Kalimat saksi di dalam al-Qur'an


Saksi diterjemah daripada empat kalimat yang terbit daripada akar yang sama. Kalimat-kalimat tersebut adalah syahida, syahid, asy.hada dan istasy.hada.


syahida
vb. (I)-to witness; to be present; to bear witness, to testify. (n.vb.) testimony, witnessing; that which is visible. (pcple. act.) a witness; (adv) witnessing, standing before. (pcple. pass.) witnessed; memorable (day)
~ A Concordance of the Qur'an 
ms 1128


2:84. Dan apabila Kami ambil perjanjian kamu, bahawa janganlah kamu tumpahkan darah kamu sendiri, dan jangan juga usir diri-diri kamu sendiri daripada tempat-tempat tinggal kamu, kemudian kamu setuju, dan kamu sendiri saksikan.

2:140. Atau, adakah kamu kata, 'Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak - mereka adalah orang-orang Yahudi, atau mereka orang-orang Kristian'?" Katakanlah, "Adakah kamu yang lebih tahu, atau Allah? Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang sembunyikan kesaksian yang diterima daripada Allah? Dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat."

2:185. Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk jadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah orang-orang antara kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa; dan sesiapa yang sakit, atau dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari yang lain. Allah hendakkan kemudahan bagi kamu, dan tidak hendak kesukaran bagi kamu; dan agar kamu cukupkan bilangan, dan agungkan Allah, bahawa Dia beri petunjuk kepada kamu supaya kamu berterima kasih.

2:282. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berkontrak secara hutang dengan satu sama lain, sampai satu tempoh yang dinyatakan, hendaklah kamu menulisnya, dan hendaklah seorang penulis menulisnya antara kamu dengan adil, dan seseorang penulis tidak boleh enggan untuk menulis sebagaimana Allah mengajarnya. Maka hendaklah dia tulis, dan hendaklah orang yang berhak (penghutang) mengimlakkan, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya, dan jangan kurangkan sesuatu daripadanya. Jika penghutang itu bodoh, atau lemah, atau tidak boleh imlakkan, maka hendaklah walinya (penjaganya) imlakkan dengan adil, dan serulah untuk menyaksikan, dua orang saksi, lelaki-lelaki; atau jika kedua-duanya bukan lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan, saksi-saksi yang kamu puas hati, bahawa jika salah seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan ingatkannya. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil, dan jangan kamu tidak suka untuk menulisnya, kecil atau besar, dengan tempohnya; itu adalah lebih adil pada pandangan Allah, lebih tegak untuk kesaksian, dan lebih sesuai supaya kamu tidak ragu-ragu, kecuali ia perdagangan hadir (tunai), yang kamu menjalankan di  antara kamu; maka tidak salah ke atas kamu jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi-saksi apabila kamu berjual beli sesama kamu. Dan janganlah, sama ada penulis atau saksi, ditekan; atau jika kamu lakukan, itu adalah kefasiqan pada kamu. Dan takutilah Allah; Allah mengajar kamu, dan Allah tahu segala sesuatu.
(saksi diterjemah daripada syahida, syahid, asy.hada dan istasy.hada)

2:283. Dan jika kamu dalam perjalanan, dan kamu tidak dapati seorang penulis, maka adakanlah satu cagaran yang dipegang. Tetapi jika sebahagian kamu percayai sebahagian yang lain, hendaklah orang yang dipercayai tunaikan amanatnya, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya. Dan jangan sembunyikan kesaksian, dan sesiapa sembunyikannya, maka hatinya berdosa; dan Allah tahu apa kamu buat.

3:18. Allah saksikan bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia, dan para malaikat, dan orang-orang yang berpengetahuan, yang tegakkan keadilan; tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.


3:52. Dan apabila Isa sedari ketidakpercayaan mereka, dia berkata, "Siapakah yang akan jadi penolong-penolongku untuk Allah?" Berkatalah pengikut-pengikutnya yang setia, "Kami akan jadi penolong-penolong Allah; kami percaya kepada Allah, dan saksilah kamu akan kemusliman kami.

3:53. Wahai Pemelihara kami, kami percaya kepada apa yang Engkau turunkan, dan kami ikut Rasul, maka tuliskanlah kami bersama orang-orang yang saksikan."


3:64. Katakanlah, "Wahai ahli Kitab, marilah kepada satu kata yang sama, antara kami dan kamu, bahawa kita tidak sembah melainkan Allah, dan bahawa kita tidak sekutukan sesuatu dengan-Nya, dan janganlah sebahagian kita ambil sebahagian yang lain sebagai pemelihara-pemelihara, selain daripada Allah." Dan jika mereka berpaling, katakanlah, "Saksilah bahawa kami adalah muslim."

3:70. Wahai ahli Kitab, mengapa kamu tidak percaya kepada ayat-ayat Allah yang kamu sendiri saksikan?

3:81. Dan apabila Allah ambil perjanjian Nabi-Nabi, "Bahawa Aku beri kamu Kitab dan Kebijaksanaan; kemudian akan datang kepada kamu seorang Rasul, mengesahkan apa yang bersama kamu. Kamu akan percayainya, dan kamu menolongnya. Adakah kamu setuju?" Dia berkata, "Dan, adakah kamu ambil beban-Ku kepada kamu dengan syarat itu?" Mereka berkata, "Kami setuju." Dia berkata, "Maka saksilah, dan Aku bersama kamu antara para saksi."

3:86. Bagaimanakah Allah akan beri petunjuk kepada kaum tidak percaya sesudah keimanan mereka, dan saksikan bahawa Rasul itu benar, dan bukti-bukti yang jelas telah datang kepada mereka? Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.


4:15. Dan perempuan-perempuan kamu yang lakukan kesumbangan, panggillah empat antara kamu untuk menyaksikan terhadap mereka; dan jika mereka saksikan, tahanlah mereka di dalam rumah-rumah mereka sehingga kematian matikan mereka, atau Allah adakan bagi mereka satu jalan.
(saksi diterjemah daripada syahida dan istasy.hada)

4:166. Tetapi Allah saksikan dengan apa yang Dia turunkan kepada kamu; Dia turunkannya dengan pengetahuan-Nya; dan malaikat-malaikat juga saksikan; dan cukuplah Allah menjadi saksi.
(saksi diterjemah daripada syahida dan syahid)

5:83. Dan apabila mereka dengar apa diturunkan kepada Rasul, kamu lihat mata-mata mereka mencucurkan air mata kerana mereka kenali yang benar. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, kami percaya, maka tuliskanlah kami antara para saksi.


5:1
06. Wahai orang-orang yang percaya, kesaksian antara kamu apabila salah seorang daripada kamu ditimpa maut, apabila dia berwasiat, ialah dua orang empunya keadilan antara kamu, atau dua yang lain daripada selain kamu, jika kamu berpergian di bumi, dan bencana maut timpa kamu. Kemudian kamu akan tahan mereka sesudah solat, dan mereka akan bersumpah dengan Allah, jika kamu ragu-ragu: "Kami tidak akan menjualnya untuk suatu harga, walaupun ia sanak saudara yang dekat, dan kami tidak juga akan sembunyikan kesaksian Allah, kerana jika demikian, tentu kami termasuk orang-orang yang berdosa."

5:107. Jika didapati bahawa kedua-duanya benar dengan dosa, maka dua yang lain akan berdiri di tempat mereka, daripada orang-orang yang paling dekat dengan mereka yang berkenaan, lalu mereka bersumpah dengan Allah: "Kesaksian kami lebih benar daripada kesaksian mereka, dan kami tidak mencabuli; jika demikian, tentu kami termasuk orang-orang zalim."

5:108. Maka ia lebih dekat bahawa mereka akan datangkan kesaksian yang sebenarnya, atau mereka takut bahawa sesudah sumpah mereka, sumpah akan dikembalikan. Takutilah Allah, dan dengarlah; Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang fasiq.


5
:111. Dan ketika Aku wahyukan pengikut-pengikut yang setia, 'Percayalah kepada-Ku, dan Rasul-Ku'; mereka berkata, 'Kami percaya, dan saksilah Engkau akan kemusliman kami.'"

5:113. Mereka berkata, "Kami hendak memakan daripadanya, dan hati kami jadi tenteram, supaya kami tahu bahawa kamu berkata benar kepada kami, dan supaya kami adalah antara para saksinya."

6:19. Katakanlah, "Perkara apakah paling besar dalam kesaksian?" Katakanlah, "Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku beri amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai. Adakah kamu benar-benar saksikan bahawa ada tuhan-tuhan lain selain Allah?" Katakanlah, "Aku tidak saksikan." Katakanlah, "Dia hanyalah Tuhan Yang Satu, dan aku berlepas diri daripada apa kamu sekutukan."
(saksi diterjemah daripada syahida dan syahid)

6:73. Dia yang cipta langit dan bumi dengan benar pada hari Dia berkata, "Jadilah", lalu jadilah ia. Ucapan-Nya benar, dan bagi-Nya Kerajaan pada hari trompet ditiup; Yang tahu yang ghaib, dan yang nyata; Dia Yang Bijaksana, Yang Menyedari.

6:130. "Wahai golongan jin dan manusia, tidakkah Rasul-Rasul datang daripada kamu sendiri yang ceritakan kepada kamu ayat-ayat-Ku, dan beri amaran kepada kamu mengenai pertemuan hari kamu ini?" Mereka berkata, "Kami saksikan terhadap diri-diri kami sendiri." Mereka ditipu oleh kehidupan dunia, dan mereka saksikan terhadap diri-diri mereka sendiri bahawa mereka adalah orang-orang tidak percaya.

6:150. Katakanlah, "Bawalah saksi-saksi kamu, orang-orang yang saksikan bahawa Allah haramkan ini." Kemudian, jika mereka saksikan, janganlah saksikan bersama mereka; dan jangan ikut keinginan orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, dan yang tidak percayai akhirat, dan setarakan Pemelihara mereka.
(saksi diterjemah daripada syahida dan syahid)


7:37. Siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dustakan ayat-ayat-Nya? Mereka itu, bahagian mereka daripada Kitab akan sampai kepada mereka sehingga, apabila Rasul-Rasul Kami datang kepada mereka untuk matikan mereka, mereka berkata, "Di manakah apa yang kamu seru selain daripada Allah?" Mereka berkata, "Mereka sudah sesat (hilang) daripada kami", dan mereka saksikan terhadap diri-diri mereka sendiri bahawa mereka adalah orang-orang tidak percaya.

7:172. Dan apabila Pemelihara kamu mengambil daripada Bani Adam, daripada punggung mereka, keturunan mereka, dan jadikan mereka saksi-saksi ke atas jiwa mereka, "Bukankah Aku ini Pemelihara kamu?" Mereka berkata, "Ia, kami saksikan"; supaya kamu tidak kata pada Hari Kiamat, "Bagi kami, kami lalai mengenai yang ini."

9:17. Tidak patut bagi orang-orang yang sekutukan untuk memakmurkan masjid-masjid Allah, dengan menyaksikan terhadap diri-diri mereka sendiri akan ketidakpercayaan; mereka itu, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia, dan di dalam Api, mereka tinggal selama-lamanya.

9:94. Mereka kemukakan alasan kepada kamu, apabila kamu kembali kepada mereka. Katakanlah, "Jangan kamu kemukakan alasan; kami tidak akan percayai kamu. Allah telah pun beritahu kami berita mengenai kamu. Sungguh, Allah lihat amalan kamu, dan Rasul-Nya, kemudian kamu akan dikembalikan kepada-Nya, yang tahu yang ghaib dan yang nyata, dan Dia beritahu kamu apa kamu buat."

9:105. Katakanlah, "Beramallah, dan Allah pasti akan lihat amalan kamu, dan Rasul-Nya, dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada-Nya, yang tahu yang ghaib dan yang nyata, dan Dia beritahu kamu apa kamu buat."

9:107. Dan orang-orang yang ambil masjid dalam pertentangan, dan ketidakpercayaan, dan memecahkan orang-orang mukmin, dan tempat memerangkap orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelumnya; mereka bersumpah, "Kami tidak hendak sesuatu melainkan kebaikan"; dan Allah saksikan bahawa mereka adalah pendusta-pendusta.

10:61. Kamu tidak dalam sebarang hal, dan tidak juga kamu baca sebarang daripada al-Qur'an, dan tidak juga kamu buat sebarang amalan, melainkan Kami saksi-saksi ke atas kamu apabila kamu lakukannya; dan tidaklah seberat satu atom di bumi atau di langit tersembunyi daripada Pemelihara kamu, tidak yang lebih kecil daripada itu atau lebih besar, melainkan di dalam Kitab yang jelas.


11:17. Dan bagaimanakah dengan orang yang di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharanya, dan seorang saksi daripada-Nya membacanya, dan sebelumnya ialah Kitab Musa untuk imam dan pengasihan? Mereka itu percayainya; tetapi sesiapa yang tidak percaya kepadanya, sedang dia seorang daripada golongan-golongan, maka janji temunya ialah Api. Maka jangan kamu dalam keraguan daripadanya; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, tetapi kebanyakan manusia tidak percayai.

11:18. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah? Mereka itu akan dikemukakan kepada Pemelihara mereka, dan para saksi berkata, "Mereka itulah orang-orang yang berdusta terhadap Pemelihara mereka." Ingatlah, laknat Allah adalah ke atas orang-orang zalim,


11:54. Tiadalah kami
kata melainkan bahawa satu daripada tuhan-tuhan kami telah menimpa kamu dengan kejahatan." Berkata, "Aku bersaksikan Allah, dan saksilah kamu bahawa aku berlepas diri daripada apa kamu sekutukan,
(saksi diterjemah daripada syahida dan ash.hada)

11:103. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi orang yang takut akan azab akhirat; itulah satu hari di mana manusia dikumpulkan, satu hari untuk menyaksikan.

12:26. Berkata (Yusuf), "Dia yang goda diriku"; dan seorang saksi daripada keluarganya saksikan, "Jika bajunya dikoyakkan daripada depan, maka dia (perempuan) telah berkata benar, dan dia termasuk orang-orang yang dusta,

12:81. Kembalilah kamu semua kepada bapa kamu, dan katakan, 'Ayah, anak kamu telah mencuri; kami tidak saksikan kecuali apa yang kami tahu; kami bukanlah penjaga yang ghaib.

13:9. Yang Tahu yang ghaib dan yang nyata, Yang Besar, Yang Tinggi.


17:78. Lakukan solat dari terbenam matahari hingga kegelapan malam, dan bacaan (qur'an) fajar; sesungguhnya bacaan fajar disaksikan.

21:56. Berkata, "Tidak, tetapi Pemelihara kamu ialah Pemelihara langit dan bumi, yang memulakan mereka, dan aku adalah antara orang-orang yang saksikan atas yang demikian.

21:61. Mereka berkata, "Datangkanlah dia ke hadapan mata manusia supaya mereka saksikan."

21:78. Dan Daud dan Sulaiman, ketika mereka hakimkan mengenai tanaman, apabila kambing kaum merosakinya, dan Kami saksikan putusan mereka.

22:28. Supaya mereka saksikan pelbagai manfaat kepada manusia, dan mengingati (menyebut) nama Allah pada hari-hari yang diketahui pada haiwan ternakan yang Dia rezekikan mereka, "Maka makanlah daripadanya, dan berilah makan orang-orang fakir yang sengsara."

23:92. Yang tahu yang ghaib, dan yang nyata; tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan.


24:2. Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan, dan dalam agama Allah, janganlah kelembutan terhadap mereka mengambil kamu, jika kamu percayai Allah dan Hari Akhir; dan hendaklah segolongan orang-orang mukmin saksikan azab mereka.

24:4. Dan orang-orang yang membaling kepada wanita-wanita yang berkahwin, dan kemudian tidak datangkan empat saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh sebatan, dan janganlah terima sebarang kesaksian mereka selama-lamanya; mereka itu, merekalah orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).
(saksi diterjemah daripada syahida dan syahid)

24:6. Dan orang-orang yang membaling kepada isteri-isteri mereka tanpa saksi-saksi, kecuali diri-diri mereka sendiri, maka kesaksian seorang daripada mereka ialah menyaksikan dengan Allah empat kali, bahawa dia termasuk orang-orang yang benar.
(saksi diterjemah daripada syahida dan syahid)

24:8. Ia akan hindarkannya (isteri) daripada azab, jika dia saksikan dengan Allah empat kali bahawa dia (suami) adalah antara pendusta-pendusta.

24:24. Pada hari apabila lidah mereka, dan tangan mereka, dan kaki mereka, menyaksikan terhadap mereka mengenai apa yang mereka telah buat.


25:72. Dan orang-orang yang tidak saksikan yang dusta, dan apabila mereka melalui percakapan yang sia-sia, mereka melaluinya dengan mulia,

27:32. Dia berkata, "Wahai pembesar-pembesar, putuskanlah kepadaku mengenai urusanku; aku tidak biasa memutuskan sesuatu urusan sehingga kamu saksikan aku."

27:49. Mereka berkata, "Bersumpahlah kamu, satu sama lain, dengan Allah, 'Kita akan menyerangnya dan keluarganya pada malam hari, kemudian kita kata kepada walinya (pelindungnya), kita tidak saksikan kebinasaan keluarganya; dan sesungguhnya kitalah orang-orang yang benar.'"

28:44. Kamu tidak berada di sebelah barat, ketika Kami tentukan perintah kepada Musa, dan tidak juga kamu antara orang-orang yang saksikan.

32:6. Dia yang tahu yang ghaib dan yang nyata, Yang Perkasa, Yang Pengasih,


33:45. Wahai Nabi, Kami utus kamu sebagai seorang saksi, dan pemberi berita gembira, dan pemberi amaran,

36:65. Pada hari ini, Kami letak satu penutup pada mulut-mulut mereka, dan tangan-tangan mereka berkata-kata kepada Kami, dan kaki-kaki mereka menyaksikan terhadap apa yang mereka telah usahakan.

37:150. Atau, Kami cipta malaikat-malaikat itu perempuan, sedang mereka adalah saksi-saksi?

39:46. Katakanlah, "Ya Allah, Pemula langit dan bumi, yang tahu yang ghaib dan yang nyata, Engkaulah yang hakimkan antara hamba-hamba-Mu mengenai apa yang mereka padanya mereka selisihkan."

40:51. Sesungguhnya Kami akan tolong Rasul-Rasul Kami dan orang-orang yang percaya, di dalam kehidupan dunia, dan pada hari apabila saksi-saksi bangkit,


41:20. Sehingga apabila mereka datang kepadanya, pendengaran mereka, dan mata mereka, dan kulit-kulit mereka, menyaksikan terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah buat,

41:21. Dan mereka berkata kepada kulit-kulit mereka, "Mengapa kamu saksikan terhadap kami?" Berkata, "Allah beri kami percakapan sebagaimana Dia beri segala sesuatu percakapan. Dia cipta kamu pada kali pertama, dan kepada-Nya kamu dikembalikan."

41:22. Kamu tidak dapat tutup diri kamu, supaya pendengaran kamu, dan mata kamu, dan kulit kamu, tidak menyaksikan terhadap kamu; tetapi kamu sangka Allah tidak tahu kebanyakan daripada apa kamu buat.


43:19. Dan mereka buatkan malaikat-malaikat, yang mereka itu sendiri hamba-hamba Yang Pemurah, perempuan. Apa, adakah mereka saksikan ciptaan mereka? Kesaksian mereka akan ditulis, dan mereka akan ditanya.

43:86. Orang-orang yang mereka seru, selain daripada Dia, tidak ada kuasa pengantaraan, kecuali orang yang saksikan pada yang benar, dan mereka tahu.

46:10. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika ia adalah daripada Allah, dan kamu tidak percaya kepadanya, dan seorang saksi daripada Bani Israil saksikan atas yang serupa dengannya, dan dia percaya, dan kamu menyombong? Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim."

48:8. Sesungguhnya Kami utus kamu sebagai seorang saksi, dan pemberi berita gembira, dan pemberi amaran,


59:11. Tidakkah kamu renungkan orang-orang munafik yang berkata kepada saudara-saudara mereka daripada ahli Kitab yang tidak percaya, “Jika kamu diusir, kami akan keluar bersama kamu, dan untuk kamu, kami tidak akan taati sesiapa pun selama-lamanya. Jika kamu diperangi, kami akan tolong kamu.” Dan Allah saksikan bahawa mereka adalah benar-benar pendusta-pendusta.

59:22. Dia Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia yang tahu yang ghaib dan yang nyata; Dia Yang Pemurah, Yang Pengasih.


62:8. Katakanlah, “Sesungguhnya kematian, yang daripadanya kamu lari, akan temui kamu; kemudian kamu dikembalikan kepada Yang Tahu yang ghaib dan yang nyata, dan Dia beritahu kamu apa kamu buat.”

63:1. Apabila orang-orang munafik datang kepada kamu, mereka berkata, “Kami saksikan bahawa kamu benar-benar Rasul Allah.” Dan Allah tahu bahawa kamu adalah benar-benar Rasul-Nya, dan Allah saksikan bahawa orang-orang munafik adalah benar-benar pendusta-pendusta.

64:18. Yang Tahu yang ghaib dan yang nyata, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

65:2. Kemudian, apabila mereka telah sampai tempoh mereka, tahanlah mereka dengan baik, atau berpisahlah daripada mereka dengan baik. Dan adakanlah saksi, dua orang empunya keadilan di kalangan kamu; dan lakukanlah kesaksian kepada Allah Sendiri. Dengan ini ditegurkan sesiapa yang percayai Allah dan Hari Akhir. Dan sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia buatkan untuknya satu jalan keluar,
(saksi diterjemah daripada syahida dan asy.hada)

70:33. Dan yang menegakkan kesaksian mereka,


73:15. Sesungguhnya Kami utus kepada kamu seorang Rasul sebagai saksi ke atas kamu, sebagaimana Kami utus kepada Firaun seorang Rasul.

74:13. Dan anak-anak hadir,

83:21. Disaksikan oleh mereka yang didekatkan.

85:3. Demi yang menyaksikan, dan yang disaksikan,

85:7. Dan mereka sendiri saksi-saksi atas apa mereka buat terhadap orang-orang mukmin.

 

syahid
n.m. (pl. shuhada)-a witness; Witness (Divine attribute); martyr; one with a present mind, with full intelligence
~ A Concordance of the Qur'an 
ms 1130


2:23. Dan jika kamu dalam keraguan mengenai apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, maka datangkanlah sebuah surah yang serupa dengan ia, dan serulah (panggil) saksi-saksi kamu, selain daripada Allah, jika kamu orang-orang yang benar.

2:133. Kenapa, adakah kamu saksi-saksi apabila kematian datang kepada Yaakub? Apabila dia berkata kepada anak-anaknya, "Apakah yang kamu akan sembah sesudahku?" Mereka berkata, "Kami akan sembah Tuhanmu dan Tuhan bapa-bapamu, Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, Tuhan Yang Satu; kepada-Nya kami muslim."

2:143. Demikianlah Kami buat kamu satu umat yang di tengah, supaya kamu jadi saksi-saksi ke atas manusia, dan supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu; dan Kami tidak tentukan kiblat yang kamu hadapkan melainkan supaya Kami tahu siapa yang ikut Rasul, dan siapa yang balik di atas tumit-tumitnya. Sebenarnya ia sungguh berat, kecuali kepada orang-orang yang Allah beri petunjuk; tetapi Allah tidak akan biarkan iman kamu disia-siakan. Sesungguhnya Allah Lembut kepada manusia, Pengasih.


3:98. Katakanlah, "Wahai ahli Kitab, mengapa kamu tidak percaya kepada ayat-ayat Allah? Allah saksi atas apa kamu buat."

3:99. Katakanlah, "Wahai ahli Kitab, mengapa kamu halangi jalan Allah orang yang percaya, dan inginkannya jadi bengkok, dan kamu sendiri saksi-saksi? Allah tidak lalai daripada apa kamu buat."


3:140. Jika luka sentuh kamu, maka luka yang serupa telah pun sentuh kaum itu, dan harinya itu Kami gilirkan antara manusia, dan supaya Allah
tahu orang-orang yang percaya, dan Dia ambil saksi-saksi daripada kalangan kamu; dan Allah tidak suka orang-orang zalim.

4:33. Dan bagi tiap-tiap orang, Kami lantik waris-waris daripada apa yang ibu bapa dan sanak saudara tinggalkan, dan orang-orang yang terikat dengan sumpah kamu, maka beri mereka bahagian mereka; sesungguhnya Allah adalah saksi atas segala sesuatu.

4:41. Bagaimanakah pula ia, apabila Kami datangkan daripada tiap-tiap umat seorang saksi, dan apabila Kami datangkan kamu sebagai saksi ke atas mereka itu?

4:69. Sesiapa taati Allah dan Rasul, mereka adalah bersama-sama orang-orang yang Allah rahmati, daripada Nabi-Nabi, dan orang-orang yang benar, dan para saksi (syahid), dan orang-orang salih; merekalah teman-teman yang baik!

4:72. Antara kamu ada orang yang berlengah-lengah; kemudian, jika penderitaan timpa kamu, dia berkata, "Allah rahmati aku kerana aku bukan seorang saksi bersama mereka."

4:79. Apa sahaja yang baik timpa kamu, ia adalah daripada Allah; apa sahaja yang buruk timpa kamu adalah daripada diri kamu sendiri. Dan Kami utus kamu kepada manusia sebagai Rasul, dan cukuplah Allah jadi saksi.

4:135. Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang yang tegakkan keadilan, saksi-saksi untuk Allah, walaupun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa kamu, dan sanak saudara, sama ada orang itu kaya atau miskin; Allah paling dekat dengan keduanya. Kemudian jangan ikut keinginan kamu supaya kamu tidak buat adil; kerana jika kamu putarbelitkan, atau kamu palingkan, maka sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat.

4:159. Dan tiada seorang pun daripada ahli Kitab melainkan benar-benar percayainya sebelum kematiannya, dan pada Hari Kiamat, dia jadi saksi ke atas mereka.


5:8. Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang yang menegakkan di hadapan Allah, saksi-saksi untuk keadilan. Janganlah kebencian pada kaum mendesak kamu untuk tidak berlaku adil; berlakuadillah, itu lebih dekat dengan takwa. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat.

5:44. Sesungguhnya Kami telah turunkan Taurat, di dalamnya petunjuk dan cahaya; dengannya Nabi-Nabi yang tundukkan diri hakimkan perkara untuk orang-orang Yahudi; seperti dilakukan rabani-rabani (orang-orang yang menguasai), dan habr (ulama agama) yang diperintah untuk memegang Kitab Allah, dan mereka adalah saksi-saksi ke atasnya. Maka jangan kamu takut kepada manusia, tetapi kamu takutilah Aku, dan jangan jual ayat-ayat-Ku untuk harga yang sedikit. Sesiapa tidak hakimkan menurut apa yang Allah turunkan, maka mereka itulah orang-orang tidak percaya (kafir).

5:117. Aku hanya kata kepada mereka apa yang Engkau perintahkan aku dengannya: 'Sembahlah Allah, Pemelihara aku dan Pemelihara kamu.' Dan aku seorang saksi ke atas mereka selama aku di kalangan mereka; tetapi setelah Engkau matikan aku, Engkau Sendiri adalah penjaga ke atas mereka; Engkau saksi atas segala sesuatu.

6:144. Daripada unta, dua; dan daripada lembu, dua. Katakanlah, "Adakah dua yang jantan Dia haramkan, atau dua yang betina? Atau apa yang rahim-rahim dua yang betina kandung? Adakah kamu saksi-saksi ketika Allah wasiatkan ini kepada kamu? Maka siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah untuk dia sesatkan manusia tanpa sebarang pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim."

10:29. Allah adalah saksi yang mencukupi, antara kami dan kamu, bahawa kami lalai daripada penyembahan kamu."

10:46. Sama ada Kami lihatkan kepada kamu sebahagian daripada apa yang Kami janjikan mereka, atau Kami matikan kamu, kepada Kami mereka kembali; kemudian Allah saksi atas apa mereka buat.


13:43. Orang-orang tidak percaya berkata, "Kamu bukan seorang utusan." Katakanlah, "Cukuplah Allah sebagai saksi antara aku dan kamu, dan orang empunya pengetahuan Kitab."

16:84. Dan pada hari Kami bangkitkan daripada tiap-tiap umat seorang saksi, kemudian bagi orang-orang tidak percaya tidak diizinkan, dan tidak juga mereka diredai.

16:89. Dan pada hari Kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi ke atas mereka daripada diri-diri mereka sendiri, dan Kami datangkan kamu sebagai saksi ke atas mereka itu. Dan Kami turunkan kepada kamu al-Kitab, penjelasan bagi segala sesuatu, dan petunjuk, dan pengasihan, dan sebagai berita gembira, bagi orang-orang muslim.

17:96. Katakanlah, "Cukuplah Allah sebagai saksi, antara aku dan kamu; sesungguhnya Dia menyedari, melihat hamba-hamba-Nya."

22:17. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Sabiin, dan orang-orang Kristian, dan orang-orang Majusi, dan orang-orang yang sekutukan - Allah akan bezakan antara mereka pada Hari Kiamat; sesungguhnya Allah saksi atas segala sesuatu.

22:78. Dan berjuanglah untuk Allah dengan perjuangan yang sebenar; Dia telah pilih kamu, dan tidak letak ke atas kamu kesusahan dalam agama kamu, anutan bapa kamu, Ibrahim; Dia namakan kamu Muslim dari dahulu, dan dalam yang ini, supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu, dan kamu jadi saksi ke atas manusia. Maka lakukan solat, dan berikan zakat, dan berpegangteguhlah kamu kepada Allah; Dia Pelindung kamu - Pelindung yang sangat baik, dan Penolong yang sangat baik.


24:13. Mengapa mereka tidak datangkan empat saksi terhadapnya? Oleh kerana mereka tidak datangkan saksi-saksi, maka pada pandangan Allah, merekalah pendusta-pendusta.

28:75. Dan Kami keluarkan daripada tiap-tiap umat seorang saksi, dan Kami berkata, "Kemukakanlah bukti kamu!" Kemudian mereka tahu bahawa yang benar (hak) kepunyaan Allah, dan sesatlah (hilanglah) daripada mereka apa yang mereka ada-adakan.

29:52. Katakanlah, "Cukuplah Allah sebagai saksi antara aku dan kamu. Dia tahu apa yang di langit dan bumi. Orang-orang yang percaya kepada yang palsu, dan tidak percaya kepada Allah, mereka itu, merekalah orang-orang yang rugi."

33:55. Tidak salah ke atas mereka (isteri Nabi) dengan bapa-bapa mereka, dan anak-anak lelaki mereka, dan saudara lelaki mereka, dan anak-anak lelaki saudara lelaki mereka, dan anak-anak lelaki saudara perempuan mereka, dan perempuan mereka, dan apa yang tangan-tangan kanan mereka miliki. Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah adalah saksi atas segala sesuatu.

34:47. Katakanlah, "Aku tidak minta upah daripada kamu; itu adalah untuk kamu. Upahku, tidak lain, hanyalah atas Allah; dan Dia saksi atas segala sesuatu."


39:69. Dan bumi bersinar dengan cahaya Pemeliharanya, dan Kitab diletakkan, dan para Nabi dan para saksi didatangkan, dan dengan adil perkara diputuskan antara mereka, dan mereka tidak dizalimi.

41:47. Kepada-Nya dikembalikan pengetahuan mengenai Saat. Tiada satu buah-buahan keluar daripada kelopaknya, tiada perempuan yang mengandung dan tiada juga yang melahirkannya, melainkan dengan pengetahuan-Nya. Pada hari Dia panggil mereka, "Di manakah sekutu-sekutu-Ku?" mereka berkata, "Kami nyatakan kepada Engkau bahawa tidak ada seorang saksi di kalangan kami."

41:53. Kami akan lihatkan kepada mereka ayat-ayat Kami di horizon, dan di dalam diri-diri mereka, sehingga jelas bagi mereka bahawa ia adalah yang benar. Tidakkah cukup dengan Pemelihara kamu bahawa Dia saksi atas segala sesuatu?

46:8. Atau mereka berkata, "Dia mengada-adakannya"? Katakanlah, "Jika aku mengada-adakannya, kamu tidak ada kuasa untuk menolong aku terhadap Allah sedikit pun. Dia sangat-sangat tahu apa yang kamu lakukan padanya; cukuplah Dia sebagai saksi antara aku dan kamu; Dia Yang Pengampun, Yang Pengasih."

48:28. Dia yang mengutus Rasul dengan petunjuk, dan agama yang benar, supaya Dia pertinggikannya di atas setiap agama. Cukuplah Allah sebagai saksi.


50:21. Dan tiap-tiap jiwa datang, bersamanya satu pemandu, dan satu saksi.

50:37. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu peringatan bagi orang empunya hati, atau mendengar sedang dia saksikan.

57:19. Dan orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya, merekalah orang-orang yang benar, dan orang-orang yang jadi saksi (syahid) di sisi Pemelihara mereka; bagi mereka adalah upah mereka, dan cahaya mereka. Tetapi orang-orang tidak percaya, dan dustakan ayat-ayat Kami, merekalah penghuni-penghuni Jahim.

58:6. Pada hari apabila Allah bangkitkan mereka kesemuanya, kemudian Dia beritahu mereka apa yang mereka telah buat. Allah jumlahkannya, dan mereka melupakannya. Allah saksi atas segala sesuatu.

85:9. Yang kepunyaan-Nya Kerajaan langit dan bumi, dan Allah Saksi atas segala sesuatu.

100:7. Dan sesungguhnya dia saksi terhadap itu!

 

asy.hada
vb. (IV)-to make one testify, to call to witness
~ A Concordance of the Qur'an 
ms 1132


2:204. Dan antara manusia, ada yang ucapannya terhadap kehidupan dunia menarik hati kamu, dan dia bersaksikan Allah atas apa yang di dalam hatinya, padahal dialah yang paling degil dalam pertengkaran.

4:6. Ujilah anak-anak yatim sehingga mereka sampai umur perkahwinan; kemudian, jika kamu lihat mereka berfikiran waras, serahkanlah kepada mereka harta mereka, dan jangan kamu memakannya dengan membazir, dan tergesa-gesa bahawa mereka sudah dewasa. Jika sesiapa kaya, maka hendaklah dia menahan diri; jika fakir, biarkanlah dia makan dengan baik. Apabila kamu serah kepada mereka harta mereka, adakanlah saksi-saksi ke atas mereka; cukuplah Allah jadi penghitung.

7:172. Dan apabila Pemelihara kamu mengambil daripada Bani Adam, daripada punggung mereka, keturunan mereka, dan jadikan mereka saksi-saksi ke atas jiwa mereka, "Bukankah Aku ini Pemelihara kamu?" Mereka berkata, "Ia, kami saksikan"; supaya kamu tidak mengatakan pada Hari Kiamat, "Bagi kami, kami lalai mengenai yang ini."

18:51. Aku tidak jadikan mereka saksi-saksi dalam ciptaan langit dan bumi, dan tidak juga dalam ciptaan diri-diri mereka sendiri; Aku tidak akan selamanya ambil orang-orang yang menyesatkan yang lain sebagai pembantu-pembantu-Ku.


istasy.hada
vb. (X)-to call to witness
~ A Concordance of the Qur'an 
ms 1132

Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis
kepada Pengurus Laman