Kalimat sabar di dalam al-Qur'an
From: mohdazmel
To: Pengurus Laman <e_bacaan@yahoo.com>
Cc: mohdazmel
Sent: Friday, March 20, 2009 1:09:51 AM
Subject: Kalimat "Sabar"
Salamun Alaikum tuan yang budiman.Semoga tuan dan sekeluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah sentiasa.
Saya ingin memohon sekiranya tidak ada kesulitan bagi tuan supaya masukkan kalimat 'Sabar' (maaf, kalau saya terlepas pandang) dalam Kalimat Pilihan kerana sifat ini penting dalam diri orang-orang percaya dan akan beruntung seperti dalam ayat berikut:
3:200. "Wahai orang-orang yang percaya, bersabarlah dan berlumba-lumbalah kamu dalam kesabaran, dan berteguhlah, dan takutilah Allah agar kamu beruntung".
Terima kasih kerana meluangkan masa membaca email yang tak seberapa ini.
Teruskan perjuangan sampaikan ayat-ayat Al-Quran.
Salam.
Kalimat sabar di dalam al-Qur'an
Sabar dan terbitannya diterjemah daripada kalimat-kalimat yang akar katanya sad ba ra seperti sabara, sabbar, dan istabara.
Ayat-ayat
al-Qur'an yang mengandungi kalimat sabar adalah seperti berikut:
2:45. Kamu
mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat kerana ia adalah sungguh berat
kecuali kepada orang-orang yang rendah hati,
2:61. Dan apabila kamu berkata, "Wahai Musa, kami tidak akan sabar dengan makanan yang satu macam; serulah (mohonlah) kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia keluarkan untuk kami daripada apa yang bumi tumbuhkan; herba hijau, dan mentimun, dan jagung, dan kekacang, dan bawang merahnya." Dia berkata, "Adakah kamu tukar yang lebih baik dengan yang lebih rendah? Turunlah ke Mesir; kamu akan dapati di sana apa yang kamu tanya." Dan, kehinaan dan kemiskinan ditimpakan kepada mereka, dan mereka dipenuhi beban kemurkaan Allah. Itu kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh para Nabi tanpa patut. Itu kerana mereka ingkar, dan mereka mencabuli.
2:153. Wahai orang-orang yang percaya, kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat; sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.
2:155. Sungguh, Kami akan uji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan kamu beri berita gembira kepada orang-orang yang sabar,
2:175. Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, dan azab dengan ampunan; betapa sabarnya mereka menahan Api!
2:177. Ia bukanlah ketaatan bahawa kamu palingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan adalah percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan malaikat-malaikat, dan Kitab-Kitab, dan Nabi-Nabi; dan memberi harta, walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; dan merdekakan hamba, dan lakukan solat, dan beri zakat, dan mereka yang tepati perjanjian mereka, apabila mereka buat perjanjian, dan orang-orang yang sabar dalam musibah, dan kesusahan, dan bencana. Mereka inilah orang-orang bertakwa (takut kepada Tuhan) dengan benar.
2:249. Dan apabila Thalut berangkat dengan tentera, dia berkata, "Allah uji kamu dengan sebuah sungai; sesiapa minum daripadanya adalah bukan daripada aku, dan sesiapa yang tidak rasainya, dia adalah daripada aku, kecuali orang yang ceduk seceduk dengan tangannya." Tetapi mereka minum daripadanya, kecuali sedikit antara mereka; dan apabila dia menyeberanginya, dan orang-orang yang percaya bersamanya, mereka berkata, "Kami tidak ada kekuatan pada hari ini terhadap Jalut dan tenteranya." Berkata orang-orang yang sangka akan temui Allah, "Berapa kalikah satu golongan yang sedikit telah kalahkan satu golongan yang banyak, dengan izin Allah? Dan Allah berserta orang-orang yang sabar."
2:250. Maka, apabila mereka pergi kepada Jalut dan tenteranya, mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum tidak percaya (kafir)."
3:17. Orang-orang yang sabar, dan orang-orang yang benar, dan orang-orang yang patuh, dan orang-orang yang nafkahkan, dan orang-orang yang minta ampun pada waktu sebelum dinihari.
3:120. Jika kamu disentuh yang baik, ia sakitkan hati mereka, tetapi jika kamu ditimpa yang buruk, mereka gembira dengannya. Namun begitu, jika kamu sabar, dan bertakwa, muslihat mereka tidak akan mudaratkan kamu sedikit pun; sesungguhnya Allah meliputi apa mereka buat.
3:125. Ia, jika kamu sabar, dan bertakwa, dan jika mereka datang kepada kamu dengan segera, Pemelihara kamu akan bantu kamu dengan lima ribu malaikat yang menyerang dengan pantas."
3:142. Atau, adakah kamu sangka kamu patut masuk Taman tanpa Allah tahu orang-orang yang berjuang antara kamu, dan tanpa Dia tahu orang-orang yang sabar?
3:146. Dan berapa ramainya Nabi yang bersamanya ramai telah berperang, dan mereka yang ber-Pemelihara tidak jadi lemah kerana apa yang timpa mereka di jalan Allah, dan tidak lemah, dan tidak juga tunduk; dan Allah suka orang-orang yang sabar.
3:186. Sungguh, kamu akan diuji dalam harta kamu dan diri-diri kamu, dan kamu akan dengar daripada orang-orang diberi Kitab sebelum kamu, dan daripada orang-orang yang sekutukan, gangguan yang banyak; tetapi, jika kamu sabar, dan bertakwa - sesungguhnya itulah urusan yang patut ditekadkan.
3:200. Wahai orang-orang yang percaya, bersabarlah dan berlumba-lumbalah kamu dalam kesabaran, dan berteguhlah, dan takutilah Allah agar kamu beruntung.
4:25. Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan kahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin, maka dia ambil hamba pemudi mukmin yang tangan kanan kamu miliki; Allah sangat-sangat tahu mengenai keimanan kamu, sebahagian kamu daripada sebahagian lain. Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka, dan beri mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam zina, atau ambil sebagai teman rahsia, tetapi apabila mereka sudah dinikahi dan jika mereka lakukan kesumbangan, maka bagi mereka separuh daripada azab wanita yang merdeka. Itu adalah bagi orang-orang antara kamu yang takuti penderitaan (dosa zina); dan lebih baik bagi kamu jika kamu sabar. Allah Pengampun, Pengasih.
6:34. Sesungguhnya Rasul-Rasul telah didustakan sebelum kamu. Mereka sabar atas apa yang mereka didustakan, dan disakiti, sehingga pertolongan Kami datang kepada mereka. Kata-Kata Allah tidak dapat ditukar; dan telah pun datang kepada kamu sebahagian berita para utusan.
7:87. Dan jika ada segolongan antara kamu yang percaya kepada apa yang aku diutus dengannya, dan segolongan yang tidak percayai, maka sabarlah kamu sehingga Allah hakimkan antara kita; Dia yang terbaik daripada para hakim."
7:126. Dan kamu mendendami kami hanya kerana kami percaya kepada ayat-ayat Pemelihara kami apabila mereka datang kepada kami. Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran dan matikanlah kami dalam kemusliman."
7:128. Berkata Musa kepada kaumnya, "Mohonlah pertolongan kepada Allah, dan sabarlah; sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, dan Dia wariskannya kepada siapa Dia hendaki di kalangan hamba-hamba-Nya. Kesudahan adalah bagi orang-orang bertakwa."
7:137. Dan Kami wariskan kaum yang dihina, semua yang di timur dan barat bumi yang Kami berkati; dan sempurnalah pelaksanaan kata Pemelihara kamu yang paling baik kepada Bani Israil, kerana mereka sabar; dan Kami binasakan kerja-kerja Firaun dan kaumnya, dan apa yang mereka bangunkan.
8:46. Dan taatlah kepada Allah, dan Rasul-Nya, dan janganlah berbalahan, lalu kamu berkecut hati dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah; sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.
8:65. Wahai Nabi, gesalah orang-orang mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh antara kamu, orang-orang yang sabar, mereka akan mengalahkan dua ratus; jika ada antara kamu seratus, mereka akan mengalahkan seribu orang tidak percaya, kerana mereka adalah kaum yang tidak faham.
8:66. Sekarang Allah ringankan untuk kamu, dengan mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan. Jika ada seratus antara kamu, orang-orang yang sabar, mereka akan mengalahkan dua ratus; jika ada antara kamu seribu, mereka akan mengalahkan dua ribu, dengan izin Allah; Allah berserta orang-orang yang sabar.
10:109. Dan ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu, dan sabarlah kamu, sehingga Allah hakimkan; dan Dia yang terbaik daripada para hakim."
11:11. Kecuali orang-orang yang sabar, dan buat kerja-kerja baik ; bagi mereka, ampunan dan upah yang besar.
11:49. Itu adalah daripada berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kamu; kamu tidak mengetahuinya, dan tidak juga kaum kamu sebelum ini. Maka sabarlah; kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang bertakwa.
11:115. Dan sabarlah kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak sia-siakan upah orang-orang buat baik.
12:18. Dan mereka datangkan bajunya dengan darah palsu padanya. Dia berkata, "Tidak, tetapi jiwa kamu hasut kamu lakukan sesuatu perkara. Tetapi marilah, kesabaran yang manis! Dan pertolongan Allah dipohonkan terhadap apa yang kamu terangkan."
12:83. Dia berkata, "Tidak! Tetapi jiwa kamu hasut kamu untuk buat sesuatu perkara. Tetapi marilah, kesabaran yang manis! Mudah-mudahan Allah akan datangkan mereka kesemuanya kepadaku; sesungguhnya Dialah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana."
12:90. Mereka berkata, "Mengapa, adakah kamu benar-benar Yusuf?" Dia berkata, "Aku Yusuf. Ini saudaraku. Sungguh, Allah telah berbudi baik kepada kami. Sesiapa bertakwa dan sabar, maka sesungguhnya Allah tidak sia-siakan upah orang-orang buat baik."
13:22. Orang-orang yang sabar, dengan inginkan Wajah Pemelihara mereka, lakukan solat, dan nafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, dan yang tolak kejahatan dengan yang baik - bagi merekalah tempat kediaman muktamad,
13:24. "Salamun alaikum, kerana kamu telah sabar." Sangat baiknya tempat kediaman muktamad.
14:5. Dan Kami utus Musa dengan ayat-ayat Kami, "Keluarkanlah kaum kamu dari kegelapan kepada cahaya, dan kamu ingatkanlah mereka Hari-Hari Allah." Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang bersyukur (berterima kasih).
14:12. Dan mengapakah kami tidak akan tawakal kepada Allah memandangkan Dia telah beri kami petunjuk pada jalan-jalan kami? Sungguh kami akan sabar atas apa sahaja yang kamu sakitkan kami; dan kepada Allah hendaklah semua tawakal, orang-orang yang tawakal."
14:21. Mereka pergi kepada Allah, kesemuanya; kemudian berkata orang-orang yang lemah kepada orang-orang yang sombong, "Kami adalah pengikut-pengikut kamu; adakah kamu berguna sedikit pun kepada kami terhadap azab Allah?" Mereka berkata, "Jika Allah beri petunjuk kepada kami, tentu kami beri petunjuk kepada kamu. Sama sahaja bagi kita; sama ada kita tidak boleh tahan, atau kita sabar - kita tidak ada tempat lari."
16:42. Orang-orang yang sabar, dan tawakal (mempercayakan) kepada Pemelihara mereka.
16:96. Apa yang ada pada kamu akan habis, tetapi apa yang ada di sisi Allah kekal; dan sungguh Kami akan balas orang-orang yang sabar dengan upah mereka mengikut yang paling baik daripada apa yang mereka telah buat.
16:110. Kemudian, sesungguhnya Pemelihara kamu, bagi orang-orang yang hijrah setelah dianiaya, kemudian berjuang dan sabar, sesungguhnya Pemelihara kamu setelah itu, Pengampun, Pengasih.
16:126. Dan jika kamu membalas, balaslah dengan yang serupa apa yang kamu dibalas (ditimpa), dan sesungguhnya jika kamu sabar, ia yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar.
16:127. Dan sabarlah; kesabaran kamu hanyalah dengan (pertolongan) Allah. Dan jangan sedih terhadap mereka, dan jangan kamu dalam kesempitan kerana apa yang mereka perdayakan.
18:28. Dan sabarkan diri kamu dengan orang-orang yang seru Pemelihara mereka pada waktu pagi dan petang, dengan hendakkan wajah (sokongan)-Nya, dan jangan mata-mata kamu berpaling daripada mereka kerana hendakkan perhiasan kehidupan dunia; dan jangan taati orang yang hatinya Kami lalaikan daripada peringatan Kami supaya dia mengikuti keinginannya, dan urusannya melewati batas.
18:67. Berkata, "Sesungguhnya kamu tidak akan boleh sabar dengan aku.
18:68. Dan bagaimanakah kamu akan sabar dengan apa yang kamu tidak meliputi dalam pengetahuan kamu?"
18:69. Berkata, "Kamu akan dapati aku, jika Allah hendaki, sabar; dan aku tidak akan tentang kamu dalam urusan."
18:72. Berkata, "Tidakkah aku kata bahawa kamu tidak akan boleh sabar dengan aku?"
18:75. Berkata, "Tidakkah aku kata kepada kamu bahawa kamu tidak akan boleh sabar dengan aku?"
18:78. Berkata, "Inilah perpisahan antara aku dan kamu. Sekarang aku akan beritahu kamu interpretasi apa yang kamu tidak boleh sabar dengannya.
18:82. Mengenai tembok, ia kepunyaan dua anak lelaki muda yang yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta simpanan kepunyaan mereka. Bapa mereka orang salih; dan Pemelihara kamu hendak supaya mereka sampai dewasa dan kemudian keluarkan harta simpanan mereka sebagai satu pengasihan daripada Pemelihara kamu. Aku tidak lakukannya daripada kemahuanku sendiri. Inilah interpretasi apa yang kamu tidak boleh sabar dengannya."
19:65. Pemelihara langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya. Maka sembahlah Dia, dan sabarlah kamu dalam penyembahan kepada-Nya; adakah kamu tahu sesiapa yang boleh dinamakan dengan nama-Nya?
20:130. Maka sabarlah kamu atas apa mereka kata, dan lafazlah sanjungan Pemelihara kamu, sebelum terbit matahari, dan sebelum terbenamnya, dan sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu pada bahagian-bahagian malam, dan pada tepi-tepi siang, supaya kamu sangat puas hati.
20:132. Dan suruhlah keluarga kamu bersolat, dan sabarlah kamu padanya; Kami tidak minta daripada kamu rezeki, tetapi Kamilah yang beri rezeki kepada kamu. Dan kesudahan adalah bagi orang takwa.
21:85. Dan Ismail, dan Idris, dan Zulkifli; masing-masing termasuk orang-orang yang sabar.
22:35. Orang-orang yang, apabila Allah diingatkan (disebut), hati mereka gementar, dan yang sabar atas apa sahaja yang menimpa mereka, dan yang melakukan solat, dan menafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan mereka.
23:111. Maka pada hari ini, Aku balas mereka kerana kesabaran mereka; merekalah orang-orang yang menang.”
25:20. Dan Kami tidak utus sebelum kamu para utusan melainkan mereka memakan makanan, dan berjalan-jalan di pasar-pasar; dan Kami buatkan sebahagian kamu jadi satu cubaan bagi sebahagian yang lain, "Mahukah kamu sabar?" Pemelihara kamu melihat.
25:42. Sesungguhnya dia hampir-hampir sesatkan kita daripada tuhan-tuhan kita, tetapi kita sabar pada mereka." Kelak mereka akan tahu, apabila mereka melihat azab, siapa yang lebih jauh sesat daripada jalan.
25:75. Mereka itu dibalas dengan bilik yang tertinggi, kerana mereka sabar, dan mereka akan terima di dalamnya salam hormat, "Salam!"
28:54. Mereka ini diberi upah mereka dua kali kerana mereka sabar, dan menolak kejahatan dengan yang baik, dan nafkahkan (belanjakan) daripada apa yang Kami rezekikan mereka.
28:80. Tetapi orang-orang, yang kepada mereka diberi pengetahuan berkata, "Celakalah kamu! Ganjaran Allah adalah lebih baik bagi orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik ; dan tiada yang akan terimanya kecuali orang-orang yang sabar."
29:59. Orang-orang yang sabar, dan tawakal kepada Pemelihara mereka.
30:60. Maka sabarlah kamu; sesungguhnya janji Allah benar; dan janganlah orang-orang yang tidak yakin gelisahkan kamu.
31:17. Wahai anakku, lakukan solat, dan suruh yang baik, dan larang yang mungkar, dan sabar atas apa sahaja yang timpa kamu; sesungguhnya itu adalah urusan yang patut ditekadkan.
31:31. Tidakkah kamu lihat bahawa kapal-kapal berlayar di laut dengan rahmat Allah, supaya Dia perlihatkan kepada kamu sebahagian daripada ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang berterima kasih.
32:24. Dan Kami lantik daripada kalangan mereka imam-imam yang beri petunjuk dengan perintah Kami apabila mereka sabar, dan mereka yakin akan ayat-ayat Kami.
33:35. Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang rendah hati dan perempuan yang rendah hati, dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga, dan lelaki yang mengingati Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingati - bagi mereka, Allah sediakan ampunan dan upah yang besar.
34:19. Tetapi mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami"; dan mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri, maka Kami buat mereka hadis, dan Kami hancurkan mereka berkecai. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang berterima kasih.
37:102. Dan apabila dia telah sampai umur untuk berusaha bersama dia, dia berkata, "Wahai anakku, aku lihat dalam tidurku bahawa aku mengorbankan kamu; renungkanlah; apakah pandangan kamu?" Berkata, "Wahai ayahku, buatlah apa yang kamu diperintah; kamu akan dapati aku, jika Allah hendaki, termasuk orang-orang yang sabar."
38:6. Dan pembesar-pembesar mereka bertolak, "Jalanlah! sabarlah pada tuhan-tuhan kamu; ini sesuatu yang dihendaki.
38:17. Sabarlah atas apa mereka kata, dan ingatlah akan hamba Kami Daud yang mempunyai kekuatan; dia seorang yang kembali.
38:44. Dan, "Ambillah di tangan kamu seikat rumput, dan pukullah dengannya, dan janganlah melanggar sumpah kamu." Sesungguhnya Kami dapati dia seorang yang sabar. Seorang hamba yang sangat baik! Sesungguhnya dia orang yang kembali.
39:10. Katakanlah, "Wahai hamba-hamba-Ku yang percaya, takutilah Pemelihara kamu. bagi orang-orang buat baik di dunia ini baik, dan bumi Allah luas. Sesungguhnya orang-orang yang sabar akan dibayar upah mereka sepenuhnya tanpa hitungan."
40:55. Maka sabarlah kamu; sesungguhnya janji Allah benar, dan mintalah ampun atas kesalahan kamu, dan sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu pada waktu petang dan awal pagi.
40:77. Maka sabarlah kamu; sesungguhnya janji Allah benar. Sama ada Kami lihatkan kepada kamu sebahagian daripada apa yang Kami janjikan mereka, atau Kami matikan kamu, maka kepada Kami, mereka akan dikembalikan.
41:24. Kemudian jika mereka sabar (berterusan), Apilah jadi tempat tinggal bagi mereka; dan jika mereka minta diredakan, mereka tidaklah termasuk orang-orang yang diredai.
41:35. Namun begitu, tiada yang terimanya, kecuali orang yang sabar; tiada yang terimanya, kecuali orang empunya peruntungan yang besar.
42:33. Dan jika Dia hendaki, Dia tenangkan angin, dan mereka tetap tidak bergerak di atas punggungnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, berterima kasih.
42:43. Tetapi sesungguhnya orang yang sabar, dan mengampunkan - sesungguhnya itu urusan yang patut ditekadkan.
46:35. Maka sabarlah kamu, sebagaimana Rasul-Rasul yang mempunyai tekad bersabar. Janganlah minta disegerakannya untuk mereka - ia seakan-akan, pada hari mereka lihat apa yang mereka dijanjikan, mereka tidak tinggal melainkan sesaat daripada siang hari. Satu penyampaian! Dan tiadalah yang akan dimusnahkan melainkan kaum yang fasiq.
47:31. Dan sungguh, Kami akan uji kamu sehingga Kami tahu orang-orang antara kamu yang berjuang dan yang sabar, dan Kami akan uji berita kamu.
49:5. Dan jika mereka sabar, sehingga kamu keluar kepada mereka, itulah yang lebih baik bagi mereka; dan Allah Pengampun, Pengasih.
50:39. Maka sabarlah kamu atas apa mereka kata, dan sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu, sebelum terbit matahari, dan sebelum terbenamnya,
52:16. Pangganglah di dalamnya! Dan sabarlah kamu, atau tidak sabar, sama sahaja bagi kamu; sesungguhnya kamu hanya dibalas dengan apa kamu buat."
52:48. Dan sabarlah kamu atas putusan Pemelihara kamu; sesungguhnya kamu adalah di bawah pengawasan (mata) Kami. Dan sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu ketika kamu bangkit,
54:27. Kami utus unta betina sebagai satu cubaan bagi mereka; maka berjaga-jagalah kamu terhadap mereka, dan sabarlah.
68:48. Maka sabarlah kamu atas putusan Pemelihara kamu, dan janganlah jadi seperti Teman Ikan, apabila dia memanggil, tercekik di dalam dirinya.
70:5. Maka sabarlah kamu dengan kesabaran yang manis.
73:10. Dan sabarlah kamu terhadap apa yang mereka kata, dan tinggalkanlah mereka dengan tinggalan yang manis.
74:7. Dan sabarlah untuk Pemelihara kamu.
76:12. Dan balas mereka kerana mereka sabar dengan sebuah Taman, dan sutera,
76:24. Maka sabarlah kamu atas putusan Pemelihara kamu, dan janganlah mentaati seorang pun antara mereka, yang berdosa atau yang tidak percaya.
90:17. Kemudian dia termasuk antara orang-orang yang percaya, dan saling berwasiat untuk sabar, dan saling berwasiat untuk menjadi yang berpengasihan.
103:3. Kecuali orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk sabar.
Kalimat
Pilihan
Terkini
Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman