Kalimat potong di dalam al-Qur'an

 

Perkataan potong diterjemah daripada kalimat-kalimat yang terbit dari akar qaf ta ain, iaitu qata'a, qit, qita, qatta'a dan taqatta'a. Kerana konteks ayat yang berlainan maka terjemahan pun berubah untuk tidak jadi hanya potong.

Ayat-ayat yang mengandungi kalimat-kalimat tersebut adalah:

 

Qata'a (dalam bahasa Inggeris maknanya "to cut off, to break, to sever, to traverse"):

2:27. Orang-orang yang pecahkan perjanjian Allah setelah mengikatnya dengan teguh, dan yang memutuskan apa yang Allah perintah supaya dihubungkan, dan yang buat kerosakan di bumi. Merekalah orang-orang yang rugi.

3:127. Supaya Dia potong sebahagian orang-orang tidak percaya, atau kecewakan mereka supaya mereka balik dengan kecewa.

5:38. Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya sebagai satu balasan ke atas apa yang mereka usahakan, dan hukuman contoh daripada Allah; Allah Perkasa, Bijaksana.

6:45. Sisa terakhir kaum yang buat zalim dipotong. Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam!

7:72. Maka Kami selamatkan dia, dan orang-orang yang bersama dia dengan pengasihan daripada Kami; dan Kami potong sisa terakhir orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, dan mereka bukanlah orang-orang mukmin (yang percayai).

8:7. Dan apabila Allah menjanjikan kamu bahawa salah satu daripada dua golongan itu adalah untuk kamu, dan kamu inginkan yang tidak mempunyai perlengkapan senjata untuk kamu; tetapi Allah hendak membenarkan yang benar dengan kata-kata-Nya, dan memotong orang-orang tidak percaya hingga sisa terakhir,

9:121. Dan tidak juga mereka nafkahkan sesuatu nafkah, kecil atau besar, dan tidak juga mereka melalui sesuatu lembah, melainkan ia dituliskan bagi mereka, supaya Allah balas mereka dengan yang terbaik daripada apa mereka buat.

13:25. Dan orang-orang yang pecahkan perjanjian setelah diikat dengan teguh, dan yang memutuskan apa yang Allah perintah supaya dihubungkan, dan yang buat kerosakan di bumi - bagi mereka adalah laknat, dan bagi mereka, tempat kediaman yang buruk.

15:66. Dan Kami tentukan kepadanya perintah itu, bahawa sisa-sisa terakhir mereka dipotong pada waktu pagi.

22:15. Sesiapa yang menyangka Allah tidak akan menolongnya di dunia ini, dan di akhirat, maka hendaklah dia menghulurkan tali ke langit, kemudian hendaklah dia memotongnya, dan perhatikan sama ada muslihatnya dapat menghilangkan apa yang menerbitkan marahnya.

27:32. Dia berkata, "Wahai pembesar-pembesar, putuskanlah kepadaku mengenai urusanku; aku tidak biasa memutuskan sesuatu urusan sehingga kamu menyaksikan aku."

29:29. Apa, adakah kamu datangi lelaki, dan memotong jalan, dan kamu datangkan dalam majlis kamu, yang mungkar?" Maka tiadalah jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, "Datangkanlah kepada kami azab Allah, jika kamu berkata benar."

56:33. Tidak terputus, dan tidak tercegah,

59:5. Apa sahaja pohon palma yang kamu tebang, atau tinggalkannya berdiri di atas akarnya, itu adalah dengan izin Allah, dan supaya Dia aibkan orang-orang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).

69:46. Kemudian pasti Kami potong urat jantungnya,

 

Qit (dalam bahasa Inggeris bermakna "a part, a watch of the night")

11:81. Mereka berkata, "Wahai Lut, kami adalah Rasul-Rasul Pemelihara kamu. Mereka tidak akan sampai kepada kamu; maka berjalanlah, kamu dengan keluarga kamu, pada sebahagian malam, dan janganlah seseorang daripada kamu berpaling ke belakang, kecuali isteri kamu; dia akan ditimpa dengan apa yang menimpa mereka. Waktu yang mereka dijanjikan ialah subuh (pagi); bukankah subuh sudah dekat?"

15:65. Maka berjalanlah kamu dengan keluarga kamu pada sebahagian malam, dan ikutlah di belakang mereka, dan janganlah seseorang daripada kamu berpaling ke belakang; dan bertolaklah ke tempat yang kamu diperintah."

 

Qita (dalam bahasa Inggeris bererti "parts, strips, tracts")

10:27. Dan orang-orang yang usahakan kejahatan, balasan satu kejahatan ialah yang serupa dengannya; kehinaan akan menutupi mereka, dan tiada yang lindungi mereka daripada Allah, seakan-akan muka-muka mereka ditutupi bahagian-bahagian kegelapan malam. Mereka itulah penghuni-penghuni Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.

13:4. Dan di bumi, terdapat kawasan-kawasan yang berjiran, dan kebun-kebun (jannah) anggur, dan ladang-ladang yang sudah disemai, dan palma-palma yang berpasang, dan palma-palma yang tunggal, diairi air yang satu; dan Kami lebihkan sebahagian di atas sebahagian yang lain dalam hasilnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang faham.

 

Qatta'a (dalam bahasa Inggeris bermaksud "to cut, to cut up, to cut off, to break, to cleave")

5:33. Sesungguhnya balasan ke atas orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya, dan yang berusaha di bumi untuk buat kerosakan - mereka dibunuh, atau disalib, atau tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka dipotong berselang-seli, atau mereka dibuang daripada bumi. Itu suatu kerendahan bagi mereka di dunia; dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar.

7:124. Sungguh, aku akan potong tangan-tangan kamu dan kaki-kaki kamu berselang-seli, kemudian aku akan salib kamu kesemuanya."

7:160. Dan Kami potong mereka kepada dua belas puak, umat-umat. Dan Kami wahyukan Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya, "Pukullah dengan tongkat kamu batu itu"; lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang tahu tempat minum mereka. Dan Kami bentangkan awan untuk teduhkan mereka, dan Kami turunkan manna dan salwa kepada mereka. "Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami rezekikan kamu." Dan mereka tidak menzalimi Kami, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka zalimkan.

7:168. Dan Kami potong mereka kepada umat-umat di bumi, antara mereka adalah salih (baik), dan antara mereka, tidak sedemikian; dan Kami uji mereka dengan benda-benda yang baik, dan yang buruk, supaya mereka kembali.

12:31. Apabila dia dengar bisikan-bisikan licik mereka, dia utus kepada mereka, dan sediakan bagi mereka tempat-tempat bersandar, kemudian dia beri tiap-tiap seorang daripada mereka sebilah pisau, dan dia berkata, "Keluarlah kepada mereka." Dan apabila mereka melihatnya, mereka sangat kagum padanya, lalu mereka potong tangan-tangan mereka, dengan berkata, "Dijauhkan Allah! Bukanlah ini manusia; dia tidak lain, hanyalah seorang malaikat yang mulia."

13:31. Sekiranya sebuah Qur'an di mana gunung-gunung diperjalankan, atau bumi dibelah dengannya, atau orang-orang yang mati yang kepada mereka dapat berkata-kata - tidak, tetapi kepunyaan Allah urusan kesemuanya. Tidakkah orang-orang yang percaya tahu bahawa, jika Allah hendak, tentu Dia beri petunjuk kepada manusia kesemuanya? Dan orang-orang tidak percaya tidak berhenti-henti ditimpa dengan suatu yang mengetukkan kerana apa yang mereka kerjakan, atau ia turun dekat dengan tempat tinggal mereka, sehingga janji Allah datang; sesungguhnya Allah tidak mungkiri janji temu.

12:50. Raja berkata, "Datangkanlah dia kepadaku." Apabila rasul (utusan) datang kepadanya, dia berkata, "Kembalilah kepada pemelihara kamu, dan tanya dia, 'Bagaimanakah dengan perempuan-perempuan yang memotong tangan mereka?' Sesungguhnya Pemeliharaku tahu muslihat mereka."

20:71. Berkata, "Kamu percaya kepadanya sebelum aku izinkan kamu! Sesungguhnya dia pembesar kamu yang mengajar kamu sihir; sungguh, aku akan potong berselang-seli tangan-tangan kamu dan kaki-kaki kamu, dan kemudian aku akan salib kamu pada batang pohon-pohon palma; kamu pasti akan tahu siapa antara kita yang lebih keras dalam azab, dan lebih kekal."

22:19. Inilah dua penyangkal yang bertengkar mengenai Pemelihara mereka. Bagi orang-orang tidak percaya, bagi mereka, pakaian-pakaian daripada api yang dipotongkan, dan dicurahkan ke atas kepala mereka, air yang mendidih,

26:49. Berkata, "Kamu percaya kepadanya sebelum aku izinkan kamu! Dia pembesar kamu yang mengajar kamu sihir; sekarang kamu akan tahu! Sungguh, aku akan potong, berselang-seli, tangan-tangan kamu dan kaki-kaki kamu, dan kemudian aku akan salib kamu kesemuanya."

47:15. Inilah persamaan Taman yang orang-orang bertakwa dijanjikan: di dalamnya sungai-sungai daripada air yang tidak dicemari, dan sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, dan sungai-sungai daripada arak - suatu keseronokan bagi peminum-peminum - dan sungai-sungai daripada madu yang dibersihkan; dan di dalamnya bagi mereka segala macam buah-buahan, dan ampunan daripada Pemelihara mereka. Samakah mereka dengan orang yang tinggal selama-lamanya di dalam Api, yang diberi minum air yang mendidih, yang memotong usus-usus mereka?

47:22. Jika kamu berpaling, adakah kamu akan buat kerosakan di bumi, dan memutuskan hubungan pertalian darah?

 

Taqatta'a (dalam bahasa Inggeris bermakna "to be cut asunder, to be broken"):

2:166. Apabila orang-orang yang diikuti berlepas diri daripada pengikut-pengikut mereka, dan mereka lihat azab, dan tali-tali mereka diputuskan.

6:94. "Sesungguhnya kamu datang kepada Kami bersendirian, seperti Kami cipta kamu pada kali pertama, dan kamu tinggalkan apa yang Kami kurniakan kepada kamu di belakang punggung kamu. Kami tidak lihat bersama kamu pengantara-pengantara kamu, orang-orang yang kamu dakwa untuk jadi sekutu-sekutu antara kamu. Pertalian antara kamu diputuskan, dan apa yang kamu dakwakan sudah sesat (hilang) daripada kamu."

9:110. Bangunan-bangunan yang mereka bina tidak akan berhenti-henti untuk menjadi satu titik keraguan di dalam hati mereka, kecuali hati mereka dipotong-potong; Allah Mengetahui, Bijaksana.

21:93. Tetapi mereka pecahkan urusan mereka antara mereka; semua akan kembali kepada Kami.

23:53. Tetapi mereka berpecah dalam urusan mereka antara mereka kepada golongan-golongan kepercayaan; tiap-tiap golongan gembira dengan apa di sisi mereka


Kalimat Pilihan
Terkini  Artikel  Perpustakaan  Bacaan  E-Mail  Hiasan  Keratan Akhbar
Penemuan  Soalan Lazim  Sudut Pelajar  English Articles

Tulis
kepada Pengurus Laman