungguhnya orang-orang zalim adalah dalam perpecahan yang jauh.

23:97. Dan katakan, "Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan,
23:98. Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku."
(doa mohon perlindungan daripada syaitan yang sebenar)

24:21. Wahai orang-orang yang percaya, jangan ikut langkah-langkah syaitan, kerana sesiapa yang ikut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya ia menyuruh pada kesumbangan dan mungkar. Sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu dan pengasihan-Nya, tentu tiada seorang pun antara kamu yang menjadi suci selama-lamanya; tetapi Allah menyucikan siapa Dia hendaki; dan Allah Mendengar, Mengetahui.

25:29. Sesungguhnya dia sesatkan aku daripada Peringatan setelah ia datang kepadaku; syaitan adalah pengabai manusia."
(sesatkan daripada al-Quran; pengabai manusia)

26:210. Tidaklah oleh syaitan-syaitan ia (al-Qur'an) dibawa turun,

26:221. Bolehkah aku beritahu kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan turun?
26:222. Mereka turun kepada tiap-tiap penyamar yang berdosa.
26:223. Mereka mendengar, tetapi kebanyakan mereka adalah pendusta-pendusta.

27:24. Aku dapati dia dan kaumnya sujud kepada matahari, selain daripada Allah; syaitan menampakkan indah amalan-amalan mereka bagi mereka, dan ia halangi mereka daripada jalan, maka mereka tidak dapat petunjuk,
(nampakkan amalan indah; halang jalan Allah)

28:15. Dan dia (Nabi Musa) masuk kota sewaktu penduduknya sedang lalai, dan dia dapati di dalamnya dua orang lelaki sedang berperang; yang satu adalah daripada golongannya sendiri, dan yang lain, daripada musuhnya. Kemudian yang daripada golongannya minta pertolongan kepadanya terhadap musuhnya; maka Musa menumbuknya, dan menentukannya (matikannya), dan berkata, "Ini adalah daripada amalan syaitan; sesungguhnya ia musuh yang menyesatkan, yang nyata."

29:38. Dan Ad, dan Tsamud - telah jadi nyata bagi kamu daripada tempat-tempat tinggal mereka; dan syaitan menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka, dan halangi mereka daripada jalan, walaupun mereka adalah orang-orang yang melihat dengan jelas.

31:21. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Ikutlah apa yang Allah turunkan", mereka berkata, "Tidak, tetapi kami ikut apa yang kami dapati pada bapa-bapa kami." Apa? Walaupun syaitan menyeru mereka kepada azab yang menyala?
(ikut bapa-bapa, tidak mahu ikut al-Qur'an)

35:6. Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu; maka ambillah ia sebagai musuh. Ia menyeru golongannya hanya supaya mereka jadi di kalangan penghuni-penghuni Menyala.

36:60. Tidakkah Aku buat perjanjian dengan kamu, wahai Bani Adam, bahawa kamu tidak sembah syaitan - sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu,

37:7. Dan untuk jaga daripada setiap syaitan yang derhaka.

37:65. Seludang-seludangnya seperti kepala-kepala syaitan,

38:37. Dan syaitan-syaitan, tiap-tiap ahli binaan dan penyelam,

38:41. Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayub; apabila dia panggil Pemeliharanya, "Sesungguhnya syaitan menyentuhku dengan keletihan dan azab."

41:36. Jika satu provokasi daripada syaitan memprovokasikan kamu, berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui.
(provokasi)

43:36-37. Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami tentukan syaitan untuk menjadi teman yang dipercayai, Dan mereka halangi mereka daripada jalan, dan mereka sangka mereka dapat petunjuk,
(syaitan adalah teman baik orang yang membutakan diri daripada al-Qur'an, dan ia buat orang itu sangka dapat petunjuk)

43:62. Janganlah syaitan menghalangi kamu; ia, bagi kamu, musuh yang nyata.

47:25. Orang-orang yang kembali (murtad) ke belakang mereka setelah petunjuk jadi jelas bagi mereka, syaitanlah yang menghasut mereka, dan memanjangkan angan-angan mereka.
(syaitan hasut sampai murtad dengan angan-angan)

58:10. Bicara rahsia adalah daripada syaitan, supaya orang-orang yang percaya bersedih; tetapi ia tidak mudaratkan mereka sedikit pun, kecuali dengan izin Allah, dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin tawakal.
(bicara rahsia)

58:19. Syaitan telah menguasai mereka, dan jadikan mereka melupakan Peringatan Allah. Mereka itu golongan syaitan; sesungguhnya golongan syaitan, merekalah orang-orang yang rugi!
(melupakan ayat Allah - golongan syaitan)

59:16. Persamaan syaitan, apabila ia berkata kepada manusia, "Jangan percaya"; kemudian apabila dia tidak percaya, ia berkata, "Sesungguhnya aku berlepas diri daripada kamu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Pemelihara semua alam."
(suruh manusia jangan percaya)

67:5. Dan Kami hiasi langit dunia dengan pelita-pelita, dan membuatnya untuk merejam syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab yang Menyala.

81:25. Dan ia (al-Qur'an) bukanlah ucapan syaitan yang direjam.

~ Concordance muka surat 1151


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis
kepada Pengurus Laman