Kalimat ramalan di dalam al-Qur'an


Ramalan
diterjemah daripada dua kata akar yang berlainan. Daripada satu kata akar, atau dasar, terbit kalimat azlam. Dua ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat tersebut disenaraikan di bawah ini (kumpulan ayat dengan kata dasar kedua, diturunkan selepas senarai ini):

 

Azlam

Ayat-ayat yang mengandungi kalimat di atas adalah:

5:3. Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu korbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka jangan takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku sempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku cukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku puas hati Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk maksud buat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

5:90. Wahai orang-orang yang percaya, arak, judi, berhala-berhala dan ramalan anak-anak panah, adalah kotoran, sebahagian daripada amalan syaitan; maka jauhilah ia agar kamu beruntung.


Perkataan ramlan juga diterjemah daripada ayat-ayat yang mengandungi kata akar ta ya ra, yang daripadanya terbit kalimat-kalimat tara, tayr dan ittayyara.

Mereka juga bermakna burung (tidak disenaraikan di sini), dan banyak terdapat di dalam ayat-ayat yang mengandungi kalimat tayr. Hanya ayat-ayat yang mengandungi kalimat ittayyara didapati tidak mengandungi perkataan itu.

Dalam bahasa Inggeris, kalimat-kalimat tersebut diterjemah kepada to fly, bird, fowl; bird of omen dan augury. Mana yang mengandungi maksud bird of omen dan augury diterjemah kepada ramalan, seperti empat ayat yang berikut:

7:131. Maka apabila yang baik datang kepada mereka, mereka berkata, "Ini ialah kerana kami"; tetapi jika yang buruk timpa mereka, mereka ramalkan yang buruk kerana Musa dan orang-orang yang bersamanya. Ingatlah, bahawa ramalan buruk mereka adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.

17:13. Dan tiap-tiap manusia, Kami ikat ramalannya pada lehernya; dan Kami keluarkan untuknya, pada Hari Kiamat, sebuah kitab yang dia temuinya terbuka.

27:47. Mereka berkata, "Kami meramalkan yang buruk daripada kamu, dan orang-orang yang bersama kamu." Berkata, "Ramalan kamu adalah di sisi Allah; tidak, tetapi kamu adalah kaum yang diuji."

36:18. Mereka berkata, "Kami meramalkan yang buruk daripada kamu. Jika kamu tidak berhenti, kami akan rejam kamu, dan akan menimpa kamu, daripada kami, azab yang pedih."
36:19. Mereka berkata, "Ramalan kamu adalah bersama kamu, jika kamu diingatkan; tetapi kamu adalah kaum yang membazir (berlebihan)."

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman