Kalimat rejam di dalam al-Qur'an
From: ulul_albab6236
Date: 2011/4/5
Subject: ayat rejam
To: ebacaan114@gmail.com
Rejam
Rejam diterjemah daripada kata akar rajama.
11:91. Mereka berkata, "Wahai
Shuaib, kami tidak banyak memahami apa yang kamu
kata. Sesungguhnya kami
lihat kamu lemah antara kami; tetapi, jika tidak kerana kumpulan kamu, tentu
kami rejam kamu, dan kamu tidaklah kuat terhadap kami."
18:20. Jika mereka tahu mengenai kamu, mereka akan rejam kamu, atau kembalikan kamu kepada anutan mereka, kemudian kamu tidak akan beruntung selama-lamanya."
18:22. Mereka akan berkata, "Tiga, dan anjing mereka yang keempat di antara mereka." Dan mereka berkata, "Lima, dan anjing mereka yang keenam di antara mereka", dengan meneka terhadap yang ghaib. Dan mereka berkata, "Tujuh, dan anjing mereka yang kelapan di antara mereka." Katakanlah, "Pemeliharaku sangat-sangat tahu bilangan mereka, dan tiada yang ketahuinya, kecuali sedikit." Maka janganlah berdebat dengan mereka melainkan dalam perdebatan yang lahir, dan janganlah tanya seseorang pun antara mereka atas satu keputusan
19:46. Berkatalah dia, "Apa, adakah kamu undurkan diri daripada tuhanku, wahai Ibrahim? Sungguh, jika kamu tidak berhenti, aku akan rejam kamu; maka tinggalkanlah aku untuk beberapa waktu."
26:116. Mereka berkata, "Jika kamu tidak berhenti, wahai Nuh, pasti kamu akan jadi antara orang-orang yang direjam."
36:18. Mereka berkata, "Kami meramalkan yang buruk daripada kamu. Jika kamu tidak berhenti, kami akan rejam kamu, dan akan menimpa kamu, daripada kami, azab yang pedih."
44:20. Dan aku berlindung pada Pemeliharaku dan Pemelihara kamu, khuatir kalau-kalau kamu merejam aku.
67:5. Dan Kami hiasi langit dunia dengan pelita-pelita, dan membuatnya untuk merejam syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab yang Menyala.
Daripada kata akar rajama turut terbit kalimat Rajim yang diterjemah kepada direjam. Kalimat Rajim dalam Al-Qur’an merujuk kepada syaitan seperti diturunkan dibawah.
3:36. Dan apabila dia melahirkannya, dia berkata, "Pemeliharaku, aku telah melahirkannya, seorang perempuan." Allah sangat tahu apa yang dia lahirkan, dan bukanlah anak lelaki seperti perempuan, "Dan aku namakan dia Mariam, dan melindungkannya kepada Engkau dengan keturunannya, daripada syaitan yang direjam."
15:17. Dan jaga mereka daripada tiap-tiap syaitan yang direjam.
15:34. Berkata Dia, "Maka keluarlah kamu darinya; kamu adalah direjam,
16:98. Apabila kamu baca al-Qur'an, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam.
38:77. Berkata, "Maka keluarlah kamu darinya; kamu direjam.
81:25. Dan ia bukanlah ucapan syaitan yang direjam.
Rujukan :
A Concordance Of The Quran m/s 1014
Hans Wehr: A Dictionary of Modern Written Arab m/s 329,
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman