Kalimat sumbang di dalam al-Qur'an
Perkataan sumbang diterjemah daripada
kalimat fahsha dan fahishah yang diguna di dalam al-Qur'an.
Ayat-ayat mengandungi kalimat tersebut adalah:
(i) fahsha:
2:169. Ia hanya suruh kamu pada kejahatan dan kesumbangan, dan supaya kamu katakan terhadap Allah apa yang kamu tidak tahu.
2:268. Syaitan janjikan kamu kemiskinan dan suruh kamu pada kesumbangan, tetapi Allah janjikan kamu ampunan-Nya dan pemberian-Nya; dan Allah Merangkumi, Mengetahui.
7:28. Dan apabila mereka lakukan kesumbangan, mereka berkata, "Kami dapati bapa-bapa kami melakukannya, dan Allah perintahkan kami dengannya." Katakanlah, "Allah tidak perintahkan kesumbangan; apa, adakah kamu kata mengenai Allah apa yang kamu tidak tahu?"
12:24. Dan sungguh dia (perempuan) bermaksud kepadanya, dan dia (Yusuf) mengambilnya jika dia tidak melihat bukti Pemeliharanya. Demikianlah, supaya Kami palingkan daripadanya kejahatan dan kesumbangan; dia adalah antara hamba-hamba Kami yang tulus.
16:90. Sesungguhnya Allah menyuruh buat keadilan, dan buat baik, dan memberi sanak saudara; dan Dia melarang kesumbangan, dan kemungkaran, dan keangkuhan, dengan menegurkan kamu supaya kamu mengingati.
24:21. Wahai orang-orang yang percaya, jangan ikut langkah-langkah syaitan, kerana sesiapa yang ikut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya ia menyuruh pada kesumbangan dan mungkar. Sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu dan pengasihan-Nya, tentu tiada seorang pun antara kamu yang menjadi suci selama-lamanya; tetapi Allah menyucikan siapa Dia hendaki; dan Allah Mendengar, Mengetahui.
29:45. Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada al-Kitab, dan lakukan solat; solat melarang kesumbangan dan mungkar. Mengingat Allah adalah lebih besar; dan Allah tahu apa yang kamu kerjakan.
(ii) fahishah:
3:135. Yang, apabila mereka lakukan satu kesumbangan, atau menzalimi diri-diri mereka sendiri, mengingati Allah dan minta ampun atas kesalahan-kesalahan mereka, dan siapakah yang akan ampunkan kesalahan-kesalahan melainkan Allah? Dan mereka tidak berterusan dalam apa yang mereka lakukan sedang mereka tahu.
4:15. Dan perempuan-perempuan kamu yang lakukan kesumbangan, panggillah empat antara kamu untuk menyaksikan terhadap mereka; dan jika mereka saksikan, tahanlah mereka di dalam rumah-rumah mereka sehingga kematian matikan mereka, atau Allah adakan bagi mereka satu jalan.
4:16. Dan apabila dua orang antara kamu (lelaki) melakukannya (kesumbangan), maka hukumlah keduanya; tetapi jika mereka bertaubat, dan membetulkan, maka berpalinglah daripada keduanya. Sesungguhnya Allah Yang Menerima Taubat, Pengasih.
4:19. Wahai orang-orang yang percaya, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan paksa; dan jangan juga halangi mereka supaya kamu pergi dengan sebahagian apa yang kamu sudah beri mereka, kecuali apabila mereka lakukan kesumbangan yang nyata. Bergaullah dengan mereka dengan baik; atau jika kamu benci mereka, mungkin kamu benci sesuatu padahal Allah buatkan padanya banyak kebaikan.
4:22. Dan jangan kahwin perempuan-perempuan yang bapa-bapa kamu telah kahwini, kecuali apa yang telah lalu; sesungguhnya itu sumbang, dan dibenci, dan satu jalan yang jahat.
4:25. Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan kahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin, maka dia ambil hamba pemudi mukmin yang tangan kanan kamu miliki; Allah sangat-sangat tahu mengenai keimanan kamu, sebahagian kamu daripada sebahagian lain. Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka, dan beri mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam zina, atau ambil sebagai teman rahsia, tetapi apabila mereka sudah dinikahi dan jika mereka lakukan kesumbangan, maka bagi mereka separuh daripada azab wanita yang merdeka. Itu adalah bagi orang-orang antara kamu yang takuti penderitaan (dosa zina); dan lebih baik bagi kamu jika kamu sabar. Allah Pengampun, Pengasih.
6:151. Katakanlah, "Marilah, aku akan bacakan apa yang Pemelihara kamu haramkan kamu: bahawa kamu tidak sekutukan sesuatu dengan-Nya, dan buat baik kepada ibu bapa, dan tidak membunuh anak-anak kamu kerana kemiskinan; Kami beri rezeki kepada kamu, dan kepada mereka; dan bahawa kamu tidak dekati sebarang kesumbangan, yang nampak atau yang tersembunyi, dan bahawa kamu tidak membunuh jiwa yang Allah haramkan, kecuali dengan patut. Itu yang Dia wasiatkan kamu dengannya, supaya kamu faham.
7:28. Dan apabila mereka lakukan kesumbangan, mereka berkata, "Kami dapati bapa-bapa kami melakukannya, dan Allah perintahkan kami dengannya." Katakanlah, "Allah tidak perintahkan kesumbangan; apa, adakah kamu kata mengenai Allah apa yang kamu tidak tahu?"
7:33. Katakanlah, "Pemeliharaku hanya haramkan kesumbangan yang nampak dan yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, dan keangkuhan tanpa patut, dan kamu sekutukan Allah dengan apa yang Dia tidak turunkan kuasa, dan kamu kata mengenai Allah apa yang kamu tidak tahu."
7:80. Dan Lut, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Apa, adakah kamu lakukan kesumbangan yang tidak pernah seseorang pun di semua alam lakukannya sebelum kamu?
17:32. Dan janganlah mendekati zina; sesungguhnya ia satu kesumbangan, dan jalan yang jahat.
24:19. Orang-orang yang suka bahawa kesumbangan disebarkan mengenai orang-orang yang percaya, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat; dan Allah tahu, dan kamu tidak tahu.
27:54. Dan Lut, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Apa, adakah kamu lakukan kesumbangan dengan mata-mata kamu terbuka?
29:28. Dan Lut, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Sesungguhnya kamu lakukan kesumbangan yang tiada seorang pun di semua alam pernah lakukannya sebelum kamu.
33:30. Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa antara kamu yang lakukan kesumbangan yang nyata, baginya azab akan digandakan dengan dua kali ganda; itu, bagi Allah, mudah.
42:37. Dan orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar, dan kesumbangan, dan apabila mereka marah, mereka ampunkan,
53:32. Orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan kesumbangan, kecuali kesalahan kecil - sesungguhnya Pemelihara kamu luas dalam ampunan-Nya. Dia sangat-sangat tahu mengenai kamu apabila Dia tumbuhkan kamu dari bumi, dan apabila kamu belum dilahirkan di dalam rahim ibu-ibu kamu; maka janganlah menganggap diri kamu suci; Dia sangat-sangat tahu siapa yang bertakwa.
65:1. Wahai Nabi, apabila kamu ceraikan perempuan-perempuan, maka ceraikan mereka apabila mereka sampai tempoh mereka. Hitunglah tempoh itu, dan takutilah Allah, Pemelihara kamu. Jangan keluarkan mereka dari rumah-rumah mereka, dan jangan juga biarkan mereka keluar, kecuali mereka lakukan kesumbangan yang nyata. Itu had-had (hudud) Allah; sesiapa mencabuli had-had Allah, dia menzalimi dirinya sendiri. Kamu tidak tahu mungkin setelah itu Allah adakan perkara yang baru.
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman