Kalimat sunnah di dalam al-Qur’an
	
Pada ajaran Allah yang terkandung di dalam al-Qur'an, kalimat 
sunnah disebut sebanyak 15 kali sementara bilangan ayat yang membawanya 
berjumlah 11. Namun,  tiada satu pun kalimat, mahu pun ayat, yang menyebut 
kata sunnah nabi atau sunnah Rasul. Demikianlah disimpulkan 
daripada ayat-ayat berikut:
	3:137. Berbagai-bagai sunnah (resam) telah 
berlalu sebelum kamu, maka mengembaralah di bumi, dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang dustakan. 
(resam dahulu 
adalah balasan kepada orang-orang yang dustakan ayat-ayat 
Allah)
4:26. Allah hendak jelaskan kepada kamu, dan untuk beri petunjuk kepada kamu pada sunnah (resam) orang-orang sebelum kamu, dan untuk terima taubat kamu; Allah Mengetahui, Bijaksana.
8:38. Katakanlah kepada orang-orang tidak percaya, jika mereka berhenti, Dia akan ampunkan mereka atas apa yang telah lalu; tetapi jika mereka mengulangi, sunnah (resam) orang-orang dahulu kala telah pun berlalu!
15:13. Mereka tidak percayainya, walaupun sunnah (resam) orang-orang dahulu kala telah pun berlalu.
	17:77. Sunnah (resam) orang-orang yang Kami 
utus sebelum kamu, daripada Rasul-Rasul Kami, dan kamu akan dapati tiada 
perubahan pada sunnah Kami. 
(tiada perubahan pada 
sunnah Allah)
18:55. Dan tiada yang halang manusia daripada percaya apabila petunjuk datang kepada mereka, dan minta ampun kepada Pemelihara mereka, melainkan bahawa sunnah (resam) orang-orang dahulu kala akan datang kepada mereka, atau bahawa azab datang kepada mereka berhadapan muka.
33:38. Tidak ada kesalahan ke atas Nabi mengenai apa yang Allah telah tetapkan untuknya - sunnah (resam) Allah pada orang-orang yang telah berlalu sebelumnya; dan perintah Allah adalah ketetapan yang telah ditetapkan.
	33:62. Sunnah (resam) Allah pada 
orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu; dan kamu akan dapati tiada 
pertukaran pada sunnah Allah. 
(lagi disebut 
mengenai sunnah Allah yang tidak berubah)
	35:43. Dengan menyombong di bumi, dan buat 
tipu daya yang jahat; tetapi tipu daya yang jahat hanya meliputi ahli yang 
lakukannya. Maka tidakkah mereka menanti-nanti melainkan sunnah (resam) 
orang-orang dahulu kala? Kamu tidak akan dapati sebarang pertukaran pada 
sunnah Allah, dan kamu tidak akan dapati sebarang penyimpangan pada 
sunnah Allah. 
(tiada pertukaran dan penyimpangan 
pada sunnah Allah)
40:85. Tetapi iman mereka, apabila mereka melihat bencana Kami, tidak bermanfaat kepada mereka - sunnah (resam) Allah, seperti yang telah berlalu pada hamba-hamba-Nya; maka rugilah orang-orang tidak percaya di sana.
	48:23. Sunnah (resam) Allah seperti yang 
telah berlalu sebelumnya, dan kamu tidak akan dapati sebarang pertukaran pada 
	sunnah Allah. 
(sunnah Allah tidak berubah dari 
zaman dahulu, iaitu orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat-Nya akan 
diazab)
 
	Terkini  Artikel 
	Perpustakaan 
Bacaan  E-Mail 
	Hiasan  Keratan 
Akhbar
Penemuan  
	Soalan Lazim 
Sudut Pelajar  
	English 
Articles 
	
 
 Tulis kepada Pengurus Laman