Kalimat ragu-ragu di dalam al-Qur'an


Ragu-ragu
diterjemah daripada kalimat-kalimat yang terbit dari tiga kata akar iaitu ra ya ba, sin kaf kaf dan mim ra ya.

 

Ra Ya Ba

- menerbitkan kalimat-kalimat raba, ribah, araba dan irtaba yang diterjemah kepada ragu-ragu, keraguan dan kebimbangan, menurut konteks ayatnya.

Ayat-ayat daripada akar tersebut adalah seperti berikut:

2:2. Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang bertakwa (takut kepada Tuhan),

2:23. Dan jika kamu dalam keraguan mengenai apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, maka datangkanlah sebuah surah yang serupa dengan ia, dan serulah (panggil) saksi-saksi kamu, selain daripada Allah, jika kamu orang-orang yang benar.

2:282. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berkontrak secara hutang dengan satu sama lain, sampai satu tempoh yang dinyatakan, hendaklah kamu menulisnya, dan hendaklah seorang penulis menulisnya antara kamu dengan adil, dan seseorang penulis tidak boleh enggan untuk menulis sebagaimana Allah mengajarnya. Maka hendaklah dia tulis, dan hendaklah orang yang berhak (penghutang) mengimlakkan, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya, dan jangan kurangkan sesuatu daripadanya. Jika penghutang itu bodoh, atau lemah, atau tidak boleh imlakkan, maka hendaklah walinya (penjaganya) imlakkan dengan adil, dan serulah untuk menyaksikan, dua orang saksi, lelaki-lelaki; atau jika kedua-duanya bukan lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan, saksi-saksi yang kamu puas hati, bahawa jika salah seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan ingatkannya. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil, dan jangan kamu tidak suka untuk menulisnya, kecil atau besar, dengan tempohnya; itu adalah lebih adil pada pandangan Allah, lebih tegak untuk kesaksian, dan lebih sesuai supaya kamu tidak ragu-ragu, kecuali ia perdagangan hadir (tunai), yang kamu menjalankan di antara kamu; maka tidak salah ke atas kamu jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi-saksi apabila kamu berjual beli sesama kamu. Dan janganlah, sama ada penulis atau saksi, ditekan; atau jika kamu lakukan, itu adalah kefasiqan pada kamu. Dan takutilah Allah; Allah mengajar kamu, dan Allah tahu segala sesuatu.

3:9. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkau yang kumpulkan manusia untuk satu hari yang padanya tiada keraguan; sesungguhnya Allah tidak mungkiri janji temu."

3:25. Tetapi bagaimanakah nanti apabila Kami kumpulkan mereka untuk satu hari yang padanya tiada keraguan, dan tiap-tiap jiwa dibayar sepenuhnya apa yang ia usahakan dan mereka tidak dizalimi?

4:87. Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia pasti akan kumpulkan kamu pada Hari Kiamat, yang tidak ada keraguan padanya. Dan siapakah lebih benar hadisnya daripada Allah?

5:106. Wahai orang-orang yang percaya, kesaksian antara kamu apabila salah seorang daripada kamu ditimpa maut, apabila dia berwasiat, ialah dua orang empunya keadilan antara kamu, atau dua yang lain daripada selain kamu, jika kamu berpergian di bumi, dan bencana maut timpa kamu. Kemudian kamu akan tahan mereka sesudah solat, dan mereka akan bersumpah dengan Allah, jika kamu ragu-ragu: "Kami tidak akan menjualnya untuk suatu harga, walaupun ia sanak saudara yang dekat, dan kami tidak juga akan sembunyikan kesaksian Allah, kerana jika demikian, tentu kami termasuk orang-orang yang berdosa."

6:12. Katakanlah, "Kepunyaan siapakah segala yang ada di langit dan bumi?" Katakanlah, "Kepunyaan Allah. Dia telah tuliskan (tetapkan) ke atas diri-Nya pengasihan. Dia kumpulkan kamu pada Hari Kiamat yang tidak ada keraguan terhadapnya. Orang-orang yang rugikan jiwa-jiwa mereka, mereka tidak percayai."

9:45. Mereka yang minta izin kepada kamu hanyalah orang-orang tidak percayai Allah dan Hari Akhir, orang-orang yang hati mereka ragu-ragu, maka dalam keraguan mereka, mereka pergi ke sana sini.

9:110. Bangunan-bangunan yang mereka bina tidak akan berhenti-henti untuk menjadi satu titik keraguan di dalam hati mereka, kecuali hati mereka dipotong-potong; Allah Mengetahui, Bijaksana.

10:37. Al-Qur'an ini tidak mungkin diada-adakan oleh selain daripada Allah, tetapi ia adalah satu pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan satu penjelasan Kitab, yang di dalamnya tiada keraguan, daripada Pemelihara semua alam.

11:62. Mereka berkata, "Wahai Salleh, kamu sampai sekarang jadi satu harapan di kalangan kami. Apa, adakah kamu larang kami daripada menyembah apa yang bapa-bapa kami sembah? Sesungguhnya kami adalah dalam keraguan terhadap apa yang kamu seru kami, dengan bimbang."

11:110. Dan Kami beri Musa Kitab; lalu berlakulah perselisihan mengenainya, dan jika tidak kerana satu kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu, tentu ia telah diputuskan antara mereka; dan mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan.

14:9. Tidakkah datang kepada kamu berita orang-orang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan orang-orang selepas mereka - tiada yang tahu mereka kecuali Allah? Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka tolak tangan mereka ke dalam mulut mereka, dengan berkata, "Sesungguhnya kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya, dan kami adalah dalam keraguan terhadap apa yang kamu seru kami kepadanya, dengan bimbang." 

17:99. Tidakkah mereka lihat bahawa Allah, yang cipta langit dan bumi, berkuasa untuk mencipta yang serupa dengan mereka? Dia tentukan bagi mereka satu tempoh, yang tiada keraguan padanya; namun begitu, orang-orang zalim menolak semua, kecuali ketidakpercayaan.

18:21. Dan begitulah Kami serempakkan mereka, supaya mereka tahu bahawa janji Allah adalah benar, dan bahawa Saat itu tidak ada keraguan padanya. Apabila mereka berbalahan antara mereka dalam urusan mereka, maka mereka berkata, "Binalah di atas mereka satu bangunan; Pemelihara mereka sangat-sangat tahu mengenai mereka." Berkata orang-orang yang menguasai atas urusan mereka, "Kami akan ambil (bina) di atas mereka sebuah masjid."

22:5. Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan mengenai Kebangkitan, maka sesungguhnya Kami telah cipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian daripada dadih darah, kemudian daripada seketul daging, berbentuk dan tidak berbentuk, supaya Kami jelaskan kepada kamu. Dan Kami tetapkan di dalam rahim-rahim apa yang Kami hendaki hingga satu tempoh yang dinyatakan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, supaya kemudian kamu sampai dewasa; dan antara kamu mati, dan antara kamu dikembalikan kepada umur yang paling hina hingga mereka, setelah tahu sesuatu, tidak tahu apa-apa. Dan kamu lihat bumi kehitaman, kemudian apabila Kami turunkan air kepadanya, ia bergetar dan gelembung, dan tumbuhkan tiap-tiap jenis yang menggirangkan.

22:7. Dan kerana Saat pasti datang, tidak ada keraguan padanya, dan Allah bangkitkan sesiapa sahaja yang di dalam kubur.

24:50. Apa, adakah penyakit di dalam hati mereka, atau adakah mereka ragu-ragu, atau adakah mereka takut bahawa Allah akan berlaku tidak adil kepada mereka, dan Rasul-Nya? Tidak, tetapi mereka itu, merekalah orang-orang zalim.

29:48. Tidak sebelum ini kamu baca sebarang Kitab, atau menulisnya dengan tangan kanan kamu; jika demikian, tentulah orang-orang yang ikut yang palsu menjadi ragu-ragu.

32:2. Penurunan Kitab, yang di dalamnya tiada keraguan, adalah daripada Pemelihara semua alam.

34:54. Dan satu penghalang diadakan di antara mereka dan apa yang mereka inginkan, sebagaimana telah dilakukan kepada orang-orang yang segolongan dengan mereka dahulu; mereka adalah dalam keraguan, kebimbangan.

40:34. Yusof telah datang kepada kamu dahulu dengan bukti-bukti yang jelas, namun begitu, kamu berterusan dalam keraguan mengenai apa yang dia datangkan kepada kamu, sehingga, apabila dia sudah mati, kamu berkata, 'Allah tidak akan bangkitkan seorang Rasul selepas dia.' Begitulah Allah sesatkan orang yang membazir (berlebihan), dan yang ragu-ragu."

40:59. Saat pasti datang, tidak ada keraguan padanya, tetapi kebanyakan manusia tidak percayai.

41:45. Dan Kami beri Musa Kitab; lalu berlakulah perselisihan mengenainya, dan jika tidak kerana satu Kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu, tentu ia diputuskan antara mereka; dan mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan.

42:7. Dan demikian Kami wahyukan kamu sebuah Qur'an bahasa Arab, supaya kamu beri amaran kepada ibu bandaraya-bandaraya, dan orang-orang yang di sekitarnya, dan supaya kamu beri amaran mengenai Hari Berkumpul, yang tiada keraguan padanya - segolongan di dalam Taman (Jannah), dan segolongan di dalam yang Menyala.

42:14. Mereka tidak berpecah belah kecuali setelah pengetahuan datang kepada mereka, kerana angkuh antara satu sama lain; dan kalau tidak kerana satu Kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan, tentu ia diputuskan antara mereka. Tetapi orang-orang yang diwariskan al-Kitab sesudah mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan.

45:26. Katakanlah, "Allah hidupkan kamu, kemudian matikan kamu, kemudian Dia kumpulkan kamu pada Hari Kiamat, yang tidak ada keraguan padanya, tetapi kebanyakan manusia tidak tahu."

45:32. Dan apabila dikatakan, 'Janji Allah benar, dan Saat, tidak ada keraguan padanya', kamu berkata, 'Kami tidak tahu apakah Saat itu; kami menyangkanya hanya satu sangkaan, dan ia bukanlah yang menyakini.'"

49:15. Orang-orang yang mukmin ialah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian tidak ragu-ragu, dan berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah; mereka itu, merekalah orang-orang yang benar.

50:25. Tiap-tiap penghalang kebaikan, pencabul, yang ragu-ragu,

52:30. Atau, adakah mereka berkata, "Seorang penyair yang untuknya kita menunggu nasib yang ragu-ragu (tidak pasti)"?

57:14. Mereka memanggil mereka, "Tidakkah kami bersama kamu?" Mereka berkata, "Ia, benar; tetapi kamu aniayai diri-diri kamu sendiri, dan kamu menunggu-nunggu, dan kamu ragu-ragu, dan khayalan telah menipu kamu sehingga perintah Allah datang, dan penipu telah menipu kamu terhadap Allah.

65:4. Bagi perempuan-perempuan kamu yang berputus asa daripada haid selanjutnya, jika kamu ragu-ragu, maka tempoh mereka ialah tiga bulan, dan mereka yang tidak datang haid hingga kini. Dan mereka yang mengandung, tempoh mereka ialah apabila mereka melahirkan kandungan mereka. Sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia akan buatkan untuknya, daripada perintah-Nya, yang mudah.

74:31. Kami lantik hanya malaikat-malaikat untuk menjadi penjaga-penjaga Api, dan bilangan mereka Kami buatkan hanya sebagai satu cubaan bagi orang-orang tidak percaya, supaya orang-orang diberi Kitab meyakini, dan supaya orang-orang yang percaya bertambah dalam keimanan, dan supaya orang-orang diberi Kitab dan orang-orang mukmin tidak ragu-ragu, dan supaya orang-orang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang tidak percaya berkata, “Apakah yang Allah hendak dengan ini sebagai satu persamaan?” Maka Allah sesatkan sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki; dan tiada yang tahu tentera Pemelihara kamu kecuali Dia. Dan tiadalah ia, melainkan peringatan bagi manusia.

 

Sin Kaf Kaf

- menerbitkan kalimat syakk yang diterjemah kepada keraguan.

Ayat-ayatnya adalah seperti di bawah:

4:157. Dan kerana ucapan mereka, "Kami telah bunuh al-Masih, Isa putera Mariam, Rasul Allah." Tetapi mereka tidak membunuhnya, dan tidak juga menyalibnya, tetapi hanya satu kesamaan yang ditunjukkan kepada mereka. Orang-orang yang berselisih mengenainya benar-benar dalam keraguan terhadapnya; mereka tidak ada pengetahuan mengenainya, kecuali ikut sangkaan; mereka tidak membunuhnya, yakinlah.

10:94. Maka, jika kamu dalam keraguan terhadap apa yang Kami turunkan kepada kamu, tanyalah orang-orang yang baca Kitab sebelum kamu. Yang benar telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu; maka jangan kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.

10:104. Katakanlah, "Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan terhadap agamaku, maka aku tidak sembah orang-orang yang kamu sembah selain daripada Allah, tetapi aku sembah Allah yang akan mematikan kamu, dan aku diperintah supaya menjadi antara orang-orang mukmin.

11:62. Mereka berkata, "Wahai Salleh, kamu sampai sekarang jadi satu harapan di kalangan kami. Apa, adakah kamu larang kami daripada menyembah apa yang bapa-bapa kami sembah? Sesungguhnya kami adalah dalam keraguan terhadap apa yang kamu seru kami, dengan bimbang."

11:110. Dan Kami beri Musa Kitab; lalu berlakulah perselisihan mengenainya, dan jika tidak kerana satu kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu, tentu ia telah diputuskan antara mereka; dan mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan.

14:9. Tidakkah datang kepada kamu berita orang-orang sebelum kamu - kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan orang-orang selepas mereka - tiada yang tahu mereka kecuali Allah? Rasul-Rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka tolak tangan mereka ke dalam mulut mereka, dengan berkata, "Sesungguhnya kami tidak percaya kepada apa yang kamu diutus dengannya, dan kami adalah dalam keraguan terhadap apa yang kamu seru kami kepadanya, dengan bimbang."

14:10. Rasul-Rasul mereka berkata, "Adakah sebarang keraguan terhadap Allah, Pemula langit dan bumi, yang menyeru kamu supaya Dia ampunkan kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan tangguhkan kamu ke satu tempoh yang dinyatakan?" Mereka berkata, "Kamu tidak lain hanya manusia-manusia yang serupa dengan kami; kamu hendak halang kami daripada apa yang bapa-bapa kami sembah; maka datangkanlah kepada kami satu kuasa yang nyata."

27:66. Pengetahuan mereka tidak sampai mengenai akhirat; tidak, mereka adalah dalam keraguan padanya; tidak, mereka buta padanya.

34:21. Dan ia tidak ada kuasa terhadap mereka, melainkan supaya Kami tahu orang yang percayai akhirat daripada orang yang dalam keraguan padanya. Pemelihara kamu Penjaga atas segala sesuatu.

34:54. Dan satu penghalang diadakan di antara mereka dan apa yang mereka inginkan, sebagaimana telah dilakukan kepada orang-orang yang segolongan dengan mereka dahulu; mereka adalah dalam keraguan, kebimbangan.

38:8. Apa, adakah Peringatan diturunkan kepada dia antara kita semua?" Tidak, tetapi mereka adalah dalam keraguan mengenai Peringatan-Ku; tidak, mereka belum lagi merasakan azab-Ku.

40:34. Yusof telah datang kepada kamu dahulu dengan bukti-bukti yang jelas, namun begitu, kamu berterusan dalam keraguan mengenai apa yang dia datangkan kepada kamu, sehingga, apabila dia sudah mati, kamu berkata, 'Allah tidak akan bangkitkan seorang Rasul selepas dia.' Begitulah Allah sesatkan orang yang membazir (berlebihan), dan yang ragu-ragu."

41:45. Dan Kami beri Musa Kitab; lalu berlakulah perselisihan mengenainya, dan jika tidak kerana satu Kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu, tentu ia diputuskan antara mereka; dan mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan.

42:14. Mereka tidak berpecah belah kecuali setelah pengetahuan datang kepada mereka, kerana angkuh antara satu sama lain; dan kalau tidak kerana satu Kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan, tentu ia diputuskan antara mereka. Tetapi orang-orang yang diwariskan al-Kitab sesudah mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan.

44:9. Tidak, tetapi mereka adalah dalam keraguan, bermain-main.

 

Mim Ra Ya

- menerbitkan kalimat-kalimat miryah, mara, tamara, imtara yang diterjemah kepada ragu-ragu atau debat, menurut konteks ayat.

Ayat-ayat mereka adalah:

2:147. Yang benar adalah daripada Pemelihara kamu, maka jangan kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.

3:60. Yang benar adalah daripada Pemelihara kamu, maka jangan kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.

6:2. Dia yang cipta kamu daripada tanah liat, kemudian tentukan satu tempoh, dan satu tempoh dinyatakan dengan-Nya; kemudian kamu ragu-ragu.

6:114. Apa, adakah aku akan cari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang turunkan kepada kamu Kitab yang cukup jelas; dan orang-orang yang kepada mereka Kami beri Kitab tahu bahawa ia diturunkan daripada Pemelihara kamu dengan yang benar; maka jangan kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.

10:94. Maka, jika kamu dalam keraguan terhadap apa yang Kami turunkan kepada kamu, tanyalah orang-orang yang baca Kitab sebelum kamu. Yang benar telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu; maka jangan kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu.

11:17. Dan bagaimanakah dengan orang yang di atas bukti yang jelas daripada Pemeliharanya, dan seorang saksi daripada-Nya membacanya, dan sebelumnya ialah Kitab Musa untuk imam dan pengasihan? Mereka itu percayainya; tetapi sesiapa yang tidak percaya kepadanya, sedang dia seorang daripada golongan-golongan, maka janji temunya ialah Api. Maka jangan kamu dalam keraguan daripadanya; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, tetapi kebanyakan manusia tidak percayai.

11:109. Maka jangan kamu berada dalam keraguan mengenai apa yang mereka ini sembah; mereka hanya sembah seperti bapa-bapa mereka sembah dari dahulu; dan sesungguhnya Kami akan bayar kepada mereka sepenuhnya bahagian mereka tanpa dikurangi.

15:63. Mereka berkata, "Tidak, tetapi kami datangkan kepada kamu mengenai apa yang mereka ragui.

18:22. Mereka akan berkata, "Tiga, dan anjing mereka yang keempat di antara mereka." Dan mereka berkata, "Lima, dan anjing mereka yang keenam di antara mereka", dengan meneka terhadap yang ghaib. Dan mereka berkata, "Tujuh, dan anjing mereka yang kelapan di antara mereka." Katakanlah, "Pemeliharaku sangat-sangat tahu bilangan mereka, dan tiada yang ketahuinya, kecuali sedikit." Maka janganlah berdebat dengan mereka melainkan dalam perdebatan yang lahir, dan janganlah tanya seseorang pun antara mereka atas satu keputusan.

19:34. Itu Isa putera Mariam, dengan ucapan yang benar, yang mengenainya mereka ragu-ragu.

22:55. Dan orang-orang tidak percaya tidak berhenti-henti menjadi dalam keraguan padanya, sehingga Saat datang kepada mereka dengan tiba-tiba, atau datang kepada mereka azab hari yang tandus.

32:23. Sesungguhnya Kami beri Musa al-Kitab; maka jangan kamu dalam keraguan mengenai pertemuan dengan-Nya; dan Kami buatkan ia petunjuk bagi Bani Israil.

41:54. Tidakkah mereka dalam keraguan mengenai pertemuan dengan Pemelihara mereka? Tidakkah Dia meliputi segala sesuatu?

42:18. Orang-orang tidak percayainya minta disegerakan; tetapi orang-orang yang percaya adalah dalam ketakutan padanya, dengan mengetahui bahawa ia adalah yang benar. Sesungguhnya orang-orang yang ragu-ragu mengenai Saat, benar-benar dalam kesesatan yang jauh.

43:61. Ia adalah pengetahuan mengenai Saat; janganlah ragu-ragu mengenainya, dan ikutlah aku. Inilah jalan lurus.

44:50. Inilah apa yang mengenainya kamu meragui."

53:12. Apa, adakah kamu meragui atas apa yang dia lihat?

53:55. Maka pemberian Pemelihara kamu yang manakah kamu meragui?

54:36. Dia telah beri amaran kepada mereka mengenai serangan Kami, tetapi mereka meragui amaran-amaran.

Kalimat Pilihan


Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman