Kalimat rosak di dalam al-Qur'an

Senarai di bawah mengandungi ayat-ayat al-Qur'an yang membawa perkataan rosak atau terbitannya, diterjemah daripada kalimat-kalimat (tiga kesemuanya) yang terbit dari akar fa sin dal iaitu fasada, fasad, dan afsada yang terbanyak:

 

2:11. Apabila dikatakan kepada mereka, "Janganlah kamu buat kerosakan di bumi", mereka berkata, "Kami hanyalah orang-orang yang membetulkan."
2:12. Sesungguhnya, merekalah orang-orang yang buat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar.

2:27. Orang-orang yang pecahkan perjanjian Allah setelah mengikatnya dengan teguh, dan yang memutuskan apa yang Allah perintah supaya dihubungkan, dan yang buat kerosakan di bumi. Merekalah orang-orang yang rugi.

2:30. Dan apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, "Aku akan letak di bumi khalifah (pengganti)." Mereka berkata, "Adakah Engkau letak di dalamnya orang yang akan buat kerosakan di dalamnya dan tumpahkan darah, sedang kami sanjung dengan memuji-Mu dan panggil Engkau Suci?" Dia berkata, "Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu tidak tahu."

2:60. Dan apabila Musa memohon air untuk kaumnya, Kami berkata, "Pukullah batu dengan tongkat kamu"; lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang tahu tempat minum mereka. "Makan dan minumlah daripada rezeki Allah, dan janganlah kamu buat celaka di bumi dengan buat kerosakan."

2:205. Dan apabila dia berpaling, dia berusaha di bumi untuk buat kerosakan padanya, dan untuk musnahkan tanaman, dan anak-anak pokok; dan Allah tidak suka kerosakan.

2:220. Dunia dan akhirat. Mereka tanya kamu mengenai anak yatim. Katakanlah, "Untuk membetulkan urusan mereka adalah baik, dan jika kamu bercampur dengan mereka, maka mereka itu adalah saudara-saudara kamu. Allah tahu benar orang yang buat kerosakan daripada orang yang membetulkan; dan sekiranya Allah hendak, tentu Dia menyulitkan kamu. Sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana."

2:251. Dan mereka kalahkan mereka, dengan izin Allah, dan Daud bunuh Jalut; dan Allah beri kepadanya kerajaan dan kebijaksanaan, dan Dia ajarnya apa yang Dia hendaki. Sekiranya Allah tidak usir manusia, sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain, tentu rosaklah bumi, tetapi Allah mempunyai pemberian kepada semua alam.

3:63. Dan jika mereka berpaling, maka sesungguhnya Allah tahu orang-orang yang buat kerosakan.

5:32. Oleh kerana itu, Kami tuliskan (tetapkan) untuk Bani Israil bahawa sesiapa bunuh satu jiwa, bukan untuk membalas atas satu jiwa yang dibunuh, dan bukan juga kerana kerosakan yang dilakukan di bumi, adalah seakan-akan dia membunuh manusia kesemuanya; dan sesiapa menghidupkannya, seakan-akan dia hidupkan manusia kesemuanya. Rasul-Rasul Kami telah pun datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, kemudian ramai antara mereka sesudah itu adalah orang-orang yang membazir (berlebihan) di bumi.

5:33. Sesungguhnya balasan ke atas orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya, dan yang berusaha di bumi untuk buat kerosakan - mereka dibunuh, atau disalib, atau tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka dipotong berselang-seli, atau mereka dibuang daripada bumi. Itu suatu kerendahan bagi mereka di dunia; dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar.

5:64. Orang-orang Yahudi berkata, "Tangan Allah terbelenggu." Yang terbelenggu ialah tangan-tangan mereka, dan mereka dilaknati kerana apa mereka kata. Tidak, tetapi tangan-Nya terjulur; Dia nafkahkan sebagaimana yang Dia hendaki. Dan apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu akan tambah kepada kebanyakan antara mereka, dalam kelampauan batas, dan ketidakpercayaan; dan Kami lempar di kalangan mereka, permusuhan dan kebencian, sampai Hari Kiamat. Setiap kali mereka nyalakan api untuk perang, Allah padamkannya. Mereka berusaha di bumi untuk buat kerosakan padanya; dan Allah tidak suka orang-orang yang buat kerosakan.

7:56. Janganlah buat kerosakan di bumi setelah ia dibetulkan, dan serulah kepada-Nya dengan rasa takut, dan penuh harapan. Sesungguhnya pengasihan Allah dekat dengan orang-orang buat baik.

7:74. Dan ingatlah apabila Dia lantik kamu pengganti-pengganti selepas Ad, dan Dia tempatkan kamu di bumi, ambil untuk kamu istana-istana daripada tanah-tanah datarnya, dan pahat gunung-gunungnya menjadi rumah-rumah. Ingatlah akan pemberian Allah, dan janganlah buat celaka di bumi dengan buat kerosakan."

7:85. Dan kepada Madyan, saudara mereka Shuaib. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu. Maka tepatilah sukatan dan timbangan, dan jangan kurangkan sesuatu bagi manusia, dan jangan kamu buat kerosakan di bumi setelah ia dibetulkan; itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin.

7:86. Dan jangan duduk di setiap jalan, mengancam dan halangi jalan Allah orang-orang yang percaya kepada-Nya, dan inginkannya jadi bengkok. Dan ingatlah ketika kamu sedikit, dan Dia lipatgandakan kamu, dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang buat kerosakan.

7:103. Kemudian Kami bangkitkan, sesudah mereka, Musa dengan ayat-ayat Kami kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya, tetapi mereka menzaliminya; maka perhatikanlah kamu bagaimana kesudahan orang-orang yang buat kerosakan.

7:127. Kemudian berkata pembesar-pembesar kaum Firaun, "Adakah kamu akan tinggalkan Musa dan kaumnya untuk buat kerosakan di bumi, dan tinggalkan kamu dan tuhan-tuhan kamu?" Berkata, "Kita akan bunuh anak-anak lelaki mereka, dan biarkan hidup perempuan-perempuan mereka; sesungguhnya kitalah yang menakluki mereka!"

7:142. Dan Kami telah menemujanji dengan Musa tiga puluh malam, dan Kami sempurnakannya dengan sepuluh, maka sempurnalah waktu yang ditetapkan Pemeliharanya, empat puluh malam; dan Musa berkata kepada saudaranya Harun, "Jadilah penggantiku di kalangan kaumku, dan betulkanlah, dan jangan ikut jalan orang-orang yang buat kerosakan."

8:73. Bagi orang-orang tidak percaya, mereka adalah wali-wali satu sama lain. Jika kamu tidak buat ini, akan jadilah penganiayaan di bumi, dan kerosakan yang besar.

10:40. Dan sebahagian daripada mereka percayainya, dan sebahagian tidak percayainya. Pemelihara kamu sangat-sangat tahu orang-orang yang buat kerosakan.

10:81. Kemudian, setelah mereka lempar, Musa berkata, "Apa yang kamu datangkan ialah sihir; sesungguhnya Allah akan batalkannya. Sesungguhnya Allah tidak betulkan amalan orang-orang yang buat kerosakan."

10:91. "Adakah sekarang? Dan sejak dahulu kamu mengingkari, dan termasuk orang-orang yang buat kerosakan.

11:85. Wahai kaumku, tepatilah sukatan dan timbangan dengan adil, dan jangan kurangkan sesuatu bagi manusia, dan janganlah buat celaka di bumi dengan buat kerosakan.

11:116. Mengapakah tidak ada daripada generasi-generasi sebelum kamu, orang-orang dari peninggalan yang melarang kerosakan di bumi - kecuali sedikit daripada orang-orang yang Kami telah selamatkan; tetapi orang-orang buat kezaliman ikut kesenangan yang mereka diberi untuk bersukaria, dan jadi orang-orang yang berdosa.

12:73. Mereka berkata, "Demi Allah, kamu tahu bahawa kami tidak datang untuk buat kerosakan di bumi. Kami bukanlah pencuri."

13:25. Dan orang-orang yang pecahkan perjanjian setelah diikat dengan teguh, dan yang memutuskan apa yang Allah perintah supaya dihubungkan, dan yang buat kerosakan di bumi - bagi mereka adalah laknat, dan bagi mereka, tempat kediaman yang buruk.

16:88. Orang-orang tidak percaya, dan halangi jalan Allah, merekalah yang Kami tambahkan azab di atas azab kerana mereka buat kerosakan.

17:4. Dan Kami telah tentukan bagi Bani Israil di dalam Kitab, "Kamu akan buat kerosakan dua kali di bumi, dan kamu meninggi dengan peninggian yang besar."

18:94. Mereka berkata, "Wahai Zul-Karnain, sesungguhnya Yajuj dan Majuj buat kerosakan di bumi; maka adakah kami adakan bagi kamu satu ufti, untuk kamu buatkan satu benteng di antara kami dan mereka?"

21:22. Sekiranya ada tuhan-tuhan di bumi dan langit, selain daripada Allah, tentu mereka rosak binasa; maka Allah disanjung, Pemelihara Arasy, di atas apa yang mereka terangkan!

23:71. Sekiranya yang benar ikut keinginan mereka, langit dan bumi dan apa sahaja yang di dalamnya, tentulah rosak. Tidak, Kami datangkan kepada mereka Peringatan mereka, tetapi daripada Peringatan mereka, mereka berpaling.

26:152. Yang buat kerosakan di bumi, dan tidak membetulkan."

26:183. Dan jangan kurangkan sesuatu daripada manusia, dan janganlah buat celaka di bumi dengan buat kerosakan.

27:14. Dan mereka menyangkalnya, walaupun jiwa mereka meyakininya, dengan kezaliman dan daripada ketinggian diri. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang buat kerosakan!

27:34. Dia berkata, "Raja-raja, apabila mereka masuksebuah bandaraya, merosakinya dan buatkan penduduknya yang perkasa rendah. Begitulah mereka buat.

27:48. Dan di kota, ada sekumpulan sembilan orang yang buat kerosakan di bumi, dan tidak membetulkan.

28:4. Sesungguhnya Firaun meninggi di bumi, dan dia pecah belahkan penduduknya kepada golongan-golongan, menghinakan segolongan antara mereka, mengorbankan anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup perempuan-perempuan mereka; sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang buat kerosakan.

28:77. Tetapi carilah, dengan apa yang Allah beri kamu, tempat kediaman akhir, dan jangan lupakan bahagian kamu di dunia ini; dan buat baik, sebagaimana Allah buat baik kepada kamu. Dan jangan cari untuk buat kerosakan di bumi; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang buat kerosakan."

28:83. Tempat kediaman akhir itu, Kami membuatnya untuk orang-orang yang tidak hendak ketinggian diri di bumi, dan tidak juga kerosakan. Kesudahan adalah bagi orang-orang bertakwa.

29:30. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, tolonglah aku terhadap kaum yang buat kerosakan."

29:36. Dan kepada Madyan, saudara mereka Shuaib; dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah, dan kamu harapkanlah Hari Akhir, dan janganlah buat celaka di bumi dengan buat kerosakan."

30:41. Kerosakan telah nampak di darat dan di laut kerana tangan-tangan manusia sendiri usahakan, supaya Dia merasakan kepada mereka sebahagian daripada apa mereka buat, supaya mereka kembali.

38:28. Atau, adakah Kami akan buat orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik , seperti orang-orang yang buat kerosakan di bumi, atau, adakah Kami akan buat orang-orang bertakwa seperti orang-orang yang jahat?

40:26. Dan Firaun berkata, "Biarlah aku bunuh Musa, dan hendaklah dia menyeru Pemeliharanya. Aku takut bahawa dia akan tukarkan agama kamu, atau dia menimbulkan kerosakan di bumi."

47:22. Jika kamu berpaling, adakah kamu akan buat kerosakan di bumi, dan memutuskan hubungan pertalian darah?

89:12. Dan memperbanyakkan kerosakan di dalamnya?

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman