Kalimat Sulaiman di dalam al-Qur'an


Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi nama (Nabi) Sulaiman dan lain yang berkaitan dengannya adalah seperti berikut:

 

2:102. Dan mereka ikut apa yang syaitan-syaitan bacakan semasa kerajaan Sulaiman. Sulaiman bukan tidak percaya (kafir) tetapi syaitan-syaitanlah yang tidak percaya, dengan mengajar manusia sihir, dan apa diturunkan kepada dua malaikat Babil, Harut dan Marut; mereka tidak ajar seseorang tanpa mereka berkata, "Kami hanya cubaan, jangan kamu tidak percaya (kafir)." Daripada mereka, mereka belajar bagaimana mereka boleh pecahkan seorang lelaki dan isterinya, tetapi mereka tidak dapat mudaratkan seseorang dengannya, melainkan dengan izin Allah. Dan mereka pelajari apa yang mudaratkan mereka, dan tidak manfaatkan mereka, dengan mengetahui benar bahawa sesiapa membelinya, dia tidak ada bahagian di akhirat; buruknya apa yang mereka jual diri-diri mereka dengannya, jika mereka tahu.

4:163. Kami wahyukan kamu sebagaimana Kami wahyukan Nuh, dan Nabi-Nabi selepasnya, dan Kami wahyukan Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak, dan Isa, dan Ayub, dan Yunus, dan Harun, dan Sulaiman, dan kami beri Daud, Zabur.

6:84. Dan kami beri dia Ishak, dan Yaakub - masing-masing Kami beri petunjuk. Dan Nuh, Kami beri petunjuk sebelum itu, dan daripada keturunannya, Daud, Sulaiman, Ayub, Yusuf, Musa, dan Harun - begitulah Kami balas orang-orang buat baik.

21:78. Dan Daud dan Sulaiman, ketika mereka hakimkan mengenai tanaman, apabila kambing kaum merosakinya, dan Kami saksikan putusan mereka.
21:79. Dan Kami buat Sulaiman memahaminya, dan masing-masing kami beri putusan, dan pengetahuan. Dan bersama Daud, Kami tundukkan gunung-gunung untuk menyanjung, dan burung-burung, dan Kamilah yang membuatnya.

21:81. Dan kepada Sulaiman, angin yang berhembus dengan kencang, yang mengalir atas perintahnya ke bumi yang Kami berkati; dan Kami tahu segala sesuatu.
21:82. Dan daripada syaitan-syaitan, sebahagian menyelam untuknya dan buat amalan yang lain di samping itu; dan Kamilah yang jaga mereka.

27:15. Dan Kami beri Daud dan Sulaiman pengetahuan, dan mereka berkata, "Segala puji bagi Allah, yang lebihkan kami di atas kebanyakan daripada hamba-hamba-Nya yang mukmin."
27:16. Dan Sulaiman ialah waris Daud, dan dia berkata, "Wahai manusia, kami telah diajar percakapan burung, dan kami diberi segala sesuatu; sesungguhnya ini benar-benar pemberian yang nyata."
27:17. Dan tenteranya dikumpulkan kepada Sulaiman, daripada jin, dan manusia, dan burung, dengan berbaris.
27:18. Sehingga, apabila mereka datang ke lembah semut, berkata seekor semut, "Wahai semut-semut, masuklah ke dalam tempat-tempat tinggal kamu supaya Sulaiman dan tenteranya tidak menginjak kamu, dengan tidak sedar."
27:19. Tetapi dia tersenyum, tertawa daripada ucapannya, dan dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau rahmati aku, dan bapaku, dan ibuku; dan supaya aku buat kerja-kerja baik yang sangat memuaskan hati Engkau, dan masukkanlah aku, dengan pengasihan Engkau, di kalangan hamba-hamba Engkau yang salih."
27:20. Dan dia periksa burung-burung; kemudian dia berkata, "Bagaimanakah dengan aku, bahawa aku tidak lihat hud-hud? Atau, adakah ia termasuk yang ghaib (tidak hadir)?
27:21. Sungguh, aku akan azab ia dengan azab yang keras, atau aku korbankan ia, atau ia datangkan kepada aku satu kuasa yang nyata."
27:22. Tetapi ia menetap tidak lama, dan berkata, "Aku tahu apa yang kamu tidak tahu, dan aku datang dari Sabak kepada kamu dengan berita yang diyakini.
27:23. Aku dapati seorang perempuan memerintah mereka, dan dia diberi segala sesuatu, dan dia mempunyai singgahsana (arasy) yang besar.
27:24. Aku dapati dia dan kaumnya sujud kepada matahari, selain daripada Allah; syaitan menampakkan indah amalan-amalan mereka bagi mereka, dan ia halangi mereka daripada jalan, maka mereka tidak dapat petunjuk,
27:25. Supaya mereka tidak sujud kepada Allah, yang keluarkan yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan tahu apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu siarkan.
27:26. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Pemelihara Arasy yang besar."
27:27. Berkata, "Kami akan lihat sama ada kamu berkata benar, atau kamu termasuk orang-orang yang berdusta.
27:28. Pergilah kamu dengan kitabku (suratku) ini, dan lemparlah ia kepada mereka, kemudian berpalinglah daripada mereka, dan perhatikanlah apa yang mereka kembalikan."
27:29. Dia berkata, "Wahai pembesar-pembesar, sesungguhnya sebuah kitab yang mulia telah dilemparkan kepadaku,
27:30. Ia daripada Sulaiman, dan ia adalah 'Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
27:31. Janganlah kamu meninggi terhadapku, tetapi datanglah kepadaku dalam kemusliman.'"
27:32. Dia berkata, "Wahai pembesar-pembesar, putuskanlah kepadaku mengenai urusanku; aku tidak biasa memutuskan sesuatu urusan sehingga kamu
menyaksikan aku."
27:33. Mereka berkata, "Kita mempunyai kekuatan, dan kita mempunyai keberanian yang sangat. Urusan terpulanglah kepada kamu; maka perhatikanlah apa yang kamu akan perintahkan."
27:34. Dia berkata, "Raja-raja, apabila mereka masuksebuah bandaraya, merosakinya dan buatkan penduduknya yang perkasa rendah. Begitulah mereka buat.
27:35. Sesungguhnya aku utus satu hadiah kepada mereka, dan lihat apa yang utusan-utusan bawa kembali."
27:36. Tetapi apabila dia datang kepada Sulaiman, dia berkata, "Apa, adakah kamu bantu aku dengan harta, dan apa yang Allah beri aku adalah lebih baik daripada apa dia beri kamu? Tidak, tetapi kamu gembira dengan hadiah kamu!
27:37. Kembalilah kamu kepada mereka; sungguh, kami akan datang menentang mereka dengan tentera yang mereka tidak ada kuasa untuk hadapinya, dan kami akan usir mereka daripadanya, terhina dan direndahkan."
27:38. Berkata, "Wahai pembesar-pembesar, siapakah antara kamu yang akan datangkan kepada aku singgahsananya, sebelum mereka datang kepadaku dalam kemusliman?"
27:39. Ifrit, daripada jin, berkata, "Saya akan datangkannya kepada kamu sebelum kamu berdiri dari tempat kamu; saya mempunyai kekuatan untuknya, dan saya dipercayai."
27:40. Berkata yang mempunyai pengetahuan al-Kitab, "Saya akan datangkannya kepada kamu sebelum gerlingan mata kamu kembali kepada kamu." Kemudian apabila dia melihatnya menetap di hadapannya, dia berkata, "Ini adalah daripada pemberian Pemeliharaku untuk menguji aku, sama ada aku bersyukur (berterima kasih), atau aku tidak berterima kasih (kafir). Sesiapa berterima kasih hanyalah berterima kasih untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak berterima kasih - sesungguhnya Pemeliharaku Kaya, Mulia."
27:41. Berkata, "Samarkan singgahsananya untuknya, dan kita akan lihat, sama ada dia dapat petunjuk, atau dia termasuk orang-orang yang tidak dapat petunjuk."
27:42. Maka, apabila dia (wanita) datang, dikatakan, "Adakah singgahsana kamu seperti ini?" Dia berkata, "Ia nampaknya sama." "Dan kami telah diberi pengetahuan sebelum dia (wanita), dan kami adalah dalam kemusliman.
27:43. Tetapi apa yang dia (wanita) sembah, selain daripada Allah, menghalanginya, kerana dia adalah daripada kaum tidak percaya (kafir)."
27:44. Dikatakan kepada dia, "Masuklah ke dalam istana." Tetapi apabila dia melihatnya, dia menyangkanya sebidang hamparan air, dan dia membuka betis-betisnya. Dia (lelaki) berkata, "Ia sebuah istana yang dilicinkan daripada kristal." Dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku menzalimi diriku, dan aku tunduk patuh bersama Sulaiman kepada Allah, Pemelihara semua alam."

34:12. Dan kepada Sulaiman, angin; peraliran paginya sebulan perjalanan, dan peraliran petangnya sebulan perjalanan. Dan Kami buatkan mata air leburan tembaga kuning mengalir baginya. Dan daripada jin, ada yang bekerja di hadapannya, dengan izin Pemeliharanya; dan sesiapa antara mereka menyimpang daripada perintah Kami, Kami akan merasakan kepada mereka azab yang Menyala.
34:13. Mereka buat untuknya apa sahaja yang dia hendaki - tempat-tempat ibadat (mihrab), dan patung-patung, dan mangkuk-mangkuk yang seperti palung-palung air, dan periuk-periuk yang tidak bergerak. "Bekerjalah, wahai keluarga Daud, dalam kesyukuran (berterima kasih); sedikit sekali mereka yang berterima kasih antara hamba-hamba-Ku."
34:14. Dan apabila Kami tentukan kematian kepadanya, tiada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya, melainkan haiwan daripada bumi yang makan tongkatnya; dan apabila dia jatuh, jin lihat dengan jelas bahawa sekiranya mereka tahu yang ghaib, tentu mereka tidak tetap dalam azab yang hina.

38:30. Dan kami beri Daud, Sulaiman; seorang hamba yang sangat baik! Sesungguhnya dia adalah orang yang kembali.
38:31. Pada waktu petang, ketika dikemukakan kepadanya kuda-kuda yang berdiri dengan satu kaki diangkat sedikit,
38:32. Dia berkata, "Sesungguhnya aku cintai kecintaan pada benda-benda yang baik lebih daripada mengingati Pemeliharaku sehingga tersembunyi di belakang hijab (tabir).
38:33. Kembalikanlah mereka kepadaku!" Dan dia mula mengusapi betis-betis dan leher-leher mereka.
38:34. Sesungguhnya Kami telah uji Sulaiman, dan Kami lemparkan di atas takhtanya satu jasad; kemudian dia berkesesalan.
38:35. Dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, ampunkanlah aku, dan berilah aku sebuah kerajaan seperti yang tidak dijatuhkan kepada sesiapa sesudah aku; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi."
38:36. Maka Kami tundukkan untuknya angin, yang mengalir menurut perintahnya dengan nyaman ke mana sahaja dia timpakan,
38:37. Dan syaitan-syaitan, tiap-tiap ahli binaan dan penyelam,
38:38. Dan yang lain juga, diikat bersama dalam belenggu.
38:39. Inilah kurniaan Kami; memberinya, atau menahannya, tanpa hitungan.
38:40. Dan dia mempunyai sebuah tempat yang dekat di sisi Kami, dan tempat kembali yang baik.

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman