Kalimat sollu/menyembah di dalam al-Qur'an
Berikut adalah petikan daripada Concordance (Kassis 1983, halaman 1192) kecuali ayat-ayat yang dipetik adalah daripada Bacaan mengenai sollu atau salla yang seakar dengan Solat, tetapi mempunyai beberapa maksud menurut konteks ayat:
salla - to pray, to worship; (with prep
'ala) to bless; (peple. act) one who prays, worshipper
a) perfect active:
75:31. Kerana dia tidak mengesahkan, dan tidak menyembah,
87:15. Dan mengingati (menyebut) nama Pemeliharanya, dan menyembah.
96:10. Seorang hamba apabila dia menyembah.
b) imperfect active (yusalli):
3:39. Dan malaikat-malaikat memanggilnya, sedang dia berdiri untuk menyembah di mihrab, "Allah beri kamu berita gembira dengan Yahya yang mengesahkan satu Kata Allah, dan seorang ketua, dan jujur serta suci daripada kejahatan nafsu berahi, dan seorang Nabi, dan seorang yang salih."
4:102. Apabila kamu di kalangan mereka, dan lakukan solat bagi mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri bersama kamu, dan hendaklah mereka ambil senjata-senjata mereka. Apabila mereka sujud, hendaklah mereka berada di belakang kamu, dan hendaklah segolongan lain yang belum sembah datang, dan sembah bersama kamu, dengan mengambil kewaspadaan mereka dan senjata-senjata mereka. Orang-orang tidak percaya ingin kamu lengah daripada senjata-senjata kamu, dan barang-barang kamu, lalu mereka akan serbu kamu dengan serbuan sekali gus. Dan tidak salah ke atas kamu jika kamu dalam gangguan daripada hujan, atau kamu sakit, untuk letakkan senjata-senjata kamu, tetapi ambillah kewaspadaan kamu. Allah sediakan bagi orang-orang tidak percaya, azab yang hina.
9:84. Dan jangan kamu rahmati selama-lamanya ke atas sesiapa antara mereka apabila dia mati, dan jangan juga berdiri di kuburnya; mereka tidak percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan mati sedang mereka orang-orang fasiq.
33:43. Dia yang rahmati kamu, dan malaikat-malaikat-Nya, untuk keluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dia adalah Pengasih kepada orang-orang mukmin.
33:56. Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya
rahmati Nabi. Wahai orang-orang yang percaya, rahmatilah dia, dan
berilah dia penghormatan dengan penghormatan yang sebenar.
(ayat "salawat" ke atas Nabi - sila lihat di bawah)
c) imperative (salli):
9:103. Ambillah daripada harta mereka sedekah untuk bersihkan mereka, dan untuk
sucikan mereka dengannya, dan rahmatilah
mereka; salawat kamu adalah kerehatan bagi mereka; Allah Mendengar,
Mengetahui.
(Nabi salli ke atas "mereka". Mereka yang
dimaksudkan - 9:102. Dan yang lain mengakui kesalahan-kesalahan
mereka; mereka telah campuradukkan amalan yang baik dengan yang lain, yang
jahat. Mudah-mudahan Allah akan terima taubat mereka; sesungguhnya Allah
Pengampun, Pengasih.)
33:56. Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya rahmati
Nabi. Wahai orang-orang yang percaya, rahmatilah dia, dan berilah dia
penghormatan dengan penghormatan yang sebenar.
(Orang-orang yang percaya salli
ke atas Nabi)
108:2. Maka sembahlah Pemelihara kamu, dan berkorbanlah.
d) participle active (musalli):
70:22. Kecuali orang-orang yang menyembah,
70:23. Dan meneruskan solat mereka,
74:43. Mereka berkata, “Kami tidak termasuk orang-orang yang menyembah,
107:4. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang menyembah,
107:5. Orang-orang yang, pada solat mereka, mereka lalai,
Terkini
Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman