Kalimat seru di dalam al-Qur'an
Terdapat empat kalimat al-Qur'an yang
seakar diterjemah kepada seru, atau yang serupa maksud seperti
panggil. Bagi yang serupa maksud ia diletak dalam kurungan.
Agak menarik apabila didapati bahawa antaranya bermaksud doa, terutama bagi kalimat da'a, yang berbunyi agak serupa. Namun, daripada jumlah kalimat itu dan terbitannya, yang terdapat di dalam al-Qur'an, iaitu sebanyak 197, hanya beberapa sahaja yang dapat diterjemah kepada doa dengan wajar.
Tidak ada kalimat khas bagi doa di dalam al-Qur'an tidak seperti langit, bumi dan sebagainya.
Ayat-ayat mengandungi kalimat
pertama diturunkan di sini ialah daripada da'a dan ia dimulakan
dengan penjelasan A Concordance of the Qur'an (ms 358) ke atasnya,
seperti berikut:
(i) DA'A
vb. (I)-to call to, to pray; to ascribe, to attribute. (n.vb.) a prayer, supplication, call, shout, petition. (pcple. act.) a caller, summoner, one who prays
2:23. Dan jika kamu dalam keraguan
mengenai apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, maka datangkanlah sebuah
surah yang serupa dengan ia, dan serulah (panggil) saksi-saksi kamu, selain
daripada Allah, jika kamu orang-orang yang benar.
2:61. Dan apabila kamu berkata, "Wahai Musa, kami tidak akan sabar dengan makanan yang satu macam; serulah (mohonlah) kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia keluarkan untuk kami daripada apa yang bumi tumbuhkan; herba hijau, dan mentimun, dan jagung, dan kekacang, dan bawang merahnya." Dia berkata, "Adakah kamu tukar yang lebih baik dengan yang lebih rendah? Turunlah ke Mesir; kamu akan dapati di sana apa yang kamu tanya." Dan, kehinaan dan kemiskinan ditimpakan kepada mereka, dan mereka dipenuhi beban kemurkaan Allah. Itu kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh para Nabi tanpa patut. Itu kerana mereka ingkar, dan mereka mencabuli.
2:68. Mereka berkata, "Serulah kepada Pemelihara kamu untuk kami
supaya Dia jelaskan kepada kami yang manakah ia?" Dia berkata,
"Sesungguhnya Dia berkata, ia lembu yang tidak tua, dan tidak juga dara, yang
pertengahan di antara yang demikian itu; maka buatlah apa yang kamu
diperintah."
2:69. Mereka berkata, "Serulah kepada Pemelihara kamu untuk kami,
supaya Dia jelaskan kepada kami apakah warnanya?" Dia berkata,
"Sesungguhnya Dia berkata, ia lembu yang keemasan, terang warnanya,
menggembirakan orang-orang yang memandang."
2:70. Mereka berkata, "Serulah kepada Pemelihara kamu untuk kami,
supaya Dia jelaskan kepada kami yang manakah ia; lembu serupa sahaja bagi
kami, dan jika Allah hendaki, tentu kami akan dapat
petunjuk."
2:171. Persamaan orang-orang tidak percaya seperti persamaan orang yang teriak kepada apa yang tidak mendengar,
kecuali satu panggilan dan seruan; pekak, bisu, buta - mereka tidak
faham.
2:186. Dan apabila hamba-hamba-Ku tanya kamu mengenai Aku, Aku lebih dekat untuk sahut seruan orang yang menyeru apabila dia seru kepada-Ku; maka hendaklah mereka sahut Aku, dan hendaklah mereka percayai Aku supaya mereka menjadi benar.
2:221. Jangan kahwin perempuan-perempuan yang sekutukan sehingga mereka percayai; hamba perempuan yang mukmin adalah lebih baik daripada perempuan yang sekutukan, walaupun dia menarik hati kamu. Dan jangan kahwin orang-orang lelaki yang sekutukan sehingga mereka percayai. Hamba yang mukmin adalah lebih baik daripada orang yang sekutukan, walaupun dia menarik hati kamu. Mereka itu menyeru ke Api, dan Allah menyeru ke Taman, dan ampunan, dengan izin-Nya, dan Dia jelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka ingat.
2:260. Dan apabila Ibrahim berkata,
"Wahai Pemeliharaku, perlihatkan kepadaku bagaimana Engkau hidupkan
orang-orang yang mati." Dia berkata, "Kenapa, tidakkah kamu percayai?" Dia
berkata, "Ia, tetapi supaya hatiku tenteram." Berkatalah Dia, "Ambil empat ekor
burung, dan jinakkanlah mereka kepada kamu, kemudian letaklah sebahagian mereka
di atas tiap-tiap bukit, kemudian serulah mereka, dan mereka akan
datang kepada kamu dengan segera. Dan adakah kamu
tahu
bahawa Allah
Perkasa, Bijaksana?"
2:282. Wahai orang-orang yang percaya,
apabila kamu berkontrak secara hutang dengan satu sama lain, sampai satu tempoh
yang dinyatakan, hendaklah kamu menulisnya, dan hendaklah seorang penulis
menulisnya antara kamu dengan adil, dan seseorang penulis tidak boleh enggan
untuk menulis sebagaimana Allah mengajarnya. Maka hendaklah dia tulis, dan
hendaklah orang yang berhak (penghutang) mengimlakkan, dan hendaklah dia
bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya, dan jangan kurangkan sesuatu
daripadanya. Jika penghutang itu bodoh, atau lemah, atau tidak boleh imlakkan, maka hendaklah walinya (penjaganya) imlakkan dengan adil, dan
serulah untuk menyaksikan, dua orang saksi, lelaki-lelaki; atau jika
kedua-duanya bukan lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan,
saksi-saksi yang kamu
puas
hati, bahawa jika salah seorang daripada keduanya
sesat, yang lagi seorang akan ingatkannya. Dan janganlah saksi-saksi
itu enggan apabila mereka dipanggil, dan jangan kamu tidak suka untuk
menulisnya, kecil atau besar, dengan tempohnya; itu adalah lebih adil pada
pandangan Allah, lebih tegak untuk kesaksian, dan lebih sesuai supaya kamu tidak
ragu-ragu, kecuali ia perdagangan hadir (tunai), yang kamu menjalankan di antara kamu; maka tidak salah ke
atas kamu jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi-saksi apabila kamu
berjual beli sesama kamu. Dan janganlah, sama ada penulis atau saksi, ditekan;
atau jika kamu lakukan, itu adalah kefasiqan pada kamu. Dan takutilah Allah;
Allah mengajar kamu, dan Allah
tahu
segala sesuatu.
3:23. Tidakkah kamu renungkan orang-orang diberi sebahagian al-Kitab, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya ia hakimkan antara mereka, kemudian segolongan antara mereka berpaling, dan mereka palingkan.
3:38. Di sana Zakaria seru Pemeliharanya, dengan berkata, "Pemeliharaku, berilah aku daripada sisi Engkau satu keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau dengar seruan."
3:61. Dan sesiapa debat kamu mengenainya, setelah pengetahuan datang kepada kamu, maka katakanlah, "Marilah, hendaklah kita seru anak-anak kami dan anak-anak kamu, dan isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, dan diri-diri kami dan diri-diri kamu, kemudian hendaklah kita mohon dengan rendah hati dan letakkan laknat Allah ke atas orang-orang yang berdusta."
3:104. Hendaklah ada antara kamu satu umat yang menyeru akan kebaikan, dan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar; mereka itulah orang-orang beruntung.
3:153. Ketika kamu naik ke atas dengan tidak menoleh-noleh kepada seseorang, dan Rasul menyeru kamu dari belakang kamu, lalu Dia ganjari kamu dengan kesedihan atas kesedihan, supaya kamu tidak sedih kerana apa yang terlepas daripada kamu, dan tidak juga kerana apa yang menimpa kamu; dan Allah sedar apa kamu buat.
4:117. Tiadalah yang mereka seru
selain daripada Dia melainkan perempuan; dan tiadalah mereka seru
melainkan syaitan yang derhaka,
6:40. Katakanlah, "Apa pendapat kamu,
jika azab Allah datang kepada kamu, atau Saat datang kepada kamu, adakah kamu
seru sesiapa selain daripada Allah, jika kamu berkata
benar?"
6:41. Tidak, hanya kepada Dia kamu
seru, dan Dia akan hilangkan apa yang kamu seru
kepada-Nya jika Dia hendak, dan kamu lupa apa yang kamu
sekutukan.
6:52. Dan jangan usir orang-orang yang seru Pemelihara mereka pada waktu pagi dan petang, kerana hendakkan wajah-Nya. Tidak ada sama sekali hitungan mereka kepada kamu, dan tidak ada sama sekali hitungan kamu kepada mereka, bahawa kamu patut usir mereka, dan jadi antara orang-orang zalim.
6:56. Katakanlah, "Aku dilarang sembah orang-orang yang kamu seru selain daripada Allah." Katakanlah, "Aku tidak ikut keinginan kamu; jika demikian, aku sesat dan tidak termasuk orang-orang yang dapat petunjuk."
6:63. Katakanlah, "Siapakah yang selamatkan kamu daripada kegelapan darat dan laut?" Kamu seru kepada-Nya dengan rendah diri dan dengan berahsia, "Sungguh, jika Engkau selamatkan daripada ini, kami akan jadi di kalangan orang-orang yang bersyukur (berterima kasih)."
6:71. Katakanlah, "Adakah kita akan seru, selain daripada Allah, sesuatu yang tidak bermanfaat, dan tidak juga mudaratkan kita, dan adakah kita akan dikembalikan di atas tumit-tumit kita setelah Allah beri petunjuk kepada kita? Seperti orang yang digoda hingga kebingungan di bumi oleh syaitan-syaitan, walaupun dia mempunyai teman-teman yang menyerunya kepada petunjuk, 'Datanglah kepada kami!'" Katakanlah, "Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar, dan kita diperintah supaya tunduk patuh kepada Pemelihara semua alam,
6:108. Jangan mencaci-maki orang-orang
yang mereka seru selain daripada Allah, atau mereka akan mencaci-maki Allah
dalam membalas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami nampakkan indah bagi setiap
umat amalan-amalan (perbuatan) mereka, kemudian kepada Pemelihara mereka, mereka
kembali, dan Dia beritahu mereka apa mereka buat.
7:29. Katakanlah, "Pemeliharaku perintah supaya buat keadilan. Tegakkan muka-muka di setiap masjid, dan serulah kepada-Nya dengan menuluskan agama kamu untuk-Nya. Sebagaimana Dia mulakan mencipta kamu begitulah kamu akan dikembalikan.
7:37. Siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dustakan ayat-ayat-Nya? Mereka itu, bahagian mereka daripada Kitab akan sampai kepada mereka sehingga, apabila Rasul-Rasul Kami datang kepada mereka untuk matikan mereka, mereka berkata, "Di manakah apa yang kamu seru selain daripada Allah?" Mereka berkata, "Mereka sudah sesat (hilang) daripada kami", dan mereka saksikan terhadap diri-diri mereka sendiri bahawa mereka adalah orang-orang tidak percaya.
7:55. Serulah Pemelihara kamu dengan rendah diri dan
dengan berahsia; Dia tidak suka orang-orang yang mencabuli.
7:56. Janganlah buat kerosakan di bumi setelah ia dibetulkan, dan
serulah kepada-Nya dengan rasa takut, dan penuh harapan. Sesungguhnya
pengasihan Allah dekat dengan orang-orang buat baik.
7:134. Dan apabila kemurkaan jatuh kepada mereka, mereka berkata, "Wahai Musa, serulah untuk kami kepada Pemelihara kamu dengan apa yang Dia janjikan kamu. Jika kamu hilangkan daripada kami kemurkaan, sungguh, kami akan percayai kamu, dan kami akan utus bersama kamu Bani Israil."
7:180. Kepunyaan Allah nama-nama paling baik, maka serulah kepada-Nya dengannya, dan tinggalkan orang-orang yang mencercai nama-nama-Nya. Mereka akan dibalas dengan apa mereka buat.
7:189. Dia yang cipta kamu daripada
jiwa yang satu, dan membuatkan daripadanya
isterinya
supaya dia berehat
padanya. Kemudian, apabila dia menutupinya, dia (perempuan) membawa beban yang
ringan, dan dia melalui dengannya. Apabila ia menjadi berat, mereka menyeru kepada Allah, Pemelihara mereka, "Jika Engkau beri kami anak
yang salih, sungguh kami jadi daripada orang-orang berterima kasih."
7:190. Tetapi apabila Dia beri mereka anak yang salih, mereka adakan
bagi-Nya sekutu-sekutu, pada apa yang Dia telah beri mereka. Tingginya Allah
daripada apa yang mereka sekutukan!
7:193. Jika kamu seru mereka
kepada petunjuk, mereka tidak akan ikut kamu; sama sahaja kepada kamu, sama
ada kamu seru mereka, atau kamu diam.
7:194. Orang-orang yang kepada mereka
kamu seru, selain daripada Allah, ialah hamba-hamba yang serupa dengan
kamu; serulah mereka dan hendaklah mereka sahut kamu, jika kamu
berkata benar.
7:195. Apa, adakah mereka mempunyai kaki
yang dengannya mereka berjalan, atau adakah mereka mempunyai tangan yang
dengannya mereka pegang, atau adakah mereka mempunyai mata yang dengannya mereka lihat, atau adakah mereka mempunyai telinga yang dengannya mereka dengar? Katakanlah, "Serulah kamu kepada sekutu-sekutu kamu;
kemudian lakukan muslihat kamu kepada aku, dan jangan beri aku
tangguh.
7:197. Dan orang-orang yang kamu
seru, selain daripada Dia, tidak boleh tolong kamu, dan tidak juga
mereka menolong diri-diri mereka sendiri.
7:198. Jika kamu seru mereka
kepada petunjuk, mereka tidak dengar; dan kamu lihat mereka memandang
kepada kamu, dengan tidak melihat.
8:24. Wahai orang-orang yang percaya, sahutlah Allah dan Rasul, apabila Dia seru kamu kepada sesuatu yang menghidupkan kamu; dan ketahuilah bahawa Allah berdiri di antara seorang lelaki dan hatinya, dan bahawa kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.
10:12. Apabila mudarat sentuh manusia, dia seru Kami di atas lambungannya, atau sedang duduk, atau sedang berdiri; tetapi apabila Kami hilangkan mudaratnya daripadanya, dia melaluinya seakan-akan dia tidak pernah seru Kami atas mudarat yang menyentuhnya. Maka dinampakkan indah bagi orang-orang yang membazir (berlebihan) apa mereka buat.
10:22. Dia yang menjalankan kamu di
darat dan laut; dan apabila kamu di dalam kapal, dan ia berlayar bersama mereka
dengan angin yang baik, dan mereka gembira dengannya; lalu datang kepada
mereka angin kencang, dan gelombang-gelombang datang kepada mereka dari segenap
tempat, dan mereka sangka mereka diliputi olehnya; mereka menyeru
(doa) kepada Allah, dengan menuluskan agama mereka untuk-Nya, "Jika
Engkau selamatkan kami daripada yang ini, sungguh, kami akan berada di
kalangan orang-orang berterima kasih."
10:23. Maka apabila Dia telah selamatkan mereka, tiba-tiba mereka
angkuh di bumi, tanpa patut. Wahai manusia, keangkuhan kamu hanyalah
terhadap diri kamu sendiri; kesenangan kehidupan dunia ini, kemudian kepada
Kami kamu kembali, kemudian Kami beritahu kamu apa kamu buat.
10:25. Dan Allah menyeru ke tempat kediaman sejahtera; Dia beri petunjuk kepada siapa Dia hendaki pada jalan lurus.
10:38. Atau mereka berkata, "Dia mengada-adakannya." Katakanlah, "Datangkanlah sebuah surah yang serupa dengannya, dan serulah (panggil) sesiapa yang kamu boleh, selain daripada Allah, jika kamu berkata benar."
10:66. Ingatlah, sesungguhnya kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi; mereka ikut, yang menyeru sekutu-sekutu selain daripada Allah - mereka tidak ikut apa-apa, kecuali sangkaan, semata-mata dugaan.
10:106. Dan janganlah seru selain daripada Allah apa yang tidak manfaatkan kamu, dan tidak juga mudaratkan kamu, kerana jika kamu buat, maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang zalim.
11:13. Atau mereka berkata, "Dia mengada-adakannya"? Katakanlah, "Datangkanlah sepuluh surah yang serupa dengannya, yang diada-adakan itu, dan serulah (panggillah) sesiapa yang kamu boleh, selain daripada Allah, jika kamu berkata benar."
11:62. Mereka berkata, "Wahai Salleh, kamu sampai sekarang jadi satu harapan di kalangan kami. Apa, adakah kamu larang kami daripada menyembah apa yang bapa-bapa kami sembah? Sesungguhnya kami adalah dalam keraguan terhadap apa yang kamu seru kami, dengan bimbang."
11:101. Dan Kami tidak menzalimi mereka,
tetapi mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri. Tuhan-tuhan mereka tidak
berguna bagi mereka, yang mereka seru selain daripada Allah, sedikit pun,
apabila perintah Pemelihara kamu datang; dan mereka tidak menambah bagi mereka,
kecuali dalam kebinasaan.
12:33. Berkata (Yusuf), "Pemeliharaku, penjara lebih aku suka untukku daripada apa yang mereka seru aku kepadanya, dan jika Engkau tidak palingkan daripadaku muslihat mereka, tentu aku akan berkeinginan benar pada mereka, dan aku jadi antaraorang-orang bodoh."
12:108. Katakanlah, "Ini jalanku. Aku seru Allah dengan bukti-bukti yang nyata, aku dan sesiapa yang ikut aku. Kepada Allah sanjungan! Dan aku tidak termasuk orang-orang yang sekutukan."
13:14. Bagi Dia seruan yang benar; dan orang-orang yang mereka seru, selain daripada Dia, tidak sahut mereka sedikit pun, tetapi ia seperti orang yang menjulurkan tangan-tangannya ke air supaya sampai ke mulutnya, dan tidaklah ia sampai kepadanya. Seruan (doa) orang-orang tidak percaya hanyalah dalam kesesatan.
13:36. Dan orang-orang yang kepada mereka
kami beri Kitab gembira dengan apa diturunkan kepada kamu; dan
daripada golongan-golongan, ada yang nafi sebahagiannya. Katakanlah, "Aku
hanya diperintah untuk sembah Allah, dan tidak sekutukan sesuatu
dengan-Nya. Kepada-Nya aku seru, dan kepada-Nya tempat
kembali."
14:9. Tidakkah datang kepada kamu berita
orang-orang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan orang-orang selepas mereka - tiada yang tahu mereka kecuali Allah? Rasul-Rasul
mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka tolak tangan mereka ke dalam mulut mereka, dengan berkata, "Sesungguhnya kami
tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya, dan kami adalah dalam
keraguan terhadap apa yang kamu seru kami kepadanya, dengan bimbang."
14:10. Rasul-Rasul mereka berkata,
"Adakah sebarang keraguan terhadap Allah, Pemula langit dan bumi, yang
menyeru kamu supaya Dia ampunkan kamu atas kesalahan-kesalahan kamu,
dan tangguhkan kamu ke satu tempoh yang dinyatakan?" Mereka berkata, "Kamu
tidak lain hanya manusia-manusia yang serupa dengan kami; kamu hendak halang kami daripada apa yang bapa-bapa kami sembah; maka
datangkanlah kepada kami satu
kuasa yang nyata."
14:22. Dan syaitan berkata, apabila perkara telah diputuskan, "Sesungguhnya Allah telah janjikan kamu satu janji yang benar; dan aku janjikan kamu, kemudian aku mungkiri kamu, kerana aku tidak ada kuasa terhadap kamu, melainkan aku seru kamu, dan kamu sahuti aku. Maka jangan kamu cela aku, tetapi celalah diri kamu sendiri; aku tidak dapat tolong kamu, dan tidak juga kamu dapat tolong aku. Aku tidak percaya kepada persekutuan aku dengan Allah daripada kamu dari dahulu." Bagi orang-orang zalim, bagi mereka, azab yang pedih.
14:35. Dan apabila Ibrahim
berkata, "Wahai Pemeliharaku, buatkan tanah (negeri) ini aman, dan
jauhkan aku dan anak-anakku daripada menyembah patung-patung.
14:36. Wahai Pemeliharaku, mereka sudah sesatkan ramai manusia. Maka sesiapa
ikut aku adalah daripadaku; dan sesiapa yang menentang aku, maka
sesungguhnya Engkau Pengampun, Pengasih.
14:37. Wahai Pemelihara kami, aku tempatkan sebahagian daripada
keturunanku di sebuah lembah di mana tidak ada tanah yang disemai dekat Rumah Suci Engkau; wahai Pemelihara kami, agar mereka melakukan solat,
dan buatkan hati manusia berkeinginan padanya, dan berilah rezeki mereka
dengan buah-buahan supaya mereka berterima kasih.
14:39. Segala puji bagi Allah yang beri aku, walaupun aku tua,
Ismail dan Ishak; sesungguhnya Pemeliharaku mendengar seruan (doa).
14:40. Wahai Pemeliharaku, buatlah aku seorang yang melakukan solat, dan
daripada keturunanku. Wahai Pemelihara kami, dan terimalah
seruanku (doaku).
16:20. Dan orang-orang yang mereka seru, selain daripada Allah, tidak cipta sesuatu sedang mereka sendiri diciptakan,
16:86. Dan apabila orang-orang yang sekutukan melihat sekutu-sekutu mereka, mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, mereka inilah sekutu-sekutu kami, yang kami seru selain daripada Engkau." Mereka lemparkan kembali kepada mereka ucapan, "Sesungguhnya kamu sebenarnya pendusta-pendusta."
16:125. Serulah ke jalan Pemelihara kamu dengan kebijaksanaan dan teguran yang baik, dan debatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dia sangat-sangat tahu orang-orang yang dapat petunjuk.
17:11. Manusia seru (doa) untuk kejahatan seperti dia seru (doa) untuk kebaikan; manusia adalah tergesa-gesa.
17:52. Pada hari Dia seru kamu, lalu kamu sahut dengan memuji-Nya, dan kamu sangka kamu tidak tinggal melainkan sebentar sahaja."
17:56. Katakanlah, "Serulah (panggil) orang-orang yang kamu dakwa selain daripada Dia; mereka tidak berkuasa untuk
menghilangkan
mudarat daripada kamu, dan tidak juga untuk
memindahkannya."
17:57. Mereka itu, orang-orang yang
mereka seru, mereka sendiri mencari jalan kepada Pemelihara mereka, siapa
antara mereka yang lebih dekat; mereka mengharapkan pengasihan-Nya, dan takut
akan azab-Nya. Sesungguhnya azab Pemelihara kamu ditakuti.
17:67. Dan apabila mudarat sentuh kamu di laut, maka sesatlah (hilanglah) orang-orang yang kamu seru, kecuali Dia; dan apabila Dia selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling; manusia tidak berterima kasih (kafir).
17:71. Pada hari Kami seru tiap-tiap orang dengan imam mereka, dan sesiapa diberi kitabnya di tangan kanannya, mereka itu akan baca kitab mereka, dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.
17:110. Katakanlah, "Serulah Allah, atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya nama-nama paling baik." Dan jangan kamu lantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang demikian itu.
18:14. Dan Kami kuatkan hati mereka apabila mereka berdiri dan berkata, "Pemelihara kami ialah Pemelihara langit dan bumi; kami tidak seru sebarang tuhan selain daripada Dia, atau kami, jika demikian, telah mengatakan yang keterlaluan.
18:28. Dan sabarkan diri kamu dengan orang-orang yang seru Pemelihara mereka pada waktu pagi dan petang, dengan hendakkan wajah (sokongan)-Nya, dan jangan mata-mata kamu berpaling daripada mereka kerana hendakkan perhiasan kehidupan dunia; dan jangan taati orang yang hatinya Kami lalaikan daripada peringatan Kami supaya dia mengikuti keinginannya, dan urusannya melewati batas.
18:52. Dan pada hari Dia berkata, "Panggillah sekutu-sekutu-Ku yang kamu dakwa"; kemudian mereka seru mereka, tetapi mereka tidak sahut mereka, dan Kami adakan tempat kebinasaan antara mereka.
18:57. Dan siapakah lebih zalim
daripada orang yang diingatkan ayat-ayat Pemeliharanya, lalu dia
berpaling daripadanya, dan melupakan apa yang tangan-tangannya dahulukan?
Sesungguhnya Kami letak penudung pada hati mereka supaya mereka tidak faham, dan di dalam telinga mereka sumbatan; dan walaupun kamu
seru mereka kepada petunjuk, mereka tidak akan dapat petunjuk
selama-lamanya.
19:4. Dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya tulang-tulang di dalamku telah jadi lemah dan kepalaku bernyala-nyala dengan uban. Dan dalam seruan (doa) kepada Engkau, wahai Pemeliharaku, aku tidak pernah sengsara.
19:48. Dan aku akan jauhkan diri daripada kamu, dan apa kamu seru, selain daripada Allah; aku seru Pemeliharaku, mudah-mudahan aku tidak menjadi, dalam seruanku (doaku) kepada Pemeliharaku, sengsara."
19:91. Bahawa mereka serukan (dakwakan) bagi Yang Pemurah seorang anak,
20:108. Pada hari itu, mereka ikut penyeru yang padanya tiada kebengkokan, dan suara-suara direndahkan kepada Yang Pemurah supaya kamu dengar tiada, kecuali bisikan.
21:45. Katakanlah, "Aku hanya beri amaran kepada kamu dengan wahyu"; tetapi orang-orang yang pekak tidak mendengar seruan apabila mereka diberi amaran.
21:90. Lalu Kami menyahutinya, dan Kami beri dia Yahya, dan Kami betulkan isterinya untuknya; sesungguhnya mereka
bersegera kepada kebajikan, dan menyeru Kami daripada rasa rindu
dan rasa gerun, dan mereka rendah hati kepada Kami.
22:12. Dia seru, selain
daripada Allah, apa yang tidak mudaratkan dia, dan yang tidak manfaatkannya
sedikit pun; itu sebenarnya kesesatan yang jauh.
22:13. Dia seru seorang yang
mudaratnya lebih dekat daripada kemanfaatannya; sungguh buruknya pelindung,
dan buruknya kawan!
22:62. Itu adalah kerana Allah, Dia Yang Benar (Hak), dan bahawa apa yang mereka seru, selain daripada Dia, itulah yang palsu; dan sesungguhnya Allah, Dia Yang Tinggi, Yang Besar.
22:67. Kami tentukan bagi tiap-tiap umat satu peribadatan yang mereka korbankan. Jangan mereka bertengkar dengan kamu dalam urusan, dan kamu serulah Pemelihara kamu; sesungguhnya kamu adalah di atas petunjuk yang lurus.
22:73. Wahai manusia, satu persamaan dijadikan; maka dengarlah padanya. Sesungguhnya orang-orang yang kamu seru, selain daripada Allah, tidak akan dapat cipta seekor lalat, walaupun mereka berkumpul untuknya; dan jika seekor lalat merampas sesuatu daripada mereka, mereka tidak akan dapat selamatkannya daripada ia. Lemahlah sungguh yang mencari, dan yang dicari!
23:73. Sesungguhnya kamu seru mereka ke jalan lurus,
23:117. Dan sesiapa menyeru tuhan yang lain bersama Allah, yang dengannya dia tidak ada bukti, hitungannya adalah dengan Pemeliharanya; sesungguhnya orang-orang tidak percaya tidak beruntung.
24:48. Apabila mereka diseru kepada Allah dan Rasul-Nya, supaya dia hakimkan antara mereka, tiba-tiba segolongan daripada mereka berpaling.
24:51. Ucapan orang-orang mukmin apabila diseru kepada Allah dan Rasul-Nya, supaya dia hakimkan antara mereka, hanyalah bahawa mereka berkata, "Kami dengar dan kami taat"; mereka itu, merekalah orang-orang beruntung.
24:63. Jangan buat seruan Rasul di kalangan kamu sendiri seperti seruan kamu antara satu sama lain.
Allah tahu orang-orang antara kamu yang pergi meninggalkan dengan
diam-diam; maka hendaklah orang-orang yang menentang perintah-Nya takut akan
penganiayaan yang akan menimpa mereka, atau menimpa mereka azab yang
pedih.
25:13. Dan apabila mereka dilemparkan,
diikat bersama dalam belenggu, ke dalam tempat yang sempit di Api, mereka
menyeru di sana untuk kebinasaan.
25:14. "Jangan seru pada
hari ini untuk satu kebinasaan, tetapi serulah kebinasaan yang
banyak!"
25:68. Yang tidak menyeru tuhan yang lain bersama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang Allah haramkan kecuali dengan patut, dan tidak juga berzina, kerana sesiapa yang buat demikian itu akan temui harga dosa.
25:77. Katakanlah, "Pemeliharaku tidak pedulikan kamu sekiranya tiada seruan kamu, kerana kamu telah dustakan, dan pasti ia akan mengikat."
26:72. Berkata, "Adakah mereka dengar kamu apabila kamu seru?
26:213. Maka jangan kamu seru tuhan yang lain berserta Allah, supaya kamu tidak termasuk orang-orang yang diazab.
27:62. Atau, siapakah yang sahut orang yang dalam kesulitan apabila dia seru kepada-Nya, dan hilangkan kejahatan, dan melantik kamu untuk menjadi pengganti-pengganti (khalifah) di bumi? Adakah tuhan selain Allah? Amat sedikit kamu mengingati.
27:80. Kamu tidak dapat jadikan orang yang mati mendengar, dan tidak juga kamu dapat jadikan orang yang pekak mendengar seruan apabila mereka berpaling, berundur.
28:25. Kemudian datang seorang daripada keduanya kepadanya, berjalan dengan malu, dan berkata, "Bapaku seru (panggil) kamu supaya dia balas kamu dengan upah kerana kamu beri minum untuk kami." Maka apabila dia datang kepadanya, dan ceritakan kepadanya ceritanya, dia berkata, "Jangan takut; kamu selamat daripada kaum yang zalim."
28:41. Dan Kami lantik mereka imam-imam yang menyeru ke Api; dan pada Hari Kiamat, mereka tidak ditolong.
28:64. Dikatakan, "Serulah
sekutu-sekutu kamu!" Dan mereka menyerunya, tetapi mereka tidak sahut mereka, dan mereka lihat azab - sekiranya mereka dapat petunjuk!
28:87. Janganlah mereka halang kamu
daripada ayat-ayat Allah setelah ia diturunkan kepada kamu. Dan
serulah Pemelihara kamu, dan janganlah kamu jadi daripada
orang-orang yang sekutukan.
28:88. Dan jangan seru tuhan
yang lain berserta Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Segala benda akan
binasa, kecuali Wajah-Nya. Bagi-Nya Putusan, dan kepada-Nya kamu akan
dikembalikan.
29:42. Allah tahu apa sahaja benda yang mereka seru selain daripada Allah; Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
29:65. Apabila mereka naik ke kapal, mereka seru Allah, dengan menuluskan agama mereka untuk-Nya; tetapi apabila Dia selamatkan mereka ke darat, tiba-tiba mereka sekutukan,
30:25. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa langit dan bumi berdiri dengan perintah-Nya; kemudian, apabila Dia seru kamu dengan satu seruan, kamu seketika itu, dari bumi, kamu keluar.
30:33. Apabila mudarat sentuh manusia, mereka seru Pemelihara mereka dengan berkesesalan kepada-Nya; kemudian, apabila Dia rasakan kepada mereka pengasihan daripada-Nya, tiba-tiba segolongan daripada mereka sekutukan Pemelihara mereka,
30:52. Kamu tidak akan jadikan orang
yang mati mendengar, dan tidak juga kamu jadikan orang yang pekak mendengar
seruan apabila mereka berpaling, berundur.
31:21. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Ikutlah apa yang Allah turunkan", mereka berkata, "Tidak, tetapi kami ikut apa yang kami dapati pada bapa-bapa kami." Apa? Walaupun syaitan menyeru mereka kepada azab yang menyala?
31:30. Itu adalah kerana Allah, Dia Yang Benar, dan apa yang mereka seru selain daripada Dia, itulah yang palsu; dan bahawa Allah, Dia Yang Tinggi, Yang Besar.
31:32. Dan apabila gelombang menutupi mereka seperti bayang-bayang, mereka seru Allah, dengan menuluskan agama mereka untuk-Nya; tetapi apabila Dia selamatkan mereka ke darat, sebahagian mereka tidak bersungguh-sungguh. Dan tiada yang sangkal ayat-ayat Kami kecuali setiap pengkhianat yang tidak berterima kasih (kafir).
32:16. Lambungan-lambungan mereka menjauhkan daripada tempat-tempat tidur, sambil mereka seru Pemelihara mereka dengan takut dan harapan; dan mereka nafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan mereka.
33:5. Serulah (panggil) mereka mengikut bapa-bapa mereka; itu lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak tahu siapa bapa-bapa mereka, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama, dan peliharaan. Tidak salah ke atas kamu jika kamu buat kesilapan-kesilapan itu, melainkan apa yang di dalam hati-hati kamu rancangkan. Allah Pengampun, Pengasih.
33:46. Dan penyeru kepada Allah dengan izin-Nya, dan sebagai sebuah lampu yang memberi cahaya.
33:53. Wahai orang-orang yang percaya,
janganlah kamu masuk rumah-rumah Nabi, kecuali diizinkan kepada kamu untuk
makan, tanpa menanti-nanti akan masanya. Tetapi jika kamu diseru (diundang), maka
masuklah; dan apabila kamu sudah selesai makan, bertaburlah, dan jangan berpanjangan dalam hadis
(percakapan); itu menyakiti Nabi, dan dia malu pada kamu; tetapi
Allah tidak malu pada yang benar. Dan apabila kamu minta kepada
isteri-isterinya sesuatu barang, mintalah kepada mereka dari belakang hijab
(tabir); itu lebih bersih untuk hati kamu dan hati mereka. Tiadalah bagi kamu
untuk menyakiti Rasul Allah, dan tiada juga untuk kahwini isteri-isterinya
sesudah dia, selama-lamanya; sesungguhnya pada yang demikian itu adalah besar
pada pandangan Allah.
34:22. Katakanlah, "Serulah orang-orang yang kamu dakwa selain daripada Allah; mereka tidak miliki seberat atom pun di langit dan tidak juga di bumi; mereka tidak bersekutu dalam keduanya, dan tidak juga ada bagi-Nya daripada mereka sebarang penyokong."
35:6. Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu; maka ambillah ia sebagai musuh. Ia menyeru golongannya hanya supaya mereka jadi di kalangan penghuni-penghuni Menyala.
35:13. Dia jadikan malam masuk ke
dalam siang, dan jadikan siang masuk ke dalam malam, dan Dia tundukkan
matahari dan bulan, masing-masing berlayar hingga tempoh yang dinyatakan. Itu
Allah, Pemelihara kamu; bagi-Nya kepunyaan kerajaan; dan orang-orang yang kamu
seru selain daripada Allah, mereka tidak miliki sebanyak kulit sebutir
biji kurma pun.
35:14. Jika kamu seru mereka,
mereka tidak dengar seruan kamu, dan jika mereka dengar, mereka
tidak sahut kamu; dan pada Hari Kiamat, mereka tidak percayai akan
persekutuan kamu. Tiada yang beritahu kamu seperti Yang menyedari.
35:18. Orang yang memikul beban tidak akan pikul beban, beban orang lain; dan jika orang yang bebannya berat menyeru supaya dipikul, tiadalah dipikul sesuatu daripadanya, walaupun dia sanak saudara yang dekat. Kamu hanya beri amaran kepada orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka dalam keadaan ghaib, dan lakukan solat; dan sesiapa yang menyucikan dirinya, hanyalah menyucikan untuk jiwanya sendiri. Kepada Allah kepulangan.
35:40. Katakanlah, "Adakah kamu fikirkan sekutu-sekutu kamu yang kamu seru, selain daripada Allah? Perlihatkan kepadaku apa yang mereka cipta di bumi; atau, adakah mereka satu sekutu di langit?" Atau, adakah Kami beri mereka sebuah Kitab lalu mereka berada di atas bukti yang jelas daripadanya? Tidak, tetapi orang-orang zalim tidak janjikan satu sama lain melainkan tipuan.
37:125. Adakah kamu seru Baal dan tinggalkan pencipta Terbaik?
38:51. Di dalamnya mereka bersandar, dan di dalamnya mereka seru banyak buah-buahan, dan minuman,
39:8. Apabila
mudarat sentuh
manusia, dia seru Pemeliharanya dengan berkesesalan kepada-Nya;
kemudian, apabila Dia kurniakan kepadanya satu rahmat daripada-Nya, dia lupakan apa yang dia seru sebelumnya, dan adakan rakan-rakan bagi
Allah, untuk menyesatkan daripada jalan-Nya. Katakanlah, "Gembiralah sedikit
dengan ketidakpercayaan kamu; kamu jadi di kalangan penghuni-penghuni Api."
39:38. Jika kamu tanya mereka, "Siapakah yang cipta langit dan bumi?" mereka akan berkata, "Allah." Katakanlah, "Apa pendapat kamu mengenai apa yang kamu seru selain daripada Allah - jika Allah hendak mudarat untukku, adakah mereka akan hilangkan mudarat-Nya? Atau, jika Dia hendak pengasihan untukku, adakah mereka akan tahan pengasihan-Nya?" Katakanlah, "Cukuplah Allah bagiku; kepada-Nya semua orang yang bertawakal tawakal.
39:49. Apabila mudarat sentuh manusia, dia seru Kami; kemudian, apabila Kami kurniakan kepadanya satu rahmat daripada Kami, dia berkata, "Aku diberi hanya kerana satu pengetahuan." Tidak, ia adalah satu cubaan, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.
40:10. Diumumkan kepada orang-orang tidak percaya, "Sungguh, kebencian Allah adalah lebih besar daripada kebencian kamu kepada diri-diri (sesama) kamu, ketika kamu diseru kepada keimanan, dan kamu tidak percaya."
40:12. Itu adalah kerana, apabila diseru kepada Allah satu-satunya, kamu tidak percaya; tetapi jika yang lain disekutukan dengan-Nya, maka kamu percayai. Putusan adalah bagi Allah, Yang Tinggi, Yang Besar.
40:14. Maka serulah Allah, dengan menuluskan agama kamu untuk-Nya, meskipun orang-orang tidak percaya membencinya.
40:20. Allah memutuskan dengan adil, dan orang-orang yang mereka seru, selain daripada Dia, tidak memutuskan sesuatu pun. Sesungguhnya Allah, Dia Yang Mendengar, Yang Melihat.
40:26. Dan Firaun berkata, "Biarlah aku bunuh Musa, dan hendaklah dia menyeru Pemeliharanya. Aku takut
bahawa dia akan tukarkan agama kamu, atau dia menimbulkan kerosakan di
bumi."
40:41. Wahai kaumku, bagaimanakah dengan
aku, bahawa aku seru kamu kepada keselamatan, dan kamu seru
aku ke Api?
40:42. Kamu seru aku supaya aku
tidak percaya kepada Allah, dan untuk sekutukan-Nya dengan apa yang aku tiada
pengetahuan, sedang aku seru kamu kepada Yang Perkasa, Yang
Pengampun.
40:43. Tidak syaklah bahawa kamu
seru aku kepada yang tiada seruan untuknya, di dunia dan tidak
juga di akhirat, dan kepada Allah kita kembali, dan bahawa orang-orang yang
membazir (berlebihan) adalah penghuni-penghuni Api.
40:49. Dan orang-orang yang di dalam Api
berkata kepada penjaga-penjaga Jahanam, "Serulah kepada Pemelihara kamu
untuk meringankan bagi kami sehari daripada azab!"
40:50. Mereka berkata, "Tidakkah
Rasul-Rasul kamu mendatangkankepada kamu bukti-bukti yang jelas?" Mereka
berkata, "Ia, benar." Mereka berkata, “Maka serulah.” Tetapi
seruan orang-orang tidak percaya hanyalah dalam
kesesatan.
40:60. Pemelihara kamu berkata, "Serulah kepada-Ku, dan Aku akan sahut kamu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombong daripada menyembah Aku akan masuk Jahanam dalam keadaan hina."
40:65. Dia Yang Hidup; tidak ada tuhan
melainkan Dia. Maka serulah Dia, dengan menuluskan agama untuk-Nya.
Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam.
40:66. Katakanlah, "Aku dilarang sembah orang-orang yang kamu seru, selain daripada Allah, setelah
bukti-bukti yang jelas datang kepadaku daripada Pemeliharaku; dan aku diperintah
supaya tunduk patuh kepada Pemelihara semua alam."
40:73. Kemudian dikatakan
kepada mereka, "Di manakah mereka yang kamu sekutukan,
40:74. Selain daripada Allah?" Mereka
berkata, "Mereka sudah sesat (hilang) daripada kami; tidak, tetapi tiadalah sama
sekali yang kami seru dahulu." Begitulah Allah sesatkan orang-orang tidak percaya.
41:5. Mereka berkata, "Hati kami ditudung daripada apa kamu seru kami kepadanya, dan di dalam telinga kami ada sumbatan, dan antara kami dan kamu ada tabir (hijab); maka beramallah kamu; kami sedang beramal!"
41:33. Dan siapakah lebih baik ucapannya daripada orang yang berseru kepada Allah, dan buat kerja-kerja baik , dan berkata, "Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang muslim"?
41:48. Kemudian apa yang mereka
seru sebelumnya sesat (hilang) daripada mereka, dan mereka sangka mereka tidak ada tempat lari.
41:49. Manusia tidak jadi letih menyeru (doa) untuk kebaikan; tetapi apabila kejahatan
sentuh dia, maka
jemulah dia, berputus asa.
41:51. Dan apabila Kami rahmati manusia, dia berpaling, dan jauhkan diri ke tepi; tetapi apabila kejahatan sentuh dia, dia mempunyai seruan (doa) yang tidak putus-putus.
42:13. Dia syariatkan bagi kamu
sebagai agama apa yang Dia wasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami
wahyukan kamu, dan apa yang Kami wasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan
Isa: "Lakukanlah agama, dan janganlah berpecah belah di dalamnya." Amatlah benci
bagi orang-orang yang sekutukan pada apa yang kepadanya kamu seru
mereka. Allah pilih kepadanya sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk kepadanya orang yang berkesesalan.
42:15. Oleh kerana itu, kamu serulah, dan berlakuluruslah sebagaimana kamu diperintah; jangan ikut keinginan mereka, dan katakan, "Aku percaya kepada mana-mana Kitab yang Allah turunkan; aku diperintah supaya berlaku adil antara kamu. Allah Pemelihara kami, dan Pemelihara kamu. Bagi kami amalan-amalan kami, dan bagi kamu, amalan-amalan kamu; tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu; Allah akan kumpul kita bersama, dan kepada-Nya kepulangan."
43:49. Dan mereka berkata, "Wahai ahli sihir, serulah kepada Pemelihara kamu untuk kami dengan perjanjian yang Dia buat dengan kamu supaya kami benar-benar dapat petunjuk."
43:86. Orang-orang yang mereka seru, selain daripada Dia, tidak ada kuasa pengantaraan, kecuali orang yang saksikan pada yang benar, dan mereka tahu.
44:22. Dan dia menyeru Pemeliharanya, "Mereka ini kaum yang berdosa."
44:55. Di dalamnya mereka seru segala buah-buahan, dengan aman.
45:28. Dan kamu akan lihat tiap-tiap umat melutut; tiap-tiap umat diseru (dipanggil) kepada Kitabnya, "Pada hari ini, kamu dibalas dengan apa kamu buat.
46:4. Katakanlah, "Adakah kamu fikirkan
apa yang kamu seru selain daripada Allah?
Perlihatkan
kepadaku apa
yang mereka cipta daripada bumi; atau adakah mereka satu sekutu di langit?
Datangkanlah kepadaku sebuah Kitab sebelum ini, atau bekas-bekas suatu
pengetahuan, jika kamu berkata benar."
46:5. Dan siapakah lebih sesat
daripada orang yang seru selain daripada Allah, yang tidak akan sahut dia hingga Hari Kiamat, dan mereka, pada seruan mereka
lalai?
46:31. Wahai kaum kami, sahutlah
penyeru Allah, dan percayalah kepada-Nya, dan Dia akan ampun kamu
atas kesalahan-kesalahan kamu, dan Dia akan lindung kamu daripada azab yang
pedih.
46:32. Sesiapa yang tidak sahut penyeru kepada Allah, tidak dapat
kandaskan Allah di bumi, dan dia
tidak ada wali (pelindung) selain daripada-Nya; mereka itu adalah dalam
kesesatan yang nyata."
47:35. Maka janganlah lemah, dan seru untuk perdamaian; kamulah yang lebih tinggi, dan Allah berserta kamu, dan tidak akan lucutkan kamu daripada amalan-amalan kamu.
47:38. Hai, kamu ini; kamu diseru untuk nafkahkan di jalan Allah, dan antara kamu ada orang yang kikir. Sesiapa yang kikir, dia kikir hanyalah terhadap dirinya sendiri. Allah Yang Kaya; kamu yang fakir (berkeperluan). Jika kamu berpaling, Dia akan tukar kamu dengan kaum yang selain daripada kamu, kemudian mereka tidaklah yang serupa dengan kamu.
48:16. Katakanlah kepada orang-orang Arab
yang ditinggalkan, "Kamu akan diseru terhadap kaum yang mempunyai
kekuatan yang sangat untuk memerangi mereka, atau mereka tunduk patuh. Jika kamu taati, Allah akan beri kamu upah yang baik; tetapi jika kamu berpaling,
sebagaimana kamu telah berpaling dahulu, Dia akan azab kamu dengan azab yang
keras."
52:28. Kami dahulu berseru kepada-Nya; sesungguhnya Dialah Yang Buat Kebaikan, Yang Pengasih."
54:6. Maka berpalinglah kamu daripada mereka. Pada hari apabila penyeru seru kepada sesuatu yang dahsyat,
54:8. Berlari dengan menjulurkan leher mereka kepada penyeru. Orang-orang tidak percaya berkata, "Ini, hari yang sukar!"
54:10. Lalu dia menyeru Pemeliharanya, "Aku dikalahkan; tolonglah aku!"
57:8. Mengapakah kamu, bahawa kamu tidak percayai Allah padahal Rasul menyeru kamu untuk percayai Pemelihara kamu, dan Dia telah ambil perjanjian kamu, jika kamu orang-orang mukmin?
61:7. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah apabila dia diseru kepada islam? Dan Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.
68:42. Pada hari apabila betis disingkap,
dan mereka diseru untuk bersujud, tetapi mereka tidak boleh.
68:43. Pandangan mereka merendah,
kehinaan menutupi mereka, kerana mereka telah diseru untuk bersujud
sedang mereka sejahtera.
70:17. Ia menyeru orang yang
membelakang dan berpaling,
71:5. Berkata, “Wahai Pemeliharaku, aku
telah seru kaumku malam dan siang,
71:6. Tetapi seruanku hanya
menambahkan mereka dalam pelarian.
71:7. Dan setiap kali aku seru
mereka supaya Engkau ampunkan mereka, mereka letak jari-jari mereka ke
dalam telinga-telinga mereka, dan menutupkan mereka di dalam pakaian mereka, dan
berterusan dengannya, dan menyombong, sesombong-sombongnya.
71:8. Kemudian sesungguhnya, aku
seru mereka dengan terang-terang,
72:18. Masjid-masjid adalah kepunyaan
Allah; maka janganlah seru, berserta Allah, sesiapa pun.
72:19. Apabila hamba Allah berdiri
menyeru-Nya, mereka hampir-hampir mengerumuninya.
72:20. Katakanlah, “Aku hanya
seru Pemeliharaku, dan aku tidak sekutukan dengan-Nya
sesiapa.”
84:10. Tetapi bagi orang diberi kitabnya di belakang punggungnya,
84:11. Dia akan menyeru untuk
kebinasaan,
84:12. Dan dia dipanggang di yang Menyala.
96:17. Maka hendaklah dia seru
majlisnya!
96:18. Kami akan seru
Zabaniya
(ii) DA'WA - a cry, call, prayer (ms 362)
7:5. Tidak ada seruan mereka, apabila bencana Kami datang kepada mereka, melainkan mereka berkata, "Kami adalah orang-orang zalim."
10:10. Seruan mereka di dalamnya, "Engkau disanjung, ya Allah", dan salam hormat mereka, "Salam", dan akhir seruan mereka, "Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam."
21:14. Mereka berkata,
"Celakalah kami! Kami adalah orang-orang zalim."
21:15. Maka itulah seruan mereka
yang tidak berhenti-henti, sehingga Kami buat mereka seperti tunggul, senyap
dan kaku.
(iii) DA'WAH - a prayer, call (ms 362)
2:186. Dan apabila hamba-hamba-Ku tanya kamu mengenai Aku, Aku lebih dekat untuk sahut seruan orang yang menyeru apabila dia seru kepada-Ku; maka hendaklah mereka sahut Aku, dan hendaklah mereka percayai Aku supaya mereka menjadi benar.
10:88. Musa berkata,
"Pemelihara kami, Engkau telah beri Firaun dan pembesar-pembesarnya
perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia ini. Pemelihara kami,
biarkanlah mereka sesat daripada jalan Engkau. Pemelihara kami, hapuskanlah
harta-harta mereka, dan keraskanlah hati mereka supaya mereka tidak
percayai, sehingga mereka melihat azab yang pedih."
10:89. Berkata, "Seruan
(doa) kamu
disahuti; maka hendaklah kamu berlaku lurus, dan jangan ikut jalan
orang-orang yang tidak tahu."
13:14. Bagi Dia seruan yang benar; dan orang-orang yang mereka seru, selain daripada Dia, tidak sahut mereka sedikit pun, tetapi ia seperti orang yang menjulurkan tangan-tangannya ke air supaya sampai ke mulutnya, dan tidaklah ia sampai kepadanya. Doa orang-orang tidak percaya hanyalah dalam kesesatan.
14:44. Dan berilah amaran kepada manusia akan hari apabila azab datang kepada mereka; dan orang-orang buat kezaliman berkata, "Wahai Pemelihara kami, tangguhkanlah kami hingga satu tempoh yang dekat, dan kami akan sahut seruan Engkau, dan ikut Rasul-Rasul." "Tidakkah kamu telah bersumpah dahulu bahawa tidak ada peralihan untuk kamu?
30:25. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa langit dan bumi berdiri dengan perintah-Nya; kemudian, apabila Dia seru kamu dengan satu seruan, kamu seketika itu, dari bumi, kamu keluar.
40:43. Tidak syaklah bahawa kamu menyeru aku kepada yang tiada seruan untuknya, di dunia dan tidak juga di akhirat, dan kepada Allah kita kembali, dan bahawa orang-orang yang membazir (berlebihan) adalah penghuni-penghuni Api.
(iv) IDDA'A vb. (VIII)-.to claim, call for (ms 363)
36:57. Bagi mereka di dalamnya buah-buahan, dan bagi mereka apa yang mereka seru.
41:31. Kamilah wali-wali (sahabat-sahabat) kamu dalam kehidupan dunia, dan di akhirat; di dalamnya kamu dapati semua yang jiwa kamu inginkan, dan apa yang kamu seru,
67:27. Kemudian, apabila mereka melihatnya dekat, boleh dicapai, muka-muka orang-orang tidak percaya jadi dukacita, dan dikatakan, “Inilah apa yang kamu seru!”
Kalimat
Pilihan
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman