Kalimat saudara lelaki & perempuan di dalam al-Qur'an


Ayat-ayat daripad dua kalimat seakar, bermaksud saudara lelaki dan saudara perempuan, dihimpun di sini:

1. AKH n.m. (pl. ikhwah, ikhwan) - brother
~ diterjemah kepada saudara atau saudara lelaki

2. UKHT n.f. (pl. akhawat) - sister
~ diterjemah kepada saudara atau saudara perempuan


2:178. Wahai orang-orang yang percaya, dituliskan (ditetapkan) bagi kamu ialah pembalasan (qisas), mengenai orang yang dibunuh - orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan
perempuan dengan perempuan; tetapi, jika sesuatu dimaafkan kepadanya oleh saudaranya, maka hendaklah mengikutinya dengan baik, dan hendaklah bayarannya dibuat dengan baik. Itu adalah satu keringanan bagi kamu daripada Pemelihara kamu, dan satu pengasihan, dan sesiapa mencabuli sesudah itu, baginya azab yang pedih.

2:220. Dunia dan akhirat. Mereka tanya kamu mengenai anak yatim. Katakanlah, "Untuk membetulkan urusan mereka adalah baik, dan jika kamu bercampur dengan mereka, maka mereka adalah saudara-saudara kamu. Allah tahu benar orang yang buat kerosakan daripada orang yang membetulkan; dan sekiranya Allah hendak, tentu Dia menyulitkan kamu. Sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana."

3:103. Dan berpegangteguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan jangan kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia satukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu jadi bersaudara. Kamu di pinggir lubang Api, dan Dia selamatkan kamu daripadanya. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu dapat petunjuk.

3:156. Wahai orang-orang yang percaya, jangan jadi seperti orang-orang tidak percaya, yang berkata kepada saudara-saudara mereka apabila mereka adakan perjalanan di bumi, atau mereka dalam ekspedisi perang, "Sekiranya mereka bersama kita, tentu mereka tidak mati, dan tidak dibunuh," - supaya Allah buatkan yang demikian itu suatu penyesalan di dalam hati mereka. Dan Allah menghidupkan dan Dia mematikan; dan Allah lihat apa kamu buat.

3:168. Orang-orang yang mengatakan kepada saudara-saudara mereka dan mereka sendiri duduk, "Sekiranya mereka taati kita, tentu mereka tidak terbunuh." Katakanlah, "Maka tolaklah kematian itu daripada diri-diri kamu jika kamu berkata benar."

4:11. Allah wasiatkan kamu mengenai anak-anak kamu; bagi lelaki serupa dengan bahagian dua perempuan, dan jika mereka perempuan-perempuan yang lebih daripada dua, maka bagi mereka dua per tiga daripada apa dia tinggalkan, tetapi jika dia seorang, maka baginya separuh; dan kepada ibu bapanya, kepada setiap seorang daripada keduanya, satu per enam daripada apa dia tinggalkan, jika dia ada anak; tetapi jika dia tidak ada anak, dan waris-warisnya ialah ibu bapanya, maka satu per tiga bagi ibunya, atau jika dia ada saudara-saudara lelaki, maka bagi ibunya satu per enam, sesudah sebarang wasiat yang dia wasiatkan, atau sebarang hutang. Bapa-bapa kamu dan anak-anak lelaki kamu, kamu tidak tahu siapa antara mereka yang lebih dekat manfaatnya kepada kamu. Demikianlah ketentuan Allah; sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.

4:12. Dan bagi kamu, separuh daripada apa yang isteri-isteri kamu tinggalkan, jika mereka tidak ada anak; tetapi jika mereka ada anak, maka bagi kamu, daripada apa yang mereka tinggalkan, satu per empat, sesudah sebarang wasiat mereka wasiatkan, atau sebarang hutang. Dan bagi mereka, satu per empat daripada apa kamu tinggalkan jika kamu tidak ada anak; tetapi jika kamu ada anak, maka bagi mereka, daripada apa kamu tinggalkan, satu per lapan, sesudah sebarang wasiat kamu wasiatkan, atau sebarang hutang. Jika seorang lelaki atau seorang perempuan tidak mempunyai waris yang terus (ibu bapa dan anak), tetapi ada saudara lelaki atau saudara perempuan, maka bagi tiap-tiap seorang daripada keduanya, satu per enam; tetapi jika mereka lebih ramai daripada itu, maka mereka bersekutu dalam satu per tiga, sesudah sebarang wasiat yang dia wasiatkan, atau sebarang hutang yang mudaratkan; wasiat daripada Allah, dan Allah Mengetahui, Penyantun.

4:23. Diharamkan kepada kamu adalah ibu-ibu kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu saudara kamu sebelah bapa dan sebelah ibu kamu, dan anak-anak perempuan saudara lelaki kamu dan anak-anak perempuan saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu kamu yang susukan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu yang sesusuan, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri perempuan yang dalam jagaan kamu daripada isteri-isteri kamu yang kamu sudah masuk - tetapi jika kamu belum masuki mereka, maka tidak salah ke atas kamu - dan isteri anak-anak kamu yang daripada pinggang kamu, dan kamu himpun dua perempuan adik-beradik, kecuali apa yang telah lalu; Allah Pengampun, Pengasih.

4:176. Mereka minta satu keputusan kepada kamu. Katakanlah, "Allah putuskan kepada kamu mengenai waris yang tidak langsung (selain ibu bapa dan anak). Jika seorang lelaki mati tanpa seorang anak, tetapi dia mempunyai saudara perempuan, dia terima separuh daripada apa dia tinggalkan, dan dia (lelaki) adalah warisnya jika dia (perempuan) tidak mempunyai anak. Jika ada dua saudara perempuan, mereka terima dua per tiga daripada apa dia (lelaki) tinggalkan. Dan jika ada beberapa saudara, lelaki dan perempuan, yang lelaki terima serupa dengan bahagian dua perempuan. Allah jelaskan kepada kamu supaya kamu tidak sesat; Allah tahu segala sesuatu."

5:25. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, aku tidak menguasai sesiapa kecuali diriku dan saudaraku. Pisahkanlah antara kami dan kaum yang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan)."

5:30. Kemudian jiwanya mendorongnya untuk membunuh saudaranya, dan dia membunuhnya, dan jadi antara orang-orang yang rugi.

5:31. Kemudian Allah kirim seekor burung gagak, dengan mencakar-cakar di atas bumi, untuk perlihatkan kepada dia bagaimana dia akan sembunyikan mayat saudaranya yang aib. Dia berkata, "Celakalah aku! Tidakkah aku mampu jadi seperti burung gagak ini, untuk aku sembunyikan mayat saudaraku yang aib?" Dan dia jadi antara orang-orang yang menyesal.

6:87. Dan daripada bapa-bapa mereka, dan keturunan mereka, dan saudara-saudara mereka; dan Kami pilih mereka, dan Kami beri mereka petunjuk pada jalan lurus.

7:38. Berkata, "Masuklah kamu kepada umat-umat yang telah berlalu sebelum kamu, daripada jin dan manusia, ke dalam Api." Setiap kali sesuatu umat masuk, ia laknatkan saudaranya sehingga, apabila mereka semua sudah berkumpul di dalamnya, yang terakhir daripada mereka berkata kepada yang pertama, "Wahai Pemelihara kami, mereka inilah yang sesatkan kami, maka berikan mereka azab dua kali ganda daripada Api." Berkata, "Bagi masing-masing dua kali ganda, tetapi kamu tidak tahu."

7:65. Dan kepada Ad, saudara mereka Hud. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; tidakkah kamu bertakwa?"

7:73. Dan kepada Tsamud, saudara mereka Salleh. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu. Ini unta betina Allah untuk menjadi satu ayat bagi kamu. Tinggalkan ia, supaya ia boleh makan di bumi Allah, dan jangan sentuh ia dengan kejahatan supaya kamu tidak diambil azab yang pedih.

7:85. Dan kepada Madyan, saudara mereka Shuaib. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu. Maka tepatilah sukatan dan timbangan, dan jangan kurangkan sesuatu bagi manusia, dan jangan kamu buat kerosakan di bumi setelah ia dibetulkan; itu lebih baik bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin.

7:111. Mereka berkata, "Tangguhkan dia dan saudaranya seketika, dan utuslah ke kota-kota orang-orang yang mengumpulkan,

7:142. Dan Kami telah menemujanji dengan Musa tiga puluh malam, dan Kami sempurnakannya dengan sepuluh, maka sempurnalah waktu yang ditetapkan Pemeliharanya, empat puluh malam; dan Musa berkata kepada saudaranya Harun, "Jadilah penggantiku di kalangan kaumku, dan betulkanlah, dan jangan ikut jalan orang-orang yang buat kerosakan."

7:150. Dan apabila Musa kembali kepada kaumnya, dalam keadaan marah dan dukacita, dia berkata, "Buruknya yang kamu lakukan untuk gantikan aku sesudahku; apa, adakah kamu hendak mendahului perintah Pemelihara kamu?" Dan dia lempar Papan-Papan, dan dia ambil kepala saudaranya, mengheretnya kepadanya. Berkata "Anak ibuku, sesungguhnya kaum itu telah menghinaku, dan hampir-hampir membunuhku. Jangan buatkan musuh-musuhku berasa puas terhadapku, dan jangan letak aku di kalangan kaum yang zalim."

7:151. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, ampunkanlah aku dan saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam pengasihan Engkau; Engkau yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan."

7:202. Dan saudara-saudara mereka yang mereka pandu ke dalam kesalahan, kemudian mereka tidak berhenti-henti.

9:11. Namun demikian, jika mereka bertaubat, dan lakukan solat, dan beri zakat, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama; dan Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang tahu.

9:23. Wahai orang-orang yang percaya, jangan ambil bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu untuk menjadi wali-wali kamu, jika mereka lebih suka ketidakpercayaan daripada keimanan; sesiapa antara kamu yang jadikan mereka sahabat-sahabat, maka mereka itu, merekalah orang-orang zalim.

9:24. Katakanlah, "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak lelaki kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri kamu, dan kerabat kamu, dan harta benda yang kamu peroleh, dan perdagangan yang kamu takut akan kerugian, dan tempat tinggal yang kamu sangat puas hati - jika ini lebih dicintai oleh kamu daripada Allah dan Rasul-Nya, dan untuk berjuang di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah datangkan perintah-Nya; Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang fasiq."

10:87. Dan Kami wahyukan Musa dan saudaranya, "Ambillah kamu untuk kaum kamu di Mesir, rumah-rumah tertentu, dan buat rumah-rumah kamu satu kiblat (haluan), dan lakukan solat, dan beri berita gembira kepada orang-orang mukmin."

11:50. Dan kepada Ad, saudara mereka Hud. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah. Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; kamu, tidak lain, hanyalah mengada-adakan.

11:61. Dan kepada Tsamud, saudara mereka Salleh; dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah. Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia. Dialah yang tumbuhkan kamu daripada bumi dan tetapkan kamu di dalamnya; maka mintalah ampun kepada-Nya, kemudian bertaubat kepada-Nya. Sesungguhnya Pemeliharaku dekat, dan menyahuti."

11:84. Dan kepada Madyan, saudara mereka Shuaib; dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah. Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia. Dan jangan kurangkan sukatan dan timbangan. Aku lihat kamu baik (makmur); dan aku takut untuk kamu akan azab hari yang meliputi.

12:5. Dia berkata, "Wahai anakku, jangan ceritakan mimpi kamu kepada saudara-saudara kamu supaya mereka tidak buat muslihat terhadap kamu dengan tipu muslihat. Sesungguhnya syaitan, kepada manusia, adalah musuh yang nyata.

12:7. Pada Yusuf dan saudara-saudaranya adalah ayat-ayat bagi orang-orang yang bertanya.

12:8. Apabila mereka berkata, "Sesungguhnya Yusuf dan saudaranya lebih dicintai oleh bapa kita daripada kita, sedang kita sekumpulan. Sesungguhnya bapa kita adalah dalam kesesatan yang nyata.

12:58. Dan saudara-saudara Yusuf datang, dan mereka masuk kepadanya, dan dia kenal mereka, tetapi mereka tidak mengenalinya.

12:59. Apabila dia sudah siapkan bekal mereka dengan bekal mereka, dia berkata, "Datangkanlah kepadaku saudara kamu yang tertentu daripada bapa kamu. Tidakkah kamu lihat bahawa aku tepati sukatan, dan aku yang terbaik daripada penerima-penerima tamu?

12:63. Maka, apabila mereka kembali kepada bapa mereka, mereka berkata, "Ayah, sukatan itu akan dinafikan kepada kami; maka utuslah bersama kami saudara kami supaya kami dapat sukatan itu; sesungguhnya kami akan menjaganya."

12:64. Dia berkata, "Dan adakah aku akan percayai kamu kepadanya seperti aku percayai kamu kepada saudaranya dahulu? Maka Allah adalah penjaga yang paling baik, dan Dia yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan."

12:65. Dan apabila mereka membuka barang-barang mereka, mereka dapati barang-barang mereka dikembalikan kepada mereka. Mereka berkata, "Ayah, apakah yang kita inginkan lagi? Barang-barang kita ini dikembalikan kepada kita, dan kita dapat bekalan makanan untuk keluarga kita, dan kita akan jaga saudara kita; kita akan dapat tambahan sukatan seekor unta. Itu sukatan yang mudah."

12:69. Dan apabila mereka masuk kepada Yusuf, dia ambil saudaranya kepadanya. Berkata, "Aku saudara kamu; maka jangan kamu dukacita terhadap apa mereka buat."

12:70. Kemudian, apabila dia siapkan untuk mereka persiapan mereka, dia letak gelas minumannya ke dalam pundi saudaranya. Kemudian orang yang menyeru berseru, "Hai kafilah, kamu adalah pencuri-pencuri!"

12:76. Maka dia mulakan dengan karung-karung mereka sebelum karung saudaranya, kemudian dia keluarkannya daripada karung saudaranya. Begitulah Kami buat muslihat untuk Yusuf; dia tidak boleh ambil saudaranya, menurut agama (pengadilan) raja, kecuali apa yang Allah hendak. Sesiapa Kami hendaki, Kami naikkan darjat; di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan, ialah Yang tahu.

12:77. Mereka berkata, "Jika dia seorang pencuri, seorang saudaranya adalah seorang pencuri dahulu." Tetapi Yusuf rahsiakan di dalam dirinya, dan tidak nampakkannya kepada mereka, dengan berkata, "Kedudukan kamu lebih buruk; Allah sangat-sangat tahu apa yang kamu terangkan."

12:87. Wahai anak-anakku, pergilah dan carilah berita mengenai Yusuf dan saudaranya. Jangan berputus asa daripada kesenangan Allah; daripada kesenangan Allah, tiada yang berputus asa melainkan kaum tidak percaya (kafir)."

12:89. Berkata, "Adakah kamu tahu apa yang kamu lakukan terhadap Yusuf dan saudaranya, ketika kamu orang-orang yang bodoh?"

12:90. Mereka berkata, "Mengapa, adakah kamu benar-benar Yusuf?" Dia berkata, "Aku Yusuf. Ini saudaraku. Sungguh, Allah telah berbudi baik kepada kami. Sesiapa bertakwa dan sabar, maka sesungguhnya Allah tidak sia-siakan upah orang-orang buat baik."

12:100. Dan dia naikkan kedua ibu bapanya ke atas arasy (singgahsana); dan yang lain, jatuh bersujud kepadanya. Berkata, "Ayah, inilah interpretasi mimpi saya yang dahulu; Pemelihara saya telah membuatnya benar. Dia telah berbudi baik kepada saya apabila Dia keluarkan saya dari penjara, dan Dia datangkan kamu dari gurun setelah syaitan selisihkan antara saya dan saudara saya. Pemelihara saya halus terhadap apa Dia hendaki; sesungguhnya Dialah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana.

15:47. Kami cabut perasaan dendam yang ada di dalam dada mereka; seperti bersaudara, mereka berada di atas sofa-sofa berhadapan muka.

17:27. Orang-orang yang boros adalah saudara syaitan, dan syaitan tidak berterima kasih (kafir) kepada Pemeliharanya.

19:28. Wahai saudara perempuan Harun, bapa kamu bukan seorang lelaki yang jahat, dan bukan juga ibu kamu perempuan jalang."

19:53. Dan Kami beri dia, saudaranya Harun, daripada pengasihan Kami, seorang Nabi.

20:30. Harun, saudaraku.

20:40. Apabila saudara perempuan kamu pergi berjalan, dan berkata, 'Bolehkah aku tunjukkan kepada kamu orang yang akan menjaganya?' Maka Kami kembalikan kamu kepada ibumu, supaya dia gembira, dan tidak sedih. Kemudian kamu bunuh satu jiwa, dan Kami selamatkan kamu daripada kesedihan, dan Kami uji kamu dengan banyak ujian. Kamu telah tinggal beberapa tahun di kalangan penduduk Madyan, kemudian kamu datang, wahai Musa, menurut satu ketetapan.

20:42. Pergilah kamu dan saudara kamu dengan ayat-ayat-Ku, dan jangan lalai untuk mengingati-Ku.

23:45. Kemudian Kami utus Musa dan saudaranya Harun dengan ayat-ayat Kami, dan satu kuasa yang nyata,

24:31. dan katakan kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka tundukkan pandangan mereka, dan jaga kemaluan mereka, dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka letak penudung mereka pada dada mereka, dan tidak nampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka miliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan jangan juga mereka hentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.

24:61. Tidak salah ke atas orang buta, dan tidak salah ke atas orang cacat, dan tidak salah ke atas orang sakit, dan tidak juga ke atas diri kamu sendiri, untuk kamu makan di rumah kamu, atau rumah bapa kamu, atau rumah ibu kamu, atau rumah saudara lelaki kamu, atau rumah saudara perempuan kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah bapa, atau rumah emak saudara kamu sebelah bapa kamu, atau rumah bapa saudara kamu sebelah ibu kamu, atau rumah emak saudara kamu sebelah ibu kamu, atau yang kuncinya kamu miliki, atau sahabat kamu; tidak salah ke atas kamu untuk kamu makan beramai, atau secara berasingan. Apabila kamu masukrumah, berilah salam kepada diri-diri (sesama) kamu dengan salam hormat daripada Allah, diberkati dan baik. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat supaya kamu faham.

25:35. Kami beri Musa al-Kitab, dan melantik bersama dia saudaranya Harun sebagai wazir.

26:36. Mereka berkata, "Tangguhkan dia dan saudaranya seketika, dan kirimlah ke kota-kota orang-orang yang mengumpulkan,

26:106. Apabila saudara mereka Nuh berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu bertakwa?"

26:124. Apabila saudara mereka Hud berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu bertakwa?

26:142. Apabila saudara mereka Salleh berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu bertakwa?

26:161. Apabila saudara mereka Lut berkata kepada mereka, "Tidakkah kamu bertakwa?

27:45. Dan Kami utus kepada Tsamud, saudara mereka Salleh, "Sembahlah Allah!" Dan tiba-tiba, mereka jadi dua golongan yang bertengkar dengan satu sama lain.

28:11. Dan dia berkata kepada saudara perempuannya, "Ikutlah dia", dan dia melihatnya dari jauh, sedang mereka tidak sedar.

28:34. Dan saudaraku Harun lebih fasih lidahnya (lisannya) daripada aku. Utuslah dia bersama aku sebagai pembantu, dan untuk mengesahkan aku kerana aku takut mereka akan dustakan aku."

28:35. Berkatalah Dia, "Kami akan kuatkan tangan kamu dengan saudara kamu, dan Kami buatkan kamu satu kuasa supaya mereka tidak sampai kepada kamu kerana ayat-ayat Kami; kamu, dan sesiapa yang ikut kamu, adalah orang-orang yang menang."

29:36. Dan kepada Madyan, saudara mereka Shuaib; dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah, dan kamu harapkanlah Hari Akhir, dan jangan buat celaka di bumi dengan buat kerosakan."

33:5. Serulah (panggil) mereka mengikut bapa-bapa mereka; itu lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak tahu siapa bapa-bapa mereka, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama, dan peliharaan. Tidak salah ke atas kamu jika kamu buat kesilapan-kesilapan itu, melainkan apa yang di dalam hati-hati kamu rancangkan. Allah Pengampun, Pengasih.

33:18. Sesungguhnya Allah tahu orang-orang antara kamu yang halangi, dan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudara mereka, "Datanglah kepada kami", dan mereka tidak datangi peperangan kecuali sedikit,

33:55. Tidak salah ke atas mereka (isteri Nabi) dengan bapa-bapa mereka, dan anak-anak lelaki mereka, dan saudara lelaki mereka, dan anak-anak lelaki saudara lelaki mereka, dan anak-anak lelaki saudara perempuan mereka, dan perempuan mereka, dan apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki. Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah adalah saksi atas segala sesuatu.

38:23. "Sesungguhnya ini saudaraku yang mempunyai sembilan puluh sembilan biri-biri betina, dan aku mempunyai seekor biri-biri betina. Lalu dia berkata, 'Serahlah ia untuk penjagaanku'; dan dia mengalahkan aku dalam ucapan."

43:48. Dan tiada satu ayat yang Kami lihatkan kepada mereka melainkan ia yang lebih besar daripada saudaranya; dan Kami ambil mereka dengan azab supaya mereka kembali.

46:21. Dan ingatlah saudara kepada Ad, apabila dia beri amaran kepada kaumnya di tepi bukit pasir - dan sesungguhnya pemberi-pemberi amaran telah berlalu di hadapannya dan belakangnya -"Jangan kamu sembah siapa pun melainkan Allah! Sesungguhnya aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar."

49:10. Sesungguhnya orang-orang mukmin bersaudara; maka betulkanlah antara dua saudara kamu, dan takutilah Allah supaya kamu dikasihani.

49:12. Wahai orang-orang yang percaya, jauhilah kebanyakan sangkaan; sebahagian sangkaan adalah dosa. Dan jangan mengintip, dan jangan juga mengumpat satu sama lain; adakah salah seorang antara kamu suka makan daging saudaranya yang sudah mati? Kamu membencinya! Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah Menerima Taubat, Pengasih.

50:13. Dan Ad, dan Firaun, dan saudara-saudara Lut,

58:22. Kamu tidak dapat sesuatu kaum yang percayai Allah dan Hari Akhir menyayangi sesiapa yang menentang Allah dan Rasul-Nya, walaupun mereka bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, atau kerabat mereka. Mereka itu, Dia tuliskan (tetapkan) keimanan di dalam hati mereka, dan Dia kukuhkan mereka dengan Roh daripada Dia Sendiri; dan Dia masukkan mereka ke taman-taman, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, sedang Allah sangat puas hati terhadap mereka, dan mereka sangat puas hati terhadap-Nya. Mereka itu golongan Allah; sesungguhnya golongan Allah, merekalah orang-orang beruntung.

59:10. Dan bagi orang-orang yang datang sesudah mereka, mereka berkata, “Wahai Pemelihara kami, ampunkanlah kami, dan saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam keimanan, dan janganlah Engkau letak di dalam hati kami sebarang perasaan dendam terhadap orang-orang yang percaya. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkau Lembut, Pengasih.”

59:11. Tidakkah kamu renungkan orang-orang munafik berkata kepada saudara-saudara mereka daripada ahli Kitab yang tidak percaya, “Jika kamu diusir, kami akan keluar bersama kamu, dan untuk kamu, kami tidak akan taati sesiapa pun selama-lamanya. Jika kamu diperangi, kami akan tolong kamu.” Dan Allah saksikan bahawa mereka adalah benar-benar pendusta-pendusta.

70:12. Dan isterinya yang temannya, dan saudaranya,

80:34. Pada hari seseorang lari daripada saudaranya,

~ A Concordance of the Qur'an ms 135-137


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis
kepada Pengurus Laman