Kalimat suci di dalam al-Qur'an
Quddus - holy, All-holy
59:23. Dia Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia Raja, Yang Suci, Yang Sejahtera, Yang Setia (Mukmin), Yang Mengawal, Yang Perkasa, Yang Mempunyai Kuasa, Yang miliki Segala Kebesaran. Allah disanjung, di atas apa mereka sekutukan!
62:1. Segala di langit dan di bumi menyanjung Allah, Raja, Yang Suci, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
Qudus - holy, the Holy Spirit
2:87. Dan kami beri Musa al-Kitab, dan selepasnya disusuli Rasul-Rasul, dan kami beri Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami kukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci); dan setiap kali datang kepada kamu seorang Rasul dengan apa yang jiwa kamu tidak inginkan, kamu menyombong, dan sebahagian kamu dustakan, dan sebahagian kamu bunuh?
2:253. Dan Rasul-Rasul itu, sebahagian Kami lebihkan di atas sebahagian lain. Sebahagian ada yang kepadanya Allah berkata-kata, dan sebahagian Dia naikkan darjat. Dan kami beri Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami kukuhkan dia dengan Roh Qudus (Suci). Dan sekiranya Allah hendak, tentu orang-orang yang datang selepas dia tidak berperang sesama sendiri, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; tetapi mereka selisihkan dengan sebahagian mereka percaya dan sebahagian tidak percaya; dan sekiranya Allah hendak, tentu mereka tidak berperang sesama sendiri, tetapi Allah buat apa sahaja Dia hendaki.
5:110. Ketika Allah berkata, "Wahai Isa putera Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke atas kamu, dan ke atas ibu kamu, apabila Aku kukuhkan kamu dengan Roh Qudus (Suci), untuk berkata-kata kepada manusia dalam buaian dan dewasa, dan apabila Aku ajar kamu al-Kitab, dan Kebijaksanaan, dan Taurat, dan Injil, dan apabila kamu cipta daripada tanah liat, dengan izin-Ku, yang seperti bentuk burung, dan kamu hembus ke dalamnya, lalu jadilah ia seekor burung, dengan izin-Ku, dan kamu sembuhkan orang buta, dan orang sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu keluarkan orang yang mati, dengan izin-Ku; dan apabila Aku tahan Bani Israil daripada kamu ketika kamu datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, lalu orang-orang tidak percaya antara mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.'
16:102. Katakanlah, "Roh Qudus (Suci) turunkannya daripada Pemelihara kamu dengan benar, dan untuk meneguhkan orang-orang yang percaya, dan untuk menjadi satu petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang muslim."
Qaddasa - to sanctify, to proclaim holy; sanctified, holy
2:30. Dan apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, "Aku akan letak di bumi khalifah (pengganti)." Mereka berkata, "Adakah Engkau letak di dalamnya orang yang akan buat kerosakan di dalamnya dan tumpahkan darah, sedang kami sanjung dengan memuji-Mu dan panggil Engkau Suci?" Dia berkata, "Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu tidak tahu."
5:21. Wahai kaumku, masuklah Bumi Suci yang Allah tuliskan (tetapkan) untuk kamu, dan jangan kembali (murtad) ke belakang kamu, untuk balik sebagai orang-orang yang rugi."
20:12. Sesungguhnya Akulah Pemelihara kamu; tanggalkan kasut kamu; kamu adalah di lembah suci, Thuwa.
79:16. Apabila Pemeliharanya memanggilnya di lembah suci, Thuwa.
~ A Concordance of the Qur'an ms 898
Ahala - to hallow, to invoke the name of God at the time of the slaughter of an
animal
2:173. Hanya benda-benda ini Dia haramkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak menginginkan dan tidak menderhakai, maka tidak berdosa kepadanya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
5:3. Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu korbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka jangan takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku sempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku cukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku puas hati Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk maksud buat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
6:145. Katakanlah, "Aku tidak dapati, dalam apa diwahyukan kepadaku, tiada yang diharamkan untuk dimakan kepada orang yang makan daripada itu, kecuali ia bangkai, atau darah yang tercurah, atau daging babi - itu adalah kotoran - atau kefasiqan yang disucikan kepada selain daripada Allah; namun begitu, sesiapa yang terpaksa dengan tidak menginginkan dan tidak juga menderhakai, sesungguhnya Pemelihara kamu Pengampun, Pengasih."
16:115. Hanya benda-benda ini Dia haramkan kamu: bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa disucikan kepada selain Allah. Namun begitu, sesiapa yang terpaksa, dengan tidak menginginkan dan tidak juga menderhakai, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
~ A Concordance of the Qur'an ms 492
Hurumat - holy or secret things, prohibited or forbidden things
2:194. Bulan haram untuk bulan haram, dan perkara-perkara yang suci menuntut akan pembalasan (qisas). Sesiapa serang kamu, maka seranglah dia serupa seperti dia menyerang kamu; dan kamu takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang bertakwa.
22:30. Demikianlah, dan sesiapa muliakan hal-hal Allah yang suci, maka ia yang lebih baik baginya di sisi Pemeliharanya. Dan dihalalkan bagi kamu adalah binatang ternak, kecuali apa yang dibacakan kepada kamu. Dan jauhilah kotoran berhala-berhala, dan jauhilah ucapan dusta,
~ A Concordance of the Qur'an ms 545
Hasur - chaste
3:39. Dan malaikat-malaikat memanggilnya, sedang dia berdiri untuk menyembah di mihrab, "Allah beri kamu berita gembira dengan Yahya yang mengesahkan satu Kata Allah, dan seorang ketua, dan jujur serta suci daripada kejahatan nafsu berahi, dan seorang Nabi, dan seorang yang salih."
~ A Concordance of the Qur'an ms 560
Tahassana - chastity
24:33. Dan hendaklah orang-orang yang tidak mampu untuk berkahwin menahan sehingga Allah beri kecukupan kepada mereka daripada pemberian-Nya. Mereka yang tangan kanan kamu miliki yang inginkan kitab (pembebasan), maka adakanlah perjanjian dengan mereka, jika kamu tahu ada kebaikan pada mereka; dan berikan mereka daripada harta Allah yang Dia beri kamu. Dan jangan kamu paksa hamba-hamba pemudi kamu melakukan pelacuran, jika mereka hendak kesucian, kerana kamu cari keuntungan kehidupan dunia. Sesiapa yang paksa mereka, maka sesungguhnya Allah, setelah mereka dipaksa, Pengampun, Pengasih.
~ A Concordance of the Qur'an ms 560
Kalimat
Pilihan
Terkini
Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman